Showing posts with label ahmad maslan. Show all posts
Showing posts with label ahmad maslan. Show all posts
Tuesday, August 14, 2018
HARI INI PKR KELUAR PAKATAN, HARI INI JUGA ANWAR IBRAHIM JADI PERDANA MENTERI
HEBAT Anwar Ibrahim dan geng-geng beliau.
Bukan saja menghentam Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam parti sendiri pun sedang berbunuhan.
Kalau ikut firasat geng Anwar, Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin akan jadi lembu korban tidak lama lagi.
Yang disembelih akan hilang jawatan Menteri, maka naiklah empayar Anwar bin Ibrahim.
Rekod Azmin cukup cemerlang. Selangor dijaga dengan baik dan peralihan kuasa berjalan dengan lancar selepas PRU14.
Azmin dilihat seorang pemimpin cemerlang, mempunyai karisma dan kebolehan seorang bakal Perdana Menteri.
Mempunyai latarbelakang yang baik jika dibandingkan dengan bos beliau Anwar.
Latarbelakang Azmin lebih bersih jika dibandingkan dengan sejarah silam Anwar, dengan videonya, dengan insiden sumpah laknat Saiful Bukhary Azlan dan macam-macam lagi.
Seperti dahulu kala, pada Anwar dialah paling hebat.
Di dalam satu pita audio, suara seakan-akan Anwar melabelkan "Azmin sebagai BARUA Mahathir". Anwar menafikan itu suara beliau.
Seperti juga Najib, Anwar tak pernah mengaku, baik pita rakaman telefon suara beliau dengan bekas isteri seorang bekas Menteri dan video China Doll di mana individu di dalam video tersebut "PERUT" nya tak sama dengan Anwar.
Mudah saja kalau Anwar hendak sangat jadi Perdana Menteri.
KELUAR Pakatan. Berbincanglah dengan rakan baik beliau Ahmad Zahid Hamidi.
Esok sudah boleh jadi Perdana Menteri. Berpakatlah dengan Umno dan Pas, maka tumbanglah Pakatan Harapan.
Tak payah tunggu 2 tahun untuk Dr Mahathir mengundur diri.
Guna kuasa politik yang ada. PKR paling banyak kerusi. Keluar Pakatan, tumbanglah Dr Mahathir.
Lagipun Umno tak sabar-sabar hendak melihat Anwar sebagai Perdana Menteri.
Annuar Musa tak sabar menanti, Ahmad Maslan pun sudah tak sabar demi kepentingan petani, kata beliau.
Monday, December 28, 2015
CADANGAN TERBAIK: RAKYAT PERLU BUAT 3 KERJA UNTUK HIDUP
KEPADA rakyat Malaysia yang melarat, patuhilah nasihat pemimpin kita, Dato' Ahmad Maslan.
Contohi lah beliau dengan membuat 3 kerja untuk mengatasi masalah kenaikan kos hidup sekarang ini.
Kepada NGO yang amat berminat untuk bertemu dengan Najib Razak untuk membincangkan isu kenaikan kos, lupakan lah. Buang masa.
Lebih baik kita mula melakukan dua tiga kerja seperti saranan Ahmad Maslan.
Contohi pemimpin-pemimpin negara. Ramai yang mempunyai 5 jawatan, bahkan mungkin ada sampai 10.
Perdana Menteri sendiri banyak jawatan. Jawatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Penasihat 1MDB dan sebagainya.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/2kerja-ahmad-maslan-mengaku-ada-tiga-kerja-netizen-sekolahkan-makna-kerja-dan-jawatan-87001
Thursday, September 25, 2014
GILIRAN AHMAD MASLAN BUAT LAWAK
SEMAKIN hari semakin banyak kenyataan lucu dikeluarkan oleh anggota Kabinet Najib Razak.
Selepas kenyataan Hassan Malek, kalau ayam mahal, jangan makan ayam", Wahid Omar turut membuat kenyataan lucu dengan pengumuman bahawa kini pendapatan sekeluarga sudah mencecah "RM5,900" sebulan.
Semalam Ahmad Maslan pula membuat kenyataan berikut:
Selepas kenyataan Hassan Malek, kalau ayam mahal, jangan makan ayam", Wahid Omar turut membuat kenyataan lucu dengan pengumuman bahawa kini pendapatan sekeluarga sudah mencecah "RM5,900" sebulan.
Semalam Ahmad Maslan pula membuat kenyataan berikut:
"Jika kita campur Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan persekolahan, subsidi minyak, diesel, tepung, beras dan gas memasak, pada saya tiga bulan kehidupan kita ini ditaja oleh kerajaan BN dalam masa setahun.
"9 bulan sahaja kita cari kehidupan kita dengan kerja-kerja yang kita ada sekarang. Malam ini saya buka satu persatu.
"Bukan ingin mengungkit tetapi mengingatkan kita mempunyai kerajaan yang baik, bertanggungjawab dan menjaga rakyat."
Rakyat miskin hanya perlu kerja 9 bulan saja untuk hidup di Malaysia?
Ini kah tahap Ketua Penerangan Umno dan Timbalan Menteri Kewangan negara?
Kabinet Najib seolah-olah sedang menyertai program Raja Lawak yang dianjurkan oleh Astro.
Menteri-menteri mengambil giliran untuk membuat kenyataan lucu untuk membuat rakyat ketawa - mungkin untuk melupakan keperitan mereka.
Saturday, November 9, 2013
DR MAHATHIR: KEMPEN ANAK AYAM, DEDAK & BERAS DI SUNGAI LIMAU
PILIHANRAYA KECIL SUNGAI LIMAU OLEH TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Saya tidak berniat untuk kempen dalam PRK Sungai Limau. Ini sebahagian dari kawasan saya pada tahun-tahun 1964 – 1969. Saya sukar berkempen di sini. Tetapi kerana sebab tertentu saya lapangkan masa pada 3hb November dan saya memutus untuk ke Sungai Limau.Sungai Limau tebal dengan PAS kerana terdapat guru agama yang terkenal di situ. Tetapi kali ini BN dapat masuk dan saya juga boleh berkempen. Sudah longgar agaknya.
Bendera PAS sama banyak dengan BN. Kit Siang turut berkempen tetapi DAP masih takut bayang-bayang saya. Tumpuan Kit Siang ialah mencaci saya, seolah-olah saya yang bertanding. Kit Siang tidak senang kenapa saya masih aktif selepas bersara.
Pada 1964 saya jadi Wakil Rakyat. Kit Siang menjadi Setiausaha Politik kepada Devan Nair. Kemudian setelah PAP tidak dapat aktif lagi di Malaysia Kit Siang menubuh DAP dan menjadi ketuanya. Saya bersara 2003. Kit Siang belum bersara, masih ketua DAP dan menjadi wakil rakyat Gelang Patah. Bila Kit Siang akan bersara? Sampai mati kah? Jika sudah bersara nak jadi pemimpin kanan (Senior Leader) DAP kah?
Kempen sekarang ini berbeza dari dahulu. Banyak wang diguna. Diadakan Karnival di mana ada acara hiburan, jamuan dan hadiah percuma seperti T-shirt BN, PAS yang belum memerintah terpaksa jual T-shirt. Apabila jadi Kerajaan T- shirt tentu percuma.
Ada Jabatan Kerajaan yang mengadakan pameran untuk mempromosi Kementerian Pertanian saya fikir. Mereka yang datang melihat pameran diberi sepuluh ekor anak ayam, dedak dan beras. Makanan disediakan untuk pelawat.
Saya tak tahu samada pameran ini adalah sebahagian dari kempen BN. Jika ia, amat jelas pelawat tidak terpengaruh dengan hadiah anak ayam. Sebenarnya pengundi tidak mengundi mengikut hadiah – samada berbentuk duit atau anak ayam.
Mungkin saya salah (dan saya mengaku saya kerap salah) tetapi saya fikir pemberian wang dan hadiah tidak akan memberi kemenangan. Ini jelas dari PRU 13. Yang tak sokong tak sokong juga. Wang yang diberi adalah pembaziran, samada wang Kerajaan atau bukan Kerajaan.
Sokongan kepada parti politik diasaskan kepada perjuangannya dan tingkah laku pemimpin dan calon. Kalau datang dengan Mercedes atau motorsikal 1000 c.c, saguhati dan apa juga yang diberi tidak akan menawan hati. Ada pengundi yang tidak arif yang berkata ini rasuah. Ini sangkaan buruk mereka. Tetapi sangkaan ini walaupun mungkin bukan rasuah mungkin mempengaruhi tindakan mereka.
Di Sungai Limau ternampak banyak rumah batu bumbung genting. Nampak sejak saya jadi wakil rakyat dahulu keadaan banyak berubah. Ramai dari orang kampung yang sudah berjaya dan ada duit, walaupun tidak kaya.
Tetapi masih ramai yang miskin, amat miskin. Kalau mereka diberi peluang dan bantuan mungkin mereka akan berhijrah – Wallah wa’alam. Dan mungkin BN disanjung tinggi semula.
Inilah politik semasa. Duit lebih banyak tetapi pengaruh masih belum cukup.
JELAPANG: Kita benar-benar hendak mendengar apa komen Pengerusi BN Najib Razak mengenai pandangan Tun Dr Mahathir ini. Tetapi kita tidak mengharap sangat reaksi Najib kepada kenyataan ini kerana selama ini, beliau lebih gemar membisu apabila berhadapan dengan isu.
Macam-macam dibuat BN di Sungai Limau yang dari awal lagi kita sudah tahu mustahil BN akan menang.
Kalau dari awal Najib membuat keputusan untuk BN tidak bertanding di Sungai Limau sebagai menghormati Allahyarham Ustaz Azizan Razak, sudah pasti nama Najib akan harum hari ini.
Tetapi agenda politik Najib lebih besar dari agenda mengharumkan nama beliau. Ada berpendapat, Najib tahu BN akan kalah tetapi mencemari imej Mukhriz Mahathir lebih penting dari mengharumkan nama beliau.
Kalah tetap kalah. Tak perlu hendak mendabik dada pengundi Cina sudah kembali kepada BN. PRK Sungai Limau tidak penting untuk pengundi Cina. Yang penting untuk kaum Cina ialah pilihanraya umum. Dan yang pasti, di dalam PRU-14 nanti, Cina tetap akan menyokong Pakatan Rakyat walau banyak mana pun curahan wang dibuat oleh BN seperti mana peruntukan jutaan ringgit diberikan kepada dua sekolah Cina di Sungai Limau.
Macam-macam telah dilakukan oleh BN di Sungai Limau - jualan murah, pesta mengejar itik dan macam-macam lagi. Keputusan BN tetap KALAH.
Bagaimana pun, PRK Sungai Limau meninggalkan sedikit kenangan yang tidak mungkin dapat kita lupakan buat selama-lamanya.
Kenangan tersebut ialah janji Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan yang mahu membina KOMPLEKS IMIGRESEN DI SUNGAI LIMAU.
Kalau difikirkan balik, memang patutlah Tun Dr Mahathir mahukan Najib mengugurkan Ahmad Maslan dari Kabinet Najib.
Sunday, September 6, 2009
PERMATANG PASIR: POS MORTEM ALA AHMAD MASLAN

Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan mengenal pasti 5 punca kekalahan.
1) Jumlah pengundi keluar mengundi kurang.
2) Faktor pengundi hantu.
3) Pengundi Cina (MCA) beralih menyokong DAP.
4) Permatang Pasir kubu kuat Anwar Ibrahim.
5) Pas manipulasi isu calon Umno.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0906&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm
Pada kesimpulan Ahmad Maslan, kekalahan di Permatang Pasir adalah berpunca dari pengundi. Tidak sepatah pun Ahmad Maslan menyalahkan diri sendiri termasuk kesilapan Umno memilih calon.
Mei lalu, Ahmad Maslan mengkritik bekas Ketua Penerangan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib apabila beliau mengeluarkan kenyataan bahawa 60,000 anggota jentera penerangan Umno tidak memahami tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.
http://kedahku.blogspot.com/2009/05/ahmad-maslan-penyapu-baru-umno.html
Kini kita sudah berada di bulan September. Sudah 4 bulan selepas kenyataan ini dibuat dan Umno kini ketinggalan jauh , 7-0, dalam pilihanraya kecil yang telah diadakan. Belum satupun Umno menang di era Ahmad Maslan.
Umno tidak ada masalah menang besar di Bagan Pinang memandangkan begitu tinggi jumlah undi Pos. Selepas Bagan Pinang, Ahmad Maslan mungkin bolehlah "bercakap tinggi" sedikit lagi.
Monday, June 15, 2009
AHMAD MASLAN, AHMAD MASLAN & AHMAD MASLAN

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0615&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_06.htm
Terkenang kita kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. Kalau kita ikuti ucapan-ucapan Tun selama 22 tahun beliau menerajui negara, lazimnya Tun membahasakan dirinya KITA.
Pada Tun, KITA, bermaksud rakyat, negara, Umno dan kerajaan bukan Tun Dr Mahathir Mohamad sahaja. Sebaliknya dalam kes Ahmad Maslan SAYA dalam bahasa Ahmad Maslan bermaksud Ahmad Maslan, Ahmad Maslan dan Ahmad Maslan.
Kalau menang di Manik Urai nanti, Presiden Umno, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden janganlah lupa pada Ahmad Maslan.
Wednesday, June 3, 2009
HIPOKRASI PEMIMPIN

Di hari-hari akan datang, pastinya kita semua akan dihidangkan dengan gambar-gambar pemimpin tertentu duduk memegang tangan orang kampung yang bertahun-tahun terlantar menderita akibat serangan angin ahmar.
Akan ada gambar pemimpin Wanita yang akan memimpin makcik-makcik tua dan menatang anak-anak kecil di dada-dada akhbar.
Sebelum ini, tidak pernah sekali pun kita dihidangkan dengan gambar pemimpin ke Manik Urai membantu penoreh menoreh getah. Hari ini kita dihidangkan dengan gambar Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan menoreh getah dan secara "kebetulan" disedari oleh pihak media. Sebelum ini, kita yakin ramai di kalangan pemimpin tidak pernah menyedari adanya suatu tempat bernama Manik Urai. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0603&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm
Kita masih tertanya-tanya, tidakkah pemimpin Umno menyedari bahawa imej-imej ini memuakkan pengundi dan kita semua? Tidakkah pemimpin Umno menyedari bahawa rakyat sedar dan kita tahu ini hanyalah lakonan hipokrit mereka?
Apalah salahnya pemimpin Umno turun padang diam-diam dan menyelami perasaan dan kehendak rakyat? Mengapakah setiap kali mereka tidur di rumah rakyat yang marhaen ianya perlu diumumkan ke pelusuk negara? Mengapakah perlu ada wartawan? Mengapakah perlu ada kamera TV untuk merekodkan aksi lakonan ini? Ikhlas kah kehadiran mereka ini?
Memang benar kata orang. Umno masih Umno lama. Pemikiran pun cara lama. Itulah nasib Umno.
Friday, May 29, 2009
AHMAD MASLAN KUNCI KEMENANGAN UMNO DI MANIK URAI

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20090528075510/Article/
Dan tambah Ahmad lagi: “Berdasarkan perbualan ketika minum dan solat berjemaah bersama penduduk (pengundi Manik Urai), maklum balas mereka sangat positif dan mudah-mudahan ia berterusan."
Selamat maju jaya kita ucapkan kepada Ketua Penerangan Umno yang baru ini. Nampak gaya Umno akan tumpaskan Pas di Manik Urai dan sepanjang kempen pilihanraya kecil nanti, rumah orang kampunglah yang akan menjadi tempat berteduh untuk Ahmad Maslan.
Nampaknya formula penyelesaian untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada Umno mudah saja. Tidur di rumah mereka. Mungkin bekas Ketua Penerangan yang lalu, Muhammad Muhammad Taib, tak terfikir formula ini dan sebab itulah Umno kalah teruk di Kelantan.
Kehadiran Ahmad Maslan selama dua tiga minggu sepanjang kempen nanti, pada firasat beliau, akan mengubat kemarahan orang Manik Urai dan orang Kelantan terhadap Umno sejak 1990.
Selamat Maju Jaya kepada Ahmad Maslan. Siapa kata Najib Razak tersalah pilih Ketua Penerangan?
Subscribe to:
Posts (Atom)