Showing posts with label perhimpunan agong umno. Show all posts
Showing posts with label perhimpunan agong umno. Show all posts

Monday, December 14, 2015

NAJIB A GENTLEMAN?



DARI Arau, Perlis, hingga ke Lahad Datu, Sabah.

Ratusan ahli Umno turun ke PWTC minggu lepas dan apa yang mereka dengar dari Presiden Umno hanyalah kata-kata menggambarkan betapa GAHnya beliau.

"I am a gentleman." "Biarpun ada yang berpaling tadah, biar berkali-kali kita ditolak supaya rebah, there shall be no retreat, no surrender, no retreat!!! no surrender!!!.

GAH bunyinya Presiden Umno Najib Razak.

I am a gentleman? 

Betul ke?

Hendak menyebut nama Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut hadir pun Najib takut.

Takut Tun Dr Mahathir diberikan tepukan gemuruh.

Hendak sebut nama Tan Sri Muhyiddin Yassin pun takut, takut Muhyiddin diberikan tepukan gemuruh.

Hendak membenarkan tradisi Umno diteruskan di mana Timbalan Presiden Umno merasmikan mesyuarat sayap dan mengulung perbahasan pun Najib takut, takut untuk mendengar kritikan Muhyiddin dan takut Muhyiddin mendapat tepukan lebih gemuruh dari beliau.

Hendak menyiarkan perbahasan secara langsung kepada ahli yang datang dari Arau hingga ke Lahad Datu pun Najib takut, takut ahli-ahli Umno bertambah muak dan benci pada beliau.

Maka Perhimpunan Agung 2015 tidak lebih hanya satu teater untuk Najib di hadapan 2,762 perwakilan dari 191 Bahagian.

Kita menunggu penjelasan beliau mengenai RM2.6 bilion derma yang dimasukkan ke dalam akaun beliau. Tetapi hanya satu perenggan sahaja di dalam ucapan beliau.

Kita ke PWTC mahu mendengar dari mulutnya sendiri (bukan Zahid Hamidi) siapa pendermanya, malangnya ahli-ahli menunggu umpama buah yang tidak gugur.

Nada Najib semasa perasmian dan penutup keras.

Tetapi nada yang keras tidak bermaksud semua isu mengenai beliau telah lenyap.

Kita masih menunggu dari Mr Gentleman akan wajah penderma RM2.6 bilion yang pemurah itu.

Wednesday, December 2, 2015

KEHADIRAN TUN DR MAHATHIR ADALAH USAHA AWAL ZAHID MENYATUKAN SEMULA UMNO



ALHAMDULLILAH. Akhirnya Tun Dr Mahathir Mohamad MENERIMA jemputan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi untuk menghadiri Perhimpunan Agung Umno minggu depan.

"Orang dah jemput saya, saya pergi lah. Ini parti saya, dan juga parti untuk semua orang Melayu." - Kata Dr Mahathir dua hari lalu.

http://www.astroawani.com/berita-politik/perhimpunan-umno-orang-dah-jemput-saya-pergi-lah-tun-m-82956

Seluruh Umno harus berterima kasih kepada Zahid. Inilah pemimpin Umno yang jiwanya ikhlas dan bersih.

Kalau ikut perasaan, Zahid tidak ingin pun pandang muka Dr Mahathir kerana luka lama.

Kerana atas desakan Dr Mahathir lah Zahid melepaskan jawatan Ketua Pemuda Umno pada 1998.

Atas dasar prinsip dan keadilan kepada Anwar Ibrahim, Zahid mengkritik Dr Mahathir semasa perhimpunan Umno pada ketika itu sehingga memaksa Dr Mahathir mempamirkan kepada awam senarai kroni Umno termasuk Zahid yang pada ketika mempunyai kekayaan jutaan ringgit.

Tetapi kerana kemuliaan diri beliau, Zahid sanggup mengenepi peristiwa pahit tersebut dengan menjemput bekas Presiden Umno dan Perdana Menteri untuk menghadiri Perhimpunan Agong Khamis depan walaupun Dr Mahathir menjadi pengkritik NOMBOR 1 boss Zahid - Najib Razak.

Zahid ada kelemahannya. Kadang-kadang ada ahli-ahli Umno mentertawakan beliau apabila beliau berucap di dalam bahasa Inggeris.

Tapi Zahid bukan bercita-cita untuk menjadi Profesor Bahasa Inggeris. Beliau hanya mahu MENYATUKAN Umno.

Maka diJEMPUTnya Dr Mahathir ke Perhimpunan Umno.

Dengan kegawatan politik yang diharungi oleh Najib dan keluarganya, ahli-ahli Umno perlu berterima kasih kepada presiden mereka yang telah melantik Zahid yang mampu menyatukan semula Umno.

Berterima kasihlah kepada Zahid apabila Tun Dr Mahathir muncul di hadapan pentas perhimpunan di hari pembukaan apabila Najib berucap di hadapan ribuan perwakilan nanti.


Wednesday, November 25, 2015

PERHIMPUNAN UMNO AKAN DIADAKAN DI DALAM KELAMBU

Image result for perhimpunan agung umno skrin

SEMUA sudah mengetahui keputusan mesyuarat majlis tertinggi Umno yang dipengerusikan Najib Razak di Bangunan Parlimen semalam.

1. Ketua Wanita Umno Gopeng Hamidah Osman diPECAT dari Umno.

2. Timbalan Presiden Muhyiddin Yassin diLARANG berucap di perasmian perhimpunan Pemuda, Wanita dan Puteri.

3. Media diLARANG membuat laporan persidangan kecuali sidang akhbar di akhir mesyuarat oleh Naib-Naib Presiden.

Rumusannya mudah.

1. Semakin hari semakin ramai diPECAT Najib kerana mengkritik beliau. Semakin bertambah pemimpin disingkirkan.

2. Najib pakar berpolitik. Muhyiddin sekarang hanya mayat hidup dalam Umno. Tiada penyokong, tiada pengaruh, dan bukan lagi lawan Najib. (Di dalam Umno hanya berjawatan dan berupaya memberi kontrak menjadi idaman Ketua-Ketua Bahagian). Memecat Muhyiddin umpama membuka laluan mudah untuk Ahmad Zahid Hamidi untuk mendaki ke puncak. Oleh itu, baik dikekalkan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden. Semuga Zahid tidak KECEWA dengan keputusan semalam untuk tidak memecat Muhyiddin.

3. Persidangan kali ini nampaknya hanya untuk Najib dan kuncunya serta 3,000 perwakilan. Yang lain sudah tak penting. Nampaknya tiada peluang lah Jelapang nak melihat gelagat perwakilan berBAHAS sebab persidangan umpama diadakan di dalam KELAMBU dan GUA.

Semakin hari semakin ngeri Najib kepada bayang-bayang.

P/S: Sebelum terlupa, Jelapang ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Ketua Wanita Shahrizal Jalil atas kejayaan ahli keluarga beliau di mahkamah semalam. Itulah untungnya menjadi Ketua Wanita. Harap Kak Jat dan ahli-ahli Wanita tidak lupa memakai baju merah terang semasa perhimpunan nanti sebagai tanda sokongan kepada Najib.

Saturday, December 6, 2014

TUN DR MAHATHIR AKAN BERUCAP DI PERHIMPUNAN AGONG UMNO 2015



Jelas sekali menerusi penulisan terbaru beliau, Tun Dr Mahathir Mohamad amat kecewa beberapa isu penting, antaranya, isu 1MDB, pendidikan dan TPPA tidak disentuh langsung semasa perbahasan di Perhimpunan Agong Umno bulan lepas.

Baca luahan hati Tun Dr Mahathir di link ini: http://chedet.cc/?p=1542

Terlebih dahulu Jelapang ingin doakan agar Allah swt dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur AGAR Tun dapat MENGHADIRI Perhimpunan Agung Umno 2015 nanti.

Memandangkan perwakilan yang membahaskan usul begitu TAKUT untuk membangkitkan isu yang diutarakan Tun, Jelapang sarankan agar Tun BERTANDING KERUSI PERWAKILAN DI BAHAGIAN JERLUN tahun depan untuk ke Perhimpunan Agung.

Nasihat kita, Tun jangan bertanding di Kubang Pasu kerana pengalaman lalu, bekas Setiausaha Politik Tun dan Ketua Bahagian sekarang, JOHARI BAHARUM, sudah tentu akan memastikan kepala Tun dipenggal semasa pertandingan nanti.

Bertandinglah di Jerlun dan sudah pasti Tun akan terpilih sebagai perwakilan ke Perhimpunan Agung.

Seterusnya Tun AKAN DIPILIH oleh Pengerusi Perhubungan Umno Kedah Mukhriz Mahathir untuk BERUCAP di Perhimpunan Agung 2015.

Maka dengan itu, boleh lah Tun MEMBAHAS apa saja isu yang penting kepada rakyat nanti termasuk isu 1MDB.

Isu yang dibangkitkan oleh Tun bukan isu Jerlun, tetapi ISU YANG BENAR-BENAR TERSEMAT DI DADA RAKYAT YANG MASIH BELUM TERJAWAB SEHINGGA KE HARI INI.

Dan Presiden Umno Najib Razak janganlah BIMBANG. Beliau akan berpeluang menangkis segala dakwaan Tun semasa penggulungan nanti.

Kalau dakwaan Tun TIDAK BENAR, inilah peluang Najib membuktikan Tun SALAH.

Yang pasti tidak ada sesiapa yang akan berani melarang Tun membawa sebarang isu ke Perhimpunan Agung.

Tun pun tidak akan diarahkan ke Tingkat 30 di Bangunan Umno untuk mengadap dan menerima arahan dari seorang Tan Sri mengenai apa isu yang boleh dibangkitkan dan isu yang DILARANG dari dibahaskan.

Kita tunggu kemunculan Tun Dr Mahathir Mohamad pada Perhimpunan Agung 2015 nanti.

Friday, November 28, 2014

UCAPAN NAJIB STANDARD PIDATO & PALING LEMAH DALAM SEJARAH

BUKAN kata Jelapang. Tetapi ini pandangan seorang pengguna FB yang bernama Dato Seri Zaienal dan blogger Gelagat Anwar.

Kata Gelagat Anwar:

Kalau ditolak sorakan mengenai Akta Hasutan, rasanya ucapan Najib Razak kali ini layak dikategorikan sebagai ucapan Presiden UMNO paling lemah, tidak wibawa dalam sejarah. Itu hakikat.

Perkara ini bukan dikhabarkan oleh satu dua orang. Malahan kalangan ahli UMNO di PWTC sendiri terpinga-pinga dan mengharapkan akan ada sambungan.

Selain merepek bab gunung ganang, hutan hujan, banjaran; ucapan Najib kurang isi dan tidak ada umpphh seorang Presiden parti.

Kalau ucapan Muhyiddin diberikan markah 9/10 oleh ramai perwakilan. Ucapan Najib nak lepas angka 5 pun payah. Huru hara. Tak ada fokus. Tak ada daya untuk menyusun UMNO yang lebih padu.

Nampak gaya, sahihlah Najib memang sudah tahap tidak ada idea lagi untuk UMNO. Kalau setakat idea ‘JIIL UMNO’ yang diberikan oleh Fathul Bari – rasanya tak ke manalah juga UMNO ini.

Sementara 6 tahun dahulu Najib sudah bersedia nak menyusun strategi UMNO, rasanya kebelakangan ini Najib sudah hilang fokus dan tidak mampu lagi nak merencana strategi masa hadapan.

Tepuk dada tanyalah iman? Masih relevankah lagi?


Wednesday, November 26, 2014

UCAPAN TAN SRI MUHYIDDIN UCAPAN SEORANG PEJUANG



Izinkan saya berkongsi pandangan mereka dengan saudara dan saudari pada malam ini. Pertama, mereka kata UMNO sedang mengalami trust deficit atau defisit kepercayaan; kedua, UMNO ini parti feudal; ketiga, dalam UMNO ada budaya play safe dan budaya pak turut; keempat, UMNO dikuasai oleh warlord; dan kelima, UMNO diancam oleh budaya ugut dan budaya tabur. Ini kata mereka. - TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN, Perasmian Serentak Pemuda, Wanita, Puteri 2014.

TAHNIAH kepada TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN di atas ucapan terbaik dan berani di Perhimpunan Agong Umno.


INILAH PERASAAN HATI YANG TIDAK PUASHATI yang terbuku di hati TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN selama ini.


Ucapan seorang PEJUANG yang BERANI MENYAMAKAN UMNO dengan SISTEM FEUDAL.


Teks ucapan penuh Tan Sri Muhyiddin boleh di baca di link berikut:


 http://www.bharian.com.my/node/19640

Tuesday, November 25, 2014

MESEJ TUN MAHATHIR KEPADA NAJIB SEMPENA PERHIMPUNAN AGONG UMNO



Jika UMNO dikalahkan dan hilang dari muka bumi, kepimpinan dan ahli UMNO tidak boleh nafi sumbangan mereka kepada kejatuhan parti yang begitu berjasa kepada Melayu dan negara Malaysia. - TUN DR MAHATHIR MOHAMAD.

Baca mesej Tun Dr Mahathir kepada pimpinan Umno di link ini: http://chedet.cc/?p=1529

Saturday, November 22, 2014

MUHYIDDIN TIDAK AKAN MELEPASKAN JAWATAN TPM/TIMBALAN PRESIDEN UMNO



Ada KHABAR ANGIN mengatakan Muhyiddin Yassin akan melepaskan jawatan Timbalan Perdana Menteri semasa Perhimpunan Agung Umno minggu depan.

Tetapi ini kenyataan Muhyiddin kepada akhbar hari ini:

"Bagi saya selagi DIBERI KEYAKINAN DAN SOKONGAN OLEH PRESIDEN DAN AHLI parti mahukan saya berada di sini, saya AKAN TERUS memberikan khidmat yang terbaik.
Kerana saya faham, insaf dan sedar kita berhadapan dengan apa yang disebut awal tadi (situasi hidup atau mati). Sama ada itu boleh membantu, terserah kepada kepimpinan. Oleh sebab itu dalam tempoh BEBERAPA TAHUN MENDATANG, saya fikir SAYA MASIH ALIVE AND KICKING. saya MASIH HIDUP DAN MASIH MENENDANG kalau ikut tafsiran bahasa Inggerisnya, MENENDANG ITU BUKAN UNTUK MENENDANG SESIAPA.
Saya fikir SAYA ADA LAGI KEPUPAYAAN UNTUK MEMBANTU PIMPINAN UMNO dan kerajaan. Jadi SAYA AKAN TERUS berikan perkhidmatan. TAK PAYAHLAH BICARAKAN SOAL BILA SAYA NAK BERHENTI atau apakah benar begitu.
Saya berfikir juga kalau dianggap sudah bersedia (hadapi PRU), bolehlah saya berundur tetapi saya tengok keadaan sekarang tidak sebegitu, dilihat MASIH PENTING UNTUK SAYA BERADA DI SINI DAN SAYA KENA TERUS BANTU.
Sebab itu bagi saya, AKAN TERUS KEKAL SELAGI MANA DIBERI KEPERCAYAAN OLEH PERDANA MENTERI DAN AHLI PARTI."
http://www.utusan.com.my/rencana/bangkit-atau-terima-padah-muhyiddin-1.27648

MUNGKIN ada di kalangan pemimpin yang kecewa dengan kenyataan ini kerana amat berharap mendapat LALUAN MUDAH untuk menjadi TPM TANPA melalui proses pemilihan parti.

Tuesday, November 18, 2014

HOORAY MALAYSIA MAJU: TIADA LAGI JAMBATAN GANTUNG DI SABAH



BAGI Rayrin Ambroseh, Benny Christell, Cenerlius Lasin, Sylvender Sitim dan Bennlye Densip, pelajar Sekolah Kebangsaan Pukak, di Kiulu, Tamparuli, Sabah, kedatangan tahun 2020 bakal membawa berita gembira.

Pada masa itu negara telah pun mencapai taraf negara maju dan rakyat pula sudah berpendapatan tinggi.

Pada masa itu juga, adik-adiknya dan mungkin anak-anak mereka tidak perlu lagi berjalan kaki 3 jam sehari untuk ke Sekolah Kebangsaan Pukak dan tidak perlu lagi merentas 4 jambatan gantung.

Bagi mereka, sudah pasti pada tahun 2020 nanti, JALAN ke sekolah sudah pasti bertaraf jalan-jalan di negara maju lain seperti Australia, Jerman dan Britain seperti yang dipaparkan dikaca TV di rumah-rumah panjang mereka.

Buat masa ini, mereka akan terus menggunakan jambatan gantung dan merentasi kawasan berbukit untuk ke sekolah.

6 tahun tidak lama untuk menunggu dengan penuh harapan dan debaran.

Bagi kanak-kanak ini dan ibubapa mereka, mereka pasti juga menanti ketibaan Perhimpunan Agong Umno minggu hadapan dan mungkin nasib mereka akan menjadi bahan perbahasan perwakilan dari Sabah semasa perhimpunan tersebut.

Tetapi sekiranya mereka terlupa, akan ada NGO bebas akan bangun memperjuangkan nasib mereka di perhimpunan yang lain.

Berikut paparan kehidupan kanak-kanak ini yang disiarkan oleh TV Awani.


Berjalan tiga jam sehari demi ilmu

TUARAN: Di bahagian pedalaman Tuaran, Sabah, terletak sebuah kampung, Kampung Pukak di mana liputan telefon bimbit terhad dan tiada kemudahan internet.

Penduduk kampung yang terletak di daedah Kiulu, Tampaluri ini amat ramah dan tidak lokek dengan senyuman dimana ia akan membuat sesiapa sahaja tidak terfikir bahawa mereka hidup dalam keperitan.

Pada 11:45pagi Jumaat, pelajar Sekolah Kebangsaan Pukak mula berteriak kegembiraan kerana akhirnya, mereka dapat pulang ke pangkuan keluarga yang tersayang pada hujung minggu.

"Adik-adik semua dah sedia untuk balik ke rumah?" saya berkata kepada sekumpulan enam pelajar, menunggu di pintu pagar sekolah. Pada masa itu, saya terdengar jeritan salah seorang daripada mereka.

"Sudah tentu kakak! Tetapi saya perlu mengisi semula botol air saya. Saya akan jadi dahaga setiap sepuluh minit," kata Rayrin Ambroseh , 7 atau lebih mesra dengan panggilan 'botak'.

Pada 12 tengah hari, dengan botol air di sebelah tangan dan beg galas yang berat dengan buku-buku teks, mereka sudah bersedia untuk memulakan perjalanan selama satu jam setengah pulang ke rumah.

Laluan perjalanan mereka agak rumit ditambah pula dengan keadaan cuaca yang terik. Menurut gadis cilik, Benney Christell , 10, laluan tersebut memang bahaya kerana dia sendiri pernah ternampak binatang berbisa seperti ular beberapa kali.

"Berhati-hati, kakak. Kakak tak biasa dengan laluan ini. Ikut saya ya? " kata Benney.

Merasakan seolah-olah saya sedang melakukan aktiviti ‘jungle trekking’ di hutan tebal tersebut, kelihatan keringat di dahi pelajar-pelajar tersebut dan Rayrin terus meneguk minumannya seperti itulah kali pertama dia mendapat air.

“Cenerlius, di mana jambatan gantung yang kamu selalu lalu itu?" saya bertanya kepada Cenerlius Lasin, 9. Saya sudah merasa letih mendaki bukit yang curam di situ.

“Dah dekat sebenarnya kak. Dan lagi satu, sebenarnya ada empat jambatan gantung tau kak. Nanti hati-hati ya, sebab kayu jambatan tu berlubang," kata Cenerlius .

Saya menelan air liur. Sangat menyeramkan.

Semasa di jambatan tersebut, keenam-enam rakan itu kelihatan begitu yakin berjalan melaluinya walhal kaki saya sudah menggeletar pada waktu itu.

Sylvender Sitim, 11, ketawa terbahak-bahak melihat ekspresi muka saya.
pukak

Sejurus selepas melalui jambatan itu, kami perlu melalui satu lagi 'jungle trekking'. Berjalan di lereng bukit yang sangat curam, saya terfikir bahawa sesiapa yang melalui laluan ini pasti akan menjadi gayat melihat pada ketinggiannya.

Mujur terdapat pagar di sepanjang laluan itu.

"Seorang lelaki mabuk pernah terjatuh di curam ini tahun lepas. Semenjak itulah pagar ini baru dipasangkan," kata Cenerlius.

"Ada antara adik-adik yang pernah terjatuh di sini?” saya bertanya, bimbang akan keselamatan mereka.

"Tidak sebab kami sudah professional, " kata Cenerlius sambil ketawa.

Saya mula berasa letih dan berfikir saya sepatutnya mendaftar masuk ke gimnasium sebelum datang ke sini. Saya bertanya kepada mereka, "berapa lama lagi sebelum kita boleh sampai ni?"

Vincent Komoniti yang berusia 12 tahun berkata kami baru berjalan selama 20 minit sahaja!

"Jadi, kita masih mempunyai lebih daripada satu jam untuk sampai?" saya bertanya dengan nada terkejut.

Mereka mentertawakan saya sambil berkata bahawa saya saya tidak mempunyai stamina yang kuat. Sangat lucu, dik!

Saya membuat keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan dan saya akan memastikan mereka tidak perlu melalui perjalanan memenatkan pada hari tersebut. Saya cuba memanggil Roger Ginsuab, 36, salah seorang guru di Sekolah Kebangsaan Pukak.

"Kakak di sini tiada liputan telefon bimbit lah. Selagi kita tidak keluar dari hutan ni, kakak tidak boleh membuat panggilan," kata Cenerlius.

Tiada liputan telefon bimbit langsung? Saya berfikir, ini tidak masuk akal.

"Di mana kakak boleh membuat panggilan Cenerlius? Ada jalan keluar tak dari sini menuju ke jalan utama?" saya bertanya .

Ya, dia berkata, tetapi ia akan mengambil masa 15 minit lagi. Baiklah, saya akan terus berjalan.

Sampai di satu curam, keenam-enam mereka lompat seperti atlit untuk turun dari kawasan itu.

15 minit berlalu tetapi saya masih tidak dapat melihat jalan utama yang disebut oleh Cenerlius tadi.

"Itu kerana kakak berjalan begitu perlahan!" Rayrin mentertawakan saya.

Selepas beberapa minit, kami akhirnya sampai ke jalan utama.

Saya membuat panggilan kepada Cikgu Roger dan meminta beliau untuk memandu kami ke rumah keenam pelajar tersebut.

"Kakak letih?" Bennlye Densip , 12 bertanya.

"Kakak dah tak boleh bercakap dan tidak cukup nafas, Ben," kata Cenerlius sambil memandang ke sebelah kiri jalan raya.

Cikgu Roger tiba dalam masa kurang daripada 10 minit sedangkan kami telah berjalan selama lebih daripada 30 minit.

Kami meneruskan bersama Cikgu Roger dengan menaiki kenderaan pacuan empat rodanya. Pemandangan yang indah dapat dilihat di sepanjang jalan.

Indahnya Sabah.

Kanak-kanak tersebut ketawa dan bercakap tentang bagaimana mereka teruja dan yakin bahawa Ibu bapa mereka pasti merasa terkejut melihat mereka tiba dengan kereta.

"Adik perempuan saya mesti rasa cemburu nanti!" kata Cenerlius.

Perjalan kami mengambil masa selama 25 minit disebabkan keadaan jalan raya yang teruk.

"Agaknya berapa lama baru kita semua akan sampai di rumah jika Cikgu Encik Roger tidak datang memandangkan kakak berjalan dengan sangat perlahan?" kata Rayrin sambil tersenyum.

"Di sekitar sini ada kedai yang menjual minuman tak adik?” Saya bertanya kepada mereka.

"Ya , ya! Datang ke sini. Kedai ini ada menjual minuman sejuk! " tambah Vincent.

Dengan tiga teguk sehaja, saya selesai minum.

"Sekarang adik-adik beli sahaja apa yang adik mahu. Kakak belanja," saya berkata kepada mereka, sambil rasa bersalah kerana minum terlebih dahulu sebelum bertanya jika mereka juga dahaga.

Bapa Cenerlius, Lasin Losod menyertai kami di kedai tersebut yang kelihatan amat gembira melihat anaknya sudah selamat sampai di rumah.

"Saya bimbang tentang keselamatan Cenerlius yang terpaksa berjalan kaki ulang-alik ke sekolah setiap hari," katanya.

"Cenerlius bukan tinggal di Asrama Pukak seperti yang lain?" saya bertanya.

Cenerlius berkata beliau tidak boleh tinggal di asrama disebabkan kapasiti asrama itu tidak dapat menampung kesemua pelajar.

"Lagipun saya suka pulang ke rumah setiap hari. Saya hanya mahu kembali dan berjumpa dengan keluarga saya walaupun ia memenatkan," kata Cenerlius.

Di situ saya mendapat tahu bahawa daripada enam pelajar tersebut, Cenerlius dan juga Rayrin berjalan kaki ke sekolah dan pulang ke rumah setiap hari sejak pra-sekolah lagi. Kadang kala mereka diteman pelajar-pelajar sekolah menengah berhampiran yang turut pulang ke destinasi yang sama.

"Tetapi jika mereka mempunyai kelas tambahan, kami tiada pilihan selain berjalan kaki sendiri. Tetapi tidak mengapa sebab saya ada Rayrin dan kami sudah biasa dengan laluan ini," tambah Cenerlius sambil menghirup minumannya.

"Bagaimana  anak saya? Dia ada mengacau awak atau banyak?" tanya Lasin.

Dengan tekad dan semangat yang ditunjukkannya, saya menjawab, saya pasti Cenerlius akan cemerlang dalam pelajarannya.

"Saya harap dia akan mengikut jejak langkah kakaknya dan mendapat peluang untuk memasuki universiti. Saya bimbang tentang pendidikan anak-anak saya. Saya mahu mereka mendapat kehidupan yang lebih baik supaya suatu hari nanti anak-anak mereka tidak perlu berjalan kaki selama tiga jam untuk ke sekolah, " tambah Lasin.

Selepas menghantar Benney, Rayrin si ' botak ' dan Sylvender ke rumah masing-masing, saya ucapkan selamat tinggal kepada mereka.

"Bye, kakak!" Ketiga-tiga mereka berkata.

Memikirkan kegembiraan keenam-enam mereka, saya berasa lebih bersemangat.

Kebanyakkan daripada kita melalui kehidupan yang agak mudah berbanding mereka. Pada zaman persekolahan kita akan menaiki bas ke sekolah atau dihantar oleh Ibu Bapa tetapi kita masih malas untuk bangun di waktu pagi.

Pengalama berjalan bersama mereka membuat saya tertanya-tanya bagaimana pada usia yang sangat muda mereka terpaksa mengharungi pelbagai kepayahan demi untuk mendapatkan pendidikan.

Pada hari itu itu mereka dapat ‘menyimpan’ peluh mereka daripada berjalan kaki untuk satu jam setengah.

Tetapi minggu depan? Siapa yang akan menghantar mereka pulang? Saya hanya boleh berdoa agar perjalanan mereka pergi dan balik dari sekolah selamat untuk tahun-tahun yang akan datang.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my

Monday, November 17, 2014

SIAPA YANG AKAN MEMPERJUANGKAN NASIB MEREKA INI DI PERHIMPUNAN AGONG UMNO?

Ini lah wajah kecerian dua kanak-kanak yang masih belum memahami erti keperitan hidup seharian.

Gambar ini dirakam di Selama, Perak, pada bulan September dan dipetik dari blog kepunyaan Saudara Mohd Monier.

Mereka berlindung di bawah bumbung berdindingkan buluh, beratap rumbia ketika negara sedang menuju status "negara berpendapatan tinggi" yang diidamkan Najib Razak.

Dan inilah dapur di mana ibu dan ayah mereka memasak untuk membesarkan mereka.

Ini lah rumah yang kini sedang berdiri teguh di Selama, Perak, ketika negara dalam tempoh 6 tahun dari sekarang akan dinobatkan sebagai NEGARA MAJU.

Apakah taraf hidup mereka akan berubah pada tahun 2020 nanti? 

Apakah nasib dan keperitan mereka ini akan menjadi topik perbahasan semasa Perhimpunan Agung Umno bermula 27 November nanti?

Apakah nasib mereka akan dibela semasa Perhimpunan Agung Umno nanti?

Atau perwakilan terlalu sibuk memuji kejayaan Malaysia mendapat tempat di PBB dan mengkritik agensi dan GLC kerana kurang memberi kontrak dan projek kepada mereka? 
http://moniermatdin.blogspot.com/2014/09/wargakilang-jln-jln-masuk-kg-hari_20.html

Sunday, November 16, 2014

PERHIMPUNAN NGO MELAYU LEBIH RELEVAN DARI PERHIMPUNAN AGONG UMNO?

 DI dalam politik, jarang sesuatu perkara berlaku secara KEBETULAN. Dalam banyak situasi, ia berlaku secara DIRANCANG.
Pada hari AHAD minggu hadapan, 23 Nov 2014, satu Konvesyen Perpaduan Nasional besar-besaran yang akan dihadiri oleh 1,500 NGO Melayu akan diadakan di ibukota Kuala Lumpur (Dewan Muktamar, Pusat Islam).

Perasmian akan dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, yang beberapa bulan lepas MENARIK BALIK SOKONGAN BELIAU KEPADA NAJIB RAZAK.

Konvesyen ini diadakan 3 hari sebelum ucapan Najib di Perhimpunan Agong Umno dan 2 hari sebelum Najib berucap secara tertutup di hadapan lebih 3,000 perwakilan Umno di majlis pre-council Perhimpunan Agong.

Konvensyen ini diadakan secara KEBETULAN sebelum Perhimpunan Agong Umno?

TIDAK MUNGKIN!

Ianya sudah pasti dirancang awal.

Kenapa?

Mungkin kerana orang Melayu sudah kurang yakin dengan relevannya Perhimpunan Agong Umno.

Apa tidaknya. Awal-awal lagi perwakilan yang akan membahas usul di Perhimpunan Agong Umno sudah diberi panduan, apa yang boleh dibangkitkan, dan apa yang DIHARAMKAN.

Maka, NGO Melayu beramai-ramai berpakat mengadakan Konvensyen ini sebelum Perhimpunan Agong Umno.

Dan perasminya ialah Tun Dr Mahathir, PENGKRITIK HEBAT NAJIB.

Semasa konvensyen tersebut, beberapa perwakilan NGO akan berucap, dan tidak seperti Umno, mereka BEBAS membahas isu orang Melayu.

Mereka akan membangkit isu-isu yang melanda orang Melayu, isu bahasa, tanah rizab Melayu, masalah ekonomi yang mengekang orang Melayu dan beberapa isu lain.
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sasar-1-500-ngo-sertai-konvensyen-perpaduan-1.23306

Sudah terbalik jadinya. Masalah Melayu diperjuangkan oleh NGO Melayu, Perhimupan Agong Umno pula menjadi perhimpunan puji memuji sesama sendiri.

Jelapang yakin Perhimpunan Umno kali ini tidak ubah seperti yang lepas-lepas, dipenuhi pantun, syair, nyanyian memuji Najib.

Najib akan dipuji bertalu-talu kerana kejayaan Malaysia mendapat tempat di Majlis Keselamatan PBB dan menjadi seketariat Asean bagi tahun 2015.

Masalah rakyat dibawah akan di lupakan buat sementara.

Oleh itu, kita tunggu ucapan Tun Dr Mahathir. TIDAK SALAH KITA ANGGAP UCAPAN TUN SEBAGAI UCAPAN SEBENAR PERASMIAN PERHIMPUNAN AGONG UMNO.

Dan kita saksikan sendiri, mana yang lebih demokratik dan terbuka dalam meluahkan perasaan rakyat - PERHIMPUNAN AGONG UMNO atau NGO MELAYU DI KONVENSYEN PERPADUAN NASIONAL.

Tuesday, November 11, 2014

ZAMAN KEGELAPAN UMNO: PERWAKILAN UMNO DILARANG BANGKITKAN ISU SENSITIF?

DUA minggu lagi berlangsunglah ACARA TAHUNAN UMNO, Perhimpunan Agong Umno.

Kita terbaca satu kritikan bahawa perhimpunan ini tidak ubah seperti Red Carpet Hollywood, di mana pemimpin-pemimpin Umno memperagakan kereta siapa paling cantik dan terbaru dan sampin siapa paling mahal.

Debat akan dipenuhi hilai ketawa oleh perwakilan, gambaran seolah-olah bahawa Perhimpunan Umno tidak lebih dari satu karnival dan selepas tamat karnival, pemimpin beramai-ramai keluar negara bercuti.

Jelapang tidak setuju dengan pandangan ini walaupun dari satu segi ada juga kebenarannya.

Kita tahu, ada di kalangan pemimpin mengambil serius perhimpunan tahunan ini. Mereka melihat inilah sebagai gelanggang atau forum sebenar untuk pemimpin di peringkat cawangan dan bahagian mencurah perasaan mereka dan menyampaikan perasaan gundah gulana dan rintihan rakyat bawahan kepada pemimpin atasan.

Tetapi belum lagi Perhimpunan Agung berlangsung, sudah KEDENGARAN RUNGUTAN di akar umbi bahawa Presiden Umno Najib Razak akan MELARANG perwakilan yang akan membahas usul dari MEMBANGKIT PERKARA YANG KURANG DISENANGI PIHAK PIMPINAN ATASAN.

Katanya, pucuk pimpinan akan mengadakan pertemuan dengan semua pembahas dan memberi GARIS PANDUAN, apa TOPIK YANG BOLEH BANGKITKAN dan apa TOPIK YANG HARAM DIBANGKITKAN.

Kalau benarlah dakwaan ini, tidak salah kita katakan bahawa UMNO kini di ZAMAN KEGELAPAN.

Kalau ahli Umno sendiri tidak dapat menyuarakan kegelisahan mereka dan memberi pandangan kepada pemimpin mereka di dalam pertemuan setahun sekali ini, maka tidak salahlah persepsi rakyat bahawa Umno kini menuju kehancuran.

Kalau benarlah tuduhan ini, adalah lebih baik Najib menubuhkan satu panel menulis skrip ucapan perbahasan dan apabila tiba masanya, skrip ini diedarkan kepada pembahas untuk membacanya di hadapan lebih 3,000 perwakilan.

Generasi muda pun sudah membuat kesimpulan bahawa Umno bukan lagi parti yang boleh menerima pandangan dan teguran. 

Mungkin kali ini giliran ahli Umno pula dihalang menegur kepimpinan.

Betapa bersimpang jauhnya Umno hari ini.

Jelapang terbaca satu kenyataan yang dibuat oleh bekas Menteri Rais Yatim bagi mengimbas kembali suasana perhimpunan agung pada tahun 80an:

"Masa itu Menteri DITEGUR dalam setiap ucapan (perwakilan). Orang Umno berani tegur Menteri. Saya sendiri kecut perut untuk melawan hujah antaranya Syed Sahab dari Johor dan Datuk Taha dari Negeri Sembilan. Menjawab sesuatu isu diwajibkan kepada Menteri berkenaan. Jawapan yang ditekankan mestilah memuaskan.
" Di situ boleh dilihat Menteri mana yang berkebolehan dan menyerlahkan dasar-dasar di Kementerian masing-masing."
"Dulu pembahas tidak ditetapkan malah ada dipilih secara rambang di kalangan yang duduk di bawah."

Malangnya, hari ini, kesemua pembahas dipilih oleh pemimpin dan kandungan perbahasan pun ditapis oleh Majlis Tertinggi.

Bagi Jelapang, sekiranya perkara ini berlaku hujung bulan ini, jelaslah Umno kini di ZAMAN KEGELAPAN di mana ahli sendiri pun sudah tidak boleh menegur di dalam keluarga sendiri.