Sunday, November 29, 2009

MB NEGERI SEMBILAN & RM10 JUTA NYA!

1998, Anwar Ibrahim disiasat atas tuduhan mempunyai dana haram RM3 billion. http://www.tvantara.com/v1/newsdetails?news=2302 dan Anwar disingkirkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno oleh Perdana Menteri ketika itu Dato' Sri Dr Mahathir Mohamad.

Pada 11 April 1988, Muhammad Muhammad Taib meletakkan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Selangor setelah Mahkamah Majistret Brisbane memutuskan beliau bersalah membawa keluar wang tunai sebanyak RM 2.4 juta. Beliau ditahan di Lapangan Terbang Brisbane, Australia, pada 16 Disember 1996 kerana tidak mengisytiharkan wang tersebut yang kononnya milik adiknya untuk membeli tanah di Queensland . Wang tunai tersebut dalam bentuk ringgit Singapura, Malaysia dan New Zealand. Beliau didakwa di dibawah Financial Transaction Reports Act 1988, Australia. Ia juga semasa era Tun Dr Mahathir. http://kedahku.blogspot.com/2008/12/apa-nak-dikata-mat-taib-tetap-menawan.html

13 November lepas, Ahli Parlimen Batu Tian Chua mengeluarkan satu kenyataan akhbar yang disiarkan oleh Anwar Ibrahim di dalam blog beliau. Dakwaan Tian Chua ialah: "Datuk Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan melalui Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd (salah satu lesen perniagaan pengurupan wang yang dibatalkan) telah mengirim sejumlah wang yang bernilai RM10 juta ke London pada tahun 2008."
http://anwaribrahimblog.com/2009/11/13/bank-negara-siasat-segera-mb-negeri-sembilan/

Menurut blogger Paneh Miang, sepanjang 22 tahun Isa Samad menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan, hanya 2 kali beliau di siasat BPR. Tetapi lain pula dengan Mohamad Hassan. 5 tahun menjadi MB, dah 10 kali kena siasat. http://paneh.blogspot.com/

RM10 juta adalah satu jumlah yang besar. Bayangkan berapa banyak rumah orang miskin boleh dibina dengan RM10 juta. Bank Negara menyatakan ia sedang menyiasat kes Mohamad Hassan ini. http://www.malaysiakini.com/news/118501

Siasat satu hal, dakwa satu hal yang lain. Banyak siasatan dilakukan di negara kita, tetapi jumlah yang kena dakwa boleh bilang dengan jari. Salah siapa kalau rakyat tidak mempunyai keyakinan bahawa tiada dakwaan akan dibuat dalam kes Mohamad Hassan ini? Malahan sudah ada suara-suara sumbang mengatakan Bank Negara akan mengeluarkan kenyataan "TIADA KES" dalam kes Mohamad Hassan ini. http://www.malaysiakini.com/news/118510

Dato Sri Najib Razak sudah banyak membawa perubahan dalam corak kepimpinan negara. Sehingga hari ini, Perdana Menteri menekan butang yang betul dalam setiap keputusan beliau yang membabitkan kepentingan rakyat.

Dalam kes Mohamad Hassan ini, kita juga mengharapkan Najib menekan butang yang betul. Kalau tersalah tekan butang, kita bimbang Najib juga akan diletakkan dalam satu bakul yang sama dengan pemimpin-pemimpin terdahulu. Mampukah Najib mengambil tindakan yang sama ke atas Mohamad Hassan seperti mana yang dilakukan Tun Dr Mahathir?

Friday, November 27, 2009

BEKAS MUFTI PERLIS MEMANG PATUT DITANGKAP!

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.

Kita diberikan pendidikan mengenai Islam sejak kecil. Ada yang mempelajarinya di pondok-pondok dan madrasah. Ada yang mula mempelajarinya di bangku sekolah. Hari ini ramai anak-anak mempelajari di kelas-kelas agama khas yang diadakan di sekolah dan dikenakan yuran tertentu.

Dalam kita mempelajari agama, pernahkah kita mendengar pandangan berikut mengenai solat Hari Raya, Jumaat dan Zohor?

Bekas Mufti Perlis Asri Zainul Abidin memberi pandangan berikut:

Soalan: “Apakah benar jika hari raya berlaku pada Hari Jumaat maka sesiapa yang menunaikan Solat Hariraya tidak wajib lagi untuk dia menunaikan Solat Jumaat?

قَدِ اجْتَمَعَ فِى يَوْمِكُمْ هَذَا عِيدَانِ فَمَنْ شَاءَ أَجْزَأَهُ مِنَ الْجُمُعَةِ وَإِنَّا مُجَمِّعُونَ

“Telah berkumpul pada hari kamu ini dua hariraya, sesiapa yang mahu memadailah baginya solat hariraya bagi solat Jumaat (tidak wajib Jumaat), adapun kami (Nabi s.a.w) akan menunaikan Jumaat” (Riwayat Abu Daud, Ahmad, Ibn Majah. Dinilai sahih oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh al-Zahabi. Al-Albani juga menyatakan sahih).

Berdasarkan hadis di atas, maka seseorang diberi pilihan sama ada hendak menunaikan solat Jumaat setelah menunaikan Solat Hariraya, atau berpada dengan solat berkenaan. Maka dengan itu dia wajib menunaikan Solat Zohor. Terdapat pendapat di kalangan ulama bahawa Zohor juga tidak wajib disebabkan Nabi s.a.w tidak pun menyebut hal ini dan Hari Jumaat yang diwajibkan adalah Solat Jumaat, maka apabila ia digugurkan tidak perlu mengganti apa-apa. Antara yang berpendapat tidak wajib diganti dengan Zohor ialah al-Imam Syed Sabiq dalam Fiqh al-Sunnah (1/267, Beirut: Dar al-Fikr).

Apapun, hadis di atas dan beberapa riwayat yang lain, termasuk amalan pada zaman Umar, Abdullah ibn al-Zubair dan Ibn ‘Abbas menyebut perbuatan meninggalkan Jumaat pada hariraya itu أصابت السنة “Betul dari segi sunnah” (lihat: Ibn Taimiyyah, al-Fatawa al-Kubra 2/366, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Cumanya, mereka kebanyakannya berpendapat wajib Zohor. Adapun imam hendaklah menunaikan Jumaat untuk mereka yang hendak menunaikan Jumaat, atau tidak menunaikan Solat Hariraya, maka wajib dia menunaikan Jumaat.

Dengan diakui ada perbezaan pendapat di kalangan sarjana hukum, namun saya cenderung kepada tidak wajib Jumaat bagi makmum yang sudah menunaikan solat Hariraya berdasarkan hadis di atas dan beberapa riwayat yang lain, juga sifat Islam itu sendiri yang meringankan apabila ada ruang kelonggaran. Apatahlagi, maksud perhimpunan kaum muslimin telah tertunai pada hari tersebut, maka perhimpunan solat hariraya sudah dapat memenuhi maksud perhimpunan solat Jumaat.

http://drmaza.com/home/?p=847

Jelapang bukanlah pandai sangat mengenai agama. Belajar pun hanya semasa di bangku sekolah dan bukan lulusan UIA mahupun Al-Azhar. Tetapi setelah merenungi pandangan Asri ini, rasa ada yang tak berapa kena dengan pandangan beliau ini.

Kepada yang jahil seperti Jelapang, pandangan seumpama ini seolah-olah satu pandangan yang boleh membawa kepada kesesatan dan bahaya kepada umat Islam. Tetapi Asri orang pandai dan pakar agama. Seharusnya orang-orang yang pandai agama di Malaysia seperti Mufti-Mufti bangkit menangkis pandangan Asri ini mengenai solat Jumaat, Hari Raya dan Zohor.

Apalah salahnya hari ini kita menunaikan kedua-duanya sekali, solat Hari Raya dan Zohor. Kalau kita boleh menghabiskan berjam-jam di Tesco dan Giant atau bagi sesetengah anak muda di panggung-panggung wayang, apalah salahnya pada hari ini kita ke masjid dua kali, sekali di waktu pagi dan sekali tengah hari nanti.

Ini pandangan Jelapang menggunakan logik. Asri seharusnya menggalak dan mengajak umat Islam lebih bertaqwa dan berhadapan dengan tuhan dan bukannya mengurangkan masa bersama tuhan.

Logiknya, kalau inilah pandangan Asri, tidak hairanlah beliau ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor.

Friday, November 20, 2009

UMNO KEDAH SIHAT WALAFIAT!

TIDAK BENAR!

1) TIDAK BENAR wujudnya PUAK dalam Umno Kedah.

2) TIDAK BENAR wujud PERPECAHAN dalam Umno dan BN Kedah.

3) TIDAK BENAR ketua-ketua Umno di Kedah TIDAK MENYOKONG kepimpinan Shapie Apdal.

4) TIDAK BENAR ada Ketua-Ketua Bahagian TIDAK HADIR mesyuarat perhubungan dan majlis yang dihadiri dan dipengerusikan oleh Shapie Apdal.

5) TIDAK BENAR Umno Kedah BERPECAH-BELAH.

Inilah antara intipati kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah yang juga Ketua Bahagian Alor Setar.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm

Oleh itu Bashah menafikan apa yang ditulis oleh Utusan Malaysia baru-baru ini tidak benar. Dengan kata lain, Umno Kedah sihat walafiat, kukuh dan bersatu padu.
Tulisan Utusan Malaysia: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm&arc=hive

Dan tulisan blogger Abdul Kadir Jasin mengenai Umno Kedah yang bertajuk Kemelut Politik Nasional: Dari ke Kota Mekah ke Kota Seputih dan Umno Kedah mamaikah?
http://kadirjasin.blogspot.com/2009/11/kemelut-politik-nasional-dari-kota.html

Wednesday, November 18, 2009

RASUAH: SPRM & IKAN BILIS

CARTA ini sudah pasti bukan satu kebanggaan buat kita. Malah ia merupaka satu kekecewaan kerana apa yang dilakukan selama ini untuk mencegah rasuah nampak seolah-olah hanya sia-sia.

Lebih malang lagi apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang ditubuhkan berlandas model yang digunakan oleh Hong Kong gagal keluar dari stigma sebagai agensi yang bertindak hanya terhadap ikan bilis.

Menurut Transparency International: The decline in the CPI score for Malaysia (from 5.1 in 2008 to 4.5 in 2009) may be attributed to the perception that there has been little progress combating corruption and a lack of political will to implement effective anti-corruption measures. The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) appears to focus on “small fish” and opposition politicians.
(Penurunan markah CPI bagi Malaysia (dari 5.1 pada 2008 kepada 4.5 pada 2009) mungkin disebabkan oleh persepsi bahawa tidak banyak kemajuan dalam usaha membanteras rasuah dan kurangnya kemampuan politik untuk memastikan tindakan antirasuah benarkan dilaksanakan dengan cara lebih efektif. SPRM hanya nampak lebih menumpukan kepada "ikan bilis" dan ahli politik dari pembangkang".)
http://www.transparency.org/content/download/47600/761847/CPI+2009+Regional+Highlights+Asia+Pacific_en.pdf
http://www.transparency.org/policy_research/surveys_indices/cpi/2009/regional_highlights
http://www.transparency.org/policy_research/surveys_indices/cpi/2009/cpi_2009_table
http://www.transparency.org/

Saturday, November 14, 2009

ANTARA KOMISEN BESAR & KEBAJIKAN NEGARA!

Berita Harian Jumaat lalu menyiarkan sebuah komentar yang menggunakan nama pena Kunta Kinte.

Sindiran dan teguran penulis yang tidak bernama ini agak objektif. Jarang sekali kita dapat membaca tulisan-tulisan seumpama ini di dalam media arus perdana akhir-akhir ini.

Penulisan Kunta Kinte Jumaat lalu harus dipuji. Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan. Berikut ialah antara ungkapan Kunta Kinte dalam komentar beliau bertajuk Gejala Rasuah Tak Mengenal Bangsa.

MINGGU lalu kita cakap fasal Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi cadang nak beli jet pejuang baru ganti MIG29.

Kunta Kinte kata fikir-fikirlah dulu fasal negara dan rakyat jelata dalam keadaan susah sekarang. Kalau boleh perbaiki dan pakai balik, perbaiki dan pakailah dulu. Kalau tak boleh juga, kita tangguhlah sementara.

Tak lama lepas Kunta Kinte buat cadangan itu, Kunta Kinte baca berita Kerajaan Switzerland tangguh dulu rancangan nak beli jet pejuang baru. Switzerland ini negara maju. Kalau ikut congak Bank Dunia, ia duduk nombor enam dari segi pendapatan perkapita. Kita nombor 48.

Kita nak ganti MIG29 yang baru berumur dalam 10 tahun. Switzerland nak ganti pesawat F5E yang kita dah lama simpan dalam stor.

Maaf cakaplah, kadang-kadang Kunta Kinte pun hairan fasal apa cepat sangat nak tukar dan beli peralatan baru. Fasal kebajikan negara atau fasal ada orang boleh dapat komisen besar?

Kunta Kinte juga turut mengupas tradisi Barisan Nasional membenarkan Kementerian Pengangkutan sebagai warisan MCA. Kata Kunta Kinte:

Kunta Kinte rasa amalan rizabkan kementerian tertentu kepada ketua parti tertentu kena ditukar. Nampak terang kaedah itu sudah tak boleh pakai.

Kalau PM dah tarik balik portfolio Kementerian Kerjaraya daripada MIC, Kunta Kinte rasa dia wajib tarik balik Kementerian Pengangkutan daripada MCA. Bagi MCA kementerian lain. Lepas itu barulah senang nak siasat apa dah jadi dengan kementerian lama.

Tukar jawatan dan kementerian ni bagus. Tangan PM tak terikat. Menteri pun selalu berjaga-jaga takut kena tukar. Bila kena tukar, orang baru mungkin siasat dan jumpa najis yang dia buat. Jadi masing-masing takut buat najis. Bila takut buat najis, bersihkan kerajaan dan pengundi pun mungkin sokong balik kerajaan.

Tapi kalau duduk main cara lama fasal takut lukakan hati parti komponen atau takut orang Cina dan India merajuk, Kunta Kinte khuatir pada pilihan raya akan datang, bukan saja orang Cina dan India tak balik sokong, malahan lagi ramai orang Melayu yang merajuk.

Orang Cina dan India mereka tak merajuk. Mereka main strategi. Mereka buat congak, buat kira-kira dan buat ilmu hisap. Mereka sokong yang kuat. Mereka kata kerajaan yang orang Melayu pimpin tak cekap, rasuah dan macam-macam lagi sampai ada orang Melayu dah jadi penakut dan apologis. Sikit-sikit minta ampun dan minta maaf.

Komentar penuh Kunta Kinte: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Rencana/20091112231151/Article/

Saturday, November 7, 2009

BN KECUNDANG, HATI AKU SENANG!

BN MENANG, KEDAH SENANG.

Itulah bunyinya slogan terbaru Umno Kedah dengan harapan untuk menawan semula Kedah dari tangan Pas pada pilihanraya umum 2013 nanti.

Dalam apa jua perkara, tidak salah menyimpan impian dan tidak salah untuk Umno Kedah bermimpi untuk menawan semula Kedah dari tangan Pas.

Pas bertapak begitu lama di Kedah tetapi hanya pada Mac 2008, parti itu berjaya menawan Kedah. Pada satu ketika, Pas hampir menang apabila para petani menentang usaha Kerajaan untuk membangunkan industri padi melalui Mada.

Ketika itu Pas Kedah dipimpin oleh Abu Bakar Omar. Pas Kedah bertambah kuat semasa Fadzil Noor mentadbir Pas dan akhirnya Umno kecundang di Kedah gara-gara Abdullah Ahmad Badawi.

Pada April 2008, hampir kesemua 15 bahagian di Kedah mendesak Pak Lah disingkirkan dan mereka meletakkan harapan pada Najib Razak dan Muhyiddin Yassin untuk menghembus nafas baru kepada Umno Kedah.

Mampukah slogan terbaru ini menjatuhkan Pas di Kedah? Mampukan Najib dan Muhyiddin memastikan Umno menang di Kedah.

Ketua-ketua bahagian di Kedah semuanya kepala-kepala perang yang hebat. Bekas-bekas ketua-ketua bahagian juga hebat. Timbalan Ketua Bahagian, Naib-naib Ketua Bahagian, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri masing-masing merasakan diri mereka cukup hebat dan kuat.

Di kalangan pemimpin Umno di Kedah, bukan usaha Najib menjadi bualan. Bukan 1 Malaysia dan juga bukan usaha rakyat diutamakan menjadi topik perbualan.

Yang penting pada mereka ini ialah bagaimana nak menjatuhkan ketua bahagian itu dan ketua bahagian ini.

Pas Kedah aman damai. Yang kucar-kacir ialah Umno kerana masing-masing merasakan merekalah yang paling layak dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=453250

Tidak menghairankan sekiranya ada di antara pemimpin Umno ini sanggup berkata, BN KECUNDANG, HATI AKU SENANG.

Sunday, November 1, 2009

NAJIB: HAK SAYA LANTIK TEE KEAT & KOH TSU KOON

Hari ini Najib Razak menyatakan pendirian beliau terhadap kenyataan Mohamad Aziz yang mendesak Ong Tee Keat dan Koh Tsu Koon meletakkan jawatan.

"Jangan persoalkan, ini hak saya sebagai Perdana Menteri, dan saya membuat ini bukan (kerana) saya nak gunakan kuasa, (ini) sebab saya fikir saya pengerusi Barisan Nasional... saya kena buat keputusan untuk kepentingan Barisan Nasional.

"Saya bukan Presiden Umno sahaja, saya pengerusi Barisan Nasional. Saya bukan sahaja Perdana Menteri untuk orang Melayu, saya Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia."

Kenyataan Najib semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional parti Gerakan hari ini. http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=451467

Saturday, October 31, 2009

SIAPA MAT AZIZ UNTUK MENGAJAR PM?

Bisa betul kata-kata Mohamad Aziz, Ahli Parlimen Sri Gading. Khamis lepas beliau mendesak Ong Tee Keat dan Koh Tsu Koon meletakkan jawatan dalam kabinet kerana didakwa tidak lagi mendapat sokongan rakyat. Jarang sekali kita mendengar anggota Parlimen dari BN mengkritik Menteri dari BN. Mohamad Aziz salah seorang yang lain dari yang lain.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1030&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_02.htm

Persoalannya siapa Mohamad Aziz untuk menilai samada Tee Keat dan Tsu Koon diterima rakyat atau tidak?

Sedarkah Mohamad Aziz bahawa Tsu Koon dan Tee Keat adalah Menteri Kabinet yang dipilih oleh Najib Razak dan bukan dipilih oleh beliau? Mereka dipilih kerana Najib yakin akan kemampuan mereka untuk membantu beliau dalam mentadbir negara.

Tindakan Mohamad Aziz mempertikaikan kedudukan mereka di dalam kabinet akan dilihat sebagai tindakan mempertikaikan kebijaksanaan Najib memilih mereka sebagai Menteri.

Masalah dengan Mohamad Aziz ialah tuduhan beliau tidak disertakan dengan asas. Hanya berdasarkan persepsi beliau sahaja. Berikut ialah kenyataan Mohamad Aziz semasa mengkritik Tee Keat dan Tsu Koon di Parlimen.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]:Tetapi kalau Menteri Kabinet, maruah dia, imej sudah jatuh di hadapan rakyat, bagaimana dia hendak membantu Perdana Menteri.
Kalau ada Menteri Kabinet yang hilang kepercayaan daripada ahli partinya, buat apa tunggu menjadi ahli Kabinet, berhenti! [Ketawa]


Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading, apakah Yang Berhormat Sri Gading merujuk kepada Presiden MCA? Yang sudah kalah dalam EGM yang dia undi, dan sebelum undi dia kata, kalau kalah salah satu dia akan berhenti, bermakna dia tipulah.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang Berhormat Kinabatangan, sudah terang lagi bersuluh, [Ketawa] kalau ada harga diri, kalau ada maruah diri berhenti, jangan menyusahkan Perdana Menteri...

Mentang-mentang awak presiden parti yang tidak lagi mendapat kepercayaan daripada ahli, berhenti. Orang lain dalam MCA boleh menggantikan tempat, apa you seorang sahaja yang pandai, [Ketawa] [Disampuk] Jangan batu api... [Ketawa]

Saya bercakap kepentingan rakyat, kadangkala Perdana Menteri, dia seorang yang bermaruah, tetapi menterinya harus juga bermaruah, sedarlah diri, kalau ada muka, berhenti buat apa tunggu, kalau kepimpinannya tidak berkesan. Ini saya bercakap dari segi apa yang dirasai oleh sebahagian rakyat bukan sebahagian kecil. Ini ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, menteri pun harus bersikap rakyat didahulukan, rakyatnya tidak mahu, jalan. Jangan tunggu...

Dato’ Paduka Abu Bakar bin Taib [Langkawi]: Jangan main-main.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Dato' Sri Mohd. Najib orang yang serius, saya tabik, salute, kita rasa amat bahagia mendapat seorang Perdana Menteri yang begitu tinggi harapannya untuk memikul tugas dan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri. Ini Menteri sudah tidak dapat kepercayaan buat apa tunggu,

Dato’ Paduka Abu Bakar bin Taib [Langkawi]: Cabutlah.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Get out you. [Ketawa] Ini ada Menteri, jaga KPI, dia punya diri pun tidak ada KPI. [Ketawa] Saya bercakap secara terus terang, saya peduli apa, saya orang lama dalam politik, saya berhak apa saya hendak cakap, hendak jawab, jawablah

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Sikit, sikit sahaja. [Ketawa] Adakah Yang Berhormat, dengan terus terang mencadangkan bahawa bukan sahaja Presiden MCA, tetapi Presiden Gerakan pun patut undur. [Ketawa]

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Sudah terang lagi bersuluh. [Ketawa] Jaga KPI, kalau diri sendiri tidak ada KPI, kakitangan di bawah hilang kepercayaan, bagaimana kekesanan kita sebagai Menteri. Saya hendak berterus terang. No, no...

Kesian kawan saya di Batu Kawan, dahulu dia seorang Ahli Parlimen yang baik, tetapi kawasan ini dirampas oleh presidennya, presidennya bertanding kalah. Kalah satu negeri. Selepas itu hendak jaga KPI. Saya minta maaf [Disampuk] ini kuasa Perdana Menteri, tetapi saya sebagai Ahli Parlimen, wakil rakyat, suara Ahli Parlimen juga harus didengar walaupun ini kuasa Perdana Menteri...

...jadi Senator minta maaf, masuk pintu belakang jadi Menteri, tetapi setelah menjadi Senator, jadi Menteri tidak datang pun ke Parlimen ini, Perdana Menteri datang, dia datang. Kalau Perdana Menteri tidak ada, dia pun tidak ada, ini namanya Menteri mengampu. http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-29102009.pdf

Memang benar Koh Tsu Koon tidak mendapat sokongan rakyat apabila ditolak oleh pengundi Batu Kawan semasa pilihanraya umum 2008 yang lalu. Memang benar Tee Keat ditolak oleh parti beliau sendiri sebagai Presiden MCA semasa mesyuarat luarbiasa baru-baru ini.

Penolakan ini tidak bermaksud Tee Keat and Tsu Koon tidak mampu melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai Menteri. Kalau penolakan ini dijadikan asas, maka pemimpin-pemimpin Umno yang kalah semasa pemilihan Umno awal tahun ini juga perlu digugurkan dari Kabinet kerana mereka juga tidak mendapat sokongan ahli-ahli Umno. Begitu juga dengan Menteri-Menteri Besar yang tewas. Menteri-Menteri dan Menteri Besar-Menteri Besar yang membuat keputusan untuk tidak bertanding dan bersemuka dengan ahli semasa pemilihan yang lalu perlu juga digugurkan.

Sebenarnya kedudukan mereka dalam Kabinet hendaklah ditentukan berdasarkan prestasi mereka sebagai Menteri. Kalau Tee Keat dan Tsu Koon tidak mampu menjalankan tugas dengan baik, menjadi tanggungjawab Najib menyingkirkan mereka dari Kabinet.

Dan Najib tidak memerlukan Ahli Parlimen seperti Mohamad Aziz untuk memberi pandangan mengenai Kabinet beliau.

Protes dari ahli Gerakan: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1031&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm

Wednesday, October 28, 2009

KENAPA IA BERLAKU DI NEGERI SENDIRI?

Tiada maaf bagi mereka yang melakukan jenayah apatah lagi membunuh anak sendiri.

Mungkin sebahagian dari kita punyai kesabaran yang cukup tinggi, tetapi semua insan tidak serupa.

Pilu dan menyayatkan hati terbaca akan kisah Bahasniza Abu Bakar yang dihukum penjara 10 tahun kerana membunuh anak keenam beliau.

Suami penagih dadah. Bekalan susu sudah 5 hari kehabisan. Maka dibancuhnya air teh untuk diisikan di dalam botol susu untuk disusukan pada anak kecil berusia 10 bulan. Baca kisah Bahasniza di link ini:
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20091028082854/Article/index_html

Tidak semua insan bernasib baik. Paling memilukan ia berlaku di negara kita sendiri.

Tuesday, October 20, 2009

MENTERI KESIHATAN LIOW TIONG LAI PELAKON BERBAKAT!

KITA tidak peduli samada:

* isteri Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Datin Sri Lee Sun Loo benar-benar menerima sebuah MPV Toyota Alphard bernilai RM574,884.10 dari sebuah syarikat kontraktor binaan sebagai hadiah harijadi beliau?

** benar atau tidak kontraktor tersebut mengeluarkan cek berjumlah RM324,884.10 sebagai bayaran untuk kereta MPV tersebut?

*** benar atau tidak syarikat kontraktor binaan yang diberikan projek oleh Kementerian Kesihatan membayar ansuran bulanan sebanyak RM4,730 untuk MPV berkenaan?

Kerana...ianya kerja Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia untuk menentukan kesahihan tuduhan-tuduhan ini. Kita tunggu saja hasil siasatan SPRM untuk kes ini.
http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=39213

Yang kita nak tahu sekarang ini ialah, adakah benar Dato' Seri Liow menjadi pelakon utama klip video "Healthy Paranoia" yang diterbitkan oleh Khairil M.Bahar? Kalau benar Dato' Seri Liow pelakonnya, maka tahniah buat Dato' Seri kerana beliau turut mempunyai bakat terpendam sebagai pelakon.

Ikutilah klip video Healthy Paranoai ini.


Tahniah juga kepada pembikin-pembikin filem Malaysia yang cukup kreatif ini. Mereka telah menghasilkan sketsa-sketsa menarik dan menghiburkan. Antara pelakon-pelakon utamanya ialah Khairy Jamaluddin dalam METER dan Menteri Besar Kelantan Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam THE TREE. Lawatilah link berikut untuk menonton sketsa-sketsa menarik ini: http://15malaysia.com/films/

Sunday, October 18, 2009

ISHAK ISMAIL PENGHIBUR PERHIMPUNAN UMNO

Perhimpunan khas Umno berakhir Jumaat lepas. Selepas dua hari perwakilan turun naik pentas di PWTC untuk berhujah, hanya Ketua Bahagian Seremban Ishak Ismail yang menonjol persembahannya. Ikutilah celoteh Ishak ini.

KLIP 1


KLIP 2


KLIP 3


KLIP 4

Wednesday, October 14, 2009

KATA KHAIRY: PRU 13 PENENTU SURVIVAL UMNO

"Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) adalah pertarungan survival bagi UMNO dan Barisan Nasional. Pakatan Pembangkang akan cuba memberi pukulan maut kepada kita setelah berjaya menafikan majoriti dua pertiga di Parlimen dan menang di lima negeri pada pilihanraya yang lepas. UMNO dan BN hanya ada tiga tahun untuk membuktikan kepada rakyat bahawa kita masih merupakan pemimpin dan pentadbir yang terbaik untuk negara ¡V yang mampu memenuhi aspirasi rakyat."

"Cabaran sekarang memerlukan kebijaksanaan untuk kita mengurus persekitaran politik yang jauh berbeza daripada kebiasaan sebelum ini. Kita berhadapan dengan pengundi yang lebih berpendidikan dan terdedah kepada dunia. Mereka lebih mudah membuat perbandingan akan tahap pencapaian dan amalan politik di Malaysia dengan negara-negara lain. Ramai daripada kumpulan ini merupakan generasi muda ¡V hampir tujuh juta dari pengundi pada PRU-13 nanti terdiri daripada pengundi muda. Generasi ini tidak boleh dipaksa untuk menyokong kita dengan hujah bahawa mereka patut berterima kasih dan bersyukur kepada UMNO dan BN. Pendekatan tersebut mungkin boleh digunapakai dahulu tetapi bagi generasi muda sekarang mereka mahu tahu apa yang boleh UMNO dan BN laksanakan dan bukan apa yang telah serta pernah dilaksanakan."

Ucapan Khairy Jamaluddin semasa perhimpunan Pergerakan Pemuda pagi tadi.
http://www.rembau.net.my/

Saturday, October 10, 2009

RINTIHAN SEORANG ANAK; SAYA INGIN BUNUH DIRI

Sekadar untuk renungan kita semua yang disiarkan oleh akhbar The Star Ahad lepas.

Sunday October 4, 2009
Politicians causing heartache for girl


Dear Thelma,

I AM 19 and in college. My father owns a large company and he has been given many titles by the government. Since young, I have had a comfortable life.

I am grateful for what my parents have given me. However, I am not happy. My father is very close to many important politicians. On the surface he seems to be good friends with them but he always complains to my mother that all they want is his money. For his business to survive, he says he needs to give a lot of money to these politicians.

I feel very guilty about all this. I am worried that my father may get caught and jailed. I’m becoming very disillusioned about life. These politicians are supposed to be the leaders of our country but they are deeply involved in corruption. Sometimes I feel like running away from home or even committing suicide.

Disillusioned

(Terjemahan): Usia saya 19 tahun dan sedang menuntut di sebuah kolej. Bapa saya mempunyai sebuah syarikat yang besar dan beliau dianugerahkan banyak pingat kebesaran oleh kerajaan. Sejak mula lagi kehidupan saya cukup selesa.

Saya bersyukur dengan apa yang telah diberikan oleh kedua ibubapa saya. Bagaimanapun saya tidak senang hati. Bapa saya berkawan rapat dengan beberapa ahli politik yang penting. Pada luarannya, nampak seolah-olah mereka kawan karib tetapi bapa saya sentiasa mengeluh dan mengadu kepada ibu saya bahawa ahli-ahli politik ini hanya mahukan wang dari beliau. Demi masa depan perniagaan beliau, bapa saya terpaksa memberi banyak wang kepada ahli-ahli politik ini.

Saya berasa amat bersalah dengan perkara ini. Saya bimbang bapa saya akan ditangkap dan dipenjarakan. Saya mula hilang daya untuk hidup. Ahli politik ini merupakan pemimpin kita, malangnya mereka melibatkan diri dengan gejala rasuah. Ada ketikanya saya berniat lari dari rumah dan ada kalanya berniat untuk membunuh diri.

Jawapan Thelma

RUNNING away or killing yourself will not make the world a better place. If you feel so strongly about values and ideals, talk to your father.

You are a good person with a conscience. However, you need to understand the ways of the world before you learn to deal with the wrongs. Your father is not a victim of the system but part of it. In order to get what he wants, he supports corruption and this is wrong too.

Unfortunately, we all want wealth, glory and power at whatever expense. He will tell you that you are enjoying all the wealth and benefits because of his contacts in business.

We cannot hope to change the people around us. But if individually we can care enough to fight for what we believe in, things can improve.

You are young and have time and opportunity to make changes. No matter how little you achieve, it is a significant step. We need young people like you to carry on the fight for our future.

http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/2009/10/4/lifefocus/4772783&sec=lifefocus

Thursday, October 8, 2009

JENAKA KOSMO

Kita yakin akhbar Kosmo! tidak berniat untuk menyinggung atau mensabotaj mana-mana pihak dan kita tidak seharusnya sensitif pada mesej komik ini. Ianya satu jenaka. Komik ini disiarkan oleh akhbar Kosmo! Isnin lalu (5 Oktober 2009).

Wednesday, October 7, 2009

DR MAHATHIR: UMNO DIBELENGGU RASUAH DI ZAMAN PAK LAH

Mungkin ramai antara kita terlepas pandang berita muka hadapan Sinar Harian yang disiarkan pada Selasa 6 Oktober 2009.

Tajuk muka hadapannya berbunyi "Tun M tetap boikot kempen", merujuk kepada kempen pilihanraya kecil dewan undangan negeri Bagan Pinang yang akan ditandingi oleh bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Isa Samad.

Berita ini tidak disiarkan oleh mana-mana akhbar arus perdana dan hanya Sinar Harian menyiarkannya. Dua perkara utama disentuh oleh Dr Mahathir semasa sidang media selepas menyampaikan ucaptama bertajuk Ketuanan Melayu di UiTM Dungun Isnin lalu.

1) Gejala Rasuah
Kata Tun: "Imej Umno tercalar disebabkan budaya rasuah diamalkan sebahagian pemimpin dan ahlinya yang berleluasa semasa era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Masalah ini timbul semasa Tun Abdullah menjadi Presiden Umno apabila sebahagian ahli dan juga pemimpin Umno tetap diberi sokongan walaupun mereka didapati secara jelas melakukan kerosakan atau terlibat dengan rasuah.

"Perkara ini berlaku mungkin kerana pemimpin terlibat menerima sogokan dalam bentuk wang, kontrak atau kerana takut kepada pemimpin mereka."

2) Isa Samad
Kata Tun: "Saya tetap dengan pendirian saya tidak akan berkempen membantu calon BN. Saya tegas dengan pendirian saya kerana tidak ingin berkempen bagi calon yang terbukti terlibat dengan rasuah."

Tuesday, October 6, 2009

RAKYAT PADANG REJAM PESAWAT TUDM DENGAN BATU

Marah betul rakyat Indonesia kepada Malaysia gara-gara tarian pendet sehinggakan tidak dapat membezakan antara perkara baik dan yang buruk.

Ketika rakyat Indonesia mengharungi musibah, kebencian masih membuak-buak sehingga tangan yang menghulur bantuan pun tidak dihargai mereka.

Hari ini Berita Harian melaporkan bagaimana pesawat TUDM yang mendarat di Padang untuk menghulur bantuan direjam dengan batu oleh penduduk Padang.

Kita memahami perasaan orang Indonesia. Kita memahami kemarahan mereka terutamanya apabila tersiar berita-berita bagaimana orang gaji Indonesia dihina oleh majikan-majikan mereka di Malaysia.

Hari ini, seorang amah Indonesia dilaporkan lari dari rumah selepas dua kali dirogol oleh majikannya
. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1006&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_06.htm

Tidak lama dulu, wajah Nirmala Bonat yang didera oleh majikan dipaparkan di dada-dada akhbar dan menimbulkan kemarahan rakyat Indonesia.
http://kedahku.blogspot.com/2008/11/pendera-nirmala-layak-merengkuk-dalam.html

Ada baiknya kita menangani layanan orang Indonesia di Padang yang dilanda musibah dengan rasional tanpa menurut emosi kerana kita di sini pun menyedari bahawa kita pun ada salah dan silapnya.

Untuk membaca laporan pesawat TUDM direjam dengan batu, klik pautan ini :
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20091006012308/Article/index_html

Sunday, October 4, 2009

KEBODOHAN SESETENGAH RAKYAT INDONESIA

GELI hati apabila kita melihat tindak-tanduk segelintir orang Indonesia. Mungkin mereka rasa begitu gagah dengan tindakan mereka ini tetapi sebenarnya ia lebih kepada memperlihatkan akan kecetekan ilmu dan kebodohan diri mereka sendiri.

Antaranya cadang sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka Bendera. Bulan lepas kumpulan ini membuat kenyataan akan menyerang Malaysia pada Khamis minggu depan (8 Oktober) dengan menggunakan ilmu hitam, pedang samurai, rotan ninja dan buluh runcing.

Dan mereka yakin mereka akan berjaya.
http://thejakartaglobe.com/home/indonesian-vigilantes-prepare-for-battle-in-malaysia/331775

Saturday, October 3, 2009

PERBEZAAN ANTARA KITA & INDONESIA

19 SEPTEMBER 2009: Gambar ini sudah cukup menggambarkan keangkuhan sesetengah rakyat Indonesia.
http://www.thejakartapost.com/news/2009/09/16/issue-%E2%80%98betawi-group-threatens-harass-malaysians%E2%80%99.html
3 OKTOBER 2009: Rakyat Malaysia, yang rakyat Indonesia sifatkan sebagai bangsa tanpa jati diri, menghulurkan bantuan membantu bangsa Indonesia yang kaya dengan jati diri.

Friday, October 2, 2009

BATIK: NYAHKAN TUNTUTAN MALAYSIA,

SELEPAS keris dan batik diisytiharkan hak warisan Indonesia, Indonesia, yang kini dilanda bencana alam, akan berusaha menjadikan angklung dan gamelan juga hak negara itu.

Ketika rakyat Malaysia menunjukkan sikap prihatin kita terhadap penderitaan rakyat Indonesia yang dilanda gempa bumi dengan melancarkan tabung derma kemanusiaan, Indonesia masih merayakan kemenangan mereka terhadap Malaysia berikutan pengisytiharan Batik sebagai warisan Indonesia.

Jakarta Post melaporkan anggota delegasi Malaysia yang hadir pada majlis pengisytiharan itu telah mengucapkan tahniah kepada Indonesia.

Kata Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Indonesia Jero Wacik: "Delegations from Malaysia came to Abu Dhabi (to attend the UNESCO ceremony). They congratulated Indonesia's delegations after the ceremony."
http://www.thejakartapost.com/news/2009/10/02/malaysia-congratulates-ri-over-batik-minister.html

Sementara akhbar Kompas menyiarkan tajuk berita: Get Rid of Malaysia's Claim! Happy Batik Day, Indonesia (Nyahkan tuntutan Malaysia. Selamat Hari Batik, Indonesia!)
http://english.kompas.com/read/xml/2009/10/02/08344141/Get.Rid.of.Malaysias.Claim.Happy.Batik.Day..Indonesia.

Dan apa kata Malaysia?

Thursday, October 1, 2009

DR MAHATHIR: SAYA TAK AKAN BERKEMPEN DI BAGAN PINANG

Berikut ialah kenyataan Tun Dr Mahathir mengenai pemilihan Isa Samad sebagai calon Umno di Bagan Pinang seperti yang dilaporkan Bernama malam tadi.

Tun Dr Mahathir Tidak Akan Berkempen Di Bagan Pinang

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan berkempen untuk calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

"Beliau adalah calon parti, saya sokong. Pendapat peribadi saya tidak perlu diambil kira," katanya apabila ditanya sama ada beliau kecewa dengan pencalonan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai calon BN.

Pada Selasa, Isa, 59, diumumkan sebagai calon BN bagi kerusi DUN Bagan Pinang.

Apabila ditanya adakah ia akan menjejaskan peluang BN untuk memenangi pilihan raya kecil kali ini, katanya, "Saya rasa kita ada peluang baik. Kita akan menang."

Bagaimanapun, apabila ditanya tentang majoriti, beliau berkata: "Saya tidak tahu. Mungkin boleh. Saya agak."

BN memenangi kerusi DUN Bagan Pinang dengan majoriti 2,333 pada pilihan raya lepas bagaimanapun ia kosong selepas kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor.

Pengumuman berhubung pencalonan Isa dibuat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di bilik operasi BN di Port Dickson, Negeri Sembilan pada Selasa.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu pada Sabtu ini dengan pengundian pada 11 Okt.

-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=443432

Kenyataan Tun Dr Mahathir sebelum ini yang tidak mahu Isa diumumkan sebagai calon.
1) http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_cf1660ff-7f000010-6cf97c00-27de4ef5

2) http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=441278

3) http://www.malaysiakini.com/news/113199

4) http://kedahku.blogspot.com/2009/09/dr-mahathir-lupakan-isa-samad.html