Showing posts with label himpunan maruah melayu. Show all posts
Showing posts with label himpunan maruah melayu. Show all posts

Wednesday, September 16, 2015

HIMPUNAN BAJU MERAH: HARI INI TERBUKTI KITA TIDAK LAGI PERLU UNDI KAUM CINA

Image result for annuar+musa+BAJU+MERAH

HARI ini orang Melayu terutamanya beberapa ribu ahli Umno sudah pasti merasakan mereka KUAT.

Rasa seolah-olah bermaruah dengan hanya berhimpun di Kuala Lumpur.

Hari ini, Ketua-Ketua Bahagian yang hadir merasa terlalu GAGAH seolah tanpa PENGUNDI bukan Melayu, Umno dan BN akan menang PRU-14 itu.

Hari ini, itulah agaknya perasaan Noh Omar yang memimpin BN sebagai PEMBANGKANG di Selangor dan beberapa HERO Melayu di dalam gambar di atas.

Maka dengan keyakinan orang Melayu sudah kuat, kita YAKIN Umno serta Presiden Umno Najib Razak tidak lagi memerlukan undi kaum Cina di dalam PRU-14 nanti.

Kita tidak lagi akan mendengar PUJUK RAYU Najib kepada orang Cina pada 2018 nanti supaya menyokong BN.

Kita juga tidak akan lagi melihat Najib MEMAKAI baju kaum Tionghua dan memukul gendang Cina seperti yang beliau pernah lakukan sebelum ini untuk meraih undi Cina.


Image result for najib+baju+cina

Ini semua kita tidak perlu lagi.

Kerana hari ini kita kuat.

Tanpa undi Cina pada PRU-14 nanti, Umno tetap berkuasa.

TAHNIAH kepada pemimpin-pemimpin yang menyokong perhimpunan hari ini.

Tuesday, September 15, 2015

HIMPUNAN BAJU MERAH: BERJUANGLAH UNTUK MARHAEN BUKAN PEMIMPIN YANG BERBILION KEKAYAANNYA

ESOK Himpunan Maruah Melayu akan diadakan di Kuala Lumpur.

Syukur, akhirnya selepas 58 tahun Merdeka, baru timbul kesedaran tentang perlunya mempertahankan MARUAH Melayu.

Esok ramailah yang akan berbaju MERAH di Kuala Lumpur.

Seorang pembaca menulis: "Kami mahu mereka (Cina) tahu Melayu ada maruah."

Tinggi semangat juang sesetengah Melayu. 

Kalau nak berjuang, biar ada sasarannya.

Memang sesetengah Melayu sudah kurang maruahnya.

Jelapang sempat menonton rancangan Bersamumu TV3 malam ini.

Kalau Melayu bermaruah sudah pasti tiada Melayu yang ditimpa malang seperti Puan Suriati Kasa yang tinggal di rumah usang milik orang di Simpang Empat, Perlis.

MEMASAK MENGGUNAKAN KAYU API.

SEMBAHYANG DITERANGI PELITA MINYAK TANAH.

Jauh beza kehidupan Puan Suriati berbanding kehidupan Ketua Bahagian Sungai Besar di Selangor, Jamal Md Yunos, yang mempunyai kereta Ferrari.

Kalau kita Melayu bermaruah, tidak mungkin ada saudara Melayu seIslam kita masih hidup merempat di tanah Melayu sendiri dan masih menggunakan pelita minyak tanah pada tahun 2015 ini.

Ada Melayu seperti Jamal hidup di dalam kesenangan dan berFerrari ke sana sini, dan ada pemimpin Melayu mempunyai duit berbilion ringgit.

Image result for jamal yunos

Esok ketika Jamal mengetuai Himpunan, berjuanglah untuk orang Melayu seperti Puan Suriati. Tak perlulah berjuang untuk pemimpin yang sudah bergelar bilionaire.

Tidak guna bercakap mengenai MARUAH orang Melayu kalau orang seperti Jamal dan pemimpin Melayu hidup di dalam kesenangan tanpa mempunyai sedikit hati pun terhadap orang Melayu yang hidup merempat di Tanah Melayu sendiri.

Kepada Jamal dan pemimpin-pemimpin Melayu, selamat berhimpun dan ingatlah, maruah Melayu tidak akan ditebus dengan hanya berhimpun tanpa pemimpin Melayu mempunyai hati terhadap Melayu marhaen.