Showing posts with label perkasa. Show all posts
Showing posts with label perkasa. Show all posts

Thursday, January 29, 2015

SAIFUDDIN KALAH MKT, KALAH PRU, KALAH DI BAHAGIAN, TETAPI BERGAJI LUMAYAN, AHLI UMNO YANG MENANG PANDAILAH HIDUP SENDIRI


MINGGU lepas, akhbar milik MCA memuji adik Perdana Menteri, Nazir Razak, kerana bersama-sama dengan akhbar The Star mempromosi gejala baru dalam negara - GEJALA MODERAT.


Kagum kita dengan pegangan Nazir. Ketika hampir keseluruhan Ahli Umno menentang gejala baru dalam masyarakat, adik Najib Razak menyertai akhbar milik Cina mengenengahkan budaya yang ditentang keras oleh Umno iaitu - BUDAYA MODERAT.

Kecuali Perkasa, seperti biasa tiada seorang politik atasan yang BERJAWATAN bangun menyuarakan bantahan terhadap sikap akhbar MCA atau menegur adik Perdana Menteri. 


TIDAK cukup setakat itu, tindakan The Star itu mendapat sokongan pula dari bekas Ahli Parlimen Temerloh dan bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Saifuddin Abdullah. (lihat tweet beliau)
 Umno menentang keras pilihanraya PBT, tetapi bekas Naib Ketua Bahagian Temerloh, Saifuddin, menyokong DAP dalam mengadakan pilihanraya tersebut.
Hampir setiap hari di media sosial Saifuddin dibalun oleh ahli-ahli Umno dan ada di antaranya Timbalan Ketua Bahagian.

Jelapang kasihan melihat ahli-ahli Umno dan Timbalan Ketua Bahagian yang bangun menentang Saifuddin yang sedang membawa gejala baru dalam masyarakat.

Kasihan kerana, ada di kalangan Timbalan Ketua Bahagian ini, gaji yang ada pun tak sampai 10 peratus gaji yang Saifuddin kaut setiap bulan sebagai CEO Gerakan Keserdahanaan Global (GMM).

Kata setengah pihak gaji Saifuddin mencecah hampir RM30,000 sebulan.

Ahli-ahli Umno yang bangun menentang Saifuddin pula ada yang bergaji minimum RM900. 

Betapa beruntungnya Saifuddin. Kalah dalam PRU-13, kalah di dalam Pemilihan bahagian dan mendapat undi HANYA dari 5 BAHAGIAN semasa PEMILIHAN MAJLIS TERTINGGI pada 2013, tetapi TETAP DISAYANGI oleh Najib. Yang kalah DAPAT GAJI RM30,000 SEBULAN, yang menang, PANDAI-PANDAILAH hidup sendiri.

Orang Umno BENCI Sisters In Islam, tetapi Sisters in Islam merupakan rakan karib Saifuddin. 

Saifuddin diberi GAJI LUMAYAN, satu jumlah yang MUSTAHIL dapat dirasai oleh ahli-ahli Umno atau mana-mana Timbalan Ketua Bahagian.

Kerja beliau - mempromosikan gejala moderat.

Setakat hari ini, belum ada sepatah ayat yang keluar dari mulut Najib menyangah Saifuddin kerana pendekatan moderat beliau dalam semua bidang yang merugikan Melayu.

Kadangkala, tertanya-tanya juga, adakah Najib juga MODERAT? Atau Najib takut hendak berpolemik dengan ahli-ahli Umno? Atau adakah pertembungan di antara Saifuddin dan ahli-ahli Umno ada suatu PERANG PROKSI (proxy war)?

Ahli-ahli Umno bangun menentang liberalisme, Timbalan-Timbalan Ketua Bahagian juga menentang. TETAPI Najib membisukan diri.

Nampak seolah-olah ada pertembungan IDELOGI di antara ahli-ahli Umno dengan PRESIDEN mereka.

Tetapi Jelapang sedih juga melihat karenah ahli-ahli Umno terutamanya pemimpin-pemimpin yang berjawatan.

Bila nak menyalak, setiap masa mereka SALAK SALAH BUKIT.

Setiap masa, mereka serang SALAH ORANG.

Yang kena balun Saifuddin. Yang memberi gaji pada Saifuddin, Perdana Menteri!

Lucunya, TIADA SEORANG pun berani TEGUR Perdana Menteri.

Untungnya jadi Saifuddin Abdullah. Kepada Timbalan-Timbalan Ketua Bahagian dan ahli-ahli Umno, TERUSKAN perjuangan walaupun tidak bergaji RM30,000.

Jelapang juga terbaca satu posting mengenai Saifuddin oleh rakan blogger, Gelagat Anwar.

Baca di link ini: https://gelagatanwar.wordpress.com/2015/01/28/umno-yes-mr-president-party-saifuddin-abdullah-ceo-global-movement-of-mudarat/

Monday, December 15, 2014

PERKASA TEGUR NAJIB: BERHENTI TIPU RAKYAT/ JANGAN BANYAK KELUAR NEGARA

Delegates attending Perkasa AGM at the Pusat Islam Malaysia in Kuala Lumpur, December 14, 2014. — Picture by Yusof Mat Isa

Macam-macam teguran dilemparkan kepada Najib Razak semalam seolah-olah tiada belas kasihan lagi. Rasanya tidak pernah seorang Perdana Menteri ditegur sebegini rupa dalam 3 dekad ini. Apakah sudah hilang hormat padanya? Atau sudah sampai masanya beliau mengundur diri.

1. Menurut Utusan Malaysia hari ini, NAJIB DITEGUR JANGAN BANYAK KELUAR NEGARA. DUDUK DI NEGARA DAN SELESAIKAN MASALAH RAKYAT. Jawab persoalan rakyat yang di-timbulkan para blogger. Jika tiada perubahan dilakukan kerajaan, jangan salahkan ibu mengandung jika hilang jawatan dan sokongan rakyat pada pilihan raya umum akan datang. Perkara ini jauh lebih besar dan menjangkau isu seperti peremajaan UMNO yang diperkatakan dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. Selain itu, UMNO perlu segera tampil sebagai juara dalam memberi penjelasan kepada rakyat terhadap isu yang timbul seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), bagi mendapatkan sokongan rakyat. - Teguran ini dibuat oleh Presiden Perkasa Ibrahim Ali. http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kerajaan-perlu-tumpu-perhatian-selesai-masalah-hidup-rakyat-1.36544

2. "BERHENTI MENIPU RAKYAT DAN BUAT KERJA KAMU (Najib)". Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh (membantu Melayu). Sekarang saya lantang mengkritik tetapi tiada yang berani mengkritik saya kerana saya tidak mencuri duit rakyat. Tiada apa saya sembunyikan. Saya sangat berterus-terang dan pernah berdepan dengan Najib bagi menyatakan pendirian saya. Saya bercakap secara berdepan. Saya kata jika tak suka, singkirkan saya tetapi sebaliknya saya dinaikkan pangkat." - Bekas Pengerusi SPR Abdul Rashid Abdul Rahman mendesak Najib SUPAYA BERHENTI MENIPU RAKYAT.   http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/berhenti-tipu-rakyat-kata-bekas-pengerusi-spr-kepada-najib 




Sunday, November 16, 2014

PERHIMPUNAN NGO MELAYU LEBIH RELEVAN DARI PERHIMPUNAN AGONG UMNO?

 DI dalam politik, jarang sesuatu perkara berlaku secara KEBETULAN. Dalam banyak situasi, ia berlaku secara DIRANCANG.
Pada hari AHAD minggu hadapan, 23 Nov 2014, satu Konvesyen Perpaduan Nasional besar-besaran yang akan dihadiri oleh 1,500 NGO Melayu akan diadakan di ibukota Kuala Lumpur (Dewan Muktamar, Pusat Islam).

Perasmian akan dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, yang beberapa bulan lepas MENARIK BALIK SOKONGAN BELIAU KEPADA NAJIB RAZAK.

Konvesyen ini diadakan 3 hari sebelum ucapan Najib di Perhimpunan Agong Umno dan 2 hari sebelum Najib berucap secara tertutup di hadapan lebih 3,000 perwakilan Umno di majlis pre-council Perhimpunan Agong.

Konvensyen ini diadakan secara KEBETULAN sebelum Perhimpunan Agong Umno?

TIDAK MUNGKIN!

Ianya sudah pasti dirancang awal.

Kenapa?

Mungkin kerana orang Melayu sudah kurang yakin dengan relevannya Perhimpunan Agong Umno.

Apa tidaknya. Awal-awal lagi perwakilan yang akan membahas usul di Perhimpunan Agong Umno sudah diberi panduan, apa yang boleh dibangkitkan, dan apa yang DIHARAMKAN.

Maka, NGO Melayu beramai-ramai berpakat mengadakan Konvensyen ini sebelum Perhimpunan Agong Umno.

Dan perasminya ialah Tun Dr Mahathir, PENGKRITIK HEBAT NAJIB.

Semasa konvensyen tersebut, beberapa perwakilan NGO akan berucap, dan tidak seperti Umno, mereka BEBAS membahas isu orang Melayu.

Mereka akan membangkit isu-isu yang melanda orang Melayu, isu bahasa, tanah rizab Melayu, masalah ekonomi yang mengekang orang Melayu dan beberapa isu lain.
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sasar-1-500-ngo-sertai-konvensyen-perpaduan-1.23306

Sudah terbalik jadinya. Masalah Melayu diperjuangkan oleh NGO Melayu, Perhimupan Agong Umno pula menjadi perhimpunan puji memuji sesama sendiri.

Jelapang yakin Perhimpunan Umno kali ini tidak ubah seperti yang lepas-lepas, dipenuhi pantun, syair, nyanyian memuji Najib.

Najib akan dipuji bertalu-talu kerana kejayaan Malaysia mendapat tempat di Majlis Keselamatan PBB dan menjadi seketariat Asean bagi tahun 2015.

Masalah rakyat dibawah akan di lupakan buat sementara.

Oleh itu, kita tunggu ucapan Tun Dr Mahathir. TIDAK SALAH KITA ANGGAP UCAPAN TUN SEBAGAI UCAPAN SEBENAR PERASMIAN PERHIMPUNAN AGONG UMNO.

Dan kita saksikan sendiri, mana yang lebih demokratik dan terbuka dalam meluahkan perasaan rakyat - PERHIMPUNAN AGONG UMNO atau NGO MELAYU DI KONVENSYEN PERPADUAN NASIONAL.