Jelapang terkesima apabila melihat di kaca TV Presiden Umno Najib Razak memarahi Umno Selangor pada hari Sabtu baru-baru ini.
Rupa-rupanya pandangan Jelapang adalah perspektif orang atas bukan perspektif ahli-ahli Umno Selangor yang duduk di bawah pentas.
Jelapang bertemu dengan seorang pemimpin cawangan yang turun ke utara atas urusan peribadi malam tadi dan ini cerita beliau.
CERITA AHLI UMNO SELANGOR
"KAMI kena HAMUN dengan Najib. Tak pernah lagi kami kena hamun dengan Presiden Umno macam ni.
Presiden Umno lain, baik Dr Mahathir, Pak Lah, tak pernah hamun kami macam ni.
Sedap betul dia hamun kami orang Melayu. Cina tak undi BN, kenapa tak hamun? Berapa peratus Cina sokong BN pilihanraya lepas? Kenapa tak hamun! Adalah marah kejap-kejap. Tapi takat marah dua tiga hari sajalah. Lepas tu bukan main baik dengan Cina sampai masuk balik dalam Kabinet.
Orang Melayu tak macam Cina. 50 peratus orang Melayu Selangor sokong BN dan Najib hamun kami.
Sedap duduk di atas hamun orang. Cuba turun ke bawah, tengok macam mana kami buat kerja. Ada dia ambil peduli?
Sapa Ketua Perhubungan Selangor dulu. Bukan dia? Bukan Najib?
Kenapa masa jadi Ketua Perhubungan dia tak tambah ahli? Kenapa masa dia jadi Ketua Perhubungan Umno Selangor lingkup? Kenapa kami letih masa dia jadi Ketua Perhubungan? Strategi apa dia pakai masa dia Ketua Perhubungan sampai kita tinggal 12 kerusi DUN? Siapa lembab masa dia jadi Ketua Perhubungan? Dia pakai mindset baru ke masa dia Ketua Perhubungan? Pemikiran luarbiasa apa Najib bawa ke Selangor masa dia Ketua Perhubungan? Pimpinan apa yang Najib tunjuk yang boleh rakyat Selangor kagumkan? Berapa banyak ide luarkotak yang Najib bawa kepada Umno Selangor masa dia Ketua Perhubungan Umno Selangor?
Tanyalah diri dia dulu sebelum dia hamun kami!
Semasa PRU-13 dulu, sapa yang tentukan calon?
Tiga orang saja. Najib, Zin Badak dan Noh Omar saja.
Sapa yang kenyang di Selangor?
Kami di bawah bukan ada gaji. Kami kerja free. Najib gaji Perdana Menteri, Zin, Noh semua gaji besar-besar, bertaraf Menteri. Itu tak masuk projek yang mereka sapu.
Kami di bawah, semasa PRU ada yang keluar duit poket sendiri untuk parti sebab duit tak turun ke bawah. Ada Najib peduli? Dia Ketua Perhubungan.
Kami di bawah sampai nak mampus kerja untuk parti. Orang atas buat taik, kami di bahagian/cawangan kena cuci punggung mereka.
Macam-macam isu nak kena cuci. Isu Rosmah dah cukup penat nak cuci. Tu baru satu isu.
Memang sedap kalau duduk di atas hamun orang bawah. Aku dah penat lah.
Hari Sabtu baru ini, pertama kali aku kena hamun dengan Presiden. Kalau hebat sangat, dia lah turun ke Selangor buat kerja. Ada orang Selangor sampai masuk jel kerana berjuang untuk parti. Ada dia peduli?
Aku bukan nak puji Mat Taib. Masa dia jadi MB, kami pun merasa.
Sekarang yang merasa orang atas saja. Zin ada duit. Noh kaya. Kami dibawah kaya dengan kena maki hamun.
Ada gambar dalam blog tunjuk kerusi penuh masa Najib rasmi dan kosong masa Hisham tutup.
Memang kosong masa majlis penutup. Nak tunggu buat apa lepas kena hamun.
Baik balik duduk rumah tengok anak bini lagi baik. Sekurang-kurangnya anak bini tak hamun kita. Berterimakasih lagi ada.
JELAPANG
Lagi terkesima kita mendengar luahan orang Selangor ini.

