Showing posts with label mesyuarat cawangan umno. Show all posts
Showing posts with label mesyuarat cawangan umno. Show all posts
Monday, February 15, 2016
CAWANGAN UMNO AKAN DESAK NAJIB LETAK JAWATAN?
GABUNGAN Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) telah mengambil keputusan untuk melancarkan KEMPEN MELOBI 21,245 Ketua Cawangan Umno di seluruh negara untuk membawa USUL mendesak Najib Razak BERUNDUR.
Dan untuk memberi semangat kepada USAHA ini, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Presiden Umno, bersetuju untuk menjadi PENAUNG kepada GKCM.
Strategi Najib untuk berPAUT pada kuasa ialah dengan "menjaga" 191 Ketua Bahagian.
Sesiapa yang di bawah Ketua Bahagian, akan terbiar atau dapatlah serba sedikit lebihan dedak dari Ketua Bahagian.
Tidak MUSTAHIL untuk GKCM mencapai kejayaan untuk melobi Ketua-Ketua Cawangan ini.
Kalau hendak selamat, Najib kena bermula dari hari ini untuk "MENJAGA" Ketua-Ketua Cawangan ini untuk tidak membawa usul mendesak beliau meletakkan jawatan kerana mesyuarat cawangan akan bermula pada 18 Mac, bulan depan.
Tapi Najib kena lah kerja lebih sikit. Hendak menjaga 191 Ketua Bahagian, perkara mudah.
Hendak menjaga 21,245 Ketua Cawangan memerlukan sumber yang banyak. Jika seorang Ketua Cawangan diberi DERMA RM300, Najib perlu mengeluarkan RM6.37juta. Itu baru RM300 seorang.
Bagaimanapun, apalah RM6 juta kepada Najib.
Ramai tidak mengetahui bahawa di mesyuarat cawangan SETIAP ahli mempunyai hak bercakap. Tidak seperti Mesyuarat Bahagian atau perhimpunan agung di mana pembahas diPILIH.
Semasa mesyuarat cawangan, setiap ahli berhak untuk bangun bercakap.
Mereka berhak bercakap apa saja, apa saja di bawah cahaya mentari termasuk isu longkang di kampung mereka. Kata orang puteh, "anything under the sun".
Kalau ahli hendak berdebat mendesak Najib meletakkan jawatan, itu hak beliau. Ketua Cawangan, yang kebanyakan mereka menerima elaun RM800 sebulan sebagai Pengerusi JKKK, tiada hak menghalang.
Kalau ahli mahu Najib dibawa ke muka pengadilan, itu juga HAK ahli. Ketua Cawangan tiada hak melarang.
Jika Ketua Bahagian sudah tidak boleh dipercayai untuk memperbetulkan parti dan menghidupkan semua peluang Umno di PRU-14, kini tiba masanya 3.47 juta ahli BANGKIT membetulkan keadaan.
Kepada Najib, tabah lah mengharungi musim mesyuarat cawangan antara 18 Mac - 1 Mei ini.
Ahli Umno akan bersuara. Dan Najib kena ingat, itu hak mereka untuk bersuara walaupun suara tersebut MEMINTA NAJIB meletakkan jawatan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
