Tuesday, December 10, 2013

ADA PROF & DOKTOR SOKONG ROSMAH

RUPA-rupanya ada juga yang menyokong Rosmah Mansor melaksanakan sebahagian dari tugas Perdana Menteri.

Bukan calang-calang orangnya. Seorang bergelar Prof dan seorang lagi bergelar Doktor (Falsafah).

Betul kata seorang rakan baru-baru ini. Prof atau Doktor bukan bijak segala-galanya. 

Katanya, adakala mereka akan berfikir seperti budak gagal PMR.



SHAH ALAM - Keaktifan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam persada politik bukan untuk menggantikan peranan Kabinet.

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa (MPN), Profesor Dr Jayum Jawan berkata apa yang dilakukan Rosmah adalah sekadar membantu serta mewakili suami dalam perkara tertentu.

Menurutnya, menteri Kabinet tidak perlu terasa hati dengan tindakan isteri pemimpin nombor satu negara itu.

"Saya lihat apa yang dia lakukan bukan untuk menggantikan peranan menteri, tapi beliau hanya mahu membantu atau mewakili tugas suaminya.

"Menteri jangan kecil hati," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Jayum juga berkata, usaha Rosmah dalam kebajikan masyarakat juga adalah perkara yang baik untuk membantu masyarakat dalam peranannya.

Semalam, bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times Press (NSTP), Datuk A. Kadir Jasin hari ini menggesa Datuk Seri Najib Razak mengkaji semula peranan menteri-menteri Kabinet selain melantik Datin Seri Rosmah Mansor sebagai menteri.

Katanya, melalui pelantikan itu, tiada pihak yang boleh membantah campur tangan Rosmah atau menuduh Najib dan anggota Kabinet menyalahgunakan kuasa dengan membenarkan penggunaan kemudahan kerajaan.

“Saya dah berbuih mulut mencadangkan agar Rosmah masuk politik dan dilantik menjadi menteri. Malah ke jawatan Perdana Menteri jika mendapat kepercayaan rakyat jelata.

“Walaupun pilihan raya umum telah berlalu, Najib dan penyokong Rosmah masih boleh melakukannya dengan melantik beliau sebagai senator dan seterusnya menteri. Jawatan yang sesuai bagi beliau ialah Menteri Tugas-Tugas Khas,” katanya dalam tulisan di blognya bertajuk “PAU 2013: Antara Cinta dan Jasa”.

Suhubungan itu, apabila diminta mengulas mengenai tulisan A.Kadir itu, Jayum berkata, perkara itu tidak perlu ditulis.


Dalam pada itu, Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, Rosmah tidak perlu untuk memegang mana-mana jawatan dalam Kabinet kerana beliau mempunyai peranan yang tersendiri.

Katanya, kehadiran Rosmah dalam banyak majlis tertentu adalah salah satu peranannya sebagai isteri kepada pemimpin nombor satu negara.

"Rosmah ada peranannya yang tersendiri.

"Dia sebagai isteri Najib akan memberi semangat kepada Najib," ujarnya.

Selain itu, Azizuddin juga berkata  untuk melantik Rosmah menjadi salah seorang menteri di Kabinet adalah tidak sesuai.

"Kita tak ada tradisi macam itu, nanti wujud pula Kabinet mengamalkan nepotisme," katanya lagi.


STAR: KHAIRY JAMALUDDIN BAKAL PM



BUKAN SEMUA di dalam Umno SUKAKAN KJ tetapi kebanyakan mereka bersetuju beliau merupakan BAKAL PERDANA MENTERI di masa hadapan sekiranya politik beliau kena caranya. Sayap-sayap Pemuda Pakatan Rakyat melihat beliau sebagai ANCAMAN BESAR kepada mereka dan itu sudah cukup meletakkan Khairy sebagai satu ASET KEPADA UMNO. (Terjemahan)

Artikel penuh: http://www.thestar.com.my/Opinion/Columnists/Analysis/Profile/Articles/2013/12/08/Rallying-the-Malay-ground.aspx 

Monday, December 9, 2013

ROMBAKAN KABINET: ANIFAH AMAN DIGUGURKAN?



Sudah dua hari Perhimpunan Agung Umno berakhir, tetapi perbicangan penggulungan oleh Najib Razak masih menjadi perbualan ramai.

Bijak Najib menarik perhatian ahli-ahli Umno kali ini apabila beliau menyentuh mengenai JASA isteri beliau ROSMAN MANSOR kepada rakyat. (Lihat video di atas).

Ini yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia:

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini buat pertama kalinya berkongsi cerita secara terbuka mengenai jasa dan peranan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam membantu rakyat Malaysia yang tidak pernah diceritakan kepada umum sebelum ini.
Najib berkata, dalam kejadian pertama kira-kira dua tahun lalu sewaktu seorang pelajar Malaysia telah ditahan di penjara oleh kerajaan Mesir kerana disyaki menjadi 'perisik.'
"Saya minta isteri saya telefon isteri Presiden Mubarak, Susan Mubarak merayu supaya pelajar kita itu dibebaskan, dalam masa dua jam sahaja dia dibebaskan," katanya ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di sini, hari ini.
Kejadian kedua pula kata Perdana Menteri, berlaku sewaktu pergolakan di Mesir dan kerajaan Malaysia berhadapan dengan masalah tidak cukup penerbangan untuk membawa balik pelajar dalam Operasi Piramid.
Menurut Najib, kerajaan Malaysia terpaksa meminta jasa baik kerajaan Arab Saudi membenarkan para pelajar terlibat menaiki pesawat Charlie, turun di Jeddah dan ke Kuala Lumpur tanpa memerlukan visa.
"Itu satu permintaan yang sukar diberikan oleh kerajaan Arab. Tetapi kerana networking dengan keluarga diraja yang telah diusahakan oleh isteri saya, kerajaan Saudi membenarkan pelajar-pelajar kita," katanya.
Malah menurut Najib, kerajaan Arab Saudi turut menyediakan dua penerbangan Jumbo 747 secara percuma.
"Inilah antara sumbangan isteri saya kepada rakyat Malaysia," katanya sambil menjelaskan isterinya turut menjadi sasaran kritikan pihak yang hendak mengkritik beliau.
Menurut beliau, Rosmah turut memainkan peranan besar dalam meningkatkan pendidikan awal kanak-kanak melalui Program Permata selaku penaungnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/UMNO_2013/20131208/um_05/Rosmah-turut-main-peranan-bantu-rakyat#ixzz2mxM1k2vE
Seorang rakan menelefon dari PWTC selepas tamat perhimpunan Sabtu lepas.

Terkejut Jelapang apabila beliau mengatakan "Habis lah Anifah Aman. Tak buat kerja".

Katanya: "PM baru cakap, Rosmah telefon Suzanne Mubarak. Nasib baik ada Rosmah. Kalau tidak tak tau apa nak jadi dengan rakyat Malaysia di Mesir dua tahun lepas. Sampai dapat jet 747 nak bawa rakyat Malaysia keluar.

"Kalau PM tak cakap, aku pun tak tau. Lepas ni kalau kita ada masalah dengan Amerika, kita boleh suruh Rosmah call Michele Obama minta tolong. Rosmah selalu naik jet pi Amerika. London lagi kerap. Aku rasa bini David Cameron pun dia kenal. 

"Nasib baik ada Rosmah. Kalau tidak, habis lah kita. Anifah Aman tak buat kerja. Rupa-rupanya Rosmah duk buat kerja dia selama ni. Aku rasa Anifah kena buang bila PM rombak Kabinet nanti".

Hari ni baru Jelapang dapat tengok kenyataan PM mengenai isteri beliau di dalam YouTube kerana Jelapang tak dapat ke perhimpunan baru-baru ini.

Rasanya, eloklah PM tukar Anifah ganti dengan Datin Seri Rosmah. Datin Seri network kuat. Lagipun dia selalu keluar negara menjalin hubungan silaturrahim dengan isteri-isteri pembesar luar negara terutama di New York dan London.

Ramai blogger-blogger lain turut membuat komen mengenai kenyataan Najib mengenai jasa Rosmah. 

Antaranya.

1) Kadir Jasin

Berpandukan maklumat Mohd Najib itu, eloklah beliau menimbang semula kedudukan Menteri Luar Negeri, Anifah Aman kerana ternyata beliau tidak seberkesan Rosmah dalam menyelesaikan krisis antarabangsa.

Begitu juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian, Mustapa Mohamed, MenteriPembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rohani Abdul Karim dan Menteri Pelajaran, Muhyiddin Mohd Yassin kerana Rosmah juga terlibat di sana-sini dalam tugas-tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh menteri-menteri berkenaan.

Dengan cara ini kita boleh menggugurkan menteri-menteri yang tidak “perform” dan sekali gus menjimatkan perbelanjaan negara dengan mengurangkan bilangan kementerian.

Saya dah berbuih mulut macam lembu kena penyakit kuku dan mulut mencadangkan agar Rosmah masuk politik, dilantik jadi menteri. Malah menjadi Perdana Menteri jika mendapat kepercayaan rakyat jelata.

http://kadirjasin.blogspot.com/2013/12/pau-2013-antara-cinta-dan-jasa.html

2) Paneh Miang

12. Jasa Rosmah yang Najib sebut tu sebenarnya tak salah pun. Keluarga 'mangsa' yang di bantu Rosmah pasti menghargai usaha Rosmah 'menyelamatkan' anak mereka. Cuma disebabkan terlalu ingin mempertahankan Rosmah, Najib secara tak langsung telah membuka pekong betapa lemahnya beliau selaku Perdana Menteri termasuk barisan kabinetnya dalam mengendalikan krisis yang dihadapi negara hingga terpaksa minta tolong bini. 

13. Mungkin dah sampai masanya Najib lantik Rosmah sebagai senator untuk jadi Duta, jika tidak pun Menteri Luar. Ternyata menteri kabinet Najib tak berguna sehabuk kerana terpaksa bergantung kepada pengaruh Rosmah untuk menyelesaikan masalah. Disebabkan pengaruh Rosmah terlalu hebat hingga dikhabarkan mampu menarik pelaburan ke dalam negara, mungkin juga sesuai Rosmah dilantik terus menjadi Perdana Menteri menggantikan suaminya. Mungkin itu lebih praktikal.

14. Tidakkah orang UMNO terfikir publisiti Rosmah yang keterlaluan mungkin turut menyumbang kepada pengurangan undi popular BN di PRU-13 hingga BN gagal memperoleh kerusi 2/3? Ada sesiapa yang pernah buat kajian?

http://paneh.blogspot.com/2013/12/ucapan-cerdik-seorang-presiden_9.html

3) ASPAN ALIAS

Sahabat saya yang bersama saya berkata, “Muhyidin sekarang pun adalah Timbalan Perdana Menteri Kedua kerana Timbalan Perdana Menteri Pertama ialah Najib Tun Razak. Perdana Menteri sebenarnya ialah Rosmah Mansor”. Semasa itu kami mengambilnya hanya sebagai jenaka dan tidak mengambilnya sebagai satu isu serius. Maklum sajalah politik di negara ini, sarat dengan spekulasi yang tidak menentu.

Tetapi Sabtu lepas jenaka diantara kami dimajlis keramaian itu sudah bukan jenaka lagi. Rakan yang berjenaka dengan kami dahulu itu menelefon dan berkata, “Ha bro, betui tak yang teman beritahu dulu? Najib sendiri ‘confirm’ kan yang isterinya sememangnya mempunyai keupayaan yang lebih dari Najib. Isterinya lebih hebat dari beliau sendiri. Ha…isterinya sememangnya bertaraf Perdana Menteri kemampuannya”.

Maksud rakan saya tadi ialah Najib sebenarnya adalah seperti Timbalan kepada Rosmah Mansor. Maka Muhyidin itu adalah Timbalan Perdana Menteri Kedua. Jika kita percaya dengan kata-kata Najib semasa ucapan penggulungan beliau sabtu lalu, sememangnya benar Rosmah itu adalah seperti ‘Perdana Menteri de facto’ kita. Itu lah sebabnya buat kali pertama kita mendengar Najib mengampu isterinya sendiri dihadapan khalayak ramai.

Najib pula disebaliknya ditakuti dan menjadi ampuan jemaah kabinet. Menteri-Menteri Besar serta Menteri seperti Shahidan Kassim yang mengampu Najib dan Rosmah sendiri. Maka benarlah Rosmah Mansor itu ‘Perdana Menteri de facto’ negara dan Timbalannya ialah Najib, suaminya yang pandai berucap bergegar itu.

Maka adalah elok dan molek jika Najib memberi laluan kepada isterinya untuk menjadi Perdana Menteri. “Let her become our real PM rather than acting like one” kata salah seorang sahabat saya yang selalu berhubung dengan saya.

NAJIB: KADAR ELEKTRIK TETAP NAIK 2014


NAJIB Razak memperlihatkan ketegasan beliau dengan MEMUTUSKAN untuk menaikkan kadar elektrik bermula 1 Jan 2014 walaupun ditentang oleh Menteri Kabinet dan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional.

Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Umno Malaysia, dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Irmohizam Ibrahim secara terbuka membuat kenyataan mahukan kenaikan ditangguhkan.

Malangnya, Najib membuat kata putus - kadar letrik akan dinaikkan bulan hadapan.

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kenaikan tarif elektrik berkuat kuasa 1 Januari ini tidak dapat dielakkan bagi mengekalkan daya saing Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada terjejas.
Menurut Perdana Menteri, sebagai sebuah badan, TNB memerlukan RM6 bilion setahun untuk pelaburan namun pada masa sama kerajaan akan tetap memastikan rakyat teramai tidak terjejas.
''Sebenarnya sebanyak 71 peratus pengguna tidak terlibat dengan kenaikan tarif ini, yang kena kenaikan ialah kira-kira 30 peratus melibatkan pengguna komersial dan domestik," katanya.
Najib berkata demikian pada sidang akhbar selepas berakhir Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Beberapa perwakilan UMNO dalam sesi perbahasan sebelum ini meminta kerajaan menimbang semula kenaikan tarif elektrik sebanyak 14.89 peratus daripada kadar purata semasa 33.54 sen kilowatt-jam (kWj) kepada 38.53 sen kilowatt-jam (kWJ) berkuat kuasa 1 Januari ini .
Ditanya mengenai peningkatan harga beberapa barangan sejak berakhir Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), beliau berkata, kenaikan tersebut diputuskan oleh kerajaan bagi memastikan kewangan negara lebih kukuh.
''Namun dari segi kepentingan rakyat, jaringan keselamatan sosial ditambah lagi. Misalnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dinaikkan, kita ada insurans takaful dan terus menimbangkan dari semasa ke semasa (bantuan lain) tetapi kita perlu kekuatan fiskal," jelasnya.
Berhubung rungutan golongan kelas pertengahan yang merasakan mereka paling menerima kesan daripada kenaikan ini, Perdana Menteri berkata: ''Ialah.. tak dapat dielakkan," jelasnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Umno_2013/20131208/um_10/Kenaikan-tarif-elektrik-tidak-dapat-dielakkan---Najib#ixzz2mthotrz8 

Rajah berikut memberi gambaran kenaikan pada bil anda bulan hadapan.



Semuga Najib juga turut bertegas dalam perkara-perkara lain dan bukannya sekadar menaikkan kadar elektrik.

Saturday, December 7, 2013

Thursday, December 5, 2013

TENAGA NASIONAL PRIHATIN TERHADAP GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH



Tenaga Nasional hari ini mengeluarkan satu kenyataan untuk menjelaskan rasional kenaikan tarif elektrik. Antara kandungannya:


TNB sentiasa prihatin terhadap nasib kumpulan berpendapatan rendah dan akan memastikan mereka tidak dibebankan hasil semakan tarif itu.
TERIMA KASIH TNB!

Kenyataan penuh di link berikut: http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=998565 

Mungkin ramai juga ingin mengetahui PENDAPATAN para PEGAWAI KANAN Tenaga Nasional termasuk Ketua Eksekutifnya termasuk mereka yang berpendapatan RM2.33 juta setahun dan siapa menerima RM654,000 setahun.




Kepada yang berminat untuk melihat butiran lengkap sila ke link berikut dan pergi ke mukasurat 113.


Wednesday, December 4, 2013

KHAIRY: KENAPA TIDAK TENTANG KENAIKAN TARIF ELEKTRIK DEPAN NAJIB?

HARI ini Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bersuara selepas 3 HARI Kerajaan mengumumkan kenaikan tarif eletrik.

Beliau memilih Persidangan Pemuda untuk membuat kenyataan berikut mengenai isu yang menaikkan kemarahan rakyat.

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO tidak bersetuju dengan kenaikan tarif elektrik yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari tahun depan kerana ia dilihat hanya akan menguntungkan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata peningkatan tarif elektrik itu bukan sekadar untuk menampung peningkatan harga bahan api tetapi juga "menambahkan laba keuntungan TNB".

"Sebagai GLC, TNB perlu prihatin kepada rakyat dan tidak boleh bermotifkan keuntungan semata-mata," katanya semasa menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO 2013 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

"Bagi Pemuda, kenaikan tarif yang tidak setara dengan peningkatan kos bahan api hanya menguntungkan TNB yang tampak mementingkan kantung pemegang saham, bukan rakyat jelata," tambahnya.

Dalam ucapannya, Khairy turut mengingatkan TNB dan GLC-GLC lain supaya janganlah terlalu mementingkan prestasi kewangan semata sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat.

"Kepada TNB dan juga GLC-GLC yang lain Pemuda mendesak janganlah terlalu mementingkan prestasi kewangan semata, tanggungjawab kepada rakyat jangan sesekali dilupa," katanya.

Kenaikan ini diluluskan oleh Kabinet yang dipengerusikan oleh Najib Razak dan Khairy merupakan anggota jemaah Menteri.

Persoalannya kenapa baru sekarang Khairy mahu menyatakan pendirian pemuda mengenai isu ini?

Kita hendak bertanya kepada Khairy.....


ADAKAH KHAIRY MENYUARAKAN PENENTANGAN BELIAU TERHADAP KENAIKAN TARIF ELEKTRIK INI DI HADAPAN NAJIB SEMASA KABINET MEMBINCANG DAN MELULUSKAN KENAIKAN INI?

Ini masalah dengan Menteri-Menteri yang ada pada hari ini termasuk Menteri muda seperti Khairy.

Depan Perdana Menteri entah apa yang dicakapnya. Selepas melihat kemarahan rakyat memuncak, lain pula yang dicakapnya. Maka popular lah mereka.

SEMENTARA ITU....

Saham TNB naik 13.0 peratus susulan semakan tarif elektrik
KUALA LUMPUR: Harga saham kaunter untung utama Tenaga Nasional Bhd (TNB) meningkat 13.04 peratus, atau RM1.29, pada tengah hari ini susulan pengumuman semakan tarif elektrik semalam. 
Harga saham berada pada RM11.18 pada 12.30 tengah hari, selepas dibuka pada RM10.80 hari ini dengan sejumlah 21.1 juta saham diniagakan. 

Syarikat utiliti itu kali terakhir diniagakan pada RM9.89 sebelum ia meminta sahamnya digantung tengah hari semalam apabila kerajaan mengumumkan tarif baharu elektrik.
Kenanga Research dalam notanya hari ini berkata semakan tarif itu akan meningkatkan jualan elektrik tahun kewangan 2014 TNB sebanyak lapan peratus, yang membawa kepada pendapatan tahunan RM1.17 bilion bagi syarikat tersebut. 

"Kami mengekalkan andaian harga asas arang batu kami pada US$95 setan metrik, dan justeru itu, unjuran pendapatan tahun kewangan 2014-2015 kami dinaikkan masing-masing sebanyak 15 peratus dan 16 peratus" kata agensi penyelidikan itu. - BERNAMA 
 http://www.bharian.com.my/articles/SahamTNBnaik13_0peratussusulansemakantarifelektrik/Article/

Mungkin berita ini berita amat mengembirakan buat pengurusan Tenaga Nasional, kakitangan TNB serta CEOnya.

Harga saham naik. Bonus pun akan naik kerana pendapatan TNB akan meningkat hasil kutipan dari kenaikan tarif elektrik.

Adakah ini bermaksud Tenaga Nasional sanggup "MEMERAH" rakyat semata-mata mahu melihat keputusan kewangannya "CANTIK"?

Tuesday, December 3, 2013

KADAR BARU LETRIK: BERAPA KENAIKAN BIL ANDA?

Berapa bil letrik yang akan anda terima berikutan kenaikan tarif yang diumumkan beberapa hari lalu?

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini menyiarkan anggaran kenaikan sebulan mengikut kadar penggunaan.

Bagi mereka yang purata penggunaan sebulan sebanyak RM357.80, bulan Januari nanti, mereka akan menerima bil sebanyak RM452.70, kenaikan sebanyak RM76.90.   

Monday, December 2, 2013

RAKYAT MERANA LETRIK NAIK: KAKITANGAN TNB DAPAT BONUS 6 BULAN GAJI!

HARI ini, Kerajaan mengumumkan kenaikan tarif letrik berkuatkuasa 1 Januari 2014.

Berapa kenaikannya?


Sehubungan dengan itu, berkuatkuasa 1 Januari 2014, kadar purata tarif elektrik di Semenanjung akan dinaikkan sebanyak 4.99 sen/kWj (atau 14.89%) daripada kadar purata semasa 33.54 sen/kWj kepada 38.53 sen/kWj yang melibatkan 4 komponen iaitu:

Apa alasannya?

 Bagi mengukuhkan kedudukan kewangan negara dan ke arah penetapan harga gas berasaskan mekanisme harga pasaran, usaha rasionalisasi subsidi merupakan langkah yang perlu diteruskan oleh Kerajaan. Di samping itu, Kerajaan juga perlu memastikan syarikat-syarikat utiliti mampu menampung peningkatan kos pembekalan elektrik dan mempertingkatkan pelaburan untuk menyediakan infrastruktur dan operasi pembekalan elektrik yang lebih baik.

Setiap kali Kerajaan mahu menaikkan harga letrik, alasan yang sama diberikan kepada rakyat. 

Link berikut ialah kenyataan akhbar oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Maximus Ongkili mengenai kenaikan tarif letrik bermula 1 Januari 2014.
http://www.kettha.gov.my/content/semakan-semula-tarif-elektrik-di-semenanjung-sabah-dan-wp-labuan

Tahun 2012, Tenaga Nasional mengaut keuntungan lebih RM1 bilion. 2013, keuntungan Tenaga Nasional adalah sebanyak RM219 juta, kejatuhan disebabkan oleh kejatuhan nilai ringgit.

Kalau dianalisa kenyataan akhbar tersebut, Kerajaan sengaja mengelak untuk menyatakan berapa keuntungan yang akan dikaut oleh Tenaga Nasional dengan kenaikan tarif ini. 

Ada yang mengatakan kenaikan ini akan memberi keuntungan tambahan sebanyak RM1 bilion kepada Tenaga Nasional.

Kerajaan juga dengan sengaja berdiam diri dengan pemberian bonus yang lumayan diberikan kepada kakitangan Tenaga Nasional.


JELAPANG DIMAKLUMKAN, TENAGA NASIONAL MEMBERI BONUS ANTARA 5 HINGGA 6 BULAN KEPADA KAKITANGANNYA TERMASUK PENGURUSAN ATASAN.

LEBIH MENARIK LAGI, TENAGA NASIONAL MEMINTA KAKITANGANNYA MERAHSIAKAN PEMBERIAN BONUS INI DARI PENGETAHUAN UMUM.

KALAU PERKARA INI TIDAK BENAR, KITA MINTA KERAJAAN DAN TENAGA NASIONAL TAMPIL MENAFIKAN PEMBERIAN BONUS LUMAYAN INI.

Persoalannya, WAJARKAN rakyat diperah kerana kegagalan kerajaan menguruskan perbendaharaan negara?

Kita bukan hendak menidakkan pemberian bonus kepada kakitangan TNB, tetapi janganlah melampau.

Pemberian bonus yang lumayan ini hanya menggambarkan keangkuhan kerajaan dan tidak memperdulikan keperitan rakyat.

Thursday, November 28, 2013

2014: TAHUN NAIK!



Kalau ikut kalendar Mayan (Mesoamerican Long Count Calendar), tahun 2012 adalah tahun dunia kiamat.

Dalam tulisan kali ini, Jelapang nak pakai kalendar Cina.

Kalau ikut kalendar Cina, tahun 2014 ada lah TAHUN NAIK

Apa yang NAIK 2014?

** LETRIK NAIK!

** TOL NAIK!

** TAMBANG HAJI NAIK!

** HARGA GAS MASAK NAIK!

** CUKAI PINTU NAIK!



APA YANG DAH NAIK?

** HARGA PETROL DAH NAIK!

** HARGA GULA DAH NAIK?


APA YANG BELUM TENTU NAIK?

** DIVIDEN ASB/AMANAH SAHAM WAWASAN/AMANAH SAHAM MALAYSIA/ AMANAH SAHAM DIDIK / AMANAH SAHAM 1MALAYSIA (kalau naik pun, paling banyak 0.5 peratus). Kadar dividen lumayan akan diberikan pada 2017, setahun sebelum PRU-14. 


** DIVIDEN KWSP (harapan cerah naik 0.25 peratus. Paling tinggi naik 0.5 peratus). Kadar dividen lumayan akan diberikan pada 2017, setahun sebelum PRU-14. 



APA YANG PASTI TAK AKAN NAIK!

** KADAR JENAYAH
(Pemandu menerusi Idris Jala akan keluarkan statistik indeks jenayah menurun selepas 5 tahun).


DAN YANG PASTI, ROSMAH MANSOR AKAN TERUS NAIK JET KE SANA-SINI. (kerana PRU-14 jauh lagi).

Wednesday, November 27, 2013

BIL LETRIK NAJIB: NAJIB ANGKUH DAN SOMBONG

Apakah pemimpin kita sudah HILANG rasa rendah diri dan kepentingan rakyat jauh dari hati mereka?

Apabila ditanya mengenai bil letrik dan air untuk rumah Perdana Menteri, ini jawapan Shahidan Kassim:


"Jumlah bil elektrik bagi kediaman rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Seri Perdana adalah sebanyak RM2,237,788.13 pada 2012.

Manakala sebanyak RM311,174.25 dibelanjakan untuk pembayaran air sepanjang tahun tersebut.

Perkara itu dimaklumkan dalam jawapan bertulis daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim bagi menjawab soalan ahli parlimen Seremban Anthony Loke.

Beliau bertanya mengenai butir-butir bil elektrik dan air serta kos penyelenggaraan kediaman rasmi Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam jawapan itu, Shahidan juga memberitahu, kompleks itu dibina atas tanah 42.5 ekar.

Ia dilengkapi kemudahan ruang pejabat, bilik-bilik mesyuarat, bilik tetamu serta kemudahan sokongan bagi membantu melancarkan urusan harian PM.

Shahidan juga berkata Kompleks Seri Setia - kediaman rasmi Muhyiddin pula - sebanyak RM865,458.56 telah dibelanjakan bagi tujuan pembayaran bil elektrik pada tahun yang sama.

Manakala sebanyak RM99,264.03 dibelanjakan untuk pembayaran bil air sepanjang tahun 2012."

 Najib Razak dikritik hebat kerana isu ini. Dan apa jawapan Najib?


"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kadar bil elektrik yang tinggi untuk kediaman rasminya Seri Perdana tidak dapat dielakkan kerana ia merupakan satu keperluan.
Kediaman tersebut, yang dilengkapi ruang bagi mengadakan majlis rasmi untuk ketua-ketua negara yang melawat, bukan milik beliau, kata Najib kepada pemberita di Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (PENA) di Kuala Lumpur hari ini.
“Bila presiden China datang, takkan nak makan dengan diterangi cahaya lilin. Itu romantik sangat bukan?,” katanya."

 

Tak dapat Jelapang bayangkan bagaimana Najib boleh menggunakan letrik sampai RM2.237 juta setahun.

Bagi rakyat biasa seperti kita, paling tinggi bil letrik kita adalah RM250 sebulan atau RM3,000 setahun.

Itupun dah termasuk penggunaan seterika, peti ais, kipas angin, water heater, air-cond setiap bilik (pakai malam saja), lampu luar, lampu dalam rumah (24 jam ON), ipad, komputer, mesin basuh, TV dan vacuum cleaner. Semua ini, Jelapang kena bayar antara RM200-RM250 sebulan. Tapi kita ambil purata RM250 sebulan.

Tetapi lain pula dengan Perdana Menteri kita. Bil letrik di Seri Perdana ialah RM186,482 sebulan.

Kalau Jelapang disuruh oleh Tenaga Nasional menggunakan letrik sebanyak RM2.237 juta setahun, tak terfikir Jelapang bagaimana nak menggunakan letrik sebanyak itu.

Elok lah Najib menghayati sedikit kepayahan rakyat.

Di Taman Perumahan yang Jelapang tinggal sekarang ini, terdapat 115 rumah teres setingkat dan dua tingkat. 

Kalau setiap rumah menggunakan letrik sebanyak RM250 sebulan, maka jumlah bil letrik SELURUH TAMAN ialah RM28,750 atau RM345,000 setahun. 

Tetapi sedihnya, bil letrik SATU rumah Najib sahaja mencecah RM2.237 juta. 

Berapa ramai sangat pemimpin negara luar melawat Malaysia? 

Rakyat tak suruh Najib pakai lilin, tapi jangan lah angkuh seumpama itu.

Rakyat sedang menderita. Selami lah sedikit perasan rakyat. Sakit hati rakyat apabila Najib membuat kenyataan yang begitu bodoh, sombong dan angkuh.

Saturday, November 16, 2013

ZAHIDA RAFIK KAHWIN DUDA

Artis jelita, Zahida Mohamed Rafik, akan berkahwin tahun hadapan.

TETAPI bukanlah dengan AHLI POLITIK terkenal seperti desas desus yang Semua Anggap benar selama ini.

Zahida yang sudah menjangkau usia 38 tahun, dilaporkan akan berkahwin dengan seorang ahli perniagaan berusia 41 tahun berstatus duda dari Johor.

SELAMAT PENGANTIN BARU, ZAHIDA.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1115&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm




Friday, November 15, 2013

TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014?: PELANCONG TAIWAN DITEMBAK MATI!





KOTA KINABALU - Seorang pelancong Taiwan ditemui mati ditembak dan isterinya dikhuatiri diculik oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian di Pulau Pom Pom dekat Semporna awal hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, dalam kejadian jam 1 pagi itu mangsa yang berumur 57 tahun ditemui berlumuran darah di dalam sebuah bilik di pusat peranginan di pulau berkenaan dengan kesan tembakan pada tubuh.

"Semasa kejadian itu seorang pengawal keselamatan di situ mendengar bunyi tembakan dan melaporkan perkara tersebut kepada Pasukan Gerakan Am yang berada kira-kira 800 meter dari tempat kejadian," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di sini.

Katanya, polis percaya isteri mangsa yang juga warga Taiwan berusia 58 tahun telah dilarikan oleh kumpulan terbabit ke perairan Semporna.

"Kami percaya mangsa yang dilarikan itu masih hidup," katanya menambah polis sudah menghubungi Kedutaan Taiwan bagi memaklumkan kejadian berkenaan.      

Hamza berkata, berdasarkan kelongsong peluru yang ditemui di tempat kejadian, polis percaya penjenayah menggunakan senjata berat.

Kes ini juga tidak ada kaitan dengan insiden pencerobohan dan motif kejadian masih disiasat, katanya.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Terdahulu di JOHOR BAHARU, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan kejadian berkata polis sedang memburu kumpulan penjenayah terbabit.

Di LAHAD DATU, Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek pula menegaskan keselamatan di pantai timur Sabah adalah terkawal.

Katanya pasukan keselamatan juga sudah mempertingkat kawalan terutama di pulau-pulau peranginan. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/pelancong-taiwan-mati-ditembak-isteri-diculik-1.221309

Thursday, November 14, 2013

AZALINA PENGERUSI CCM

Azalina Othman Said, yang baru-baru ini menarik diri bertanding Ketua Pergerakan Wanita Umno, kini dilantik sebagai Pengerusi Chemical Company of Malaysia (CCM).

KUALA LUMPUR 13 Nov. – Bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said, 49, dilantik sebagai Pengerusi Chemical Company of Malaysia Bhd. (CCM) bermula hari ini.
Menurut syarikat itu di dalam kenyataannya ke Bursa Malaysia, pelantikan itu adalah bagi menggantikan Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, 62, yang melepaskan jawatan itu untuk memberi komitmen tugasan yang lain.
Azalina mempunyai latar belakang pendidikan perundangan daripada Universiti Malaya dan London School of Economics and Political Sciences.
Azalina adalah Ahli Parlimen Penggerang.

Mengenai pemegang saham CCM:

Substantial Shareholders

 
Direct Holdings
Indirect Holdings
NameNo.(%)No.(%)
1. Permodalan Nasional Berhad284,984,76070.40--
2. Citigroup Nominees (Tempatan) Sdn. Bhd.
      - Employees Provident Fund Board
36,004,2008.89--
3. Yayasan Pelaburan Bumiputraa  284,984,76070.40
 http://www.ccmberhad.com/about_ccm/shareholders_information.asp

Wednesday, November 13, 2013

ANWAR IBRAHIM: SYED MOKHTAR SEMAKIN TAMAK



Laporan mengenai cadangan pengambilalihan Bernas oleh Syed Mokhtar Al-Bukhary. 

Anwar dakwa Syed Mokhtar ambil alih Bernas untuk keuntungan sendiri

OLEH MD IZWAN
NOVEMBER 12, 2013
Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) mendakwa pengambilalihan syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary hanya menguntungkan taikun Melayu tersebut.
Ketua Pembangkang itu berkata, penguasaan Syed Mokhtar dalam Bernas terpesong dengan niat asalnya untuk membela nasib petani dan memastikan keperluan beras negara dipenuhi.
“Kita patut ingat niat asal penswastaan Bernas bukan sahaja untuk memastikan keperluan beras negara dipenuhi.
"Tetapi untuk memastikan petani, pengedar Bumiputera dan pekerja Bernas mendapat manfaat daripada milikan ekuiti penswastaan tersebut," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, berbeza pada 1995 iaitu sebanyak 45 peratus pegangan Bernas menjadi milik petani dan staf Bernas, syarikat padi tersebut kini hanya dikuasai oleh seorang individu sahaja iaitu Syed Mokhtar.
"Hingga hujung 2009, milikan ini mulai dibeli seorang individu bernama Syed Mokhtar melalui syarikat-syarikat miliknya (Gandingan Bersepada Sdn Bhd dan Tradewinds) menyebabkan beliau memiliki 53.7% Bernas," katanya.
Anwar berkata, pengambilalihan oleh taikun Melayu itu sememangnya sudah dijangkakan kerana beras merupakan makanan ruji utama rakyat negara ini.
"Bernas memang sasaran pengambilalihan mana-mana individu yang sangat kaya.
“Apabila diambil kira keuntungan yang sihat, monopoli Bernas ke atas lesen AP import beras dan realiti bahawa beras adalah makanan ruji rakyat Malaysia, individu yang sangat kaya pasti mengidamkan syarikat sebegini," katanya.
Sehingga 2012, Bernas memperoleh keuntungan sebanyak RM3.6 bilion dan dijangka meningkat hingga RM3.9 bilion pada 2015, menurut ramalan hasil yang dijalankan oleh Maybank Research.
Anwar mendakwa, Syed Mokhtar seorang yang tamak sebaik sahaja kerajaan memanjangkan mandat Bernas merangkumi pengurusan bekalan beras negara dan monopoli pengimportan beras dari 11 Januari 2011 hingga 10 Januari 2021.
"Beliau (Syed Mokhtar) semakin tamak.
"Tawaran pembelian Bernas pada RM 3.70/saham dibuat pada penghujung Februari 2013 melalui syarikat-syarikat lain miliknya iaitu Perspective Lane (M) Sdn Bhd, Kelana Ventures Sdn Bhd, Seaport Terminal (Johore) Sdn Bhd dan Acara Kreatif Sdn Bhd," katanya.
Anwar kemudian mengecam Syed Mokhtar sebagai seorang "oportunis" kerana langkah pengambilalihan tersebut bertujuan menguntungkan dirinya sahaja.
"Kami kecam pengambilalihan baru-baru ini yang bersifat oportunis oleh Syed Mokhtar sebagai satu langkah mengambil alih sepenuhnya Bernas pada ketika monopoli Bernas ke atas pengimportan beras dilanjutkan hingga 2021 kerana tindakan ini akan menguntungkan satu individu tertentu, iaitu Syed Mokhtar sendiri,” katanya.. - 12 November, 2013.

KHAIRY SUDAH BOSAN!

SAYA SUDAH BOSAN DENGAN FAM!

Itulah tuturkata yang keluar dari mulut Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan ketika mengulas isu berkaitan Persatuan Bolasepak Malaysia yang dinaungi DYMM Sultan Pahang.

Kita tak kisah apa bahasa yang hendak digunakan oleh Khairy dalam mengkritik FAM. Ramai peminat juga tidak berpuashati dengan pencapaian FAM dalam mempertingkatkan mutu bolasepak negara.

Tetapi kita terkejut apabila Khairy berkata beliau SUDAH BOSAN dengan FAM.

Baru 179 hari (hampir 6 bulan) Khairy dilantik sebagai Menteri oleh Najib Razak.

Kalau berdasarkan kenyataan Khairy pada 10 November lalu, tidak salah kita katakan dalam tempoh 179 hari, Khairy SUDAH BOSAN dalam melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai Menteri. Itu persepsi kita berdasarkan kenyataan beliau.

Kalau isu permainan bolasepak pun Khairy SUDAH BOSAN, bayangkan jika beliau diberi tanggungjawab lebih berat untuk ditangani!

Cabaran menangani isu bolasepak tidak lah sebesar mana pun tetapi berdasarkan kepada kenyataan Khairy, beliau SUDAH BOSAN dengan FAM.

Kalau menagani isu bolasepak sudah membosankan beliau, bagaimana  Najib memberi cabaran yang lebih berat kepada beliau?

Kalau sikap Khairy dicontohi oleh pemimpin lain, maka hancurlah negara. 

Cuba kita bayangkan kalau Ketua Polis Negara berkata beliau SUDAH BOSAN dengan isu keselamatan negara atau Perdana Menteri berkata beliau SUDAH BOSAN dengan keadaan ekonomi negara. 

Akibatnya negara hancur.

Sejak akhir-akhir ini, banyak betul publisiti dicari Khairy. Ini termasuklah isu bolasepak.

Beliau memilih bahasa yang agak menarik dalam kenyataan beliau. Dalam isu yang sama, Khairy mengeluarkan kenyataan berikut:

"Apa ini mengarut, saya cakap bukan sebab saya dendam, saya cakap sebab saya sayangkan bola sepak, saya luahkan apa yang rakyat cakap, tak percaya masuk dalam Facebook, masuk dalam Twitter tengok (rakyat) komen lagi teruk apa yang saya cakap.

“Ini saya berlapik lagi, jadi, tolonglah jangan cari orang yang dah tak ada apa-apa dan lepas itu suruh dia cakap, ini bukan dia cakap, ini FAM ‘baling batu sembunyi tangan’.

“Saya tak tahu, kena tanya FAM, saya cakap nanti, FAM dia panggil semua bekas pemain, seperti Jamal Nasir suruh kritik saya, malas hendak cakap.

Ditanya lagi sama ada beliau tidak mahu lagi memberi komen mengenai FAM selepas ini, Khairy berkata: “Saya akan komen dari semasa ke semasa, tapi hari ini saya FED-UP dengan FAM."
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131110/su_01/Saya-sudah-bosan-dengan-FAM

Tidak menghairankan kalau penyanyi Siti Nurhaliza berkata Khairy biadap.



http://apanama2020.blogspot.com/2013/11/kj-biadap.html

Monday, November 11, 2013

DOKTOR MENGANGGUR DI NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI?



Kalau di zaman 6oan, ibubapa kita impikan anak-anak mereka menjadi seorang guru dan pada tahun 80an, ramai ibubapa berharap anak yang mereka lahirkan menjadi seorang doktor, tambahan lagi apabila bapa dan ibu juga seorang doktor.

Kepada ibubapa yang mengidam anak mereka mengambil kursus kedoktoran dan keluar universiti bergelar doktor, eloklah membaca artikel berikut:
http://www.nst.com.my/nation/general/no-jobs-for-medical-grads-next-year-1.396549

Berikut ialah intipati artikel yang disiarkan oleh akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times, Ahad lalu.

1. Bermula tahun hadapan (2014), TIADA KEKOSONGAN untuk doktor-doktor baru di Malaysia.

2. Terlalu BANYAK graduan kedoktoran dihasilkan setiap tahun dan negara TIDAK CUKUP HOSPITAL untuk melatih dan MENYEDIAKAN PEKERJAAN untuk doktor-doktor baru ini.

3. Negara mempunyai terlalu banyak (40) institusi swasta menawarkan kursus kedoktoran.

4. Jumlah doktor berbanding per kapita merupakan yang TERTINGGI di dunia.

5.  5,000 GRADUAN KEDOKTORAN dikeluarkan oleh Pusat Pengajian Tinggi setiap tahun sekarang, jumlah yang tertinggi dalam sejarah negara.

6. Padahal, Kerajaan hanya membina HANYA DUA hospital baru dalam 5 tahun terakhir ini. Di dalam belanjawan 2014 yang dibentangkan baru-baru ini, kerajaan hanya bercadang membina hanya SATU hospital baru tahun hadapan.

7. Terdapat 15,000 JURURAWAT sedang MENGANGGUR sekarang ini.

Sunday, November 10, 2013

NUR JAZLAN KACANG LUPAKAN KULIT?



Seminggu dua ini dan beberapa minggu akan datang, kita akan dihidangkan dengan kenyataan-kenyataan menghentam Ahli Parlimen Pulai Nur Jazlan Mohamed oleh media-media utama kerana penulisan beliau di sebuah portal yang dilihat mengkritik pemimpin Umno.

Seperti biasa, Nur Jazlan akan didesak meminta maaf dan diambil tindakan disiplin.

Seperti mana yang berlaku sebelum ini, pengkritiknya bukan dari kalangan Menteri, Ahli Majlis Tertinggi Umno atau pemimpin atasan Umno, ianya akan dibuat oleh orang yang tak pernah kita kenal dan ada antaranya pernah menjadi penjual burger, bekas ahli politik parti pembangkang serta mereka yang sudah lanjut usianya.

Mereka akan diberi skrip untuk dibaca dan ada kalanya akan membuat interbiu telefon dengan stesen TV terpilih.

Itulah pendekatan pemimpin atasan sekarang ini dalam menangkis kritikan dari dalam parti.

Kali ini giliran Nur Jazlan dihentam kerana penulisan berikut:

Umno perlu inspirasi dan strategi baru tarik hati pengundi - Nur Jazlan Mohamed

NOVEMBER 08, 2013
Dua Pilihan Raya Kecil (PRK) berlaku dalam tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan pada Mei lalu, dan dalam kedua-dua PRK itu menyaksikan pertembungan dua parti terbesar orang Melayu di negara ini, iaitu Umno dan PAS.
Keputusan kedua-dua PRK ini, menyaksikan status quo sebelum ini, dikekalkan pengundi iaitu untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut untuk Umno dan Sungai Limau bagi PAS.
Berbanding Kuala Besut, PRK Sungai Limau amat menarik kerana ia adalah kerusi yang dikosongkan bekas Menteri Besar Kedah, allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang meninggal dunia pada 26 September lalu, selepas menjadi Adun kawasan berkenaan sejak 1995.
Umno sudah pasti mahu meneruskan momentum kemenangan di Kuala Besut dan Umno Kedah sudah pasti mahu menang di bawah pimpinan Menteri Besar yang baru, Datuk Mukhiriz Mahathir.
Dengan majoriti pengundi di Sungai Limau, yang 90% Melayu, Umno yang segar dengan sokongan orang Melayu yang memberikan kemenangan 88 kerusi Parlimen dalam PRU13 meningkat 9 kerusi berbanding Pillihan Raya Umum 2008, sudah pasti mengharapkan kemenangan di kubu kuat PAS.
Tambahan pula, PAS Kedah yang diketahui bergolak sejak zaman pemerintahan allahyarham Azizan, mempunyai pesuruhajaya baru yang dikatakan tidak mendapat sokongan penuh daripada ahli-ahli parti di negeri Jelapang Padi berkenaan.
Selain itu, faktor DUN Sungai Limau yang terletak dalam Umno Bahagian Jerai, yang dipimpin Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, juga meningkatkan keyakinan Umno Kedah untuk merampas kerusi milik PAS berkenaan.
Strategi diatur Umno yang masih segar dengan pemilihan parti pada 19 Oktober lalu, bagi memasuki ‘gelanggang’ PRK dengan semangat untuk membuktikan bahawa sokongan orang Melayu terhadap parti itu khususnya, di Kedah berpihak kepada Umno.
Sepanjang kempen PRK Sungai Limau, kita menyaksikan bahawa pemimpin besar Umno termasuk daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berhaluan kanan meminta pengundi Sungai Limau khususnya, orang Melayu memberikan sokongan kepada parti.
Namun apabila keputusan diumumkan pada 4 November lalu, PAS terus mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau dengan majoriti yang merosot berbanding yang diperoleh allahyarham Azizan.
Perlu diingatkan bahawa dalam PRU13, allahyarham Azizan berhadapan dengan saingan empat penjuru berbanding dalam PRK yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Umno dan PAS.
Sememangnya, ramai pemimpin Umno memberikan ulasan selepas kemenangan PAS itu, bahawa Umno tetap memperoleh kemenangan moral kerana berjaya menurunkan majoriti yang diperoleh PAS.
Dan pelbagai analisa kemudian dibuat termasuk kembalinya sokongan masyarakat Cina kepada Barisan Nasional (BN) selain pengundi luar yang tidak pulang mengundi sehingga menggagalkan misi Umno untuk menawan DUN Sungai Limau.
Saya tidak mahu memberikan analisa yang rumit dengan pelbagai perangkaan serta statistik lengkap dengan angka dan sebagainya.
Apa yang hendak saya perkatakan adalah bagaimana pengundi Sungai Limau memberikan isyarat jelas bahawa mereka tidak termakan lagi dengan strategi janji pelbagai projek pembangunan jika Umno memenangi kerusi berkenaan.
Strategi ini, yang selalu digunakan Umno sebagai parti yang menjadi tulang belakang kepada kerajaan memerintah dan ia sebenarnya, adalah satu kelebihan yang turut digunakan pembangkang yang memerintah Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
Tidak ada salahnya dengan menawarkan janji projek pembangunan, tetapi pemimpin BN perlu merangka strategi baru kerana pengundi tidak lagi membuat keputusan kerana terpengaruh dengan janji berkenaan.
Lebih tepat lagi, Umno dan BN perlu berfikir di luar kotak atau ‘think out of the box’ untuk menawan hati pengundi dan tidak hanya bersandarkan strategi janji projek pembangunan kepada mereka.
Saya dimaklumkan beberapa rakan yang mengikuti kempen PRK Sungai Limau, bahawa ceramah BN hanya dihadiri ahli-ahli BN itu pun jentera parti yang datang daripada luar.
Pada masa sama kegagalan pemimpin-pemimpin Umno Pusat yang berkampung di Sungai Limau untuk menerangkan mengenai Bajet 2014 menyebabkan pembangkang mudah memanipulasikan isu seperti GST dan kenaikan harga minyak.
Sebenarnya, rakyat menunggu pemimpin Umno yang mempunyai pendirian tegas dalam mempertahankan dasar-dasar kerajaan berbanding pendekatan memberitahu mereka apa yang diperlukan oleh rakyat.
Tidak ramai  menteri dalam Kabinet yang mempunyai aura untuk menarik hati serta sokongan rakyat dan seharusnya, 30 ahli Kabinet ini, sepatutnya, menjadi ‘role model’ kepada rakyat.
Pengundi Sungai Limau sebenarnya, mahu melihat pemimpin Umno yang ‘gagah’ dan lantang mempertahankan polisi serta dasar kerajaan selain mempertahankan agenda Melayu, bukan sekadar bersuka ria dalam majlis yang dianjurkan.
Pada masa sama, ada juga rakan-rakan yang bertanyakan mengenai persiapan jentera Umno Bahagian Jerai yang seharusnya, sudah bersedia untuk menghadapi PRK memandangkan allahyarham Azizan sudah lama jatuh sakit.
Jangkaan untuk menghadapi PRK seharusnya, sudah dipersiapkan dengan pelbagai strategi baru.
Bukanlah, saya mahu mengecilkan hati keluarga allahyarham Azizan tetapi saya yakin PAS juga sudah lama bersedia untuk menghadapi PRK Sungai Limau.
Walaupun, Umno kalah di Sungai Limau, saya tetap mahu mengucapkan tahniah kepada Mukhriz yang tenang memimpin jentera parti sepanjang kempen Sungai Limau walaupun beliau kalah dalam pemilihan Naib Presiden Umno.
Strategi Umno yang kelihatan cuba menggunakan NGO berhaluan kanan orang Melayu bagi meraih sokongan pengundi Melayu ketika PRK Sungai Limau juga dilihat tidak menjadi.
Masyarakat Melayu di Sungai Limau yang dikategorikan sebagai kawasan luar bandar tidak lagi termakan dengan isu ketuanan Melayu yang dimainkan NGO-NGO ini.
Jika strategi ini, terus digunakan Umno dalam pilihan raya, ia akan memberikan kesan kepada kawasan yang bukan majoriti Melayu seperti di kawasan saya, Parlimen Pulai yang mempunyai 52% bukan Melayu dan 48 peratus Melayu.
Malah, dalam PRU13 lalu, satu kawasan DUN dalam Parlimen Pulai iaitu di DUN Pengkalan Rinting kalah kepada DAP, apabila masyarakat bukan Melayu terutamanya kaum Cina ‘tersinggung’ dengan isu ketuanan Melayu yang dibawa NGO-NGO ini.
Sebenarnya, kewibawaan Mukhriz teruji dalam PRK ini, dan saya yakin beliau akan cuba merangka strategi baru dalam usaha mengekalkan negeri Jelapang Padi dalam tangan BN pada PRU ke-14 nanti.
Rakyat sedang menunggu inspirasi baru daripada Umno yang boleh menarik semula sokongan tidak berbelah bagi kepada parti.
Mukhriz adalah inspirasi itu seperti yang ditonjolkan beliau dalam pemilihan Naib Presiden Umno.  Namun, beliau seorang sememangnya tidak mencukupi untuk Umno. – 8 November, 2013.
* Datuk Nur Jazlan Mohamed adalah Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Ahli Parlimen Pulai dan Akauntan Bertauliah.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/umno-perlu-inspirasi-dan-strategi-baru-tarik-hati-pengundi-nur-jazlan-moham

JELAPANG: Demokrasi menyemarak di dalam Umno?

Kenyataannya, Umno tidak boleh dikritik. Jika dikritik, pengkritiknya akan dihentam oleh bekas penjual burger, bekas pemimpin pembangkang dan mereka yang sudah berusia.

Jika rakyat mengharapkan pemimpin dapat ditegur, ianya satu mimpi di siang hari. Itulah sebabnya orang muda beralih angin kepada pembangkang dan lebih mempercayai kandungan portal berita bebas, blog, Twitter dan Facebook.

Kita hendak mengharapkan anggota Kabinet menegur Najib Razak? 70 peratus anggota Kabinet hari ini dilihat sebagai "kayu reput".

Kita hendak mengharapkan Ahli Majlis Tertinggi Umno menegur Najib? Hampir keseluruhan Ahli Majlis Tertinggi hanya mementingkan diri dan berminat hanya untuk mempertahankan kedudukan di dalam Kabinet dan kelebihan menikmati projek kerajaan.

Pemimpin yang berani mengkritik kerajaan tiada tempat dalam Kabinet. Pemimpin yang muak dengan kerakusan pemimpin telah meninggalkan Kabinet dan Majlis Tertinggi.

Kalau dipanjangkan umur, mungkin Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri suatu hari nanti adalah di kalangan Ahmad Maslan, Azeez Rahim yang kini menerajui Tabung Haji, Hassan Malik, Shahidan Kassim, Annuar Musa dan Suhaimi Shahadan. 

Kalau dulu, Timbalan Menteri adalah golongan muda, pelapis negara, hari ini pelapis negara ialah antaranya Wan Junaidi Tunku Jaafar, Hamim Samuri, Tajuddin Abdul Rahman, Hilmi Yahya, Ahmad Bashah Mad Hanipah dan Mahdzir Khalid. 

Dan inilah yang dikatakan Transformasi oleh Najib. 

Nur Jazlan akan terus dihentam dalam masa terdekat ini kerana itulah cara Najib selama ini dalam menangkis pengkritik beliau.

Bagi kita rakyat biasa, jika ditakdirkan Azeez Rahim menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti, terimalah kerana mempertahankan KETUANAN MELAYU lebih penting dari mengkritik seorang penjual kereta terpakai.