Muhyiddin kekal bersama Umno, janji lebih lantang lawan Najib
OLEH MD IZWAN
Published: 3 March 2016 12:23 PM
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tidak akan meninggalkan Umno dan terus menjadi lebih lantang menentang Datuk Seri Najib Razak walaupun sudah dilucutkan jawatan sebagai orang nombor 2 parti.
Muhyiddin berkata, beliau tidak gentar dengan ugutan dipecat keahlian daripada Umno kerana bekas timbalan perdana menteri itu hanya menyatakan kebenaran demi kepentingan pari.
"Saya tidak takut dengan sebarang ugutan, malah saya akan jadi lebih lantang," katanya pada sidang media di pejabatnya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur hari ini.
Muhyiddin turut mempertikaikan tindakan Majlis Tertinggi (MT) minggu lalu kerana individu yang sebenarnya menjadi masalah utama kepada Umno masih lagi berkuasa dan tidak dikenakan sebarang tindakan.
"Mengapa Majlis Tertinggi berdiam diri terhadap kesalahan dilakukan presiden parti. Mengapa ambil tindakan ke atas saya?
"Saya akan terus bercakap demi mendapatkan kebenaran," katanya. – 3 Mac, 2016. - MALAYSIAN INSIDER
Dilabel 1. KURANG AJAR dan ANJING (yang mengigit tuannya) oleh Nazri Aziz, 2. DiPECAT sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Najib Razak, 3. DiGANTUNG sebagai Timbalan Presiden Umno oleh Najib, 4. Pergantungan sebagai Timbalan Presiden Umno disifatkan sebagai "hari TERBAIK UNTUK UMNO" oleh Rahman Dahlan. Apakah Muhyiddin Yassin akan KELUAR Umno esok? Atau beliau dapat menerima label "ANJING" dan "KURANG AJAR" yang dilemparkan oleh rakan parti beliau. Kita tunggu KEPUTUSAN Muhyiddin esok. Keputusan esok akan menentukan di mana Muhyiddin meletakkan MARUAH dan MERTABAT beliau. SIDANG AKHBAR MUHYIDDIN (dilaporkan akan turut dihadiri oleh Shafie Apdal dan Mukhriz Mahathir) Esok, Khamis, 3 Mac 2016 Jam: 11 pagi Tempat: Epicure 1, Jalan Medan Setia 1, Plaza Damansara, Kuala Lumpur.
Pada ketika ini satu rombongan Ketua-Ketua Pemuda Umno dan ahli pemuda diketuai oleh Ketuanya, Khairy Jamaluddin, sedang menuju ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan ibadah Umrah. Marilah kita sama-sama mendoakan agar dipermudahkan akan kerja ibadah mereka dan semuga mendapat umrah yang mabrur dan maqbul. Tertanya-tanya juga adakah perjalanan ke tanah suci dirancang sama tarikh dengan kehadiran Najib Razak di Arab Saudi atau hanya kebetulan. Kita juga mendoakan agar Ketua Pemuda Umno dan rombongan beliau diberi petunjuk dan hidayah agar dapat membezakan yang mana mungkar, dan yang mana tidak. Negara diselubungi dengar pelbagai isu. Tetapi Khairy, Ketua Pemuda Umno, memBISU seribu bahasa. Tertanya kita, apa pandangan Khairy mengenai isu 1MDB dan RM4,000,000,000 (RM4 bilion) dan Khairy SOKONG siapa? Najib atau Muhyiddin Yassin? Kalau sokong Najib, sokonglah. Tak salah. Tengok Nazri. Kuat menyokong Najib sehinggakan Muhyiddin pun disamakan dengan anjing. Atau contohi Ismail Sabri yang dengan GARANGnya menyamakan bekas Presiden beliau, Tun Dr Mahathir Mohamad, umpama orang KOMA menunggu MATI. Kalau Khairy tak sokong Najib, tetapi sokong Muhyiddin, cakaplah. Ramai orang nak tahu pendirian Pemuda Umno.
Di akar umbi, macam-macam diperkatakan mengenai Khairy dan pemuda. Ada yang membuat kenyataan yang memualkan. Ada yang mengatakan, 'PEMUDA KITA INI PEMUDA BISEXUAL". Belah itu boleh, belah ini boleh. Macam bisexual, lelaki boleh, perempuan pun boleh. Jelapang tidak setuju dengan kata-kata penghinaan seperti itu. Semuga Khairy, apabila kembali nanti, mendapat pentunjuk dan memperbetulkan persepsi ini supaya Pemuda tidak lagi dikenali sebagai PEMUDA BISEXUAL. “Hai anakku, dirikanlah salat dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah mereka dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).” (Luqman 17)”
Peristiwa2 yang terus berlaku dalam politik UMNO nampaknya mula meruncing...dan membawa kapada pihak memihak , dikalangan mereka yang dianggap sebagai pemimpin..dan dikalangan pengikut2 masing2.
Peroses pemecatan terus berlaku...
Kesan dari tiada penerimaan perbezaan pendapat dan teguran. Serta kesan dari sindrom " orang kita", dan " bukan orang kita "..
WALHAL SEMUANYA ORANG DAN AHLI UMNO !
ADA yang sudah isytihar keluar UMNO. Dan pasti akan ada pengikut2 yang akan turut sama. Sambil itu ,perang mulut berterusan..kutuk mengutuk..hentam mengentam...caci mencaci..tuduh menuduh..
SAYA memang orang biasa.."a nobody"..
TETAPI SAYA AHLI UMNO...
APA YANG BERLAKU SEKARANG TELAH MEMBERI IMEJ BURUK KAPADA CARA PENTADBIRAN DALAM UMNO....DAN SUDAH LARI JAUH DARI COGANKATA PERJUANGAN UMNO...iaitu.. " BERSATU..BERSETIA..BERKHIDMAT"
DIMANA LETAKNYA USAHA UNTUK BERSATU ?
APA TELAH JADI PADA BERSETIA KAPADA UMNO ?
DAN APAKAH YANG DILAKUKAN DALAM KONTEKS BERKHIDMAT ?
TIDAH PERNAH... AHLI2 DISURUH "BERSATU" MENENTANG SESAMA SENDIRI DALAM PARTI....HANYA BERSATU UNTUK MENGUATKAN PARTI..
TIDAK PERNAH.... AHLI2 DISURUH BERSETIA KAPADA MANA2 INDIVIDU....HANYA KAPADA PARTI..
TIDAK PERNAH... AHLI2 DIMINTA BERKHIDMAT UNTUK KEPENTINGAN SESIAPA JUGA...HANYA UNTUK KEPENTINGAN PARTI..
SUPAYA PARTI TERUS MAMPU MENERAJUI KERAJAAN..UNTUK BERSAMA2 DENGAN RAKAN2 DALAM BARISAN NASIONAL...
...MEMBANGUNKAN NEGARA..DAN MENTADBIR UNTUK KEPENTINGAN RAKYAT..
Masaalah2 yang dihadapi sekarang TIDAK MUNGKIN SELESAI hanya dengan.. ....pemecatan.. .....keluar parti.. .....mencela antara satu dengan lain.. .....menunjukkan sifat2 yang TIDAK MENCERMINKAN BUDAYA UMNO YANG SEWAJARNYA...
MENGAPA KITA BIARKAN UMNO DI KEJI....OLIH SEBAB KARENAH INDIVIDU 2 ?
MENGAPA PARTI YANG TELAH SEKIAN LAMA MENAUNGI BANGSA DAN RAKYAT...DI JADIKAN MANGSA kapada KEGAGALAN INDIVIDU 2 ??
MENGAPA TIDAK DICARI JALAN PENDAMAIAN... .....PENYATUAN... ....PERBINCANGAN DENGAN IKHLAS DAN FIKIRAN TERBUKA...
KESILAPAN2 BOLIH DI PERBAIKI DAN DIPERBETUL..DAN MESTI DIPERBETULKAN JIKA KEYAKINAN BANGSA DAN RAKYAT HENDAK DIKEMBALIKAN..
YANG BETUL TETAP BETUL..
YANG SALAH TETAP SALAH.. APAKAH BENTUK UMNO YANG HENDAK KITA WARISKAN KAPADA ANAK2 MUDA KITA ?
ADAKAH KITA MENUNJUKKAN CONTOH TAULADAN YANG SEBAIK MUNGKIN KAPADA ANAK2 MUDA... YANG TELAH KITA AKUI SEBAGAI PEWARIS 2 UMNO...?
ATAU... ADAKAH KITA TELAH MULA MENYEMAI SERTA MEMBENTUK SATU BUDAYA DALAM UMNO ...YANG JELAS JAUH MENYIMPANG DARI APA YANG TELAH SEKIAN LAMA DIPERJUANGKAN ?
JANGANLAH "JAWATAN "menjadi UKURAN tentang "Kepimpinan"...atau "KUASA" menghalalkan segala tindakan..
UMNO tidak bersalah... MAANUSIA yang membawa dan mendatangkan MASAALAH.. MESTI DIBEZAKAN ANTARA PARTI DENGAN INDIVIDU... ORANG TUA2 BERPESAN.... "JANGAN SEKALI2 KELAMBU DIBAKAR ...kerana BEBERAPA EKOR PEPIJAT.."
JANGAN UMNO DIBIARKAN JADI KORBAN ..
..KELAMBU KITA TELAH SEKIAN LAMA BERJASA MELINDUNGI KITA...
"Sebabnya ialah oleh kerana Umno sebagai parti politik sudah TIDAK WUJUD lagi. Pertubuhan ini sudah diHIJACK oleh Dato' Seri Najib dan menjadinya PARTI NAJIB. Matlamat dan perjuangan parti yang dihijack ini hanyalah untuk Dato' Sri Najib, pengekalannya sebagai pemimpin dan mempertahan dirinya dari sebarang tindakan undang-undang keatasnya. Saya TIDAK RELA menjadi ahli pertubuhan yang dipimpin oleh seorang yang terlibat dengan berbagai SKANDAL YANG MEMALUKAN. Khususnya pemimpin ini sebagai Perdana Menteri Malaysia memegang kepada kepercayaan: "WANG ITU RAJA" atau "CASH IS KING" yang bermakna menjadikan rasuah (sogokan wang) sebagai cara utama untuk mendapat sesuatu. Kepercayaan ini sudah merebak ke seluruhan pertubuhan sehingga ia dipandang HINA oleh masyarakat." - TUN DR MAHATHIR MOHAMAD - 29 Feb 2016. Kenyataan penuh di imej berikut. Klik untuk besarkan
"Hakikatnya peguam negara secara peribadi memberi taklimat dan berkongsi maklumat undang-undang sulit dengan (Tan Sri) Muhyiddin, ahli Kabinet dan ahli UMNO yang jelas mempunyai kepentingan, bukan sahaja tidak beretika tetapi juga melanggar Akta Rahsia Rasmi. Muhyiddin bukan sahaja melanggar Akta Rahsia Rasmi tetapi juga bersubahat dalam satu konspirasi bermotifkan politik untuk memanipulasi dan menyalah guna sistem perundangan bagi menggulingkan Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik." - Azalina Othman Said.
"Yang terbabit dalam skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion bukan saya, tetapi Najib. Yang menerima RM42 juta duit SRC International bukan saya, tetapi Najib. Yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan berhadapan dengan risiko pendakwaan jenayah bukan saya, tetapi Najib. Yang ditolak oleh sebahagian besar rakyat bukan saya, tetapi Najib. Yang menjadi punca segala masalah UMNO hari ini bukan saya, tetapi Najib. Peliknya, yang digantung adalah saya, manakala Najib terus bersenang-lenang menikmati kuasa jawatan dan wang yang ada padanya." - MUHYIDDIN YASSIN
KENYATAAN YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Majlis Tertinggi UMNO memutuskan untuk menggantung saya daripada jawatan Timbalan Presiden. Keputusan ini telah saya jangka. Ia bukan satu perkara yang mengejutkan.
Sejak saya digugurkan daripada kabinet, saya telah dihalang daripada menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden. Saya disekat daripada menghadiri program-program parti. Majlis parti yang dianjurkan untuk saya diarahkan supaya dibatalkan. Ahli-ahli parti yang menyokong saya diugut. Malah, buat pertama kali dalam sejarah, seorang Timbalan Presiden dihalang daripada berucap dalam perhimpunan agung.
Sepanjang enam tahun saya memegang jawatan Timbalan Presiden, saya tidak pernah mengabaikan tugas dan tanggungjawab saya membantu Presiden. Saya mengetuai jentera pilihanraya BN dalam setiap kali pilihanraya kecil atau pilihanraya umum dan bekerja keras untuk memastikan kemenangan BN. Dengan kemenangan itulah, maka Presiden selaku ketua parti kekal menjadi Perdana Menteri. Tidakkah itu bermakna saya membantu Presiden?
Saya juga melakukan tugas-tugas lain seperti mempengurusikan mesyuarat pengurusan UMNO, mesyuarat pengurusan BN, menyelesaikan masalah-masalah parti, memantapkan jentera pilihanraya, turun ke bahagian-bahagian dan tugas-tugas untuk memastikan kesempurnaan perjalanan parti. Ini bermakna saya telah membantu Presiden dalam mentadbir dan mengurus parti.
Saya juga bertanggungjawab menyampaikan pandangan dan keluhan ahli-ahli kepada Presiden serta menegur Presiden jika dia melakukan tindakan yang menjejaskan kepentingan UMNO. Inilah yang saya lakukan apabila saya menegur Presiden berhubung pembabitannya dalam skandal 1MDB dan derma RM2.6 billion.
Semua ini saya lakukan dengan niat untuk memastikan kesempurnaan perjalanan parti dan mengembalikan kepimpinan UMNO ke landasan yang betul supaya UMNO terus diterima oleh rakyat. Tetapi saya telah dihukum kerana kononnya saya tidak membantu Presiden.
Adakah membantu Presiden itu bermaksud menyokong Presiden secara membuta-tuli termasuk mempertahankan kesalahannya? Saya tidak fikir begitu. Jika Datuk Seri Najib melakukan kesalahan, maka wajib bagi saya dan yang lain-lain di dalam UMNO menegurnya dan meminta dia memperbetulkan kesilapannya demi kebaikan parti. Jika dia berterusan melakukan kesilapan, dan semua orang di dalam UMNO bersekongkol mempertahankan kesilapannya, maka kesan buruk akan terpalit kepada UMNO.
Hari ini tercatat dalam lipatan sejarah UMNO, seorang Timbalan Presiden yang dipilih dalam pemilihan parti digantung daripada jawatannya oleh MT semata-mata kerana tindakannya menegur Presiden. Nampaknya, kuasa MT mengatasi suara ahli-ahli parti yang memilih saya sebagai Timbalan Presiden.
Ketika pindaan perlembagaan UMNO dibuat untuk membolehkan ahli-ahli di akar umbi memilih pemimpin utama parti, UMNO dicanang sebagai sebuah parti yang paling demokratik di negara ini. Tidak ada mana-mana parti di Malaysia yang membuka ruang seluas-luasnya kepada lebih 140,000 perwakilan dari seluruh negara memilih pemimpin-pemimpin utama parti.
Namun, keputusan MT hari ini langsung tidak memperlihatkan UMNO sebagai sebuah parti yang demokratik. Suara majoriti ahli, malah majoriti rakyat, diketepikan dengan sewenang-wenangnya oleh MT semata-mata untuk mempertahankan seorang individu yang terpalit dalam skandal rasuah dan penyelewengan yang amat memalukan.
MT gagal menangani krisis kepimpinan parti yang berpunca daripada penglibatan Najib dalam skandal IMDB dan derma RM2.6 bilion yang tidak dijelaskan dengan sepenuhnya oleh beliau. MT tidak berani bertanya Najib jika benar RM2.6 bilion itu wang parti, kemana perginya wang itu selepas akaun ditutup pada 2013. MT juga tidak bersedia bertanya Najib mengenai tuduhan wang SRC International berjumlah RM42 juta yang masuk ke dalam akaun Najib. Skandal yang menyelubungi Najib telah memberi imej yang amat teruk kepada parti, kerajaan dan memalukan rakyat.
Mengenai wang yang dikatakan masuk ke akaun peribadi Najib dari SRC International, saya diberitahu mengenainya oleh mantan Peguam Negara sendiri beserta dengan buktinya sekali yang sah merupakan suatu perbuatan jenayah! Saya beristighfar!
Yang terbabit dalam skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion bukan saya, tetapi Najib. Yang menerima RM42 juta duit SRC International bukan saya, tetapi Najib. Yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan berhadapan dengan risiko pendakwaan jenayah bukan saya, tetapi Najib. Yang ditolak oleh sebahagian besar rakyat bukan saya, tetapi Najib. Yang menjadi punca segala masalah UMNO hari ini bukan saya, tetapi Najib. Peliknya, yang digantung adalah saya, manakala Najib terus bersenang-lenang menikmati kuasa jawatan dan wang yang ada padanya. MT lebih mementingkan soal teknikal dalam mengambil tindakan terhadap diri saya daripada meneliti kandungan ucapan-ucapan saya yang mempunyai implikasi jauh lebih besar terhadap masa depan UMNO dan negara.
Malah MT juga tidak mengikut prosedur tatatertib. Saya tidak diberikan surat tunjuk sebab dan tempoh masa untuk membela diri. Saya tidak dihadapkan ke Lembaga Disiplin untuk membolehkan lembaga membuat perakuan kepada MT. Ahli biasa pun diberikan peluang untuk membela diri sedangkan saya terus dihukum. Nampaknya MT tidak sabar-sabar untuk menggantung saya. Walau bagaimanapun, saya tidak akan merayu.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa pada peringkat awalnya, beberapa pemimpin utama UMNO datang menemui saya mengadu hal mengenai pelbagai skandal yang menyelubungi Najib dan isterinya. Mereka meminta saya melalukan sesuatu untuk memperbetulkan keadaan. Mereka bimbang UMNO akan ditolak oleh rakyat jika Najib terus memimpin parti.
Saya katakan kepada mereka bahawa saya tidak boleh memperbetulkan keadaan secara bersendirian. Saya cadangkan supaya mereka bersama-sama secara kolektif menasihati Najib. Mudah-mudahan dia bersedia untuk memperbaiki kesilapannya demi menyelamatkan UMNO dan negara. Malangnya, mereka tidak berani menasihati Najib.
Akhirnya, apabila keadaan bertambah teruk saya mengambil tanggungjawab untuk menegur Najib dalam pertemuan empat mata bersamanya, dalam mesyuarat kabinet, mesyuarat MT dan kemudiannya dalam platform parti secara terbuka. Apabila saya mula bersuara, orang-orang yang sebelumnya datang menemui saya mula menjauhkan diri daripada saya. Hari ini, orang-orang inilah yang paling lantang mengecam saya.
Saya tidak berduka dengan apa yang terjadi kepada diri saya. Namun saya berasa jengkel. Apa sudah jadi dengan sistem nilai di dalam UMNO? Telah terhapuskah nilai-nilai kejujuran, keikhlasan dan keberanian untuk menyatakan yang hak dan menentang yang batil? Telah leburkah semangat perjuangan dalam diri pemimpin UMNO? Atau, apakah yang bermaharajalela hanyalah nafsu kuasa yang penuh muslihat dan tipu daya?
Barangkali sistem nilai dalam UMNO telah punah. Mereka yang berkepentingan tidak lagi dapat membezakan mana yang benar dan mana yang salah. Yang diutamakan bukanlah matlamat asal perjuangan parti, tetapi kepentingan diri. Akibat daripada ini UMNO akan rosak dan ditolak oleh rakyat.
Hari demi hari, kredibiliti dan imej negara juga semakin terjejas. Keadaan ekonomi semakin tidak menentu, rakyat dihimpit masalah kos sara hidup yang semakin meningkat manakala ruang demokrasi dan kebebasan semakin tertutup. Mereka yang lantang mengkritik Najib ditahan di bawah undang-undang keselamatan, portal berita atas talian disekat dan suara-suara yang menentang ditekan dengan pelbagai ugutan.
Najib juga sedang mengukuhkan kuasanya. Peguam Negara memberikan alasan paling tidak munasabah untuk menolak pendakwaan ke atas Najib walaupun mempunyai bukti yang kukuh. Hanya kerana dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, Peguam Negara tidak berani mendakwa Najib. Institusi seperti SPRM dan Bank Negara tidak dapat berfungsi dengan sempurna kerana ditekan oleh mereka yang berkuasa. Akta Majlis Keselamatan Negara pula digubal untuk memberi kuasa kepada Perdana Menteri mengisytiharkan kawasan keselamatan yang impaknya sama seperti pengisytiharan darurat.
Dalam menghadapi kemarahan rakyat terhadap kepimpinannya, Najib menggunakan segalakuasa yang ada padanya untuk menekan suara yang menentang dan mendiamkan pengkritik. Kita sebenarnya sedang menyaksikan keruntuhan institusi demokrasi dan kemunculan seorang diktator baharu.
Saya akan terus bersuara untuk menegakkan kebenaran dan menuntut reformasi institusi (institutional reform) yang lebih menyeluruh. Kuasa Perdana Menteri untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agong dalam pelantikan dan pelucutan jawatan Peguam Negara mesti dihadkan. Oleh kerana Yang Di-Pertuan Agong dalam menjalankan kuasanya di bawah Perlembagaan bertindak atas nasihat Perdana Menteri, maka sesiapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri boleh terlepas daripada pendakwaan jenayah dengan hanya menasihati Yang Di-Pertuan Agong supaya melucutkan jawatan Peguam Negara.
Jika Peguam Negara bukan seorang yang berani, maka Perdana Menteri akan menjadi seorang yang amat berkuasa dan kebal di sisi undang-undang. Dia boleh dengan sewenang-wenangnya melakukan apa sahaja jenayah dan terlepas daripada sebarang hukuman. Ini bukanlah sesuatu yang adil malah amat bertentangan dengan prinsip bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang.
Selain itu, Jabatan Peguam Negara, SPRM, Bank Negara dan Polis Di-Raja Malaysia mesti dipastikan bebas untuk menjalankan fungsi masing-masing tanpa diganggu-gugat oleh sesiapapun. Peranan mereka di bawah Perlembagaan dan undang-undang negara mesti diperkukuhkan. Kuasa Perdana Menteri dalam pelantikan ketua-ketua agensi ini mesti dihadkan untuk membolehkan mereka bertindak secara bebas dan telus.
Saya fikir, episod hitam yang berlaku di Malaysia sedang mematangkan kita. Jika kita mahu melihat Malaysia kembali menjadi sebuah negara yang dihormati dan rakyat menikmati kehidupan yang lebih sejahtera, maka kita mestilah bersedia untuk bersama-sama menuntut perubahan. Ia bukan sekadar mendesak Perdana Menteri supaya berundur, tetapi menolak institusi politik yang telah gagal dalam memenuhi aspirasi rakyat. Ketepikan sentimen kaum, agama dan ideologi untuk membentuk suatu konsensus atau muafakat rakyat ke arah mewujudkan sebuah kerajaan yang adil, amanah dan berintegriti.
Saya menghargai semua pihak yang menyatakan sokongan untuk terus berjuang bersama saya. Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah lebih awal menyatakan sokongan kepada saya. Kepada kedua-dua mereka saya ucapkan terima kasih. Kepada pemimpin akar umbi UMNO terutamanya Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang berani berkata benar saya ucapkan tahniah. Saya juga amat menghargai pendirian UMNO Pagoh yang tidak gentar mengharungi badai gelombang bersama saya. Marilah kita terus berjuang!
Rakyat mesti bangkit untuk menentang kezaliman dan kemungkaran. Selamatkanlah Malaysia. Saya bersedia untuk bersama-sama anda dalam perjuangan ini. Jangan takut kerana yang Maha Berkuasa ialah Allah s.w.t.
"Jika Muhyiddin enggan meletakkan jawatannya, saya sendiri akan mengusulkan supaya Muhyiddin digantung keanggotaannya pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang akan datang." - Menteri Pelancongan Nazri Aziz.
Marahnya Nazri. Biasalah. Kalau nak mudah dapatkan publisiti, inilah caranya.
Marah kerana Muhyiddin Yassin masih membangkitkan mengenai SUMBANGAN RM2.6 bilion ke dalam akaun Najib Razak dan isu 1MDB.
Persoalannya kenapa perlu Muhyiddin Yassin MELETAKKAN JAWATAN sebagai Timbalan Presiden Umno?
Bukan Nazri yang melantik beliau sebagai Timbalan Presiden? Bukan Najib yang melantik beliau sebagai Timbalan Presiden?
Kita, 3.5 juta AHLI UMNO, yang memilih Tan Sri Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden Umno. BUKAN NAJIB, BUKAN NAZRI.
Kalau Nazri rasa beliau hebat dan berani bersuara - beliau patut meminta NAJIB mengadakan pemilihan Umno dan meminta ahli Umno MENYINGKIRKAN Muhyiddin semasa pemilihan.
Muhyiddin diPILIH oleh Umno, dan bukan diLANTIK oleh Nazri dan Najib.
Kepada Muhyiddin pula, jangan jadi PENGECUT, BACUL, PONDAN, DARAI, PONEN atau BAPOK.
Buat keputusan apa yang beliau mahukan. Jangan HANGAT-HANGAT TAHI AYAM.
Jangan jadi seolah-olah PEMIMPIN TIADA PEDOMAN.
Muhyiddin kena buat keputusan, apa yang beliau mahu.
Mahu menyelamatkan negara? Mahu menjadi Perdana Menteri? Mahu bermain golf? atau mahu DUDUK RUMAH.
Muhyiddin kena cerminkan diri beliau. Apaka beliau seorang yang boleh diberi taraf pemimpin?
Atau hanya seorang yang sudah berusia yang sudah hilang bisa dan perlu berpencen.
Ditendang oleh presiden parti bukan perkara baru di dalam Umno.
Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Tengku Razaliegh Hamzah tewas kepada Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam pemilihan Umno. Anwar Ibrahim disumbat ke dalam penjara, dituduh meliwat, dituduh berzina, tetapi hayat politik beliau masih segar bugar.
Muhyiddin diPECAT sebagai TPM hanya semata-mata membangkitkan isu yang melibatkan Najib yang mana rakyat turut sama membangkitkan isu yang sama.
Rakyat bersama beliau - tetapi Muhyiddin LESU, PENGECUT.
Ketika riuh rendah hendak diPECAT oleh Majlis Tertinggi Umno sebelum Perhimpunan Agong Umno tahun lepas, Muhyiddin lari pergi bercuti dan bermain golf di Jepun. Inikah sifat seorang pejuang?
Apabila baru-baru ini dilarang memberi ucapan di majlis sukan sekolah pun mahu mengadu. Kehadiran tidak ramai pun sudah rasa kecewa.
Siapa yang mahu menghadiri majlis Muhyiddin jika beliau sendiri TIADA HALUAN dan berperwatakan LESU.
Siapa mahu menjaga periuk nasi mereka yang menghadiri majlis Muhyiddin jika beliau sendiri tidak tentu arah akan perjuangan beliau.
Anwar Ibrahim adalah pemimpin dan pejuang.
Alang-alang nak berjuang, berjuang betul-betul. Anwar Ibrahim tidak perlukan pengikut untuk berjuang. Disokong oleh anak beranak beliau sudah cukup untuk mengugat Umno.
Parti yang ditubuhkan beliau hampir-hampir menghancurkan Umno. Kalah di Perak, kalah di Kedah, kalah di Pulau Pinang, dan hari ini PKR masih memerintah di Selangor.
Apakah perjuangan kamu, Muhyiddin?
Setakat balik ke Pagoh mengadu dibuang oleh Najib? Menunggu jawatan PM jatuh ke riba? Mengharapkan Dr Mahathir keseorang berjuang dan jawatan jatuh ke pangkuan beliau?
Buat lah keputusan. Kalau hendak berjuang, berjuang betul-betul demi agama, bangsa dan negara. Jadi JENERAL. Ketuai barisan perjuangan.
Hari ini, Muhyiddin tidak lebih hanya dilihat sebagai Prebet Pencen.
"Saya mempunyai harapan yang amat tinggi kepada perdana menteri. Beliau anak seorang perdana menteri yang berjasa. Tetapi saya dapati prestasinya berbeza. Saya harap beliau kembali kepada cara-cara ayahnya, kerana ayahnya menyumbang banyak kepada pembangunan negara kita." - Tun Dr Mahathir Mohamad, sempena 40 tahun Najib Razak berada dalam politik.
Ramai Netizen menYINDIR. Kerajaan hari ini hanya berani TANGKAP dan SAMAN rakyat sendiri. Tapi "KECUT PERUT" dengan orang luar. DUA hari lepas, akhbar kepunyaan Rupert Murdoch, The Wall Street Journal menDAKWA, DUIT RM2.6 BILLION YANG DIMASUKKAN KE DALAM AKAUN NAJIB BUKAN DARI KELUARGA DI RAJA ARAB SAUDI SEBALIKNYA DATANG DARI PELBAGAI SYARIKAT BERKAITAN 1MDB. NASIB Wall Street Journal tidak sama seperti Ratu Naga. Ratu Naga didakwa, dakwaan WSJ hanya dalam bentuk penafian oleh beberapa orang suruhan, TIADA DAKWAAN.
Kenapa? Tuduhan WSJ lebih serius dari Ratu Naga. WSJ menuduh Peguam Negara MENIPU. WSJ menuduh Najib MENIPU. Tidak kah kesalahan WSJ lebih DAHSYAT dan berNIAT JAHAT? Adakah kesalahan Ratu Naga lebih berat dari WSJ? Kenapa tidak saman? ATAU ...... Berikut laporan mengenai TUDUHAN WSJ dua hari lepas.
Kredibiliti Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali kini dikompromi apabila The Wall Street Journal (WSJ) menyangkal kenyataan Datuk Seri Najib Razak bebas daripada sebarang salah laku dalam penemuan derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.
Pengarang kewangan WSJ Ken Brown dalam wawancara bersama ABC News Australia berkata, wang itu bukan daripada keluarga Diraja Arab Saudi sebaliknya datang daripada pelbagai syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Laporan kami selama berbulan-bulan menunjukkan wang itu bukan dari Arab Saudi tetapi dari syarikat dan akaun bank yang mempunyai hubungan dengan 1MDB.
"Dan seperti anda sedia maklum, laporan kami belum pernah dipertikaikan lagi dan kami ada banyak bukti sokongan," katanya dalam wawancara pada 12 Februari lalu.
WSJ adalah penerbitan yang pertama sekali menyiarkan berita tentang kehadiran wang tersebut dalam akaun Najib.
Najib pada mulanya mengarahkan peguamnya menghantar surat tuntutan kepada WSJ namun surat tersebut akhirnya dihantar sebagai surat mengesahkan laporan berkenaan semata-mata.
Sehingga kini, pemimpin tertinggi negara itu belum mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap WSJ.
Kini beberapa pihak berkuasa luar negara sedang menyiasat urus niaga 1MDB walaupun Najib belum dinamakan lagi dalam mana-mana siasatan.
Brown turut mengulas cadangan Apandi untuk mengetatkan hukuman terhadap mereka yang membocorkan maklumat kerajaan.
"Ia tak mengejutkan selepas usaha kerajaan mendakwa wang itu datang dari Arab Saudi.
"Realitinya, tiada sesiapa pun percaya dan mereka dibidas kerana perkara itu. Sekarang ini, mereka kata semua orang tidak lagi boleh membincangkannya," katanya.
Brown turut membayangkan lebih banyak maklumat akan diketahui umum apabila pihak berkuasa luar negara melanjutkan siasatan mereka.
"Aksi sebenar akan berlangsung dalam beberapa bulan akan datang menerusi siasatan luar negara dan jika mereka menemui perkara serius, ia amat sukar buat kerajaan Malaysia untuk tidak mengendahkannya," katanya. – 18 Februari, 2016.
Malam tadi Kedah menang 1-0 melawan Terengganu dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darulaman. Rakyat Kedah GERAM dan MARAH dengan pemecatan Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar. Hanya perletakan Najib Razak, agaknya, dapat menyembuh kembali luka orang Kedah.
ADA yang tidak KENA dengan berita berikut. Petikan:
“Insya-Allah 22 haribulan ini, majlis angkat sumpah akan diadakan. Tapi Menteri Besar masih belum mengadap Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah lagi. Beliau akan jumpa dalam masa terdekat ini dan jika tiada sebarang masalah, Isnin ini Exco baharu akan angkat sumpah.”
Menteri Besar Kedah yang baru belum mengadap, tarikh angkat sumpah telah ditetapkan? Ahmad Bashah Md Hanipah ada MASALAH untuk mengadap DYMM Pemangku Sultan?
SINGAPURA terkenal dalam pelbagai aspek termasuk sebagai hub kewangan yang ke-4 di dunia dan negara ke 11 termaju di dunia. Tetapi bukan semuanya sempurna di Singapura. Pada Mac tahun lepas, seorang diplomat Korea Utara di tahan di Lapangan Bangladesh kerana cuba menyeludup 27kg JONGKONG EMAS bernilai RM6 juta. Sebelum tiba di Bangladesh, diplomat tersebut singgah di Singapura. Berikut berita yang disiarkan tahun lepas. Bangladesh customs officers have caught a North Korean diplomat trying to smuggle an estimated $1.4m worth of gold into the country, a senior official has said.
"We recovered the gold both in the form of bar and ornaments from Son Young Nam, the First Secretary of the North Korean Embassy in Dhaka," said Moinul Khan, the Director General of the Custom Intelligence department.
The diplomat was released but Bangladesh is seeking to press charges over the haul of gold which weighed about 27kg in total.
Moinul told the Reuters news agency that the diplomat was passing through the green channel at Dhaka's Hazrat Shahjalal International airport on a late arriving Singapore Airlines flight from Singapore.
The customs officials at the airport wanted to scan his hand luggage.
"He told our officials that there was nothing to scan," said Najibur Rahman, chairman of the National Board of Revenue.
"Later we informed our foreign ministry and he was released on Friday under the Vienna Convention," Najibur told Reuters.
A case has been filed against him with the customs department, Moinul said.
"We have also initiated the process to file a criminal case against him," he said.
Al Jazeera’s Maher Sattar, reporting from Dhaka, said smuggling gold into Bangladesh has taken off at a breathtaking pace since India started raising it's tariffs on gold imports two years ago.
"Because Bangladesh and India share a porous border - the fifth-longest land border in the world - it's easy for smugglers to sneak the gold across to India, provided they manage to get it into Bangladesh," our correspondent said.
The North Korean government will be informed soon and further action will be taken through government channels, Moinul said.
GABUNGAN Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) telah mengambil keputusan untuk melancarkan KEMPEN MELOBI 21,245 Ketua Cawangan Umno di seluruh negara untuk membawa USUL mendesak Najib Razak BERUNDUR. Dan untuk memberi semangat kepada USAHA ini, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Presiden Umno, bersetuju untuk menjadi PENAUNG kepada GKCM. Strategi Najib untuk berPAUT pada kuasa ialah dengan "menjaga" 191 Ketua Bahagian. Sesiapa yang di bawah Ketua Bahagian, akan terbiar atau dapatlah serba sedikit lebihan dedak dari Ketua Bahagian. Tidak MUSTAHIL untuk GKCM mencapai kejayaan untuk melobi Ketua-Ketua Cawangan ini. Kalau hendak selamat, Najib kena bermula dari hari ini untuk "MENJAGA" Ketua-Ketua Cawangan ini untuk tidak membawa usul mendesak beliau meletakkan jawatan kerana mesyuarat cawangan akan bermula pada 18 Mac, bulan depan. Tapi Najib kena lah kerja lebih sikit. Hendak menjaga 191 Ketua Bahagian, perkara mudah. Hendak menjaga 21,245 Ketua Cawangan memerlukan sumber yang banyak. Jika seorang Ketua Cawangan diberi DERMA RM300, Najib perlu mengeluarkan RM6.37juta. Itu baru RM300 seorang. Bagaimanapun, apalah RM6 juta kepada Najib. Ramai tidak mengetahui bahawa di mesyuarat cawangan SETIAP ahli mempunyai hak bercakap. Tidak seperti Mesyuarat Bahagian atau perhimpunan agung di mana pembahas diPILIH. Semasa mesyuarat cawangan, setiap ahli berhak untuk bangun bercakap. Mereka berhak bercakap apa saja, apa saja di bawah cahaya mentari termasuk isu longkang di kampung mereka. Kata orang puteh, "anything under the sun". Kalau ahli hendak berdebat mendesak Najib meletakkan jawatan, itu hak beliau. Ketua Cawangan, yang kebanyakan mereka menerima elaun RM800 sebulan sebagai Pengerusi JKKK, tiada hak menghalang. Kalau ahli mahu Najib dibawa ke muka pengadilan, itu juga HAK ahli. Ketua Cawangan tiada hak melarang. Jika Ketua Bahagian sudah tidak boleh dipercayai untuk memperbetulkan parti dan menghidupkan semua peluang Umno di PRU-14, kini tiba masanya 3.47 juta ahli BANGKIT membetulkan keadaan. Kepada Najib, tabah lah mengharungi musim mesyuarat cawangan antara 18 Mac - 1 Mei ini. Ahli Umno akan bersuara. Dan Najib kena ingat, itu hak mereka untuk bersuara walaupun suara tersebut MEMINTA NAJIB meletakkan jawatan.