Showing posts with label muhyiddin. Show all posts
Showing posts with label muhyiddin. Show all posts

Friday, December 4, 2020

UMNO TALKINKAN TIMBALAN MUHYIDDIN DI PERAK

   

UMNO, dengan diSOKONG oleh Pakatan Harapan termasuk DAP, akhirnya berjaya menumbangkan kerajaan negeri Muhyiddin Yassin yang dipimpin oleh Timbalan (Presiden Bersatu) beliau, Ahmad Faizal Azumu di Perak.

Jika ini boleh berlaku di Perak, adakah Umno juga akan berpakat dengan DAP dan PKR menjatuhkan Muhyiddin di peringkat persekutuan?

Cuma bezanya, speaker Parlimen bukan Ahli Umno sementara Speaker Dewan Perak adalah Adun dari Umno.

Nampaknya Bersatu akan terus dibuli oleh Umno selagi Muhyiddin tidak MEMUASKAN hati Zahid Hamidi dan Najib Razak dalam kes mahkamah mereka.

Apakah ini bermulanya sengketa perpecahan di dalam maufakat nasional dan Perikatan  Nasional?

 

 

 

Wednesday, November 13, 2013

KHAIRY SUDAH BOSAN!

SAYA SUDAH BOSAN DENGAN FAM!

Itulah tuturkata yang keluar dari mulut Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan ketika mengulas isu berkaitan Persatuan Bolasepak Malaysia yang dinaungi DYMM Sultan Pahang.

Kita tak kisah apa bahasa yang hendak digunakan oleh Khairy dalam mengkritik FAM. Ramai peminat juga tidak berpuashati dengan pencapaian FAM dalam mempertingkatkan mutu bolasepak negara.

Tetapi kita terkejut apabila Khairy berkata beliau SUDAH BOSAN dengan FAM.

Baru 179 hari (hampir 6 bulan) Khairy dilantik sebagai Menteri oleh Najib Razak.

Kalau berdasarkan kenyataan Khairy pada 10 November lalu, tidak salah kita katakan dalam tempoh 179 hari, Khairy SUDAH BOSAN dalam melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai Menteri. Itu persepsi kita berdasarkan kenyataan beliau.

Kalau isu permainan bolasepak pun Khairy SUDAH BOSAN, bayangkan jika beliau diberi tanggungjawab lebih berat untuk ditangani!

Cabaran menangani isu bolasepak tidak lah sebesar mana pun tetapi berdasarkan kepada kenyataan Khairy, beliau SUDAH BOSAN dengan FAM.

Kalau menagani isu bolasepak sudah membosankan beliau, bagaimana  Najib memberi cabaran yang lebih berat kepada beliau?

Kalau sikap Khairy dicontohi oleh pemimpin lain, maka hancurlah negara. 

Cuba kita bayangkan kalau Ketua Polis Negara berkata beliau SUDAH BOSAN dengan isu keselamatan negara atau Perdana Menteri berkata beliau SUDAH BOSAN dengan keadaan ekonomi negara. 

Akibatnya negara hancur.

Sejak akhir-akhir ini, banyak betul publisiti dicari Khairy. Ini termasuklah isu bolasepak.

Beliau memilih bahasa yang agak menarik dalam kenyataan beliau. Dalam isu yang sama, Khairy mengeluarkan kenyataan berikut:

"Apa ini mengarut, saya cakap bukan sebab saya dendam, saya cakap sebab saya sayangkan bola sepak, saya luahkan apa yang rakyat cakap, tak percaya masuk dalam Facebook, masuk dalam Twitter tengok (rakyat) komen lagi teruk apa yang saya cakap.

“Ini saya berlapik lagi, jadi, tolonglah jangan cari orang yang dah tak ada apa-apa dan lepas itu suruh dia cakap, ini bukan dia cakap, ini FAM ‘baling batu sembunyi tangan’.

“Saya tak tahu, kena tanya FAM, saya cakap nanti, FAM dia panggil semua bekas pemain, seperti Jamal Nasir suruh kritik saya, malas hendak cakap.

Ditanya lagi sama ada beliau tidak mahu lagi memberi komen mengenai FAM selepas ini, Khairy berkata: “Saya akan komen dari semasa ke semasa, tapi hari ini saya FED-UP dengan FAM."
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131110/su_01/Saya-sudah-bosan-dengan-FAM

Tidak menghairankan kalau penyanyi Siti Nurhaliza berkata Khairy biadap.



http://apanama2020.blogspot.com/2013/11/kj-biadap.html

Monday, November 11, 2013

DOKTOR MENGANGGUR DI NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI?



Kalau di zaman 6oan, ibubapa kita impikan anak-anak mereka menjadi seorang guru dan pada tahun 80an, ramai ibubapa berharap anak yang mereka lahirkan menjadi seorang doktor, tambahan lagi apabila bapa dan ibu juga seorang doktor.

Kepada ibubapa yang mengidam anak mereka mengambil kursus kedoktoran dan keluar universiti bergelar doktor, eloklah membaca artikel berikut:
http://www.nst.com.my/nation/general/no-jobs-for-medical-grads-next-year-1.396549

Berikut ialah intipati artikel yang disiarkan oleh akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times, Ahad lalu.

1. Bermula tahun hadapan (2014), TIADA KEKOSONGAN untuk doktor-doktor baru di Malaysia.

2. Terlalu BANYAK graduan kedoktoran dihasilkan setiap tahun dan negara TIDAK CUKUP HOSPITAL untuk melatih dan MENYEDIAKAN PEKERJAAN untuk doktor-doktor baru ini.

3. Negara mempunyai terlalu banyak (40) institusi swasta menawarkan kursus kedoktoran.

4. Jumlah doktor berbanding per kapita merupakan yang TERTINGGI di dunia.

5.  5,000 GRADUAN KEDOKTORAN dikeluarkan oleh Pusat Pengajian Tinggi setiap tahun sekarang, jumlah yang tertinggi dalam sejarah negara.

6. Padahal, Kerajaan hanya membina HANYA DUA hospital baru dalam 5 tahun terakhir ini. Di dalam belanjawan 2014 yang dibentangkan baru-baru ini, kerajaan hanya bercadang membina hanya SATU hospital baru tahun hadapan.

7. Terdapat 15,000 JURURAWAT sedang MENGANGGUR sekarang ini.

Saturday, November 9, 2013

DR MAHATHIR: KEMPEN ANAK AYAM, DEDAK & BERAS DI SUNGAI LIMAU

PILIHANRAYA KECIL SUNGAI LIMAU OLEH TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
Saya tidak berniat untuk kempen dalam PRK Sungai Limau. Ini sebahagian dari kawasan saya pada tahun-tahun 1964 – 1969. Saya sukar berkempen di sini. Tetapi kerana sebab tertentu saya lapangkan masa pada 3hb November dan saya memutus untuk ke Sungai Limau.Sungai Limau tebal dengan PAS kerana terdapat guru agama yang terkenal di situ. Tetapi kali ini BN dapat masuk dan saya juga boleh berkempen. Sudah longgar agaknya.
Bendera PAS sama banyak dengan BN. Kit Siang turut berkempen tetapi DAP masih takut bayang-bayang saya. Tumpuan Kit Siang ialah mencaci saya, seolah-olah saya yang bertanding. Kit Siang tidak senang kenapa saya masih aktif selepas bersara.
Pada 1964 saya jadi Wakil Rakyat. Kit Siang menjadi Setiausaha Politik kepada Devan Nair. Kemudian setelah PAP tidak dapat aktif lagi di Malaysia Kit Siang menubuh DAP dan menjadi ketuanya. Saya bersara 2003. Kit Siang belum bersara, masih ketua DAP dan menjadi wakil rakyat Gelang Patah. Bila Kit Siang akan bersara? Sampai mati kah? Jika sudah bersara nak jadi pemimpin kanan (Senior Leader) DAP kah?
Kempen sekarang ini berbeza dari dahulu. Banyak wang diguna. Diadakan Karnival di mana ada acara hiburan, jamuan dan hadiah percuma seperti T-shirt BN, PAS yang belum memerintah terpaksa jual T-shirt. Apabila jadi Kerajaan T- shirt tentu percuma.
Ada Jabatan Kerajaan yang mengadakan pameran untuk mempromosi Kementerian Pertanian saya fikir. Mereka yang datang melihat pameran diberi sepuluh ekor anak ayam, dedak dan beras. Makanan disediakan untuk pelawat.
Saya tak tahu samada pameran ini adalah sebahagian dari kempen BN. Jika ia, amat jelas pelawat tidak terpengaruh dengan hadiah anak ayam. Sebenarnya pengundi tidak mengundi mengikut hadiah – samada berbentuk duit atau anak ayam.
Mungkin saya salah (dan saya mengaku saya kerap salah) tetapi saya fikir pemberian wang dan hadiah tidak akan memberi kemenangan. Ini jelas dari PRU 13. Yang tak sokong tak sokong juga. Wang yang diberi adalah pembaziran, samada wang Kerajaan atau bukan Kerajaan.
Sokongan kepada parti politik diasaskan kepada perjuangannya dan tingkah laku pemimpin dan calon. Kalau datang dengan Mercedes atau motorsikal 1000 c.c, saguhati dan apa juga yang diberi tidak akan menawan hati. Ada pengundi yang tidak arif yang berkata ini rasuah. Ini sangkaan buruk mereka. Tetapi sangkaan ini walaupun mungkin bukan rasuah mungkin mempengaruhi tindakan mereka.
Di Sungai Limau ternampak banyak rumah batu bumbung genting. Nampak sejak saya jadi wakil rakyat dahulu keadaan banyak berubah. Ramai dari orang kampung yang sudah berjaya dan ada duit, walaupun tidak kaya.
Tetapi masih ramai yang miskin, amat miskin. Kalau mereka diberi peluang dan bantuan mungkin mereka akan berhijrah – Wallah wa’alam. Dan mungkin BN disanjung tinggi semula.
Inilah politik semasa. Duit lebih banyak tetapi pengaruh masih belum cukup.
JELAPANG: Kita benar-benar hendak mendengar apa komen Pengerusi BN Najib Razak mengenai pandangan Tun Dr Mahathir ini. Tetapi kita tidak mengharap sangat reaksi Najib kepada kenyataan ini kerana selama ini, beliau lebih gemar membisu apabila berhadapan dengan isu.
Macam-macam dibuat BN di Sungai Limau yang dari awal lagi kita sudah tahu mustahil BN akan menang.
Kalau dari awal Najib membuat keputusan untuk BN tidak bertanding di Sungai Limau sebagai menghormati Allahyarham Ustaz Azizan Razak, sudah pasti nama Najib akan harum hari ini.
Tetapi agenda politik Najib lebih besar dari agenda mengharumkan nama beliau. Ada berpendapat, Najib tahu BN akan kalah tetapi mencemari imej Mukhriz Mahathir lebih penting dari mengharumkan nama beliau.
Kalah tetap kalah. Tak perlu hendak mendabik dada pengundi Cina sudah kembali kepada BN. PRK Sungai Limau tidak penting untuk pengundi Cina. Yang penting untuk kaum Cina ialah pilihanraya umum. Dan yang pasti, di dalam PRU-14 nanti, Cina tetap akan menyokong Pakatan Rakyat walau banyak mana pun curahan wang dibuat oleh BN seperti mana peruntukan jutaan ringgit diberikan kepada dua sekolah Cina di Sungai Limau.
Macam-macam telah dilakukan oleh BN di Sungai Limau - jualan murah, pesta mengejar itik dan macam-macam lagi. Keputusan BN tetap KALAH.
Bagaimana pun, PRK Sungai Limau meninggalkan sedikit kenangan yang tidak mungkin dapat kita lupakan buat selama-lamanya.
Kenangan tersebut ialah janji Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan yang mahu membina KOMPLEKS IMIGRESEN DI SUNGAI LIMAU.
Kalau difikirkan balik, memang patutlah Tun Dr Mahathir mahukan Najib mengugurkan Ahmad Maslan dari Kabinet Najib.

Tuesday, October 29, 2013

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA DIKUASAI PEMBANGKANG?

Ada yang bergurau mengatakan Universiti Utara Malaysia merupakan bahagian Umno yang ke 192 (Umno hanya mempunyai 191 bahagian) dan Ketua Bahagiannya ialah Naib Canselor Prof Mohamed Mustafa Ishak.

Katanya apabila Prof Mustafa mengeluarkan kenyataan, nadanya lebih Umno dari mana-mana Ketua Bahagian Umno termasuk Presiden Umno sendiri.

Itulah penghayatan pemerhati politik Umno.

Tahun lepas, apabila pilihanraya kampus diadakan, perwakilan pelajar yang menyokong kerajaan menang besar menewaskan penyokong pembangkang 34-2 dan UUM di kenali sebagai kubu kuat kerajaan.

Semalam, blog-blog pembangkang mendabik dada mengatakan kononnya UUM jatuh ke tangan Pro-Mahasiswa yang dikenali pro-pembangkang walaupun laporan tersebut tidak benar.
http://bjbrigedkibaranbendera.blogspot.com/2013/10/pilihanraya-kampus-2013-pro-aspirasi.html

Menurut laporan yang agak sahih, calon Pro-Aspirasi memenangi 15 kerusi, Pro-Mahasiswa 13 kerusi, Hijrah 6 kerusi dan Bebas 2 kerusi.

                                                
Atas kertas, Pro-Aspirasi memenangi kerusi terbanyak. Tetapi kalau dicampur kesemua kerusi yang dimenangi kumpulan lain, Pro-Aspirasi tewas dengan 6 kerusi.

Dengan kata lain, kumpulan pro-pembangkang menguasai minda pelajar UUM buat pertama kali sejak UUM ditubuhkan pada 16 Feb 1984 dan di bawah pentadbiran Prof Mustafa.

P/S: Pelajar listen, listen, listen... Bawani adalah antara pemenangnya.

Friday, October 18, 2013

HISHAM KALAH? MUKHRIZ MENANG?

Jam 9 pagi esok, bermulalah proses pemilihan Ahli Majlis Tertinggi Umno dan AJK bahagian di 191 bahagian Umno di seluruh negara kecuali Sarawak.

Esok, 146,500 perwakilan akan mengundi untuk memilih 3 Naib Presiden dari 6 calon dan 25 Ahli Majlis Kerja Tertinggi dari 64 calon.

Penglibatan perwakilan yang ramai ini adalah hasil dari pindaan kepada Perlembagaan Umno yang dibuat pada Oktober 2009 bagi memperluaskan dan memindahkan kuasa memilih ahli-ahli Majlis Tertinggi ke peringkat Bahagian serta menghapuskan kuota untuk bertanding.

Esok juga kita akan mengetahui samada gandingan Ahmad Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein dan Shafie Apdal kekal sebagai Naib Presiden atau muka baru akan mengambil alih.

Kempen sedang sengit di akar umbi terutamanya dari kem Hishammuddin. Reputasi Hishammuddin begitu buruk sehingga ramai meramalkan beliau akan tewas kali ini.

Siapa menang, ganjarannya besar. Pemenang adalah bakal Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia sekiranya ditakdirkan sesuatu berlaku kepada orang No 1 dan No 2 negara yang sudah agak berusia. Tambahan pula ada disebut orang, Muhyiddin akan mengundur diri sebelum 2017.

NAIB PRESIDEN

Sebenarnya, tidak banyak pilihan untuk Jawatan Naib Presiden.

Ramai meramalkan Zahid dan Shafie akan menang mudah dan tempat ketiga menjadi rebutan antara Hishammuddin, Mukhriz Mahathir, Ali Rustam dan Isa Samad. 

Perwakilan Umno perlu membuat pertimbangan demi masa depan parti. Ahli Majlis Tertinggi yang akan dipilih nanti adalah jentera PRU-14 pada 2018 nanti.

Apakah pemimpin yang kalah semasa PRU-13 seperti Mohd Ali Rustam, Saifuddin Abdullah dan Puad Zakarshi mahu dipilih oleh perwakilan?

Kalau kawasan Parlimen sendiri pun ketiga-tiga ini tidak boleh jaga, adakah perwakilan mahu memberi kepercayaan kepada mereka untuk memimpin parti?

Tetapi Umno memang parti yang pelik.

Najib Razak layak memimpin Umno kerana beliau menang besar di Parlimen Pekan semasa PRU-13 yang lalu. Malahan beliau mendapat majoriti yang TERTINGGI iaitu 35,613 undi.

Muhyiddin Yassin boleh lah kita terima sebagai Timbalan Presiden walaupun setakat meraih undi majoriti 13,432 undi.

Tetapi calon popular Naib Presiden, Zahid, hanya mendapat 2,108 undi majoriti di Parlimen beliau, Bagan Datok.


RAMALAN

1. Zahid: Menang mudah. Naib Presiden No 1. Katanya Zahid akan mendapat sokongan dari 174 bahagian.

2. Shafie Apdal: Menang mudah. 157 undi.

3. Hishammuddin: Ramai meramalkan Hishammuddin akan kalah. Reputasi Hishammuddin begitu buruk sehingga dilabelkan "Mat Lembik" di bahagian-bahagian. Jelapang meramalkan Hishammuddin akan MENANG dengan hanya menduduki tempat ketiga dengan undi yang terendah dalam sejarah politik Hishammuddin. Tidak mungkin Najib Razak akan membiarkan sepupunya terkapai-kapai kelemasan. Sudah pasti pada ketika ini Najib sudah mengeluarkan ARAHAN kepada Ketua-Ketua Bahagian agar menyelamatkan sepupunya. 

4. Mukhriz Mahathir: Ramai yang tidak kena mengena dengan Umno amat mengharap dan yakin Mukhriz akan menang. Mengikut firasat Jelapang, Mukhriz akan kalah teruk. Jangan terkejut sekiranya kedudukan Mukhriz di bawah Isa Samad dan Ali Rustam. Kem Najib tidak mahu Mukhriz menang kerana kemenangan Mukhriz akan mengubah lanskap politik Umno dan akan memendekkan "NYAWA" Najib sebagai PM. Ketua-ketua bahagian di Kedah ada di antaranya tidak boleh langsung mendengar nama Tun Mahathir.

Mungkin ramai tidak mempercayainya, tetapi rasanya lebih ramai pemimpin Umno di Kedah tidak meminati Dr Mahathir dari Umno di negeri-negeri lain. Pemimpin Umno Kedah berpendapat Mukhriz menjadi Menteri Besar bukan kerana ketokohannya tetapi lebih kepada "paksaan" yang dibuat oleh Dr Mahathir terhadap Najib.

Jelapang menjangkakan Mukhriz akan hanya mendapat sokongan dari 8 undi dari 15 bahagian di Kedah.

5. Ali Rustam: Kalah teruk semasa PRU-13 (kalah dengan majoriti 5,447 undi). Ini faktor penting yang akan menentukan keputusan terhadap Ali Rustam. Bagaimanapun, sekiranya Ali menang, ini adalah disebabkan perwakilan mengenang budi beliau kerana menganugerahkan mereka gelaran Dato dan keprihatinan beliau kepada kebajikan mereka dan sering ke kenduri kahwin anak-anak mereka.

6. Isa Samad: Isa seharusnya sedar bahawa karier politik seseorang perlu ada noktahnya. Kita tidak akan menang kesemuanya dan hilang kesemuanya. Apa pun Isa adalah seorang ahli politik kental. Pernah digantung oleh Umno, pernah jadi Menteri Besar, pernah jadi Menteri dan pernah menjadi Adun. Walaupun melalui pelbagai rintangan, beliau kini masih bergelar Ahli Parlimen dan menerajui salah satu agensi terbesar Kerajaan, Felda. Apapun, tiada tempat Naib Presiden untuk Isa.

AHLI MAJLIS TERTINGGI   

Hanya satu harapan Jelapang yang malangnya tidak akan kesampaian. Bagi Jelapang, Ahli Majlis Tertinggi Umno perlu lah dianggotai oleh pemimpin terbaik Umno dan mendapat sokongan tinggi rakyat. Pemimpin perlu lah bersih atau dilihat bersih.

Malangnya, itu bukan aspirasi Umno.

Di bawah Jelapang senaraikan KELAB PEMIMPIN 10,000 Umno. 

Mereka-mereka ini telah menang dengan besarnya di dalam PRU-13 di mana majoriti yang diperolehi melebihi 10,000 undi. 21 pemimpin ini adalah dari kumpulan 120 pemimpin Umno yang bertanding semasa PRU-13 di mana hanya 88 dari mereka saja yang menang. Malangnya ada di antara mereka yang mampu membawa perubahan kepada Umno dan negara mengambil keputusan untuk tidak bertanding.

KELAB 10,000 UMNO

1. NAJIB RAZAK (Pekan) 35,613 Undi - Presiden Umno
2. AZALINA OTHMAN SAID (Penggerang) 26,992 - Bertanding MKT 
3. SHAFIE APDAL (Semporna) 20,905 - bertanding Naib Presiden
4. KHAIRY JAMALUDDIN (Rembau) 18,357 - Ketua Pemuda Umno
5. HALIMAH SADIQUE (Tenggara) 17,196 - bertanding MKT.
6. ABDUL LATIF AHMAD (Mersing) 15,747 - bertanding MKT.
7. ABU BAKAR MOHAMAD DIAH (Tangga Batu) 15,633 tidak bertanding
8. JAMALUDDIN JARJIS (Rompin) 15,114 - bertanding MKT
9. GHAFUR SALLEH (Kalabakan) 14,221 - tidak bertanding
10.  AHMAD MASLAN (Pontian) 13,727 - Ketua Penerangan
11. NASRUN MANSUR (Silam) 13,387 - tidak bertanding
12. MUHYIDDIN YASSIN (Pagoh) 12,842 - Timbalan Presiden Umno
13. AHMAD SHABERY CHIK (Kemaman) 12,306 - bertanding MKT
14. NAWAWI AHMAD (Langkawi) 11,861 - tidak bertanding
15. AHMAD HAMZAH (Jasin) 11,763 - tidak bertanding
16. NORAINI AHMAD (Parit Sulong) 11,753 - Exco Wanita Umno
17. SHAZIMAN ABU MANSOR (Tampin) 11,162 - tidak bertanding
18. HISHAMMUDDIN HUSSEIN (Sembrong) 10,631 - bertanding Naib Presiden
19. ROSNAH SHIRLIN (Papar) 10,535 - Exco Wanita Umno
20. JOHARI BAHAROM (Kubang Pasu) 10,444 - tidak bertanding
21. SHAHRIR SAMAD (Johor Baru) 10,134 - tidak bertanding.

Thursday, October 17, 2013

AHLI PARLIMEN BERKEMPEN DI PADANG GOLF DI THE MINES

Sekarang tiada berita lain yang kita baca dan lihat di dada-dada akhbar dan stesen TV utama kecuali cerita kempen calon-calon yang bertanding jawatan Naib Presiden Umno dan Ahli Majlis Tertinggi.

Kalau boleh mereka mahukan berita mereka dikeluarkan di muka depan, kalau tidak, muka belakang yang dikhaskan untuk berita sukan pun tidak mengapa.

Maka sehari dua ini, akan ramai lah calon-calon membuat sidang akhbar. Bapak-bapak Menteri akan bercakap mengenai Kementerian mereka, yang bukan Menteri tetapi baru dilantik sebagai Pengerusi agensi kerajaan akan bercakap mengenai agensi mereka.

Kalau kenyataan sebagai Pengerusi kurang mendapat tempat di akhbar, maka ada yang menggunakan kedudukan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak membuat kenyataan team bolasepak mereka dengan harapan berita dan gambar mereka keluar di mukasurat belakang yang dkhaskan untuk berita sukan.

Ada calon-calon merasakan tidak cukup gambar beliau keluar suratkhabar, maka mereka-mereka yang berjawatan Menteri akan membuat lawatan sambil belajar ke pejabat-pejabat akhbar dengan harapan keesokannya akan keluar gambar mereka sedang berbual dengan Ketua-Ketua Editor.

Kalau itu pun tak cukup, maka mereka akan membeli ruangan di akhbar untuk meletakkan gambar mereka sebesar-besar mungkin.

Salah satu iklan yang Jelapang tidak boleh lupa ialah iklan seorang calon Naib Presiden mempromosikan KOPI cap "TUDYA".

Tetapi semua ini, kata orang Kedah, tak boleh "chelen" (challenge) apa yang sedang berlaku pagi ini dan petang ini di padang golf The Mines di Palace of the Golden Horses.

Kelmarin ada kawan ajak ke Kuala Lumpur kerana ada jemputan Golf di Palace of the Golden Horses pagi ini. Kalau tak sempat main pagi, katanya, kita main petang.

Katanya jemputan dibuat oleh seorang Ahli Parlimen dan bekas Menteri yang bertanding jawatan Majlis Tertinggi.

Tak dapat lah Jelapang nak ikut serta sebab: pertama, Jelapang tak reti main golf. Kedua: banyak lagi daging-daging korban yang Jelapang nak sedekahkan kepada orang-orang susah di kampung.

Kawan Jelapang kata, kalau tak pergi RUGI BESAR. BUKAN MURAH nak main Golf. Kata dia, dia sinilah TIGER WOODS, MARK O'MEARA, NICK WATNEY, BO VAN PELT, KARRIE WEBB, RACHEL HERRINGTON, dan ANNIKA SORENSTAM main.

Jelapang hanya kenal Tiger Woods. Yang lain kita tak kenal sebab tak pernah pun terfikir orang kampung macam kita mampu nak main golf.

Dia kata kalau pi, dapat DUIT RM500, CURUT SEBATANG, bilik FREE selain dapat main golf FREE. Hadiah golf pun, katanya, LUMAYAN.

Banyaknya duit Ahli Parlimen ini, kata Jelapang.

Kata kawan saya, Ahli Parlimen ini KAYA.

Bagaimana pun, kawan Jelapang tak dapat ke KL juga kerana di Kedah ini, Hari Raya Haji kita rayakan besar-besaran. Untunglah perwakilan yang duduk dekat KL.

Jelapang buat sedikit semakan mengenai Kelab Golf di Mines.

Kalau nak main, satu flight RM1,200 untuk ahli. Begitu mahalnya kalau nak main. http://www.minesgolfclub.com/web/

Oleh itu, kepada perwakilan yang membaca blog ini, sempat lagi kalau nak ke MINES untuk kutip RM500 serta CURUT yang mungkin berharga RM100 sebatang.

Maaf kepada YB Ahli Parlimen yang menganjurkan Golf di The Mines pagi dan petang ini kerana Jelapang tak dapat menyertai 300 orang yang akan bermain bersama YB hari ini.

Jelapang nak kena agihkan daging-daging korban ini kepada orang miskin. Harga daging pun dah mahal. RM25 sekilo. Seorang dapat sekilo pun dah cukup.

Kalau dibuat perbandingan, harga sekilo daging, 48 kali ganda murahnya dari satu flight golf di The Mines.

Selamat BERGOLF DAN BERKEMPEN YB!

P/S: Sesiapa yang berminat untuk menonton pertandingan Golf tersebut, silalah ke Mines petang ini.

Friday, September 20, 2013

MUKHRIZ BAKAL PM?

"The more, the merrier" - adalah peribahasa Inggeris. Atau dalam bahasa Melayu, ia bermaksud "lebih ramai, lebih meriah".

Pengumuman Mukhriz, anak Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno sudah pastikan "memeriah"kan lagi pertandingan untuk jawatan No 3 di dalam Umno.
http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130920/po_04/Mukhriz-sah-tanding-Naib-Presiden

Jawatan Naib Presiden ini merupakan jawatan terpenting di dalam Umno dalam konteks politik hari ini. Siapa yang menang adalah bakal Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang akan datang.

Najib Razak dan Muhyiddin Yassin semalam turut mengumumkan mempertahankan jawatan masing-masing sebagai Presiden dan Timbalan Presiden Umno.
http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130920/po_01/Najib-umum-pertahan-jawatan-Presiden-UMNO
http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130920/po_02/Pertahan-Timbalan-Presiden-UMNO

Menjelang PRU-14 pada 2018, Najib akan berusia 65 tahun manakala Muhyiddin mencecah usia 71 tahun. Pada ketika itu peratusan pengundi akan didominasikan oleh generasi muda dan usia 65 dan 71 tahun akan dilihat terlalu TUA oleh generasi muda untuk mentadbir negara.

Maka dua tempat teratas bakal menjadi perbutan di kalangan TIGA Naib Presiden pada masa itu.

Kini pertandingan Naib Presiden menjadi pertandingan ENAM PENJURU di antara Ahmad Zahid Hamidi (kini berusia 60 tahun), Hishammuddin Hussein (52 tahun), Shafie Apdal (56 tahun), Isa Samad (64 tahun), Mohd Ali Rustam (64 tahun) dan Mukhriz (49 tahun).

Kalau mengikut kesesuaian umur, Naib Presiden Umno seharusnya Mukhriz, Hishammuddin dan Shafie.

Tetapi pemilihan Umno tidak mengikut faktor umur. Ia bergantung kepada populariti dan seseorang calon itu menjadi popular bergantung kepada ketokohan dan sedikit sebanyak "sumbangan" kepada perwakilan.

Keputusan Mukhriz bertanding menghangatkan lagi perdebatan di kedai-kedai kopi di kalangan peminat Umno.

Adakah Najib merestui keputusan Mukhriz?

Bagaimanakah Najib hendak menyelamatkan Hishammuddin kali ini?

Apakah reaksi Najib apabila Dr Mahathir mengarahkan beliau untuk "CARRY" (memastikan) kemenangan Mukhriz?

Di akar umbi di Kedah, kem Mukhriz sudah pun menghantar mesej mengatakan Najib sudah menyatakan "TIADA HALANGAN" untuk Mukhriz bertanding walaupun ada juga yang mengatakan Najib juga menyatakan pendirian "KALAU BOLEH JANGAN BERTANDING".

Tidak mungkin Mukhriz tidak mendapat restu bapanya untuk bertanding. Anak mana yang sanggup menderhaka nasihat seorang bapa.

Jika dilihat pada rekod politik Najib, walaupun dengan berat hati, Najib akan mentaati ARAHAN Dr Mahathir untuk "carry" (menyokong) Mukhriz.

Politik Najib mudah dibaca. GEMPAQ sikit, dah cukup.

Pemilihan kali ini mungkin tempoh terakhir buat Najib dan Muhyiddin.

Selepas ini, kita kembali ke era Dr Mahathir.

Thursday, September 12, 2013

PEMIMPIN ATASAN UMNO MENANG TANPA BERTANDING, PEMIMPIN BAHAGIAN PANDAI-PANDAILAH JAGA DIRI

Sebuah akhbar berbahasa Melayu hari ini menimbulkan satu persoalan - adakah Ketua Pemuda Umno dan Ketua Wanita akan menang jawatan masing-masing tanpa bertanding?
http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130912/po_02/Shahrizat-Khairy-kekal-jawatan

Ini ekoran tindakan bekas Ketua Puteri Azalina Othman Said menarik diri dari menentang Shahrizat Abdul Jalil untuk jawatan Ketua Wanita.

Azalina menarik diri, kononnya, atas nasihat pemimpin tertinggi Umno. Ada yang mengatakan bahawa keputusan Azalina adalah disebabkan tiada sokongan untuk beliau di akar umbi. Sekarang ini trend mengugut pemimpin. Kalau pandai ugut, dapatlah jawatan nanti. Umum dulu nak bertanding, separuh jalan akan adalah orang bertandang bawa jawatan di dalam dulang.

Begitu juga dengan Khairy Jamaluddin yang sehingga ini tiada pencabar yang tampil untuk menentang beliau.

Pada kita, pemilihan Umno kali ini bukan lah pemilihan untuk mengukuhkan Umno yang kini diramalkan akan tewas di dalam PRU-14 nanti.

Pemilihan kali ini bukanlah bertujuan untuk memilih pemimpin TERBAIK untuk mengemudikan Umno bagi mengharungi BADAI POLITIK yang akan melanda parti KERAMAT itu pada tahun 2018 nanti.

Pemilihan kali ini tidak lain tidak bukan ialah untuk PEMIMPIN TERTENTU mempertahankan jawatan dan keistimewaan yang mereka NIKMATI sekarang ini.

Ada jet peribadi untuk ke London dan New York, ada drebar, ada pengawal peribadi dan petrol dan elektrik percuma yang mana rakyat biasa tidak pernah merasainya.

Najib Razak sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengekalkan jawatan Presiden dan Perdana Menteri. Muhyiddin Yassin pula sudah cukup berpuashati dengan jawatan Timbalan Perdana Menterinya.

Bagi pemimpin yang kini berstatus MENTERI, jawatan Menteri adalah segala-galanya. Jawatan Menteri datang dengan segala kemewahan sementara jawatan di dalam Majlis Tertinggi tiada sangat keistimewaannya.

Bagi mereka yang berstatus Menteri, bertanding jawatan Majlis Tertinggi amat tinggi risikonya. Kalau KALAH, takut-takut Perdana Menteri menggunakan kekalahan tersebut sebagai alasan untuk mencabut jawatan Menterinya dan hilanglah segala keistimewaan yang datang dengan nya.

Ada jawatan Majlis Tertinggi pun, tidak semesti bakal menjadi ahli Kabinet. Lihatlah apa yang berlaku kepada Azian Othman yang setakat dilantik Senator, Zainal Abidin Osman, Norraesah Mohd dan Bung Mokhtar Radin. Menang majlis tertinggi, tapi setakat itu sajalah perjalanan karier mereka. Itulah sebabnya ada Menteri yang enggan bertanding Majlis Tertinggi kali ini kerana takut kalah nanti. 

Itulah sebabnya Rais Yatim, Shahrizat Jalil dan beberapa pemimpin lain beria-ia sangat untuk mengekalkan status Menteri walaupun bukan Menteri lagi. Kalau tidak dapat status Menteri, jadi Pengerusi GLC jadi lah seperti Ghani Othman yang kononnya sangat berjasa kepada Johor sehinggakan 18 kerusi DUN jatuh ke tangan pembangkang termasuk kerusi Parlimen Batu Pahat yang merupakan bumi di mana Umno dilahirkan.

Pemimpin seperti Nazri Aziz mahu terus menjadi Menteri walaupun dikaitkan dengan pelbagai isu dan skandal. Beliau tidak perlu bertanding kerana akan menjadi ahli Majlis Tertinggi menerusi lantikan Najib.

Semalam sebuah akhbar menyiarkan mengenai kemungkinan Ketua-Ketua Bahagian di kebanyakan negeri akan dicabar.

Katanya hampir separuh Ketua Bahagian akan dicabar dan Najib Razak mungkin gembira melihat perkembangan ini kerana mungkin pada beliau ini akan menyegarkan demokrasi di dalam Umno.

Tetapi sebenarnya, pemimpin atasan seperti Najib hanya berminat untuk memastikan mereka terus ditampuk pemerintahan sementara di bahagian, PANDAI-PANDAILAH KETUA-KETUA BAHAGIAN NAK HIDUP.

Yang di atas akan menang tanpa bertanding, yang di bahagian, lantaklah apa nak jadi.

Ini lah semangat pemilihan Umno kali ini.

Sunday, May 26, 2013

MUHYIDDIN YASSIN ALTERNATIF BARU

Tun Dr Mahathir Mohamad: "Saya rasa parti akan terus menyokong beliau (Najib Razak) kerana kekurangan alternatif."
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/5/26/nation/20130526180020&sec=nation

Sebelum 5 Mei 2013 dan selama 5 tahun, Abdullah Ahmad Badawi dilabelkan sebagai Presiden Umno, Pengerusi BN dan Perdana Menteri yang paling lemah di dalam sejarah Barisan Nasional.


Sebabnya: Pada 8 Mac 2008, Barisan Nasional hilang majoriti 2/3 dalam politik negara kerana memenangi hanya 140 kerusi Parlimen dari 222 kerusi yang dipertandingkan d dalam PRU-12..


Tanggal 5 Mei 2013, label tersebut terlupus dari "dahi" Pak Lah. 


Pada hari itulah, label tersebut disandang pula oleh Najib Razak apabila sejarah akan mengingati beliau sebagai Perdana Menteri yang mendapat sokongan lebih buruk dari Pak Lah dengan hanya memenangi 133 kerusi di dalam PRU-13.


Pak Lah terpaksa mengundur diri kerana menyedari beliau lah bertanggungjawab terhadap prestatsi buruk BN.


Kini Pak Lah dapat tidur nyenyak dan lena kerana beliau bukan lagi Perdana Menteri terburuk di dalam sejarah pilihanraya negara.


Hari ini, terbaca kita akan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa negara kekurangan alternatif dan mungkin parti terpaksa memberi sokongan kepada Najib.


Apakah Muhyiddin Yassin serba kekurangan?


Kita tidak nampak apa lagi agenda negara yang hendak diketengahkan oleh Najib?


Setelah menghadapi prestasi buruk semasa PRU-13, apakah Najib akan terus dengan agenda 1Malaysia beliau?


Hari ini pelbagai cadangan dikemukakan untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada Kerajaan. 


Ada yang mencadangkan agar parti-parti komponen disatukan di bawah Gagasan Rakyat 1 Malaysia.


Bagi kita, usaha untuk menjenamakan kerajaan dan BN akan hanya berjaya sekiranya ianya dikemudikan oleh jurumudi yang baru.


Dan Muhyiddin Yassin adalah alternatif yang berkemampuan besar untuk mengemudikan BN ke era baru. 

Tuesday, August 17, 2010

AMARAN MUHYIDDIN KEPADA MCA: JANGAN TIMBULKAN KEMARAHAN ORANG MELAYU

"jangan menimbulkan keresahan dan kemarahan hanya kerana hendak mempertahankan resolusi dan sensitiviti dan hak kaum lain. Sasaran 30 peratus (penguasaan ekuiti Bumiputera) itu belum dicapai dan (sasaran itu) bukan tuntutan melampau di mana dalam keadaan yang sama, kaum Cina telah menguasai 40 peratus dalam ekonomi negara. Ini harus dilihat dalam konteks yang lebih besar. Tanpa pembahagian yang adil, kita lihat apa yang terjadi pada tahun 1969 (rusuhan perkauman)... saya berharap tidak akan berlaku lagi." - Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin.
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=521695

Kita masih belum mendengar sepatah komen pun dari Presiden Umno Najib Razak. Bagaimana pun sekurang-kurangnya, Muhyiddin melahirkan sedikit akan perasaan marah orang Melayu terhadap kenyataan Chua Soi Lek. http://www.jelapang2008.blogspot.com/

Saturday, February 27, 2010

MUHYIDDIN TUTUP BLOG?


Kalau dahulu blog Najib Razak ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dikenali sebagai 1Malaysia dan seterusnya menjadi gagasan beliau apabila menjadi Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, Timbalan beliau menamakan blog beliau MY-MALAYSIA.

Pelancaran blog tersebut dibuat dengan penuh warna-warni di Angkasapuri. Semasa melancarkan blog beliau, Muhyiddin berkata: "Langkah mewujudkan laman web itu adalah sebagai salah satu usaha untuk mendekati anak-anak muda melalui media sosial. Anak-anak muda sekarang inginkan kerajaan yang dikatakan lebih telus, dalam erti kata menjelaskan dan menjawab apa sahaja isu yang dibangkitkan."

Belum pun genap sebulan, blog Muhyiddin telah ditutup. Dalam satu posting yang disiarkan oleh MyKmu Johor, satu persoalan telah diutarakan. MyKmu Johor bertanya:

Siapa Punya Angkara??? My-Malaysia.com.my Di ditutup..
Klik link berikut untuk posting yang siarkan oleh MyKmu Johor: http://www.mykmujohor.com/index.php?option=com_content&task=view&id=1406&Itemid=53

Sekiranya benar Muhyiddin menutup blog beliau, apakah puncanya?

Adakah ianya disebabkan desas-desus mengenai polemik dalam Umno seperti yang disiarkan oleh Malaysiakini baru-baru ini?

Untuk artikel mengenai Muhyiddin dan Najib yang disiarkan oleh Malaysiakini, sila lihat di blog ini. http://kamal-talksmalaysia.blogspot.com/2010/02/is-muhyiddin-sharpening-his-knife.html

Sunday, January 31, 2010

TIADA CUTI TAMBAHAN UNTUK AIDILFITRI?

Cuti tambahan sekolah untuk Tahun Baru Cina, BOLEH.

Cuti tambahan sekolah untuk Deepavali, BOLEH.

Cuti tambahan sekolah untuk Hari Gawai, BOLEH.

TETAPI, cuti tambahan untuk Aidilfitri, TAK BOLEH?

Menurut laporan akhbar hari ini Pejabat Pendidikan Daerah di Terengganu menolak permohonan cuti tambahan untuk merayakan Aidilfitri kerana Kementerian Pendidikan mengeluarkan satu Pekeliling yang hanya membenarkan sekolah mengambil cuti tambahan untuk Tahun Baru Cina, Deepavali dan Gawai.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20100130225950/Article/index_html

Mungkin Muhyiddin Yassin boleh memperjelaskan takut orang kata ini sebahagian dari semangat 1Malaysia.

Sunday, July 12, 2009

MUHYIDDIN BERPOLITIK CARA LAMA

Berikut ialah laporan yang dipetik dari Berita Harian Online semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata bagi membuktikan komitmen BN, sebuah jambatan baru akan dibina menggantikan jambatan lama di Kampung Manik Urai Lama, sejurus BN memenangi kawasan itu.

"JKR sudah mentaksirkan kos membina jambatan baru itu nanti adalah sebanyak RM7 juta... Kita (BN) janji jambatan baru itu akan dibina sehari (selepas) kita menang.

"Janji capai kejayaan dulu," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Kebangsaan Manik Urai, di sini petang tadi.

Jambatan sempit, yang hanya boleh memuatkan sebuah kenderaan pada satu-satu masa berusia lebih 40 tahun, menimbulkan kesulitan kepada penduduk kerana tiada sebarang tindakan diambil bagi memperbaikinya oleh kerajaan negeri.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Mutakhir/20090712182336/Article/index_html

Biarlah kita mengingatkan Muhyiddin Yassin bahawa cara beliau berpolitik adalah cara lama. Politik mengugut sudah tidak ada tempat dalam politik negara.

Muhyiddin perlu diingatkan bahawa beliau adalah Timbalan Perdana Menteri yang diamanahkan rakyat untuk mentadbir negara. Malangnya kenyataan beliau semalam tidak langsung menggambarkan bahawa cara beliau dan Umno berpolitik sudah berubah.

Muhyiddin tergamak memberitahu pengundi Manik Urai - undi BN kalau mahukan jambatan.

Dengan kata lain, kalau BN kalah, rakyat di Manik Urai terpaksalah terus menggunakan jambatan usang yang sudah berusia 4 dekad.

Siapakah pengundi Manik Urai? Sedarkah Muhyiddin bahawa mereka rata-rata adalah golongan dhaif yang bergantung kepada kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Rata-rata mereka ialah pekebun kecil?

Muhyiddin seharusnya lebih maklum akan taraf kehidupan penduduk Manik Urai kerana beliau berkhemah lebih seminggu berkempen untuk BN.

Dan Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri sanggup memberi kata dua kepada golongan ini - kalau hendak jambatan, undi BN. Apalah salahnya rakyat Manik Urai diberi jambatan baru tanpa mengira Umno menang atau kalah dalam pilihanraya kecil ini? Berapalah sangat RM7 juta untuk sebuah jambatan!

Kita perlu ingatkan Muhyiddin bahawa beliau perlu kembali ke Kuala Lumpur dan menghayati semula slogan Rakyat Didahulukan yang diwarwarkan oleh bos beliau Najib Razak.

Tidak menghairankan kalau pengundi terus menolak Umno kalau inilah cara Muhyiddin dan Umno melayan rakyat.

Sunday, June 14, 2009

BUDAK KAMPUNG AKAN GAGAL SPM KALAU BAHASA INGGERIS WAJIB

130,000. Itulah jumlah pelajar yang akan gagal Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekiranya Muhyiddin Yassin dan Kementerian Pelajaran mengambil keputusan mewajibkan pelajar lulus Bahasa Inggeris. http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Sunday/Frontpage/2581828/Article/index_html

Menurut akhbar New Straits Times, 30 peratus dari 440,000 pelajar yang mengambil peperiksaan SPM akan gagal setiap tahun sekiranya pelajar wajib lulus Bahasa Inggeris.

Siapakah 130,000 pelajar ini? Berapa ramai dari mereka ini pelajar Melayu? Dan berapa ramai antara mereka dari kampung dan desa?

Kita mengharapkan Kementerian Pelajaran perincikan siapa yang selama ini gagal dalam matapelajaran Bahasa Inggeris. Adakah mereka anak-anak bandar atau anak-anak desa?

Lazimnya anak-anak bandar dan golongan pertengahan tidak banyak masalah mempelajari Bahasa Inggeris. Sekiranya andaian ini benar, maka yang akan gagal ialah anak-anak kampung dan ramailah anak-anak desa tidak memiliki sijil SPM. Terserah pada Muhyiddin.

Tuesday, June 9, 2009

MUHYIDDIN: LAWATI LAH SEKOLAH DI LANA BULU

Terbaca saya cerita Muhyiddin Yassin hairan bagaimana seseorang pelajar tidak perlu lulus matapelajaran Bahasa Inggeris dalam SPM. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/6/9/nation/4079598&sec=nation

Alangkah baiknya Muhyiddin mengajukan soalan ini kepada Hishammuddin Hussein bila mereka bertemu terutamanya ketika mesyuarat mingguan kabinet.

Berikutan "penemuan" ini, Muhyiddin meminta rakyat memberi maklumbalas samada pelajar perlu diwajibkan lulus matapelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan ini. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0609&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm&arc=hive

Maka hari ini Kementerian Pelajaran membuka talian untuk orangramai memberi pandangan mereka. http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=416765

Hasrat Muhyiddin baik kerana pada pandangan beliau "bahasa Inggeris adalah bahasa yang amat penting yang kita gunakan dalam kehidupan seharian kita." http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=416561

Kabinet hari ini ialah Kabinet "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". Slogan ini direalisasikan oleh ahli-ahli Kabinet dengan melakukan upacara-upacara turun padang. Malah Muhyiddin adalah salah seorang Menteri yang pertama turun padang dengan melakukan lawatan mengejut ke sebuah sekolah di Seksyen 4 Shah Alam pada 14 April 2009, 4 hari selepas beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran. http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2009/04/tpm-buat-lawatan-mengejut.html

Alangkah baiknya sebelum sebarang keputusan dibuat untuk mewajibkan pelajar lulus Bahasa Inggeris dalam peperiksaan SPM, Muhyiddin turun padang sekali lagi dan mengikuti bagaimana Bahasa Inggeris diajar di sekolah-sekolah terutamanya sekolah-sekolah di ceruk-ceruk kampung.

Janganlah pergi ke sekolah-sekolah di Shah Alam. Shah Alam kawasan elit. Pergilah ke sekolah-sekolah di Lana Bulu, Air Lanas, Kampung Nagalilit, Kampung Kok Pasir, Kampung Ladang Pelam, Kampung Long Tanid dan Kampung Tingkalanon.

Muhyiddin patut mengikuti kelas Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah di kampung-kampung seumpama ini dan tak payahlah bawa jurugambar dan pemberita.

Turun padang dan selami nasib pelajar-pelajar di kawasan-kawasan ini dan fahamilah kaedah cara mereka belajar bahasa Inggeris.

Tahukah Muhyiddin bahawa di sesetengah sekolah Bahasa Inggeris diajar dalam Bahasa Melayu? Tahukah Muhyiddin ada guru mengajar anak muridnya menyebut "carbon dioxide" sebagai "carbon dai-ok-si-de" kerana beliau mengeja "xide" sebagai "si-de"? Ini belum lagi perkataan-perkataan yang disebut dan bunyinya membawa maksud yang memalukan.

Ini bukan salah guru. Ini salah Kementerian Pelajaran. Bahasa Inggeris bukan bahasa baru. Sejak sebelum merdeka lagi bangsa kita sudah berbahasa Inggeris. Malangnya sehingga hari ini Kementerian Pelajaran masih belum menemui methodologi untuk membimbing guru-guru kita untuk fasih dan mengajar Bahasa Inggeris dengan betul.

Kalau Kementerian Pelajaran merasakan ia perlu mewajibkan pelajar lulus Bahasa Inggeris dalam SPM, apa kita nak buat. Tetapi janganlah pula Muhyiddin buat macam Menteri Pendidikan dahulu.

Bila ramai pelajar dapat markah rendah, kita turunkan "markah lulus" nak bagi nampak keputusan peperiksaan itu nampak cantik dan Menterinya pun nampak cantik.

Yang merisaukan ialah pelajar-pelajar di Lana Bulu, Air Lanas, Kampung Nagalilit, Kampung Kok Pasir, Kampung Ladang Pelam, Kampung Long Tanid dan Kampung Tingkalanon. Mampukah pelajar ini lulus bahasa Inggeris mereka dengan cara matapelajaran ini diajar kepada mereka?

Adilkah kita bandingkan mereka dengan pelajar-pelajar Kirby College atau pelajar dari MCKK, Alam Shah dan Seri Puteri? Tepuk dada tanya selera.

Sunday, April 12, 2009

AMY BAWA "WOW" KEPADA PAS?



WOW!!! Ketika Umno dan Muhyiddin Yassin tercari-cari faktor WOW untuk menghidupkan semula roh Umno, Nik Aziz Nik Mat nampaknya telah mendahului Muhyiddin.

Mengikut akhbar Kosmo, Amy Search membuat persembahan semasa majlis sambutan Jubli Emas Pemuda Pas Kelantan dan Nik Aziz menitiskan air mata selepas mendengar lagu Rock persembahan Amy. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0412&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Umno pasti menarik nafas lega pabila Amy berkata: ""Saya masih bersifat neutral tidak sertai mana-mana parti. Kehadiran saya ke sini sekadar memenuhi undangan untuk mengadakan persembahan. Apa yang berlaku selepas ini adakah ketentuan-Nya namun saya perlu berfikir lagi semasak-masaknya kerana ia akan mempengaruhi peminat setia saya. Bagaimanapun saya akui, memang peminat tok guru (Nik Aziz) namun belum lagi memutuskan menyertai Pas"
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0412&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm

Kehadiran Amy di Kota Bahru sudah cukup untuk meng"wow"kan penyokong pembangkang sementara penyokong Umno masih menanti apakah "wow" yang akan Muhyiddin bawa untuk memperkasakan Umno. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0331&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_10.htm

Monday, February 23, 2009

MUHYIDDIN PILIHAN NAJIB?

Adakah Muhyiddin Yassin pilihan Najib Razak sebagai Timbalan Presiden?

Tiada siapa yang tahu kerana Najib masih belum mendedahkan apa yang tersirat di hati beliau - samada mahukan Muhyiddin sebagai Timbalan beliau atau Ali Rustam atau Muhammad Muhammad Taib.

Malahan ada di kalangan ahli-ahli Umno mempertikaikan kenapa Najib enggan menamakan bakal Timbalan beliau. Ada yang berpendapat Najib harus mengikuti jejak Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menamakan Timbalan beliau.

Apabila Tun bersara sebagai Perdana Menteri, Tun mahukan Pak Lah melantik Najib sebagai Timbalan beliau. Ada desas-desus ketika itu Pak Lah dan orang di sekeliling beliau tidak gembira dengan tindakan Tun menamakan Najib.

Malahan antara yang dikatakan "berkecil hati" dengan Tun ialah Muhyiddin sehinggakan beliau merajuk dan bercuti agak lama di Australia.

Pak Lah mengambil masa yang agak lama untuk menamakan Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri. Lebih kritikal buat Najib apabila ada di kalangan orang di sekeliling Pak Lah yang memberi pengharapan kepada Muhyiddin bahawa beliau masih mempunyai peluang untuk dilantik Timbalan Perdana Menteri dan Pak Lah tidak semestinya menurut kehendak Tun Dr Mahathir.

Malang buat Muhyiddin, ianya tinggal harapan dan Najib akhirnya dilantik Timbalan Perdana Menteri oleh Pak Lah.

Menurut Joceline Tan dalam tulisannya dalam The Star Ahad lalu, Muhyiddin kini mendahului dari segi populariti untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden bulan depan diikuti oleh Ali Rustam.

Tetapi ada juga analisa lain yang mengatakan Ali Rustam lebih popular dari Muhyiddin di peringkat akar umbi kerana "PR" (hubungan dengan masyarakat) jauh lebih baik dari Muhyiddin. Mat Taib, ramai berpendapat, akan kalah dan kalah teruk.

Ramai akan bertanya siapa yang akan disokong Najib untuk jawatan nombor dua? Najib mempunyai banyak masa untuk menentukan siapa beliau akan sokong Mac nanti.

Bagaimanapun, mengikut Muhyiddin, Najib sudahpun memberi isyarat beliau lah pilihan bakal Perdana Menteri itu.

Dalam temuramah dengan Joceline Tan, Muhyiddin berkata:

Dari mula lagi saya banyak mengadakan perbincangan peribadi dengan Najib mengenai situasi politik sekarang.

Kita mempunyai pandangan yang sama terhadap apa yang berlaku semasa pilihanraya umum yang lalu dan arah tuju Umno di masa akan datang. Perbincangan (pertemuan) ini berterusan hampir sebulan.

Ketika di Tokyo, saya menerima satu SMS dari Najib memaklumkan bahawa PM telah mengumumkan pelan peralihan kuasa untuk 2010.

Saya bertanya kepada Najib: Adakah ianya boleh diterima? Adakah ia tidak terlalu lama? Cukupkah masa untuk beliau memulihkan Umno untuk pilihanraya akan datang?

Pada ketika itu beliau lah yang meminta saya mempertahankan jawatan Naib Presiden dan beliau menyatakan akan mempertahankan jawatan beliau iaitu Timbalan Presiden.

Tidak berapa lama selepas itu, PM membuat kenyataan beliau tidak akan mempertahankan jawatannya dalam Umno.

Najib kemudian memaklumkan kepada saya bahawa beliau akan bertanding jawatan Presiden dan saya harus mencuba jawatan Timbalan Presiden. Saya masih ingat beliau memaklumkan kepada saya perkara ini sehari sebelum Pak Lah membuat pengumuman.

Malah bila Zahid Hamidi tiba-tiba mengumumkan akan bertanding jawatan No. 2, saya bertanya kepada Najib samada beliau mengikhtiraf Zahid. Najib turut terpinga-pinga dengan pengumuman Zahid dan beliau menghubungi Zahid selepas itu.

Saya tidak akan menawarkan diri untuk jawatan sepenting itu tanpa mendapat pandangan dari bakal Presiden parti. Menurut tradisi dan kebiasaan, presiden seharusnya memberi isyarat siapa yang beliau selesa sebagai Timbalan beliau.

Dalam kes saya, saya tidak akan membuat kesimpulan untuk meneruskan hasrat saya bertanding jawatan nombor dua tanpa mendapat sebarang isyarat.

Saya mendapatkan pandangan dari Najib apabila pelan peralihan ditetapkan pada 2010 dan kemudian dipercepatkan ke 2009. Kali pertama Najib meminta saya untuk kekal di tempat saya, kali kedua dia meminta saya untuk meneruskan hasrat saya (bertanding jawatan Timbalan Presiden). Temuramah The Star: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/2/22/nation/3316712&sec=nation

Tertanya-tanya juga kita apa reaksi Najib apabila terbaca temuramah Joceline Tan dengan Muhyiddin ini.

Sunday, October 19, 2008

BAGI FLOOR!

BAGI FLOOR! Rata-rata sekarang ini, baik di kedai kopi mahupun di coffee house di hotel-hotel di ibunegeri dan ibukota, pemimpin dan ahli Umno bercakap mengenai ungkapan ini - "bagi floor".

Ungkapan ini ditujukan kepada Muhyiddin Yassin. Mereka bercakap mengenai satu gerakan oleh kumpulan tertentu untuk memastikan Muhyiddin tidak mendapat laluan mudah untuk mendapat pencalonan Timbalan Presiden. Akar umbi diminta mencalonkan Najib Razak bagi jawatan Presiden tetapi untuk jawatan Timbalan Presiden, "bagi floor" (serahkan kepada perwakilan bahagian).

Dengan kata lain, mereka mahukan pertandingan untuk jawatan Timbalan Presiden. "Bagi floor" bermaksud membenarkan perwakilan bahagian mencalonkan calon lain (Mohd Ali Rustam) untuk jawatan tersebut dan bukannya Muhyiddin.

Desas-desus mengatakan kumpulan ini hanya mahu Ali Rustam mendapat cukup pencalonan untuk memastikan Muhyiddin dicabar Mac nanti. Mereka mahu memastikan Muhyiddin tidak menang percuma jawatan Timbalan Presiden.

Kalau dilihat kenyataan Abdullah Ahmad Badawi (walaupun dengan nada marah) di Kota Kinabalu semalam, jelas Pak Lah mahukan Ali Rustam di calonkan jawatan Timbalan Presiden.

Berikut ialah kenyataan Pak Lah semalam: “Saya dengar kata Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka) yang nak bertanding timbalan presiden dicuba orang tertentu memaksa dia untuk tarik balik...Mengapa suruh Ali tarik balik? Apa tak eloknya Ali?.

“Tak boleh diberi saja kebebasan untuk bertanding... tentu ada orang yang mahu sokong mahupun yang tak sokong. Jadi biarlah dia bertanding dan biarlah orang UMNO menentukannya.”
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1019&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Apabila Pak Lah membuat kenyataan sedemikian, hiruk-pikuk lah di kedai kopi dan coffee house hotel bahawa Pak Lah menyokong Ali Rustam.

Secara kebetulan atau tidak, Ali Rustam hari ini menerima 9 pencalonan (tiga dari Melaka) menjadikan 12 pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden. Mat Taib mendapat 8 pencalonan berbanding Muhyiddin 44 pencalonan. http://www.malaysiakini.com/news/91566

Agak pelik juga bagi Pak Lah menyokong Ali Rustam ketika website pro-Pak Lah "Malaysian Insider" semalam memperkecilkan Ali Rustam dengan menggambarkan beliau sebagai seorang pemimpin yang tidak tahu berbahasa Inggeris.

Malaysian Insider turut memperkecilkan Allahyarham Ghafar Baba yang dikatakan lemah berbahasa Inggeris ketika memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Pak Lah mengambil risiko dengan menyatakan sokongan beliau kepada Ali Rustam. Sekiranya Ali Rustam tidak mendapat cukup pencalonan (39 pencalonan) untuk bertanding, maka pemerhati akan menyifatkannya sebagai bukti bahawa memang benar Pak Lah ditolak oleh akar umbi.

Ianya juga berita tidak gembira buat Ali Rustam. Dalam suasana sekarang, musuh-musuh beliau akan secepat kilat meletakkan Ali Rustam sebagai orang Pak Lah dan bukan orang Najib Razak.

Maka sekiranya akar umbi menyokong Najib, maka Ali Rustam akan menghadapi masalah untuk mendapatkan pencalonan.

Ada juga berpendapat tindakan menyokong Ali Rustam ini adalah tindakan melepas geram oleh Pak lah dan orang sekeliling beliau.

Saturday, October 4, 2008

LAYAKKAH ZAHID, ALI RUSTAM, MAT TAIB & MUHYIDDIN JADI TPM KITA?

ZAHID HAMIDI, MUHAMMAD MUHAMMAD TAIB, MOHD ALI RUSTAM DAN MUHYIDDIN YASSIN: Salah seorang dari mereka bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri sekiranya mereka memenangi jawatan Timbalan Presiden Umno Mac 2009.

Ada rezeki, mereka juga bakal Perdana Menteri Malaysia. Ketika dunia diharungi berbagai masalah ekonomi dan politik, timbul lah persoalan siapa di kalangan mereka ini yang layak menjadi Timbalan Perdana Menteri? Atau adakah mereka ini benar-benar layak dan mempunyai kualiti untuk memimpin negara?

Keputusan di tangan lebih kurang 3,000 perwakilan Umno yang akan mengundi di perhimpunan agung Mac nanti. Sebagai pemerhati, kita hanya boleh memerhati dan berdoa agar keputusan yang terbaik dibuat oleh perwakilan Umno nanti dan bahagian-bahagian yang akan bermesyuarat mulai 9 Oktober hingga 9 November.

Buat sementara waktu, kita teliti latarbelakang pendidikan calon-calon Timbalan Presiden Umno.
Zahid Hamidi dilahirkan pada 4 Januari 1953 di Kampung Sungai Nipah Darat, Bagan Datoh, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Balai dan menyambung pelajarannya di Sekolah Menengah Agama Izuddin Shah, Ipoh dan Sekolah Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Selepas itu beliau menyampung pengajiannya ke Universiti Malaya dalam bidang Sastera pada tahun 1975.
MOHD ALI RUSTAM: 1956 - 1960: Sekolah Rendah Kebangsaan, Bukit Katil, Melaka; 1961: Sekolah Rendah Kebangsaan, Semabok, Melaka; Malacca High School, Melaka; Menduduki peperiksaan High School Certificate (HSC) sebagai pelajar persendirian; 1984-1986: B.A. (Hons) in Social Science (Economic Development), Universiti Sains Malaysia (USM)

MUHAMMAD MUHAMMAD TAIB: 1953-1959: Sekolah Rendah Inggeris Kuala Kubu Bahru;
1959-1964 Sekolah Menengah Inggeris Sabak Bernam; 1974 menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan sebagai calon persendirian; 1964-1966 Day Teachers' College (DTC), Kuala Lumpur; 1976-1979 B.A (1st Class Hons.) dalam Sejarah dan Pengajian Melayu, Universiti Malaya (Sarjana Muda Sastera (Kepujian Kelas Pertama)

MUHYIDDIN YASSIN: dilahirkan pada 15 Mei 1947 di Muar. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maharani dan Sekolah Kebangsaan Ismail di Muar. Kemudiannya beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu (1971).

PROFESION: Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (1970) dan kemudiannya Penolong Pegawai Daerah Muar (1974). Pengalaman sebagai penjawat awam digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk berkecimpung dalam dunia korporat. Antara tahun 1974 hingga tahun 1978, Muhyiddin memegang beberapa jawatan penting di SGS Ates Sdn. Bhd. sebagai Pengurus Perjawatan, Pengarah Urusan Sri Saujana.