Showing posts with label sea games. Show all posts
Showing posts with label sea games. Show all posts

Monday, October 30, 2017

INGIN BERTANYA KEPADA KHAIRY JAMALUDDIN: SIAPA TUANPUNYA MEMORIES ENTERTAINMENT?

Image result for khairy+sea games closing

"Saya beri tempoh seminggu kepada pihak penganjur (Sukan Sea). Kita akan kumpulkan artis lain untuk hebahkan lagi (isu pembayaran).Bukan menteri saja nak kehidupan mewah, kami golongan artis juga mahu kehidupan yang baik," - Penyanyi Zainal Abidin mendakwa beliau hanya dibayar 50% dari bayaran yang dijanjikan untuk memberi persembahan semasa majlis penutup Sukan Sea.



Berikutan kenyataan Zainal, seorang lagi artis, Adibah Noor,"tweet" berikut:

Image may contain: text

Rupa-rupanya selepas Adibah Noor "tweet", ramai tampil mendakwa mereka juga TIDAK menerima bayaran.

Antaranya mereka yang TIDAK MENERIMA BAYARAN ialah penyedia perkhidmatan pengangkutan, pekerja sukarelawan, penari dan ada yang guna duit sendiri untuk membeli baju dan seluar.

Apa sudah jadi Khairy Jamaluddin? Tak kesian pada Najib Razak?

Bayarannya bukan besar pun. Tak kan tak ada duit. Belanjawan Negara untuk 2018 sampai RM280 bilion lebih, tak kan nak bayar duit baju sukarelawan pun tak ada.

Kalau tidak ada duit, bagi benda, ganti lah dengan barang, macam barter trade - kalau mascot Sukan Sea masih ada bagilah seorang satu.

Jelapang terima satu posting FB (di atas) yang memberi penjelasan mengenai isu tersebut.

Kata penulis FB tersebut kontraktor utama upacara pembukaan Sukan Sea dan Sukan Para ialah MEMORIES ENTERTAINMENT?

Syarikat siapa ini, Khairy?

Bila Jelapang semak tuanpunya Memories Entertainment, pengasas ada membawa nama KELUARGA DANKER.

Kalau tak silap saya ada juga ahli keluarga Khairy pada satu ketika dulu pernah menggunakan nama keluarga, DANKER.

Mungkin saya silap. Mungkin ianya satu kebetulan. Nama mungkin serupa.

Maaf Brig Jen Khairy. Saya cuma bertanya.

Elok Brig Jen KJ tampil jelaskan siapa Memories Entertainment ini. 

Bukan apa, mungkin ramai yang hendak tahu. Lebih baik beri penjelasan sekarang.

Harap-harap isu ini tak meletup di Parlimen. Tahu-tahu sajalah pembangkang. Suka menangguk di air keruh.