Showing posts with label suriati ksa. Show all posts
Showing posts with label suriati ksa. Show all posts

Tuesday, September 15, 2015

HIMPUNAN BAJU MERAH: BERJUANGLAH UNTUK MARHAEN BUKAN PEMIMPIN YANG BERBILION KEKAYAANNYA

ESOK Himpunan Maruah Melayu akan diadakan di Kuala Lumpur.

Syukur, akhirnya selepas 58 tahun Merdeka, baru timbul kesedaran tentang perlunya mempertahankan MARUAH Melayu.

Esok ramailah yang akan berbaju MERAH di Kuala Lumpur.

Seorang pembaca menulis: "Kami mahu mereka (Cina) tahu Melayu ada maruah."

Tinggi semangat juang sesetengah Melayu. 

Kalau nak berjuang, biar ada sasarannya.

Memang sesetengah Melayu sudah kurang maruahnya.

Jelapang sempat menonton rancangan Bersamumu TV3 malam ini.

Kalau Melayu bermaruah sudah pasti tiada Melayu yang ditimpa malang seperti Puan Suriati Kasa yang tinggal di rumah usang milik orang di Simpang Empat, Perlis.

MEMASAK MENGGUNAKAN KAYU API.

SEMBAHYANG DITERANGI PELITA MINYAK TANAH.

Jauh beza kehidupan Puan Suriati berbanding kehidupan Ketua Bahagian Sungai Besar di Selangor, Jamal Md Yunos, yang mempunyai kereta Ferrari.

Kalau kita Melayu bermaruah, tidak mungkin ada saudara Melayu seIslam kita masih hidup merempat di tanah Melayu sendiri dan masih menggunakan pelita minyak tanah pada tahun 2015 ini.

Ada Melayu seperti Jamal hidup di dalam kesenangan dan berFerrari ke sana sini, dan ada pemimpin Melayu mempunyai duit berbilion ringgit.

Image result for jamal yunos

Esok ketika Jamal mengetuai Himpunan, berjuanglah untuk orang Melayu seperti Puan Suriati. Tak perlulah berjuang untuk pemimpin yang sudah bergelar bilionaire.

Tidak guna bercakap mengenai MARUAH orang Melayu kalau orang seperti Jamal dan pemimpin Melayu hidup di dalam kesenangan tanpa mempunyai sedikit hati pun terhadap orang Melayu yang hidup merempat di Tanah Melayu sendiri.

Kepada Jamal dan pemimpin-pemimpin Melayu, selamat berhimpun dan ingatlah, maruah Melayu tidak akan ditebus dengan hanya berhimpun tanpa pemimpin Melayu mempunyai hati terhadap Melayu marhaen.