Showing posts with label jasa. Show all posts
Showing posts with label jasa. Show all posts

Wednesday, April 25, 2018

KETUA PENGARAH JASA PUAD ZAKARSHI: TAK BERBALOI PERTAHAN KERAJAAN

Image may contain: 1 person, standing and indoor

Berikut tulisan Ketua Pengarah Jasa Puad Zarkashi di Facebook beliau hari ini:





25.4.2108. HARI TERAKHIR DI JASA
Alhamdulillah hari ini hari terakhir saya di JASA. Saya tidak mengubah keputusan untuk meletak jawatan. Memang, ramai juga yang akan mengutuk saya. Saya tetap tabah. Berakhirlah riwayat saya di JASA. Tempat panas sehinggakan DAP membawa usul ke Parlimen di sidang Parlimen terakhir awal tahun ini supaya JASA dibubarkan. Sebelum ini dalam bajet PH mereka mencadangkan supaya JASA ditutup sahaja.

Kalau mahu disebut satu persatu memang banyak yang telah dilakukan sehingga JASA semakin dikenali termasuk di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak dan juga di kalangan pelajar Malaysia di luar negara.

Apakah saya marah dan merajuk? Itulah tuduhan oleh mereka yang tidak mengikuti sejarah saya. PRU tahun 1999 nama saya dipotong di saat akhir kerana saya dituduh penyokong Anwar kerana pernah menjadi guru di sekolah beliau Yayasan Anda Akademi. Saya tidak lari. PRU 2004 nama saya langsung tidak tersenarai walaupun ketika itu saya adalah Timbalan Ketua dan setpol YAB MB Johor (TS Ghani Othman). Saya juga meletakkan jawatan sebagai setpol serta merta. Tetapi saya juga tidak lari.

PRU ke 2013 saya kalah kerana tsunami Cina. Ramai tokoh lain juga kalah tetapi mereka tetap dapat bertanding kali ini. Saya juga tidak lari. Di PRU 2018 ini, saya digugurkan dalam tempoh 24 jam setelah menerima panggilan dan sebelumnya ditemui oleh TS Fatmi Salleh yang mengesahkan pencalonan saya. Pengguguran saya berlaku tanpa perundingan walaupun saya adalah ahli MT, KP JASA dan Ketua Bahagian.

Sebab itu saya berani mempersoalkan sistem memilih calon kali ini adalah ROSAK. Sebab itu apabila TPM mendakwa saya digugurkan kerana berlaku kerosakan sehingga sokongan terhadap BN merosot di Parlimen Batu Pahat maka ia meyakinkan saya sistem memilih calon UMNO kali ini adalah rosak dan corrupted.

Bagaimana dikatakan berlaku kerosakan sedangkan UMNO Batu Pahat berjaya menambah dan memindah pengundi hampir 7000 orang sehingga menyebabkan Parlimen Batu Pahat menjadi top five pertambahan tertinggi pengundi Melayu di Johor.

Apakah saya akan dikenakan tindakan disiplin kerana menjawab komen TPM secara terbuka? Kalau begitu kenapa Ahmad Said yang membawa usul supaya DS Razif dipecat sebagai MB tidak dikenakan tindakan dan dicalonkan semula.

Memang sistem kita rosak sehingga calon tidak bermoral dipilih. Calon yang tidak membantu parti juga terpilih.

Walaupun mempertahankan Kerajaan melalui JASA seperti tidak berbaloi tetapi meletakan jawatan adalah langkah terbaik. Terima kasih kepada seluruh staf JASA kerana bekerja sama dengan saya siang dan malam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan dedikasi. Maafkan saya kerana memimpin JASA dengan cara yang keras dan tegas. Allah juga yang akan membalas pengorbanan anda semua. UNTIL I WIN.

Tuesday, April 24, 2018

PUAD ZARKASHI JANGAN LUPA WALAQ PADA NAJIB RAZAK

Image result for fuad zarkashi+najib

TERINGAT kita kepada satu kenyataan Ketua Pengarah JASA Puad Zarkashi pada 6 Disember 2016.

Kata Puad: "Muhyiddin (Yassin) TIDAK faham maksud WALA' (Q) yang dipegang di dalam Umno."
https://www.bharian.com.my/node/220793

Maksudnya, Puad amat memahami maksud WALA'.

Tiba-tiba apabila tidak dicalonkan di Batu Pahat, meracau pula si Puad macam orang hilang akal.

Kata faham maksud WALA'?

Kalau faham, janganlah meracau jika tidak berpeluang menjadi calun.

Hari ini pula, Puad menulis dalam Facebook beliau menghentam Timbalan Perdana Menteri.

Sebagai Ketua Pengarah Jasa, Puad ini umpama Jeneral askar. Patutnya Puad menyerang pembangkang. Ini tidak, nak diserangnya kawan sendiri. Sebelum ini bukan main garang serang Tun Mahathir Mohamad.

Tiba-tiba beliau mengugut mahu menjadi calon Bebas menentang parti sendiri.

Sebenarnya kita pun merasakan Puad paling layak dipilih sebagai calon BN di Batu Pahat.

Lebih menyakinkan apabila kita ternampak gambar bos Puad, Najib Razak, menghadiri majlis yang dihoskan oleh Puad beberapa hari sebelum pengumuman calon.

Masih ada masa untuk Puad bertaubat dan kembali menghayati konsep WALA' dan TABAYYUN.

Cara terbaik ialah Puad mengetuai satu gerombolan pemimpin dan ahli Umno yang hajat mereka untuk bertanding tidak kesampaian membuat MAJLIS taubat dan baiah tanda WALA' kepada Najib.

Puad pun tahu, kalau Najib kata, Puad calon Batu Pahat, maka dia calon Parlimen Batu Pahat. Kalau tak jadi, itu juga keputusan Najib.

Sekarang adalah masanya Puad dan beberapa pemimpin Umno yang tidak terpilih terutamanya Ketua-Ketua Pemuda Umno di seluruh Malaysia berWALA' dan berTABAYYUN demi agama, bangsa dan negara.

Puad kena berpegang pada slogan - demi agama, bangsa dan negara - yang saban hari dilaungkan beliau semasa memegang jawatan Ketua Pengarah Jasa.

Jawatan Ketua Pengarah itu penting. Kalau Ketua Pengarah Jasa pun melalut, apa akan jadi kepada Umno.

Berikut tulisan yang didakwa ditulis oleh Puad dan tersebar luas di media sosial.





Rakan-rakan yang dihormati,

Saya akan memohon peletakan jawatan saya sebagai KP JASA pada 26.4.2018. Saya akan bertanding sebagai calon bebas untuk P150 Batu Pahat dan N24 DUN Senggarang.

Saya akan berperang melawan sistem yang rosak dalam UMNO dalam memilih calon untuk PRU14. Pada hari Jumaat saya menerima panggilan dari Datuk Azwan Ibu Pejabat untuk menghadiri mesyuarat khas di Bilik Melaka PWTC (21.4.18).

Tetapi pada keesokan harinya saya menerima panggilan lain dari beliau meminta saya supaya tidak hadir. Kemudian hanya saya tahu bahawa Ketua Wanita saya ada di PWTC.

Saya memenangi kedua-dua pilihan raya MT dengan peluh dan air mata. Saya menentang politik wang namun saya menang kerana ahli mempercayai saya.

Saya mengalami dua kali pengalaman buruk ketika saya tidak dinominasikan pada tahun 1999 dan 2004 hanya kerana fitnah dalam parti. Tetapi saya tetap meletakkan dan menegakkan "UMNO Perjuangan". Tetapi bukan untuk kali ketiga. Cukup cukup.

Saya tidak akan bertolak ansur dengan sistem yang rosak ini. Saya suka seperti sampah kerana tiada siapa yang berunding dengan saya evendoor Saya MT yang dipilih.

Saya tidak boleh percaya Ketua Wanita saya yang dikelilingi oleh isu peribadi kontroversial menjadi pilihan terbaik parti. Semua kerja keras, sasaran mikro, dan operasi taktikal telah diabaikan.

Saya tidak menentang "UMNO Perjuangan". Saya tidak menentang bos besar. Saya telah mempertahankan parti dan bos besar sepenuh hati. Tetapi kali ini, saya menentang sistem yang rosak. Saya akan berjuang sehingga jatuh terakhir.

Saya akan meninggalkan kumpulan NCC ini.


Sunday, June 7, 2015

SOALAN BUAT PUAD ZAKARSHI: BENARKAH CAKAP ORANG NOTHING2HIDE IDEA KAMU?



SATU SOALAN buat Ketua Pengarah Jasa Puad Zakarshi, yang baru-baru ini melabel Timbalan Presiden parti beliau sebagai PEMALAS.

Rakan-rakan NGO yang baru kembali dari Kuala Lumpur selepas menghadiri Dialog PM bersama NGO - Nothing2Hide - bercerita di kedai-kedai kopi bahawa program ini adalah IDEA JASA.

Betul ke Puad?

Kalau tidak betul, harap Puad tampil menjelaskan.

Nota: Sejak akhir-akhir ini, tak pula kelihatan kelibat Puad sejak MELABELKAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN PEMALAS.

Monday, May 25, 2015

PUAD ZAKARSHI "ATTACK DOG" NAJIB YANG CUKUP HEBAT

Image result for puad zarkashi

BARU 2 bulan 9 hari dapat kontrak 2 tahun sebagai Ketua Pengarah Jasa, Puad Zakashi sudah menunjukkan kehebatan beliau sebagai "attack dog" Najib Razak. (tukang pukul -  (orang Melayu akan sensitif kalau guna perkataan anjing penyerang).

TIMBALAN PRESIDEN UMNO Muhyiddin Yassin dilabel Puad sebagai "PEMALAS", bekas Menteri Penerangan Zainuddin Maidin dilabelkan 'PEMIKIRAN SEMPIT" dan di dalam Twitter beliau, Puad menulis mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Presiden Umno dan bekas Perdana Menteri yang dikasihi rakyat, dan diakhir ayat beliau, Puad menemplak Tun Dr Mahathir dengan menulis "shame to you."

Bagi akar umbi, Puad tak akan berani menemplak Timbalan Presiden Umno dan Tun Dr Manathir sedemikian rupa TANPA RESTU Najib.

Najib, jika tidak suka pada Muhyiddin Yassin lagi, tak payahlah guna "attack dog" macam Puad.

Semua orang Umno termasuk ketua-ketua cawangan sudah menonton video YouTube luahan hati Muhyiddin di Janda Baik baru-baru ini.

Jahat sangat kah bahasa yang digunakan Muhyiddin sampai dihina oleh Puad sedemikian rupa? Muhyiddin hanya memberi pandangan beliau demi masadepan Umno dan kerajaan dan dengan jelas beliau menyebut beliau MENYOKONG PRESIDEN UMNO tetapi tidaklah MENYOKONG MEMBUTA TULI seperti sesetengah Ketua Bahagian.

Tingkah laku Puad ini hanya jadi BAHAN KETAWA di akar umbi.

Kita tahu kaitan Puad di antara jawatan Pengerusi Risda dan jawatan Ketua Pengarah Jasa.

Lagipun status jawatan beliau sebagai Ketua Pengarah Jasa meragukan kerana beliau tidak melepaskan jawatan sebagai Ketua Bahagian dan Ahli Majlis Tertinggi Umno dan bercanggah dengan peraturan PAC.

Jika Najib merasakan bahawa kelakuan Puad ini menguntungkan beliau, teruskan lah.

Tetapi kami di bawah meluat dengan perangai Puad ini.

Sementara itu Jelapang sempat menjenguk facebook Puad, bekas Ahli Parlimen Batu Pahat yang ditolak oleh rakyat Batu Pahat. (Sedikit peringatan sejarah untuk kita. Batu Pahat adalah salah satu tempat kelahiran Umno).

Berikut satu petikan dari Facebook Puad:


Wednesday, March 18, 2015

KETUA BAHAGIAN UMNO TIDAK ADA NILAI JADI TUKANG SORAK?

Image result for ketua bahagian

Di dalam posting Jelapang semalam, terdapat satu komen yang sinis dan mencuit hati. Komen tersebut ialah:

 Salam
PM jangan peduli apa veteran Umno ni cakap. selagi 154 ketua bahagian sokong you, you buatlah apa saja. nak beli kapalterbang ke. nak simpan duit kat cayman island ke. nak bagi pinjaman kat jho low ke. nak bagi petrosaudi pinjam ke... buat saja ketua bhg 154 org ada sokong you. you jgn peduli rakyat 30 juta ni. di msia you hanya perlu jaga ketua bhg saja. tu pun tak perlu semua. 154 dah cukup.
selamat bertugas DS Najib
March 17, 2015 at 8:15 PM

 Pandangan Jelapang

Tidak perlulah sesiapa hendak GAH dengan kehadiran 154 Ketua Bahagian Umno yang hadir memberi sokongan kepada Najib Razak mengenai isu 1MDB pada 8 Mac yang lalu.

Daripada 154 Ketua Bahagian ini, berapa ramai yang ADA NILAI?

Ada di kalangan Ketua Bahagian ini TIDAK PERNAH MENYUMBANG sebarang KERUSI pun kepada BN.

Jadi ada di antara mereka cuba untuk memperlihatkan kononnya mereka AMAT RELEVAN kepada parti dengan hanya menjadi TUKANG SORAK.

Lihat sajalah Wilayah Persekutuan, di mana terletaknya Pusat Pentadbiran Putrajaya.

Terdapat 12 Bahagian Umno/kawasan pilihanraya, tetapi yang MENANG hanya 3 kerusi.

Lagi 9 Ketua Bahagian jadi tukang sorak dan antaranya Ketua Bahagian Cheras Syed Ali Al-Habshee. Berapa kali dalam sejarah PRU Syed Ali berjaya merampas Cheras dari pembangkang?

Kalau sokongan Ketua Bahagian yang kalah Pilihanraya dianggap BEGITU BERNILAI, ia bermakna ada yang tidak kena dalam parti.

Ramai yang mengkritik Tengku Razaleigh Hamzah kerana ucapannya di Parlimen tetapi Ketua Bahagian Gua Musang itu ADA NILAINYA kerana beliau MENANG semasa PRU.

Oleh itu, bolehlah kita buat kira-kira, tolak-campur, berapa ramai dari 154 Ketua Bahagian yang menyokong Najib yang "BERNILAI DAN BERAPA RAMAI YANG TIDAK BERNILAI".

P.S: i. Bila direnung pada gambar Ketua Bahagian semasa memberi sokongan kepada Najib, Jelapang kagum ada pemimpin yang pada usia 60an masih lagi sanggup MENJULANG PLACARD tanpa segan silu.

ii. Jelapang tak tahu samada mahu ketawa atau menangis apabila terbaca Ketua Bahagian Batu Pahat Fuad Zakarshy dilantik sebagai Ketua Pengarah Jasa. Apakah sudah menjadi satu AMALAN di era pentadbiran Najib melantik seorang yang kalah di dalam pilihanraya untuk menyusun strategi PRU14? Logiknya, jika Fuad, yang KALAH di Batu Pahat, sendiri GAGAL menyusun strategi untuk kawasannya, mampukah beliau menyusun strategi untuk satu negara? Yang pasti, nasihat Fuad tidak diperlukan oleh Ketua-Ketua Bahagian di mana kawasan-kawasan mereka dimenangi Umno.