SEGAK BERBAJU MELAYU: Hero Hindustan, Shah Rukh Khan, hari ini rasmi bergelar Dato'. Shah Rukh harus berterima kasih kepada kerajaan negeri Melaka dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang mencadangkan namanya kepada kerajaan Melaka.Ramai artis tempatan dikatakan terkilan dengan penganugerahan seolah-olah tindakan tersebut menidakkan keupayaan artis tempatan. Ini baru seorang orang luar dianugerahkan Dato', belum lagi berpuluh.
Sebenarnya ia bergantung kepada sudut mana kita hendak melihat penganugerahan ini. Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan penganugerahan Dato' kepada Shah Rukh. http://kedahku.blogspot.com/2008/10/dr-mahathir-shah-rukh-khan-layak-jadi.html
Apapun, Shah Rukh kini Dato' Shah Rukh Khan. Turut menarik perhatian ialah janji Shah Rukh Khan selepas bergelar Dato'.
Hero Hindustan ini berjanji akan kembali ke Melaka untuk melakukan pengambaran filem baru baru beliau. http://www.freshnews.in/shahrukh-khans-crew-haircut-in-my-name-is-khan-100855
http://www.straitstimes.com/Breaking%2BNews/Lifestyle/Story/STIStory_311239.html
http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/12/6/nation/20081206173807&sec=nation
Filem baru Shah Rukh Khan "My name is Khan" mengenai jihad.
'I think the whole concept of jihad, the whole concept of warring needs to be explained as Allah meant it to be in the Quran ... it is an attempt to try and do that in an entertaining way.' - Shah Rukh Khan.
(Saya merasakan keseluruhan konsep jihad perlu diperjelaskan seperti mana yang diwahyukan Allah swt di dalam Al-Quran... ianya satu inisiatif untuk menyampaikannya menerusi hiburan)
Ramai antara kita peminat pengarah hebat Steven Spielberg. Antara filem hebat beliau ialah Schindler's List yang amat jelas satu usaha untuk mendapatkan simpati dunia kepada kaum Yahudi.
Kita berharap Shah Rukh Khan dapat menyaingi Spielberg sekurang-kurangnya memperbetulkan tanggapan yang salah terhadap Islam.
































