Showing posts with label bashah md hanipah. Show all posts
Showing posts with label bashah md hanipah. Show all posts

Tuesday, February 13, 2018

CIKGU KAFA MASIH BELUM DIBAYAR GAJI BULAN JANUARI?

Image result for guru kafa kedah

KASIHAN guru-guru Quran dan Fardhu Ain Kedah.

Dah 13 hari masuk bulan Februari, GAJI bulan Januari masih belum dibayar. (Laporan media pro-kerajaan)

Lumrah setiap hujung bulan, banyak benda nak kena bayar - instalment kereta, rumah, sikit sebanyak nak bagi duit kat mak ayah.

Tanggal 13 Februari, gaji bulan Januari masih belum diterima.

Ini jawapan Menteri Besar Kedah, Ahmad Bashah Md Hanipah:
"Memang ada kelewatan sedikit dalam soal pembayaran gaji guru KAFA bulan Januari yang sepatutnya dijelaskan pada awal bulan. Kita minta guru terlibat supaya bersabar kerana peruntukan tersebut baru diserahkan kepada unit pembangunan negeri. Apabila JHEAIK terima, mereka akan agihkan segera kepada kira-kira 3,000 guru KAFA di negeri ini. Kita tidak lupa pada guru-guru KAFA ini dan kalau duit dapat, tak akan kita hendak simpan."

 HARAP cikgu-cikgu Kafa Kedah turuti nasihat Bashah - BERSABAR.

Dapat saja duit, dapatlah gaji.

bayaran Imbuhan Imam, Elaun Guru Kelas Agama dan Fardhu Ain

Tengoklah gambar cek tu -- RM52.4 juta.

Jangan risau, ekonomi kita kukuh, kerajaan ada duit. 



Gaji guru KAFA dibayar dalam masa terdekat

Siti Nurazlina Jamaludin
12 Februari 2018 4:37 PM

ALOR SETAR 12 Feb. - Kira-kira 3,000 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di negeri ini dijangka akan menerima gaji masing-masing dalam masa terdekat.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) baru menerima peruntukan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan akan mengagihkan kepada guru berkenaan segera.

"Memang ada kelewatan sedikit dalam soal pembayaran gaji guru KAFA bulan Januari yang sepatutnya dijelaskan pada awal bulan. Kita minta guru terlibat supaya bersabar kerana peruntukan tersebut baru diserahkan kepada unit pembangunan negeri.

"Apabila JHEAIK terima, mereka akan agihkan segera kepada kira-kira 3,000 guru KAFA di negeri ini. Kita tidak lupa pada guru-guru KAFA ini dan kalau duit dapat, tak akan kita hendak simpan," katanya selepas Majlis Perjumpaan Ahli Jawatankuasa Masjid dan Pelancaran Program Bantuan Rakyat Kedah (Barakah) Masjid, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai aduan KAFA berhubung kelewatan pembayaran gaji bulan Januari yang tular di laman sosial sejak semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Terdahulu, Asyraf menyerahkan replika cek bayaran khas 'one off' imam, bilal, siak, guru takmir dan KAFA di negeri ini berjumlah RM9.86 juta daripada Kerajaan Persekutuan. - UTUSAN ONLINE

http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kedah/gaji-guru-kafa-dibayar-dalam-masa-terdekat-1.607857#ixzz56xfnT600 © Utusan Melayu (M) Bhd

Thursday, November 9, 2017

PENYOKONG BOLASEPAK KEDAH DESAK MENTERI BESAR LETAK JAWATAN SEBAGAI PRESIDEN KFA

Image result for bashah kena boo

SELEPAS diminta oleh Setiausaha Politiknya sendiri untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden Kedah FA, persatuan penyokong Kedah pula meminta Ahmad Bashah Md Hanifah meletakkan jawatan.

Rupa-rupanya benar kata Shaiful Hazizy Zainol Abidin, yang juga Ketua Pemuda Umno Kedah, bahawa rakyat Kedah tidak peduli jasa Ahmad Bashah kepada bolasepak Kedah.




Kata Persatuan Penyokong Lang Merah:

"Kami mahu kepimpinan baharu dalam pentadbiran KFA untuk melihat sistem pengurusan semakin kukuh dan sistematik. Paling penting, kerja presiden mendapat sokongan padu daripada rakyat negeri ini. Selepas beberapa insiden yang berlaku seperti sistem penjualan tiket kurang 'sopan', jadi biarlah presiden baharu ambil alih tugas itu. Sejak Ahmad Bashah memimpin KFA, adakah penyokong menyokong anda? Adakah mereka di belakang anda? Kalau saya salah dalam mengutarakan soalan ini, kenapa penyokong 'boo' anda? "Tuan presiden, tolonglah undur. Kami mewakili seluruh kelab penyokong dan semua penyokong Hijau Kuning mahu presiden baharu dalam pentadbiran KFA," - Presiden Persatuan Penyokong Lang Merah Wan Mohd Syazwan Wan Mohd Fadzelah.

 Ini petanda yang tidak baik buat Umno di Kedah. Semuga Shaiful Hazizy mendapat ilham mencipta formula BARU untuk mengembalikan cinta dan kasih sayang rakyat Kedah kepada bos beliau.

Rujukan:


LMFA gesa Ahmad Bashah undur


Mohd Fitrie Muhamad
mfitrie@nstp.com.my
KONGSI ARTIKELShare Tweet Share

KUALA LUMPUR: Persatuan Penyokong Lang Merah (LMFA) mahu melihat perubahan berlaku dalam pucuk pimpinan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) demi kebaikan bola sepak negeri itu.

Gesaan itu dibuat bagi melihat keserasian antara kepimpinan KFA dan penyokong terutamanya selepas melihat kecelaruan berlaku membabitkan penjualan tiket final Piala Malaysia, baru-baru ini.

Presiden LMFA, Wan Mohd Syazwan Wan Mohd Fadzelah berkata perubahan haruslah berlaku bermula daripada jawatan presiden yang kini disandang Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

"Kami mahu kepimpinan baharu dalam pentadbiran KFA untuk melihat sistem pengurusan semakin kukuh dan sistematik.

"Paling penting, kerja presiden mendapat sokongan padu daripada rakyat negeri ini. Selepas beberapa insiden yang berlaku seperti sistem penjualan tiket kurang 'sopan', jadi biarlah presiden baharu ambil alih tugas itu," katanya.

Sebelum ini, tiga pemimpin kanan KFA sedia melepaskan jawatan masing-masing sekiranya mendapat persetujuan Ahmad Bashah bagi memberi peluang kepada 'orang bukan politik' menerajui persatuan itu.

Bagaimanapun, Ahmad Bashah akan berbincang dengan KFA sebelum membuat sebarang keputusan berhubung desakan supaya beliau melepaskan jawatan presiden badan induk itu.

Tambah Syazwan, kejadian 'boo' terhadap Ahmad Bashah seakan petunjuk yang penyokong Helang Merah mahukan individu lain memimpin KFA.

"Sejak Ahmad Bashah memimpin KFA, adakah penyokong menyokong anda? Adakah mereka di belakang anda? Kalau saya salah dalam mengutarakan soalan ini, kenapa penyokong 'boo' anda?

"Tuan presiden, tolonglah undur. Kami mewakili seluruh kelab penyokong dan semua penyokong Hijau Kuning mahu presiden baharu dalam pentadbiran KFA," katanya.



Wednesday, November 8, 2017

SETIAUSAHA POLITIK MB KEDAH SAHKAN BASHAH KENA BOO SEMASA FINAL PIALA MALAYSIA



INI adalah sidang akhbar Ketua Pemuda Umno Kedah Shaiful Hazizy Zainol Abidin.

Shaiful Hazizy merupakan staf Menteri Besar Kedah Ahmad Bashah Md Hanifah, suatu ketika dulu menjadi bahan jenaka di Kedah apabila tersiar gambar Shaiful Hazizy sedang minum di Starbucks dengan cawan Starbucks ditulis "Dato Shaiful".

Intipati sidang akhbar Setiausaha Politik Bashah:

1. Sahkan Bashah di"BOO" oleh penonton Kedah semasa final Piala Malaysia melawan pasukan JDT.

2. Meminta Bashah meletakkan jawatan sebagai Presiden KFA.

3. Menyatakan Bashah sudah berusia, berumur 67 tahun, dan perlu dihormati.

Semalam Bashah membuat kenyataan bahawa kedudukan beliau diserahkan kepada jawatankuasa eksekutif Persatuan Bolasepak Kedah.

Jelapang: Seharusnya Shaiful Hazizy nyatakan kenapa Bashah di BOO. Adakah kerana Bashah sudah kehilangan keyakinan rakyat?

Adakah beliau diBOO atas jawatan Presiden KFA atau diBOO atas jawatan Menteri Besar?

Jika diBOO sebagai Menteri Besar, adakah ini bermakna Bashah juga perlu mempertimbangkan untuk melepaskan jawatan Menteri Besar?

Apakah BOO ini petanda Kedah akan jatuh ke tangan pembangkang dalam PRU14 nanti?

Adakah BOO ini mendapat perhatian Najib Razak?

Rasanya Setiausaha Politik Bashah ada JAWAPAN kepada semua soalan ini.
  

Thursday, November 2, 2017

AHMAD LEBAI SUDIN: BAKAL MB KEDAH YANG BARU "TOKAK" TANGAN NAJIB


ORANG Kedah "terrer", kata seorang rakan yang turut serta dalam rombongan Najib Razak ke Kedah dua hari lepas.

Kata rakan ini, "orang Kedah bukan takat CIUM tangan Najib. Depa tokak (gigit) tangan dia dengan harapan Najib tak lupa depa dalam PRU14."

Beliau merujuk kepada bekas Ketua Bahagian Pokok Sena Ahmad Lebai Sudin apabila dilihat "TOKAK" tangan Najib semasa lawatan itu.


Kalau tengok betapa khusyuknya Ahmad Lebai Sudin "tokak" tangan Najib, lepas PRU-14 nanti, Ahmad Lebai Sudin bakal Menteri Besar Kedah yang baru menggantikan Ahmad Bashah Md Hanipah yang USIA sudah mencecah 67 tahun dan dikatakan kurang sihat.

Berikut biodata Ahmad Lebai Sudin, bakal Menteri Besar Kedah yang baru.


Datuk Ahmad Lebai Sudin (Adun bukit lada)
Tarikh Lahir : 11 November 1958
Tempat Lahir : Pokok Sena, Kedah

Nama Isteri : Datin Hajjah Roshidah bt Ahmad
Pekerjaan : Suri Rumah

Kelayakan Akademik

1. Universiti Malaya Ijazah Sarjana Muda Sastera Kepujian Kelas Kedua (Bhg Tinggi) dalam Sosiologi dan Antropologi
1982
2. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Diploma Pengurusan Awam 1983

Kerjaya
1. Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik 1983
2. Penolong Pengarah Jawatankuasa Pentadbiran Pembangunan Negara, MAMPU 1983, Jabatan Perdana Menteri
3. Penolong Setiausaha di Bahagian Naziran Perjawatan & Perkhidmatan, 1984 – 1988 (Kementerian Pertahanan)
4. Penolong Pegawai Daerah (Tanah) Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang 1988-1989 (Kerajaan Negeri Pulau Pinang)
5. Penolong Pengarah Tanah & Galian (1989-1991) Pejabat Tanah & Galian, Pulau Pinang
6. Setiausaha Sulit Kpd Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang (1991-1995) Kerajaan Negeri Pulau Pinang
7.Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (1995-1999) Kerajaan Negeri Kedah

Jawatan Ahli Lembaga Pengarah
1. Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) 2000 – 2007
2. Pengerusi Lembaga Pengarah Pembinaan Sintok Sdn Bhd 2001 – 2008
3. Ahli Lembaga Pengarah Permodalan Kedah Berhad (PKB) 2001 – 2008
4. Ahli Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa Pekebun Kecil RISDA 2002 – 2007
5. Ahli Lembaga Pengarah Teluk Datai Resort Sdn Bhd (TDRSB) 2003 – 2008
6. Ahli Lembaga Pengarah TDR Golf Resort Berhad 2003 – 2008
7. Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kraftangan 2008 – 2009

Kerjaya Politik
1. ADUN Kawasan Bukit Lada – 2013 – SKRG
2. ADUN Kawasan Bukit Lada 1995 – 1999
3. Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kg Panchor, Pokok Sena, Bahagian Padang Terap 1983 – 1990
4. Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Terap 1986
5. Jawatankuasa UMNO Bahagian Padang Terap 1990
6. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Terap 1993
7. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena 1994
8. Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah 1993 – 1994
9. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah 1994 – 1996
10. EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 1993 – 1996
11. Timbalan Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam Pemuda UMNO Malaysia 1994 – 1995
12. Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam Pemuda UMNO Malaysia 1995 – 1996
13. Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam UMNO Negeri Kedah 1998 – 1999
14. Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah 1993 – 2013
15. Setiausaha Barisan Nasional Negeri Kedah 1999 – 2004
16. Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena 1998 – 2013


Friday, December 2, 2016

PERWAKILAN KEDAH TAK DAK AKAI SANGGUP BIAQ ORANG KEDAH DIHINA



KELMARIN 1 Disember 2016, kita diHINA.

Orang Kedah diHINA di Perhimpunan Agong. Penghinaan ini dikepalai oleh Presiden Umno Najib Razak dan ikuti oleh pimpinan parti termasuk Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Ketua Wanita Umno Shahrizat Jalil.

Jangan kita lupa tarikh ni. Tarikh di mana orang Kedah dipandang hina dan dihamun oleh pimpinan parti kita.

Lebih malu, orang Kedah yang hadir di Perhimpunan kali ini, tak dak sorang pun bangkit mempertahankan MARUAH kita.

Nak kata tak dak akai, semua ada otak.

Tun Dr Mahathir Mohamad kelmarin dikutuk dan dihina oleh Najib dan sebelum itu, Khairy Jamaluddin dan Shahrizat turut serta.

Apa perwakilan Umno Kedah buat di PWTC? Makan angin?  

Baik buruk Tun Mahathir, dia lah yang menaikkan nama Kedah selama ini. Baik buruk Tun Mahathir, hampa, Ketua Bahagian Kedah tak ke mana. Tanpa Dr Mahathir hampa bangsat dan merempat seperti mana selepas Mahdzir Khalid "serahkan" Kedah kepada PAS.

Kita tak kata Dr Mahathir betui dan kita tak kata Dr Mahathir salah. Tapi kenanglah jasa.

Puak Kedah termasuk Bashah Mat Hanipah hidup dalam politik serba sedikit kerana Dr Mahathir, kalau tidak hampa tak dak apa pun.

Semalam Dr Mahathir dihina. Tak seorang pun dari hampa mangkit mempertahan maruah Kedah.

Kalau nak kritik, kritiklah. Tapi bila melampau, tak kan kita biaq sampai macam tu.

Dalam pertandingan bola, semasa Piala Malaysia baru ni, kita sokong Kedah tak berbelah bagi. Menang pun kita sokong, kalah pun kita sokong. Cuma tahun ni kita menang.

Selama ni kita sokong Dr Mahathir, dan kalau nak kritik pun kritik lah. Tapi bila melampau, kita kena buat sesuatu.

Apa yang Dr Mahathir buat pada Najib yang kita kata salah?

Salahka Dr Mahathir TANYA?


1. Salahka Dr Mahathir tanya pasai penyelewangan dalam 1MDB?.


2. Salahka Dr Mahathir tanya macamana duit 2.6 billion Ringgit tiba-tiba ada dalam akaun Najib? .

3. Salahka Dr Mahathir tanya sapa yang derma RM2.6 bilion kat Najib?

4. Salahka Dr Mahathir tanya pasai hutang 1MDB berjumlah RM42 billion Ringgit?

5. Salahka Dr Mahathir tanya pasai apa tanah kerajaan dijual dengan harga murah?

6. Salahka Dr Mahathir tanya mana Najib dapat duit untuk kenduri anak dia, bunga dari bumbung sampai ke lantai? Salah ka?

Image result for perkahwinan anak najib

7. Salahka Dr Mahathir tanya bila nak tangkap Jho Low padahai di court singapore macam-macam cerita keluaq macam mana Jho Low sapu duit kita? Salahka?

8. Salah ka Dr Mahathir bangkit cerita DOJ?

9. Salah ka Dr Mahathir tanya pasai apa Najib nak rahsia laporan PAC?

10. Salah ka Dr Mahathir tanya mana anak Rosmah, Riza, dapat duit beli harta dan joli di Amerika Syarikat.

Kita boleh list berpuluh soalan Dr Mahathir. Semua soalan ni Najib tak jawab cuma duk ulang "saya bukan penyamun".

Kita tak tuduh dia menyamun, kita suruh dia jawab soalan-soalan ni. Jawablah.

Jawab tak mau, tapi duk hentam Tun dalam perhimpunan.

Awat hampa ingat kami tak dak maruah, tak dak perasaan.

Ketua-ketua bahagian Kedah yang pi PWTC, awat hampa tak dak akai.

Ada kawan cakap ada perwakilan marah kat PM kerana hina Kedah. Ada yang kata depa kesian kat Tun. Kalau sebelum ini depa marah sebab Tun tubuh Bersatu, bila Najib hentam Tun, depa naik kesian pada Tun. 

Ada yang rasa Najib hina depa dengan hentam Tun. Lega juga dengaq ada perwakilan Kedah yang ada sikit akai.

Kepada Shahrizat, apa beza hang dengan orang lain. Hang ingat boleh lupa kes lembu dan kes lembu dalam kondo?

Kepada KHAIRY, kami tak akan lupa ucapan hang masa perhimpunan Pemuda.





Hang pun mudah lupa. Hang lupa jasa orang tua 91 tahun kat bapa hang dan keluarga hang.

Nak mengkritik boleh. Tapi ada adab dan limit dia.

Hang ingat kami tak tau apa Tun buat untuk bapa hang. Macam mana bapa hang boleh jadi Duta di negara besaq-besaq.

Tanya mak hang, kalau hang tak tau. Mak hang orang Kedah. Kenai Dr Mahathir. Tanya mak hang betui dak Mukhriz pernah tidoq di rumah bapa hang kerana hampa kenang jasa Tun letak bapa hang sebagai Duta.

Jangan ingat kami tak tau.

Tapi tak pa. Kalau ini cara hang nak jadi Naib Presiden, buat lah apa saja.

Buruk macam mana pun seseorang itu, kita di ajaq hormat orang yang berbudi kepada kita.

Terima kasih kepada semua Ketua Bahagian Kedah kerana biaq kita dihina. Kepada KJ, semuga hang boleh jadi Naib Presiden dengan cerca orang yang bagi hang senang.

Wednesday, February 17, 2016

BASHAH BELUM DAPAT MENGADAP PEMANGKU SULTAN?



ADA yang tidak KENA dengan berita berikut.

Petikan:
“Insya-Allah 22 haribulan ini, majlis angkat sumpah akan diadakan. Tapi Menteri Besar masih belum mengadap Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah lagi. Beliau akan jumpa dalam masa terdekat ini dan jika tiada sebarang masalah, Isnin ini Exco baharu akan angkat sumpah.”

http://www.utusan.com.my/berita/politik/exco-kedah-angkat-sumpah-8232-22-februari-1.191465

Menteri Besar Kedah yang baru belum mengadap, tarikh angkat sumpah telah ditetapkan?

Ahmad Bashah Md Hanipah ada MASALAH untuk mengadap DYMM Pemangku Sultan?

Saturday, February 13, 2016

BN TERBALIK DI LANGKAWI?

APAKAH orang Kedah sedang mengAJAK negeri-negeri lain untuk turut serta menaikkan bendera BN secara terbalik?

Mungkin itu hasrat mereka.

Friday, February 12, 2016

SURAYA BAKAL TERKORBAN DI KEDAH?




BEBERAPA hari lagi, Menteri Besar Kedah yang baru, Ahmad Bashah Md Hanipah, akan mengumumkan Barisan Exco beliau.

Ramai menjangkakan untuk tahun ini, Bashah akan mengekalkan kesemua barisan ahli Exco Mukhriz Mahathir yang menyokong beliau semasa usaha menjatuhkan Mukhriz.



Dua ahli Exco yang kekal SETIA bersama Mukhriz hingga ke saat akhir ialah SURAYA YAACOB (Adun Sungai Tiang) dan Aminuddin Omar (Adun Jitra).

Aminuddin dikhabarkan menolak jawatan Exco di bawah Bashah.

Kita menanti adakah Bashah akan mengenepikan Suraya semata-mata kerana Suraya SETIA kepada Mukhriz.

Tidak ramai pemimpin yang berPRINSIP dan BERANI seperti Suraya.

Sebelum bermula sidang akhbar terakhir Mukhriz untuk mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar, Mukhriz meminta Suraya meninggalkan sidang akhbar tersebut kerana tidak mahu "MASA DEPAN POLITIK" Suraya terjejas.

Tetapi Suraya tetap SETIA kepada "boss" beliau dan duduk disebelah kanan Mukhriz semasa beliau melepaskan jawatan Menteri Besar.

Berapa ramai yang mempunyai KESETIAAN sedemikian rupa di dalam politik Umno hari ini?


Kini tiba masanya kita mengukur sejauhmana Umno dan Bashah menghargai KESETIAAN.

Adakah Suraya akan diHUKUM dan diKETEPIKAN sebagai Ahli Exco atau ini masanya membalas DENDAM terhadap Suraya?

Jawapannya akan diketahui kelak.

Thursday, February 4, 2016

RAFIDAH AZIZ: KEMELUT KEDAH CERMIN BUDAYA TAMAK KUASA DALAM UMNO

Image result for rafidah aziz

“Kemelut di Kedah mencerminkan budaya politik kita. Budaya politik untuk KEPENTINGAN DIRI. MENJATUHKAN orang lain untuk merebut kedudukan. Inilah yang dikatakan TAMAK.

Tamak terhadap KUASA untuk kekuasaan. Pemimpin Umno seharusnya bersatu dan bukannya mengamalkan budaya politik memecah belah. Biar menang sorak...kampung tergadai. Biar parti HANCUR, asal hasrat peribadi tercapai.

Ke mana nak dibawa jawatan, pangkat dan kuasa? Apa ertinya jawatan kalau tidak untuk bekerja dan menunaikan tanggungjawab? Kenapa tidak bekerjasama dalam pasukan dan melengkapi antara satu sama lain untuk mengumpul kekuatan bagi mencapai kejayaan dalam memberi perkhidmatan?

Kerajaan seharusnya lebih serius dalam menyelesaikan kemelut yang melanda negara dan bukannya berterusan mewujudkan lebih banyak penipuan dalam politik.

TOLONGLAH SERIUS. Negara ini tidak mahu lagi PENIPUAN POLITIK. Cukuplah dengan pelbagai isu sebelum ini. Baiki segala kerosakan yang telah berlaku.” - Bekas Ketua Wanita Umno dan Menteri Perdagangan Antarabangsa RAFIDAH AZIZ.


SELAMAT BERTUGAS BASHAH. HANYA ALLAH SWT DAPAT MELINDUNGI KAMU



TAHNIAH kepada Adun Bakar Bata Ahmad Bashah Md Hanipah di atas perlantikan sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-12 hari ini, tanggal 4 Feb 2016.

Bashah orang lama dalam politik. USIA beliau 66 tahun sudah cukup untuk menggambarkan berapa lama beliau berpolitik. Ramai dari generasi beliau sudah lama "pencen" berpolitik. Sukar di era hari ini untuk seorang yang seusia Bashah dapat menjadi MB.

Tetapi rezeki Bashah masih ada. Selepas 2 kali di"permainkan", Bashah akhirnya dinobatkan sebagai Menteri Besar.

Malangnya tidak semua menyambut perlantikan beliau secara positif.

Kelulusan Bashah menarik perhatian publik. Ada mengatakan beliau hanya lulus SRP dan ada mengatakan beliau SPM. Nakalnya seorang pemimpin pembangkang, beliau meminta Bashah menunjukkan SIJIL SPM beliau.

Usia beliau menjadi topik hangat di kalangan Umno. Adakah pada usia 66 tahun Bashah mampu mengemudi Umno Kedah dan memahami aspirasi pengundi muda?

Belum dilantik secara  rasmi sebagai MB, Bashah sudah dinilai sebagai pemimpin LAPUK yang TIDAK MEMENUHI CITARASA generasi muda oleh sesetengah ahli Umno.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/02/04/ahli-umno-ragui-kemampuan-bashah/

Mampukah Bashah?

Bashah akan keseorangan menjalankan tanggungjawab menjaga Umno dan negeri selepas ini.

Sejarah politik Kedah mudah. Gagal melaksanakan tanggungjawab, Bashah akan dijatuhkan oleh orang partinya sendiri. Sama seperti yang dilalui oleh Mukhriz Mahathir.

Di Kedah, tak ramai yang berkelulusan tinggi TETAPI cita-cita mereka tinggi. Semua merasakan mereka layak menjadi MB walaupun dengan SRP..

Mahdzir Khalid mencipta sejarah sebagai Menteri Besar Kedah paling singkat usianya - 802 hari dan Kedah jatuh ke tangan Pas.

Bashah lebih memahami politik Kedah dan beliau melihat bagaimana MB sebelum ini dijatuhkan.

1. Allahyarham Syed Nahar Syed Sheh Shahabuddin menjadi MB selama 2,391 hari dan dijatuhkan oleh orang parti sendiri melalui video majlis makan malam Koboi -Montoya.

2. Tan Sri Osman Aroff merupakan MB paling lama Kedah, memegang jawatan selama 4,157 hari dan merupakan pemimpin yang memodenkan Kedah dan akhirnya dijatuhkan oleh pemimpin sendiri.

Bashah pada masa itu adalah Bendahari Umno Kedah dan beliau melihat sendiri bagaimana beberapa pemimpin Umno menikam Osman dari belakang. Akhbar-akhbar berbahasa Cina digunakan, bomoh digunakan, pembantu rumah digunakan, surat layang digunakan malah spy juga digunakan untuk menjatuhkan Osman.

Salah seorang dari Ketua-Ketua Bahagian sekarang tahu segala-galanya mengenai usaha menjatuhkan Osman pada masa itu. Jika Bashah lupa, tanyalah pada Ketua Bahagian tersebut yang juga sekarang ini memegang jawatan penting.

3. Sanusi Junid memegang jawatan MB selama 1,999 hari. Keangkuhan menjadi punca kejatuhan beliau. Tidak memeranjatkan hampir kesemua pemimpin Umno menikam belakang beliau bertubi-tubi.

4. Selepas PRU 1999, Syed Razak Syed Zain Barakbah dilantik sebagai MB dan kekal selama 2,203 hari. Baik orangnya. Mudah berbicara. Rendah diri. Tetapi Syed Razak melalui perkara sama yang dilalui Bashah sekarang ini. Diperlekehkan.

Apabila Syed Razak diserang angin ahmar (stroke), ia umpama berita gembira bagi sesetengah pemimpin Umno. Peluang menjadi MB semakin cerah.

Syed Razak terpaksa bertongkat ke pejabat dan majlis awam. Apa yang dilakukan oleh pemimpim ini? Mengambil gambar Syed Razak bertongkat dan dihantarnya gambar-gambar ini kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Dan Pak Lah diberitahu, Syed Razak sudah TIDAK MAMPU menjalankan tugas sebagai MB. Di canang ke seluruh pelusuk Kedah KEBURUKAN Syed Razak.

Bashah tahu semua ini. Bashah ahli EXCO pada masa itu. Malah Pak Lah mahu memilih Bashah sebagai MB, tetapi ada yang melobi lebih kuat dari beliau. Maka melepas Bashah. Jika Bashah terlupa, tanyalah kepada pemimpin yang ada sekarang. Beliau lebih mengetahui. Atau ziarahi Syed Razak dan beliau akan menceritakan segalanya.

5. Mahdzir Khalid dilantik sebagai MB selepas Syed Razak dan hanya merasai kerusi empuk selama 802 hari. Sukar untuk kita mengingati apa yang dilakukan Mahdzir di Kedah dan akibatnya Kedah jatuh ke tangan Pas.

6. Allahyarham Azizan Razak. Pertama kali Pas memerintah Kedah dan biasalah dengan parti orang Melayu. Pemimpin Pas sendiri menHADIAHkan semula Kedah kepada BN. Itupun BN terpaksa bertungkus lumus untuk merampas Kedah. Umno mengumumkan dari awal Mukhriz akan menjadi MB. Tun Dr Mahathir Mohamad turun padang untuk berkempen untuk anaknya.

Ustaz Azizan tewas, dan menjadi MB selama hanya 1,884 hari. Sekali lagi Bashah dijanjikan jawatan MB tetapi atas desakan Dr Mahathir, Bashah melepas kali kedua.

7. Mukhriz Mahathir. Selama berakhirlah pentadbiran Mukhriz selepas 1,003 hari. Dijatuhkan oleh pemimpin Umno sendiri.  

Alasan digunakan ialah Mukhriz jarang berada di Kedah. 4 hari di Kedah, 3 hari di Kuala Lumpur. Padahal ramai di kalangan pemimpin-pemimpin Umno yang membuat tuduhan ini seminggu 2 kali saja di Kedah. Ramai antara mereka MENETAP di Kuala Lumpur dan hanya balik ke Kedah hujung minggu.

Ada yang mempunyai isteri kedua di KL. Tetapi kerana tidak suka kepada Mukhriz dan bapanya, itulah alasan yang digunakan. Akhirnya Mukhriz kecundang.

8. Bashah. Semuga Bashah dilindungi Allah SWT. Mulai hari ini, Bashah, kamu buatlah kerja seorang-seorang. Tersilap langkah, nasib yang sama akan menimpa hang. Macam MB sebelum ini. Ramai di Kedah merasakan mereka juga layak menjadi MB.

Sehari dua ini, akan ramailah yang mengikut belakang Bashah termasuk yang sebelum ini memaki hamun, mencerca Bashah.

Harapan mereka projek-projek Kerajaan Negeri dibahagi-bahagikan, jawatan-jawatan lembaga pengarah di dalam GLC Kedah perlu dibahagi-bahagikan, puasa sudah hampir, raya pun dah dekat, duit raya perlu ada.

Sekiranya permintaan ini tidak dipenuhi, Bashah tahulah penangannya. Semua Menteri Besar sudah melalunya.

Yang terakhir ialah MUKHRIZ MAHATHIR.

SELAMAT BERTUGAS DATO' BASHAH. HANYA ALLAH SWT YANG DAPAT MELINDUNGI KAMU.

Thursday, January 28, 2016

AMPUN TUANKU: JANGAN DILANTIK SEMULA AHLI EXCO KEDAH YANG BOIKOT MESYUARAT EXCO SEMALAM



DI MANA TAAT SETIA Ahli Exco Kedah Rabu lalu kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan?

Semalam HANYA TIGA Ahli Exco Kedah menghadiri mesyuarat Exco yang dipengerusikan oleh Mukhriz Mahathir. Yang lain memBOIKOT mesyuarat tersebut.

Inilah akibatnya apabila sesetengah Ahli Exco Kedah LUPA AKAN ASAL USUL MEREKA.

Siapa yang melantik mereka sebagai Ahli Exco? Bukan kah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan?

Depan siapa mereka melafazkan sumpah ikrar mereka? Bukankah dihadapan Kebawah DYMM Tuanku Sultan?

Di mana mereka melafazkan sumpah ikrar mereka sebagai Ahli Exco Kedah? Bukankah di Istana Anak Bukit, tempat bersemayamnya Kebawah DYMM Tuanku Sultan?

Apakah sumpah mereka? Bukankah mereka bersumpah TAAT SETIA kepada Kebawah DYMM Tuanku Sultan dan negeri?

Kita ingin bertanya kepada ahli Exco yang memboikot mesyuarat Exco semalam, di mana rasa hormat dan KESETIAAN mereka kepada Kebawah DYMM Sultan Kedah dan institusi diRaja Kedah?

Suka atau tidak, ahli-ahli Exco ini kepada Mukhriz, beliau masih lagi Menteri Besar Kedah yang direstu oleh Kebawah DYMM Tuanku Sultan.

Suka atau tidak, mesyuarat Exco Kedah yang dipengerusikan Mukhriz semalam adalah adalah proses pentadbiran rakyat.

Tetapi kerana kepentingan peribadi dan dipengaruhi oleh pandangan orang yang berkepentingan, Ahli-Ahli Exco ini semalam sanggup tidak menghormati Kebawah DYMMM Tuanku Sultan dengan memboikot mesyuarat Exco.

Ahli Exco bertanggungjawab kepada rakyat. Menjadi KEWAJIPAN mereka untuk hadir mesyuarat Exco dan membuat keputusan demi kepentingan rakyat.

Apa salahnya menghadiri mesyuarat Exco semalam?

Jika tak bersetuju dengan perkara yang dibawa oleh Mukhriz ke mesyuarat tersebut, TENTANG beliau.

Apa yang Mukhriz bentangkan di mesyuarat Exco yang mereka rasakan tidak sesuai, BANTAH DAN TOLAK.

Bantai Mukhriz di dalam mesyuarat. 

Sebagai Ahli Exco, kita kenalah tahu kedudukan kita.

Ramai Ahli Exco Kedah yang bergelar Dato' hasil dari anugerah Darjah Kebesaran oleh Kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah.

Ramai rakyat biasa yang berkeinginan untuk bergelar Dato', tetapi tidak mempunyai keistimewaan seperti Ahli-Ahli Exco Kedah yang memboikot mesyuarat semalam.

Sebab itulah sejak akhir-akhir ini, wujud Sultan-Sultan yang tidak berdaulat menganugerah Dato' kepada sesiapa yang berkeinginan untuk meletakkan gelaran Dato' di hadapan nama mereka.

Kita bila menjadi Ahli Exco biarlah beradap. Jangan sesekali tindakan kita memberi kehinaan kepada institusi Kesultanan Kedah.

Letaklah institusi ISTANA di tempat yang betul.

Kepada Ahli-Ahli Exco yang memBOIKOT mesyuarat Exco semalam, jangan MARAH jika Yang Berhormat sekalian TIDAK DILANTIK SEMULA sebagai Ahli Exco.

Malahan pihak ISTANA perlu memastikan mereka tidak dilantik semula di atas sikap mereka semalam.

Anda semua tidak layak menjadi Ahli Exco mewakili rakyat kerana kelakuan anda semalam.

TINGKAH laku mereka semalam adalah satu penghinaan.

Berpada-padalah apabila berpolitik.

Ada benda yang boleh dipolitikkan dan ada benda yang kita perlu beradap.

WAJIB ke atas setiap rakyat Kedah meletakkan penghormatan paling tinggi kepada Kebawah DYMM Tuanku Sultan dan institusi Kesultanan Kedah.

Jangan kita ulangi perbuatan Ahli-Ahli Exco ini. 

Sama-samalah kita PELIHARA institusi Kesultanan Kedah.



AMPUN TUANKU, SEMBAH PATIK MOHON DIAMPUN.

Wednesday, January 27, 2016

MUKHRIZ DIPECAT HARI INI, BASHAH MB KEDAH YANG BARU?


ABU HASSAN SHARIF DIPAKSA TOLAK MUKHRIZ

Adun Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sariff menahan sebak semasa menyampaikan ucapan pada perhimpunan penyokong Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Kampung Sanglang, Ayer Hitam, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 27 Januari, 2016.



Datuk Abu Hassan Sarif mendedahkan dipaksa menyokong kumpulan penentang yang mengatur rancangan menyingkirkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Seputeh itu berkata, beliau diburu dan dipaksa semata-mata mahu mendapatkan sokongan menolak Mukhriz dan menjatuhkan menteri besar penggal pertama itu.

"Saya amat mengenali menteri besar kita, saya lakukan apa sahaja demi untuk mengekalkan Datuk Mukhriz walaupun saya tak sehebat pegawai sekeliling. Kita ada tugas dan tanggungjawab saya sebagai Adun untuk pertahankan Datuk Mukhriz.

"Saya lari, saya hilang, hampir-hampir jatuh di laut, diburu semata-mata nak dapatkan sesuatu daripada saya," kata Abu Hassan sambil menangis di hadapan orang ramai semasa program bagi menyatakan sokongan kepada Mukhriz di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam malam tadi.

Abu Hassan tidak menjelaskan mengapa beliau diburu, namun sumber mendedahkan kira-kira 19 Adun sudah menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menolak kepimpinan Mukhriz.

Adun 5 penggal itu berkata, beliau sangat sedih mengenangkan apabila seorang pemimpin yang disanjung rakyat akan digulingkan dengan begitu hina sekali.

"Saya menangis, saya tak pernah menangis depan anak dan isteri. Kita ada lelaki ada ego tapi di sini saya menangis depan anak saya, depan rakan saya menangis.

"Bagaimana orang yang ikhlas, jujur dan amanah, tidak mempunyai moral dan akhlak tidak baik, bertanggungjawab, tak amal rasuah, pemimpin yang boleh majukan masyarakat, rakyat dan negeri Kedah ini, tiba-tiba beliau akan digulingkan dalam keadaan yang amat menyedihkan, saya tidak reda," katanya.

Abu Hassan juga mendedahkan semalam Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak memanggil semua Adun Kedah bertemunya di Putrajaya.

Dalam pertemuan itu Abu Hassan berkata, beliau membuat rayuan kepada Najib supaya Mukhriz dikekalkan sehingga habis penggal.

"Beri masa, saya kata kepada PM, beri masa kepada Mukhriz, kalau nak buang dan ganti pun tunggu habis penggal.

"Biar beliau jalankan tugas dan kita nak pastikan Datuk Mukhriz memang pemimpin yang disukai rakyat dan bukan cakap kosong," katanya.

Abu Hassan turut menasihati rakan-rakannya supaya memikirkan mengenai masa depan Umno dan bukan semata-mata mengejar habuan dan jawatan.

"Jangan kita lari nak habuan dan pangkat, tapi hari ini orang lari takut hilang pangkat dan juga sekarang ini orang lari nak kejar pangkat, nak jadi exco, nak jadi menteri, nak jadi menteri besar," katanya. – 27 Januari, 2016.

 http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/adun-kedah-dedah-diburu-hampir-jatuh-laut-dipaksa-sokong-pecat-mukhriz#sthash.6sKulzQP.dpuf

Thursday, August 27, 2015

PECATLAH MUKHRIZ


1 JAM lebih Mukhriz Mahathir di"tazkirahkan" oleh Najib Razak dan Ahmad Bashah Md Hanipah semasa mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Alor Star minggu lepas mengenai perlunya Mukhriz mengenang jasa dilantik sebagai Menteri Besar Kedah.

Berikutan "tazkirah" tersebut, tersebar khabar angin bahawa Mukhriz akan diPECAT 1 Oktober ini dan digantikan dengan Ahmad Lebai Sudin, yang tewas jawatan Ketua Bahagian Pokok Sena pada pemilihan 2013.

Pecat Mukhriz MUDAH. 

Sekarang pun Najib boleh PECAT Mukhriz. Hanya perlu satu perenggan kenyataan akhbar sahaja.

Semasa "tazkirah" yang disampaikan Bashah dan Najib kepada Mukhriz, mereka TERLUPA pula mengingati perwakilan bagaimana Umno menang semula di Kedah.

Bashah lupa menyebut bahawa pada ketika itu, apabila nama beliau disebut sebagai calon Menteri Besar, rakyat Kedah bercakap mengenai PENTINGNYA Menteri Besar Kedah yang baru mempunyai kelulusan akademik yang baik.

Najib lupa menyebut bahawa untuk Kedah MENAWAN semula Kedah dari Pas ialah dengan MEMILIH seorang Menteri Besar yang boleh memberi Umno peluang untuk menawan Kedah.

Pada masa itu, bukan Bashah, bukan Ahmad Lebai Sudin, yang mempunyai keupayaan untuk Pas dijatuhkan.

Bangsat kita jika kita katakan Bashah dan Ahmad Lebai Sudin mampu untuk menawan semula Kedah.

Akhirnya Najib memilih Mukhriz. Sebabnya, selain mahu MENGEMBIRAKAN Tun Dr Mahathir Mohamad, Najib tahu, memilih Mukhriz adalah jalan paling selamat dan akan memudahkan Umno menawan semula Pas.

Bangsat kita jika kita mengatakan Umno menang di Kedah kerana Najib dan kekuatan Umno Kedah.

Kedah diTAWAN SEMULA kerana Tun Mahathir dan Mukhriz.

Kerja Umno menawan semula Kedah mudah kerana Tun Dr Mahathir dan Mukhriz.

Najib tak perlu berkerja kuat. Umno Kedah pun tak perlu bekerja kuat.

Yang bekerja kuat pada PRU 13 ialah Tun Mahathir.

Tun Mahathir mahukan anaknya MENANG. Duit untuk belanja pilihanraya pada masa itu pun bukan masalah bagi Umno Kedah. Ramai towkay yang terhutang budi pada Tun Mahathir "TURUN" membantu termasuk Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Akhirnya Umno menawan Kedah.

Jika hari ini Najib merasakan dia akan menjadi faktor penting pada PRU-14, dan Ahmad Lebai Sudin mempunyai "faktor wow" untuk Kedah kekal di tangan Umno, PECATLAH Mukhriz.

Kuasa di tangan Najib. Ramai sudah dipecat. Timbalan Perdana Menteri dipecat. Peguam Negara dipecat. Tidak ada masalah. Perdana Menteri BERKUASA. Orang yang paling BERKUASA di Malaysia sekarang ini ialah PERDANA MENTERI.

Kata penyokong-penyokong Najib: "Itu hak Perdana Menteri".

Jika benar khabar angin tersebut, 1 Oktober, orang Kedah akan dapat Menteri Besar Baru.

Jika benar, AHMAD LEBAI SUDIN akan berGELAR Menteri Besar.

1 Oktober juga akan menjadi berita GEMBIRA buat Pas Kedah. Lagipun hubungan Presiden Pas dengan Perdana Menteri teramat baik jika dibandingkan hubungan Perdana Menteri sebelum ini dengan Presiden-Presiden Pas sebelum ini.

Kepada pemimpin Umno Kedah yang lain, ingatlah kata-kata Bashah kepada Najib apabila tidak terpilih sebagai Menteri Besar: "Ia okay, tapi kalau ada apa-apa bagi kat sayalah. Jangan lupa saya."

Manalah tau, rezeki lain masih ada. 

Friday, November 14, 2014

BILA NAJIB RAZAK BUAT LAWAK, KALAH ZIZAN RAZAK & NABIL

BETUL-betul lawak mendengar ucapan Najib Razak hari ini di Konvensyen Umno Johor, kalah pelawak terkenal Zizan Razak dan Nabil.

Jelapang yakin apa yang dituturkan oleh Perdana Menteri di hadapan ahli-ahli Umno Johor adalah persembahan lawak jenaka dan kita perlu akui ianya satu PERSEMBAHAN LAWAK JENAKA yang terbaik dari Perdana Menteri.

Ada rakan ketawa terbahak-bahak mendengar ucapan Najib tadi.

Apa lawak yang dibuat oleh Najib. Katanya:

"Saya akui orang muda susah mendapat tempat di dalam parti. Kalau nak naik TANGGA DI DALAM UMNO, KENA CANTAS, BLOCKING, SEPAK... MANA ORANG MUDA NAK MASUK DALAM PARTI. Kita boleh panjat tangga kondominium yang eksklusif, tetapi tidak sanggup kalau perangai kita tidak berubah... orang muda nak ke masuk?"

http://www.rakyatnews.my/index.php/politik/najib-pemimpin-harus-mulakan-perubahan-dalam-umno

Betul kata seorang Ketua Bahagian Umno di Selangor. Cukup-cukuplah Najib membuat kenyataan berbentuk retorik.

Kita tengok lah Kabinet Najib. Berapa ramai orang tua yang dilantik oleh beliau sebagai Menteri dan Timbalan Menteri.

Salah seorang yang dilantik oleh Najib mata pun dah kelabu dan merangkak membaca teks ucapan.

Mungkin di mata Najib, Hassan Malek di usia 68 tahun masih muda. Shahidan Kassim sudah 63 tahun, Tajuddin Rahman (66 tahun), Hilmi Yahya (65 tahun), G.Palanivel (65 tahun), Tengku Adnan Tengku Mansor (63 tahun), Ahmad Bashah Md Hanipah (64 tahun), Mustafa Mohamed (63 tahun), Muhyiddin Yassin (67 tahun) dan Husni Hanadzlah (62 tahun).

 Senarai umur ahli Kabinet Najib boleh dilihat di link berikut:  http://kedahku.blogspot.com/2014/05/dyana-chun-dan-muda-umno-tua.html

Itu sebabnya Jelapang begitu yakin Najib hanya buat lawak di hadapan ahli Umno Johor hari ini sebab CAKAP TAK SERUPA BIKIN.

Apa pun, ianya satu lawak jenaka yang terbaik, mengalahkan pelawak-pelawak profesional negara.

Rupa-rupanya, kita mempunyai seorang pelawak berbakat yang mempunyai bakat tersembunyi dan hari ini terserlah bakatnya.