Showing posts with label tun razak. Show all posts
Showing posts with label tun razak. Show all posts

Tuesday, August 18, 2015

NAJIB BERJUBAH, MENANGIS BERLINANGAN AIRMATA. TETAPI NAJIB BUKAN ALLAHYARHAM TUN RAZAK



SEDIH pun ada, nak ketawa pun ada dengan penampilan Najib Razak sejak akhir-akhir ini.

Malam Ahad lepas, Najib berjubah umpama seorang Kiyai, satu penampilan yang tidak pernah terfikir akan dilakukan oleh beliau.

Kalau difikirkan balik, dalam saat-saat genting ini, sesiapa pun akan melakukan apa saja untuk menyelamatkan diri dari lemas dan tenggelam di dasar sungai.

Najib Razak breaks down while announcing the news on MH370

PADA tengah malam 5 Ogos, ketika kebanyakan rakyat Malaysia sedang tidur, Najib tidak sabar-sabar mengadakan sidang akhbar dan menitiskan air mata ketika mengumumkan sebahagian sayap yang dijumpai di sebuah pulau di Lautan Hindi dikenalpasti milik MH370, walaupun pasukan penyiasat Peranchis belum mengesahkan ianya milik MH370.

Kata orang putih: "desperate times call for desperate measures".

Ia bermaksud "seseorang apabila terdesak, akan melakukan apa saja diluar jangkaan kita atau sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh kita".

Menangis pun dah, pakai jubah pun dah. Tapi masalah terus bertambah.

Allahyarham Tun Abdul Razak adalah pemimpin paling berjasa kepada negara.


Image result for tun razak

Generasi terdahulu tidak akan lupa akan jasa Tun Razak.

Dasar Buku Merahnya, DEB, Felda, Felcra, Buku Hijau, LPN, LKIM, Risda dan LPP adalah dasar yang cukup hebat diperkenalkan oleh Tun Razak untuk membantu rakyat.

Kerana begitu besar jasa Tun Razak kepada negara, anaknya Najib sedang mencuba untuk menggunakan populariti bapanya untuk menyelamatkan hayat politik beliau.

Sedarlah, Najib dan Tun Razak umpama langit dengan bumi.

Tun Razak hidup sederhana. Berbelanja sederhana. Tapi lain pula anaknya, Najib Razak.

Wang yang dikatakan "derma" ada berbilion ringgit dalam akaunnya. Bil kad kreditnya berjuta-juta jumlahnya. Hidup penuh dengan kemewahan.

Pakailah jubah, basahilah pipi dengan airmata, perasaan rakyat tidak akan berubah.

Terkenang kita kepada kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad: "Bapanya tubuh Umno, anaknya nak TANAM Umno."

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tun-razak-tubuh-umno-najib-tanam-umno-kata-dr-m

Wednesday, February 25, 2015

SAYANGKAH LAGI UMNO KEPADA TUN RAZAK?

Image result for siblings+najib

JELAPANG begitu bersimpati dengan keluarga Toh Puan Rahah pada masa ini.

Sedih kerana tiada satu pun media milik Umno semalam dan hari ini yang menyiarkan penjelasan yang dibuat oleh anak-anak Allahyarham Tun Abdul Razak untuk MEMASTIKAN nama bapa mereka, NEGARAWAN TERUNGGUL, dari tercemar.

Jelapang tidak berminat untuk mengulas apa yang tersirat di dalam kenyataan semalam.

Apa yang dilakukan oleh anak-anak Allahyarham semalam hanya ingin memperjelaskan bahawa Allahyarham Tun Abdul Razak adalah pemimpin yang BERPRINSIP, BERJIMAT dan BERINTEGRITI.

Allahyarham Tun Razak merupakan HAMBA kepada rakyat semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno sehinggakan beliau sakit pun disembunyikan beliau dari ahli keluarga semata-mata mahu MENGHAMBAKAN diri kepada rakyat.

Tetapi sedihnya, penjelasan semalam oleh anak-anak Allahyarham - Johari, Nizam, Nazim dan Nazir - tidak mendapat tempat di dalam media Umno.

Itulah nasib bekas pemimpin.

Ingat-ingatlah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Esok bila sudah tiada, nasib yang sama akan menimpa mereka.

Sebagai menghormati keluarga Toh Puan Rahah, Jelapang siarkan semula penjelasan anak-anak beliau semalam.

"Kami amat bimbang yang laporan berita dan tulisan mengenai spekulasi tentang butir-butir harta peninggalan yang ditinggalkan arwah ayah kami, Tun Abdul Razak. Kami ingin menyatakan secara rasmi yang Tun Abdul Razak seorang yang berprinsip, dikenali ramai dengan sikap berjimat dan integritinya, dan mana-mana kenyataan yang mencadangkan sebaliknya adalah palsu dan menyalahi memori dan hidmatnya serta pengorbanannya kepada negara. Kami akan hadapi sesiapa sahaja akan cuba mencemarkan memorinya, apa pun motif di sebaliknya. Kami juga ingin menambah yang seluruh keluarga kami sebulat suara dalam isu ini." 

Sunday, February 8, 2015

BANGSAWAN CELUP & DINASTI KEPIMPINAN


Berikut ialah tulisan blogger Kadir Jasin di dalam blog beliau.

http://kadirjasin.blogspot.com/2015/02/lawatan-jokowi-yang-baik-kita-teladani.html

A KADIR JASIN said...
1. Mohon maaf. Pembetulan. Presiden Jokowi sebelumnya adalah Datuk Bandar (Mayor) Surakarta dan Gabenor Jakarta.

2. Di kalangan PM Malaysia hanya Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah bukan daripada kelas bangsawan.

3. Tapi bukan semua PM bangsawan elitis. Tunku amat berjiwa rakyat. Kerap berada di padang bersama rakyat. Begitu juga Tun Abdul Razak - anak bangsawan yang dibesarkan sebagai budak kampung.

4. Sekarang kita ada satu kelas baru - pseudo bangsawan (bangsawan celup). Kelas ini lagi teruk kepura-puraanya.

Terima kasih.

BANGSAWAN CELUP? 

Tidak sukar untuk kita membuat tekaan kepada siapa Kadir Jasin tujukan label tersebut.

Salah siapa kita hari ini mempunyai satu kelas baru yang dinamakan oleh Kadir - Kelas yang teruk kepura-puraannya.

Umno perlu bertanggungjawab terhadap kewujudan kelas pseudo bangsawan (bangsawan celup) yang penuh dengan kepura-puraan hari ini.

Apakah perlu Umno membalas budi pemimpin terdahulu dengan memberi tempat istimewa kepada anak-anak mereka?

Di kalangan ahli Umno hari ini, mereka merasakan ada usaha untuk menaikkan seorang lagi anak bekas Perdana Menteri dari golongan bangsawan sebagai pengganti Najib Razak.

Ini satu penyakit dalam Umno. Pemimpin dipilih bukan kerana kaliber atau kemampuan mereka. Pemimpin dinobatkan kerana ada pertalian darah dan keinginan untuk membalas budi bapa mereka.

Kalau dahulu pemimpin walaupun dari kumpulan bangsawan mempunyai "hati' kepada rakyat, golongan bangsawan hari ini tidak seperti bapa mereka.

Tidak salah Kadir Jasin melabel pemimpin bangsawan hari ini sebagai bangsawan celup yang penuh dengan kepura-puraan.

Sudah tiba masanya, ahli-ahli Umno melakukan transformasi pemikiran mereka dengan memilih pemimpin berdasarkan prestasi mereka, berdasarkan kebolehan mereka, berdasarkan kesungguhan mereka berkerja, berdasarkan visi mereka dan berdasarkan "hati" mereka kepada rakyat.

Amalan memilih anak pemimpin untuk membalas jasa bapa mereka atau kerana pertalian darah harus dikuburkan demi negara.

Cukuplah kita dipimpin oleh anak seorang bangsawan yang dipilih Umno kerana mahu membalas jasa bapanya.

Sudah sampai masanya sistem dinasti dikuburkan oleh Umno buat selamanya.