Showing posts with label banjir. Show all posts
Showing posts with label banjir. Show all posts

Thursday, January 1, 2015

2015 TAHUN KEINSAFAN



Selamat Tahun Baru.

Baguslah ramai pemimpin sekarang turun padang membantu mangsa banjir terutamanya di Kelantan.

Walaupun tidak dilanggar Tsunami seperti Acheh, kemusnahan kepada negeri-negeri Pantai Timur terutamanya Kelantan hampir seteruk Acheh.

Paling menyedihkan ialah apabila mangsa kehilangan tempat tinggal.

Dan paling menyedihkan, hampir 95 peratus mangsa terutamanya di Kelantan adalah orang Melayu.

Kesannya akan dirasai berbulan-bulan. Hilang rumah, hilang punca pendapatan.

Yang miskin akan bertambah miskin.

Ada pemimpin pada awalnya enggan pulang dari bercuti tetapi akhirnya pulang selepas dikritik hebatnya.

Dan hari ini, sudah pasti pemimpin tersebut dapat merasai betapa peritnya rakyat mengharungi bencana ini.

Ada pemimpin yang baru pulang sehari dua lepas. Tidak mengapa. Turunlah ke bawah. Fahamilah keperitan rakyat.

Ambil ikhtibar. Tanyalah diri sendiri, berapa perbelanjaan yang dihabiskan semasa cuti tersebut dan bandingkan dengan nasib rakyat.

Ada anak pemimpin sanggup menghabiskan RM110 juta hanya untuk membeli sebuah penthouse di Amerika Syarikat.

Ada isteri pemimpin sanggup membelanjakan RM300,000 HANYA untuk satu beg tangan berjenama Hermes. Ada isteri pemimpin masih belum pulang dari bercuti.

Tetapi rakyat di bawah, hendak membina semula rumah pun perlu kepada pertolongan kerajaan dan berharap kepada BRIM.

Insafkah pemimpin kita?

Kita semua tahu jawapannya.

Monday, December 29, 2014

Sunday, December 28, 2014

MENTERI SEKARANG TADBIR NEGARA MELALUI TWITTER


SELEPAS kembali dari bercuti di Hawaii dan bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, Najib Razak hari ini mengarahkan semua menteri-menteri membatalkan cuti mereka dan kembali ke Malaysia dari luar negara.

Kasihan juga memikirkan nasib Menteri-Menteri kita yang terpaksa pulang awal.

Sebenarnya walaupun tiada dalam negara, kebanyakan Menteri-Menteri sudah menjalankan tanggungjawab mereka walaupun berada di luar negara.

Tengok saja twitter Hishammuddin Hussein yang kini katanya sedang bercuti di London.

Sesiapa yang membaca tweet beliau akan merasakan seolah-olah beliau sedang mengharungi banjir di Pantai Timur. Arahan-arahan diberikan melalui twitter.

Sementara Ahmad Maslan pun nampak begitu prihatin dengan masalah rakyat di bawah melalui tweet beliau dan sentiasa berdoa agar air banjir cepat surut walaupun sedang menikmati cuaca dingin di Jerman.

Menteri Kerjaraya Fadillah Yusof pula katanya di London walaupun rata-rata jalan runtuh dan ditutup.

Sekarang ada trend baru dalam Kabinet Malaysia - mentadbir melalui TWITTER.

Baru-baru ini, kita terima satu mesej dari Putrajaya yang berbunyi:

Dear all, please share this :-

There are lots of anger that PM Najib is seen playing golf with Obama in Hawaii on Christmas day and that he is not on the ground visiting the flooded east coast or in Malaysia directing flood relief efforts.

However, we have to be realistic and understand that a PM's role is not to direct flood efforts nor to wade thru flood waters to carry victims to safety.

He is better served monitoring the situation and approve allocations and allow the right emergency bodies and his ministers to do their work.

A cursory glance at his twitter and FB page also shows that he has been making frequent updates on the flooding situation: 

In fact, just 4 days ago, Najib did visit flood victims at the relief center in SMK) Gudang Rasau, Pahang that was holding residents around Sungai Belat. 
http://www.mstar.com.my/…/2014/12/20/pm-lawat-mangsa-banjir/

It's not like he doesn't care or is not updated with the latest. But even if he was on the ground in the flooded areas, there is little he can do and it is actually counter-productive.

Being on the ground is really just a populist photo-opportunity and the publicity and hoo-hah around him could turn out to be a hindrance to relief efforts instead of a help.
Not many people get to play a round of golf on Christmas Day (being the most important festival day for Obama) with the USA presidnet to build relationships - many many more famous world leaders would never have the chance.

Remember that President Obama is the most powerful person on earth and has vast resources at his command.

Who knows? Perhaps Najib could have asked Obama to look into assisting the flood victims in the east coast either via monetary donations or via technical, medical or logistic assistance?

Dear all, please share this thanks (on PM golfing with Obama)

Selepas membaca mesej ini dan alasan yang digunakan, tertanya-tanya kita perlukah Menteri-Menteri diarahkan memendekan cuti mereka setakat untuk hendak bergambar untuk popular dan kehadiran menteri-menteri setakat bergambar mengharungi banjir tidak akan mengubah keadaan dan yang paling penting buat masa ini ialah peranan agensi-agensi yang membantu mangsa banjir.

Inilah yang kita katakan spin haru biru oleh penasihat-penasihat PM semata-mata mahu menyelamatkan Najib walaupun apa yang dilakukan Najib tidak masuk akal.

Friday, December 26, 2014

NAJIB: BEREHATLAH DATO' SRI

 YAB Perdana Menteri,

Tahniah kerana mendapat jemputan untuk bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawaii.

Ini satu peristiwa bersejarah. Belum ada Perdana Menteri Malaysia, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, seakrab Dato' Sri dengan Amerika Syarikat sehingga terpilih untuk menjadi "golf buddy" Presiden Amerika.
Semalam Dato' Sri menelefon Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menunjukkan Dato' Sri prihatin dengan masalah rakyat yang kini dilanda banjir besar, terbesar sejak 30 tahun.

Tersiar gambar Dato' Sri seolah-olah berada di dalam kesugulan tetapi malangnya gambar tersebut dijadikan bahan jenaka oleh rakyat Malaysia.

Rasanya Dato' Sri pernah terbaca mengenai Taufan Sandy yang menyebabkan banjir besar di Amerika Syarikat pada Ogos 2011.

Pada masa itu, rakan golf Dato' Sri, Obama, sedang bercuti di Martha's Vineyard dan membuat keputusan untuk menamatkan cuti beliau untuk bersama rakyat Amerika Syarikat mengharungi bencana tersebut.

Mungkin Dato' Sri terlupa peristiwa tersebut.
 Kini rakyat Malaysia dilanda banjir dan sudah hampir 100,000 dipindahkan di seluruh negara.

Jika pertemuan dan golf di Hawaii lebih penting kepada Dato' Sri untuk masadepan negara, eloklah Dato' Sri terus berada di sana. Lagipun Tan Sri Muhyiddin pun mempunyai kemampuan untuk mentadbir negara tanpa Dato' Sri.
 Rakyat sekarang ini merayu-merayu meminta pertolongan. Tidak mengapa. Tan Sri Muhyiddin ada.
 Saya terbaca juga kenyataan yang dibuat oleh penyokong-penyokong Dato' Sri yang mengatakan apa yang boleh Dato' Sri buat kalau berada di Malaysia sekarang ini.

Sekadar mengharung air bah paras lutut saja yang mampu Dato' Sri lakukan. Memang betul kata mereka.

Betul juga kata penasihat Dato' Sri di Putrajaya, bukan mudah untuk menjadi tetamu golf Barack Obama.

Lagipun, sebelum Dato' Sri keluar negara tanpa diketahui rakyat (hanya selepas Washington Post menyiarkan berita tersebut baru rakyat mengetahui Dato' Sri berada di Hawaii), penasihat Dato' Sri berkata Dato' Sri telah pun melawat pusat pemindahan banjir sebelum belepas keluar negara.

Nampaknya apa yang dilakukan oleh Dato' Sri sama dengan apa yang dilakukan Pak Lah dulu semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Sebelum berlepas ke Perth untuk merasmikan restoran nasi kandar, Pak Lah juga melawat pusat pemindahan banjir di Johor.

Maka Dato' Sri bukan yang pertama melakukannya. Pak Lah yang memulakan tradisi ini.
Tetapi Dato' Sri, rakyat pun tahu kalau balik pun, Dato' Sri setakat boleh melawat dan bergambar untuk media tempatan.

Oleh itu tidak mengapa jika Dato' Sri ingin terus berehat di Amerika Syarikat.

Seperti kata Tan Sri Muhyiddin,"Bagi masa dia rehat, dia sudah bekerja terlalu keras. Dia cuma manusia biasa. "Percaya kepada saya. Jangan bimbang perdana menteri yang di luar negara, risau apa yang berlaku di sini. Saya bagi jaminan saya bekerja rapat dengan semua agensi terlibat. Saya jalankan tugas memegang kuasa sebagai perdana menteri. Jadi, jangan bimbang."
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bagi-masa-najib-berehat-dia-cuma-manusia-biasa-kata-muhyiddin

Oleh itu, berehatlah. Dato' Sri sudah bekerja terlalu keras.

Nota: Untuk pengetahuan Dato' Sri, tiada akhbar di Malaysia menyiarkan gambar bersejarah Dato' Sri bersama Obama bermain golf. Seharusnya gambar tersebut bersemat di dada-dada akhbar kerana saya yakin Dato' Sri banyak menyelesaikan masalah negara semasa berbual dengan Obama di padang golf di Hawaii itu.

Thursday, December 12, 2013

WAJAH-WAJAH HIBA

 BANJIR DI INDONESIA
HAIYAN DI FILIPINA
 BANJIR DI PAKISTAN
BANJIR DI INDIA

BANJIR DI SUNGAI ISAP, PAHANG (Lihat Gambar)