Tuesday, July 3, 2018

UMNO PILIH PEMIMPIN PENUH KUDIS UNTUK BAWA UMNO

Image result for zahid+sprm

TAHNIAH kepada 150,000 pemimpin dan ahli Umno yang mendapat keistimewaan untuk memilih pemimpin mereka.

Selepas seorang pemimpin Najib Razak mereka yang bersalut dengan rasuah diHALAU oleh 15 juta pengundi, 150,000 perwakilan Umno menggantikan beliau dengan seorang lagi yang diselaputi dengan kudis-kudis rasuah - Ahmad Zahid Hamidi.

Beberapa jam selepas diNOBATkan sebagai presiden Umno, Zahid belum pun lagi ada masa untuk menyusun semula parti beliau Umno, sebaliknya berulang-alik ke pejabat SPRM cuba untuk mempertahankan diri beliau dari mengikuti jejak Najib didakwa di mahkamah.

TIMBALAN PRESIDEN yang mereka pilih, Mohamad Hasan, dituduh mengirim RM10 juta ke London.

Sementara Naib-Naib Presiden mereka, Ismail Sabri dan Mahdzir Khalid, senang menunggu GILIRAN mereka untuk disoalsiasat oleh SPRM.

Antara pemimpin Umno yang diletakkan tanggungjawab untuk memulihkan Umno ialah:

 Image result for papagomo
PAPAGOMO
Image result for ARMAND umno
ARMAND ADHA
Related image
RAZLAN RAFII
Image result for azeez rahim
AZEEZ RAHIM
Image result for puad zarkashi
POAD ZARKASHI
Related image
JAMAL YUNUS


Thursday, June 28, 2018

PEMILIHAN UMNO UNTUK PILIH KAWAN & WANG

Image result for zahid+khairy

SABTU ini, 191 bahagian dan 150,000 perwakilan Umno akan memilih siapa yang akan menggantikan Najib Razak sebagai Presiden Umno.

Inilah pertama kali selepas 31 tahun (pembetulan), jawatan Presiden menjadi rebutan.

Suasananya amat berbeza jika dibandingkan dengan suasana ketika kali terakhir pemilihan jawatan presiden dilakukan pada 1987.

Kali ini Najib Razak meninggalkan sebuah parti yang TENAT - hilang kuasa dan maruah dan imej yang cukup KOTOR.

Ketika Zahid Hamidi, Khairy Jamaluddin dan Tengku Razaleigh Hamzah sibuk berkempan, negara dikejutkan dengan betapa teruknya kepimpinan Umno apabila POLIS mendedahkan mereka merampas lebih dari RM1 bilion wang dan barang kemas dari rumah-rumah Najib. RM116 juta adalah WANG TUNAI.

Dan mereka-mereka yang memimpin Umno sekarang ini, termasuk Zahidi Hamidi dan Khairy Jamaluddin, ada antara mereka yang turut menyokong kerakusan Najib dan Rosmah manakala Tengku Razaleigh hanya membisu melihat negara dirogol oleh Najib.

Sabtu ini perwakilan akan memilih.

Apakah mereka memilih demi parti atau masih dipengaruhi oleh WANG.

Ini bukan pemilihan untuk pilih KAWAN.

Ini pemilihan untuk menghidupkan semula Umno. 

Oleh itu kita tunggu keputusan nanti  kerana kita tahu, ada yang bersungguh-sungguh mahu memilih KAWAN sebagai presiden dan ada yang akan memilih kerana WANG.




Wednesday, June 27, 2018

NAJIB/ROSMAH SIMPAN RM1 BILION (RM1000 JUTA) DI RUMAH




I LOVE PM (NAJIB)

Puak-puak pemimpin Umno yang selama ini memegang sepanduk I Love PM mendapat berita cukup membanggakan hari ini.

Bekas Perdana Menteri dan Presiden Umno mereka, Najib Razak dan Wanita Pertama mereka, Rosmah Mansor, menyimpan kekayaan lebih RM1 bilion atau RM1,000,000,000 di rumah mereka.

RM116 juta adalah wang kertas tunai atau duit cash - cukup membanggakan.

14 tiara atau mahkota - entah bila Rosmah memakainya atau mungkin di rumah ketika tidur.  

1,400 rantai leher termasuk seutas yang berHARGA RM6.4 juta - sudah tentu menjadi kebanggaan Wanita dan Puteri Umno.

272 beg tangan Hermes, bernilai RM51.3 juta, mungkin satu darinya digunakan sekali setiap 272 hari.

Jam tangan bernilai RM78 juta. Hebat Presiden kamu.

Kalau di rumah sudah ada RM1,000,000,000 atau RM1 bilion atau RM1000 juta, agak-agak berapa yang disimpan di luar negara?

Sampaikan ahli Majlis Tertinggi Umno jadi gila, sanggup angkat poster I Love PM dan walaq lah kononnya (puak politik memang gemar suka perkataan Arab supaya orang Melayu nampak warak walaupun suka mencuri) kepada Najib dan Rosmah.

Hari ini Najib pertikai penilaian harga rampasan yang dibuat oleh polis kononnya ada yang susut nilai.

Kita nak tanya Najib, berapa persen susut nilai? Berapa agaknya persen susut nilai yang dia rasa selesa?

30 persen? 50 persen? Berapa diskaun Najib hendak?

Kalau 30 persen, RM700 juta Najib simpan di rumahnya.

Kalau 50 persen, harta rampasan itu bernilai RM500 juta.

Kalau presiden Umno ada sebanyak ini, berapa agaknya pemimpin-pemimpin lain simpan di rumah?

Itu saja Jelapang nak tanya




Image result for kee hua chee+rosmah

Image result for kee hua chee+rosmah

Image result for kee hua chee+rosmah


Image result for kee hua chee+rosmah

Related image

Image result for kee hua chee+rosmah









Friday, June 22, 2018

PEMILIHAN UMNO: SENARAI CALON MEMIMPIN UMNO MENYEDIHKAN



TANPA disedari ramai, kali terakhir jawatan Presiden Umno dipertandingkan adalah 41 TAHUN yang lalu.

24 APRIL 1987 adalah kali terakhir jawatan Presiden Umno dicabar dan keputusannya Tengku Razaleigh Hamzah TEWAS 43 undi kepada Dr Mahathir Mohamad dan Musa Hitam tewas 40 undi menentang Allahyarham Ghafar Baba untuk jawatan Timbalan Presiden Umno.

Oleh itu, mana-mana ahli dan pemimpin Umno yang usia mereka 41 tahun hari ini, hanya mampu Google untuk mempelajari sejarah pertandingan dalam Umno.

Sebenarnya KESIAN tengok senarai calon-calon yang bertanding jawatan-jawatan di dalam Umno sekarang ini. Maklumlah sudah lama tidak ada pertandingan untuk jawatan No 1 dan 2 dalam Umno.

Bila tengok calon, ada yang terlibat dengan rasuah Mara dan pernah disiasat kes wang PPRT, ada yang jumpa Tok Arab yang bagi derma pada Najib, ada yang pukul boyfriend anak, ada yang cuba rasuah pegawai tinggi kerajaan, ada yang guna perkhidmatan money changer hantar RM10 juta ke London dan macam-macam lagi ada.

Bila disuruh isytihar HARTA, macam-macam alasan digunakan. Kononnya di dalam perlembagaan Umno tidak disebut.

Bila disuruh berdebat, ada anak kepada calon kata debat tak dapat pahala. Macam-macam alasan diberi untuk mengelak dari berdebat.

Bukan kah tiap-tiap tahun di perhimpunan agong Umno ada sesi perdebatan usul-usul.

Kalau begitu, elok lah Zahid Hamid HARAMKAN debat dalam Perhimpunan Agung Umno apabila beliau berkuasa sebagai Presiden Umno nanti.

Sekarang rakyat tengah teruja dengan Malaysia Baru. Malangnya Zahid sebagai pemangku Presiden Umno masih ditakuk lama.

Kalau Jelapang boleh mengundi semasa pemilihan nanti, sesiapa cuba mengelak kita berDEBAT, kita jangan undi.

Sehingga hari ini, Zahid awal-awal kecut perut untuk berdebat. Macam-macam alasan diberikan. Apa hendak takutkan? Berdebat dalam bahasa Melayu BUKAN dalam bahasa Inggeris.

Di negara maju, berdebat adalah perkara biasa. Ianya forum untuk rakyat menilai layakkah seseorang pemimpin itu menjadi peneraju negara dengan visi dan nilai kepimpinannya.

Di Amerika Syarikat, sebelum dipilih menjadi menjadi Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincoln berdebat dengan Senator Stephen Douglas pada tahun 1868.

Tetapi di Malaysia ini lain. Berdebat ikut selera pemimpin. Di sekolah digalakkan pelajar berdebat. Perwakilan Umno dibenarkan berdebat. Tetapi bila hendak pilih pemimpin, ada pemimpin enggan berdebat.

Apa pun Jelapang ramalkan Zahid akan menang besar di dalam pemilihan kali ini.

Maklumlah, setakat ini tiada tanda-tanda Umno telah berubah. Amalan di dalam Umno masih sama. Walaupun Umno tiada kuasa, pemimpin masih ada duit. 


http://www.umno-online.my/wp-content/uploads/2018/06/mtbaru3.pdf

Monday, June 18, 2018

PEMILIHAN UMNO: GENG I LOVE PM (NAJIB)

Image result for tengku razaleigh khairy jamaluddin
Image result for zahid i love pm

KHAIRY Jamaluddin, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahmad Zahid Hamidi. Salah seorang daripada mereka adalah bakal Presiden baru Umno menjelang 30 Jun ini.

Sekarang ahli-ahli Umno kena buat keputusan, siapa mereka mahu sebagai pemimpin mereka.

Tengku Razaleigh, yang sudah berusia 81 tahun dan dilihat sebagai sebahagian dari sistem fuedal, ATAU geng-geng "I love PM" yang menyokong kuat Najib iaitu KJ dan Zahid.

Jadi pilihlah. Pilih yang banyak kudis atau hendak pilih yang kurang kudis. Hendak pilih yang ada sejarah gengster atau tidak ada sejarah gengster. Pilihlah sesuka hati tuan-tuan dan puan-puan.



Kalau ikut hati, kesemua Majlis Tertinggi di bawah Najib tak layak memimpin parti yang mereka khianati.

Ketika Najib berbohong dan menipu bangsa dan negara, mereka-mereka inilah yang bersekongkol melindungi Najib. Lebih teruk lagi mereka turut sama menikmati hasil mahsul dari penipuan Najib.

Kini mereka menonjolkan diri sebagai mahu menyelamatkan Umno.

1. Tengku Razaleigh Hamzah: Ketika veteran-veteran Umno berjuang untuk menyelamatkan negara dari kerakusan Najib dan isteri beliau Rosmah Mansor serta anak tiri Najib, Riza Aziz, dan partner-in-crime atau rakan jenayah mereka, Jho Low, Ku Li membisu. Tak ada sepatah pun keluar dari Ku Li menegur Najib bagi menyelamatkan negara.

Beliau hanya melihat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal dipecat oleh Najib kerana menegur beliau. 

Akhir-akhir ini, apabila melihat peluang untuk mendapat gelaran "Presiden Umno", Ku Li mula bercakap dan meraih publisiti. 

Beliau menyelar Zahid kerana "merangkak"mengadap Tun Dr Mahathir Mohamad - maka dapatlah publisiti. Itulah cara Ku Li berpolitik. 

Bagi kita Ku Li hanya sekadar boleh menyerikan pertandingan. Berkurun lamanya, tiada usaha Ku Li untuk mendekati ahli-ahli Umno. Agak berapa orang Ketua Bahagian yang beliau kenali sekarang ini. 

Kawan-kawan yang beliau kenal, kebanyakan di luar Umno. Bagaimanapun, tiada banyak kudis di badan beliau. Jika ada pun hanyalah parut-parut lama.


2. Ahmad Zahid Hamidi: Tidak ada kualiti kepimpinan tetapi pandai berpolitik. Visi tiada. Idea tidak ada. Sekadar jadi Pak turut Najib dan mendapat hasil dari sokongan ini apabila diletakkan di Kementerian Lubuk Emas - KDN. 

Dengar khabarnya, banyak benda berlaku semasa menerajui KDN dan dengar khabarnya sedang disiasat segala perlakuannya oleh SPRM di bawah kerajaan Pakatan.

Tetapi satu sejarah lama yang tidak akan dapat dipadamkan oleh Zahid Hamidi - PARUT DI TEMPURUNG KEPALA AMIR BAZLI.

Baca di link ini: http://anti-zahid.blogspot.com/2009/03/pendedahan-jenayah-ahmad-zahid-hamidi.html



Image result for amir bazli nurul hidayah

Zahid mendapat faedah dari pemecatan Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal. Zahid turut mempertahankan kerakusan Najib. Zahid adalah antara geng "I love PM (Najib)."

Apakah ahli Umno akan memilih Zahid yang pernah didakwa mencederakan anak muda yang pernah dicintai oleh anak beliau dan sedang disiasat oleh kerajaan Pakatan?

Tepuk dada, tanya selera.

3. Khairy Jamaluddin: Pernah meletakkan jawatan kerana isu 1MDB tetapi hanya meletakkan jawatan dalam senyap-senyap. Apabila dipujuk, Khairy pun turut sertai band Ï Love PM."

Apabila Mukhriz Mahathir membangkitkan mengenai perletakan jawatan beliau, budak-budak Khairy mengherdik kononnya Mukhriz berbohong. Apabila orang tertentu berjumpa beliau, Khairy menunjukkan surat perletakan jawatan tersebut.

Tak ubah macam Tengku Razaleigh. Belakang tabir, bantai Najib, di khalayak ramai membisu. 

Pernahkah KJ menegur Najib sepertimana yang dilakukan oleh Muhyiddin dan Shafie?

Hanya selepas Umno kalah dan hanyut, barulah KJ bersuara. Barulah KJ hendak jadi juara. Barulah KJ rasa dirinya paling sesuai menjadi Presiden Umno.

Image result for zahid ku li kj

Tuan-tuan pilihlah mereka-mereka ini sebagai Presiden Umno. Walaupun diri mereka penuh kudis, mungkin ini sajalah pemimpin yang ada di dalam Umno.

Jika Jelapang diberi peluang memilih, Jelapang akan pilih antara Ku Li dan KJ. 

Jika diberi pilihan lain, Jelapang akan pastikanTIADA siapa yang pernah menjadi Menteri Kebinet Najib sebelum PRU14 dan ahli MKT sekarang dipilih menganggotai Majlis Kerja Tertinggi Umno yang baru.










Wednesday, June 13, 2018

LEGASI NAJIB RAZAK

Image result for bn sarawak

SATU demi satu LEGASI Najib Razak tercipta.

9 Mei 2018: Barisan Nasional hilang KUASA buat pertama kali dalam sejarah Tanah Melayu dan Malaysia.

12 Jun 2018: Barisan Nasional Sarawak berkubur.

Dan Umno terlalu LEMAH untuk menyelamatkan gabungan ini dari lenyap dari arena politik tanahair.

Pemimpin-pemimpin Umno hanya mampu melihat saat-saat kematian BN ini.

 

Diasaskan pada 1973, pada satu ketika Barisan Nasional dianggotai oleh 14 parti politik dan semalam, tinggal hanya 4 yang masih menjadi anggota BN.

Salah satu dari 4 iaitu Gerakan KALAH semua kerusi Parlimen yang dipertandingkannya dan MCA yang mempunyai SATU kerusi sudah awal-awal menyatakan tidak lagi mahu mengikut telunjuk Umno dan pada sidang Parlimen 16 Julai nanti, MCA akan membuat keputusan sendiri dan tidak akan lagi mematuhi arahan Whip BN.

Itulah musibah yang sedang melanda BN dan Umno. Inilah juga legasi peninggalan Najib Razak dan Rosmah Mansor.

Apakah Umno juga akan menerima nasib yang sama seperti BN?

Seorang rakan meramalkan Umno akan GERING.

Ini baru sebulan, belum lagi setahun.

Orang Umno, kata beliau, tidak pernah hidup dalam kesusahan kecuali mereka-mereka yang di bawah.

Mereka hidup dalam penuh kemewahan.

Kini rumah mereka (Umno) sudah terbakar. Tidak akan ada yang pernah berteduh di bawah pokok, tinggal di dalam khemah sementara menanti rumah dapat dibina semula.

Mereka tidak pernah diuji dan mereka tidak punya kekuatan dan ketabahan.

Satu malam apabila rumah kita terbakar sudah cukup untuk merasa kesengsaraan apatah lagi setahun menanti.

Mereka-mereka ini akan meninggalkan Umno dan mencari dahan baru untuk berpaut.

Dan dahan itu, kata rakan ini, ialah PKR atau Bersatu.

Inilah peninggalan Najib Razak kepada 3 juta ahli Umno. Semuga kepimpinan Umno puashati dengan peninggalan ini.




Monday, June 11, 2018

ANWAR IBRAHIM ADALAH NAJIB RAZAK?

Image result for anwar sultan johor

ANWAR Ibrahim, tahun 2018, berpolitik ala 1998.

Perangainya tidak berubah. Lakonannya sama, skripnya pun tak jauh berubah. Masih lagi dengan perangai 1998.

Di dalam satu pertemuan di rumah beliau pada 1998, Anwar Ibrahim memberitahu mereka yang hadir bahawa "BJ Habibie baru telefon saya", "Amien Rais baru call saya". Selain dari itu nama Erdogan juga sentiasa di bibir beliau. 

2018 pun sama. Nak jumpa Habibie, satu dunia Anwar hebohkan. 

Anwar perlu sebut nama orang lain untuk memberi gambaran beliau seorang yang hebat.

Apabila keluar dari penjara, kata Anwar, beliau perlu berehat, mahu mengembara. 
Image result for anwar ibrahim jet

Rupa-rupanya apa yang dimaksudkan mungkin mengembara ke istana-istana.

Sejak keluar penjara baru-baru ini, tingkah laku Anwar seolah-olah tidak sabar untuk menaiki takhta.

Kata beliau, tidak lama lagi akan bertanding di pilihanraya kecil. Tak sabar kita menunggu.

Kalau hendak bertanding pun, jangan lah paksa Ahli Parlimen lain kosongkan kerusi.

Kalau hendak bertanding juga, mintalah Wan Azizah atau Nurul Izzah kosongkan kerusi. Jangan aniayai Ahli Parlimen lain kerana kerakusan kamu.

Kita pun tak sabar menunggu pilihanraya kecil yang Anwar tak sabar-sabar hendak bertanding kerana PRK ini akan menjadi medan hidup mati Anwar.

Pengundi akan tentukan samada mereka mahu Anwar menjadi PM atau sebaliknya.

Image result for anwar ibrahim jet

Anwar perlu ingat, separuh dari rakyat Malaysia percaya beliau melakukan perkara-perkara yang menyebabkan beliau dipenjarakan walaupun mendapat pengampunan diRaja.

Apa yang rakyat nantikan ialah Anwar Ibrahim yang sudah bertaubat dan bukan Anwar yang dahulu.

Jika Anwar masih Anwar yang lama, tiada guna kita jadikan beliau Perdana Menteri kerana ianya umpama mengembalikan semula era Najib Razak.  

Oleh itu terpulanglah kepada Anwar.