Showing posts with label rasuah. Show all posts
Showing posts with label rasuah. Show all posts

Tuesday, August 4, 2015

KHALED NORDIN: BILA RASUAH MENJADI BUDAYA UMNO & AMANAH DIKHIANATI

Image result for khaled nordin

"UMNO tidak lagi boleh hanya jadi pemerhati, bila bangsa masih bergelumang dengan kemiskinan dan jurang keberadaan. UMNO tidak boleh berdiam diri, kalau rasuah jadi budaya atau amanah di khianati. UMNO tidak boleh hanya membisu bila parti tidak lagi mengutamakan perjuangan bangsa Melayu tetapi digunakan untuk membela golongan tertentu atas nama kesetiaan pada parti atau disiplin kepartian mentaati pemimpin. Sudah sampai masanya UMNO bergerak beberapa langkah ke hadapan. Lebih proaktif dan lebih dominan." - Menteri Besar Johor Mohamed Khaled Nordin, ketika merasmikan persidangan Wanita UMNO Bahagian Pasir gudang pada 2hb Ogos 2015 di Dewan MPJBT Jalan Gunung, Seri Alam.


Semuga doa mereka dimakbulkan Allah SWT.

Monday, January 19, 2015

ORANG KAMPUNG BINGUNG: ANWAR JADI BAIK, NAK BANTU KERAJAAN TANGKAP DAIM ZAINUDDIN

ANWAR IBRAHIM kaki liwat, bekas banduan, perasuah, pecah amanah, kaki China Doll.

Kita disuruh percaya cerita yang di bawa oleh Nallakaruppan, Eskay Rizal dan Rahim Thamby Chik.

Berkurun lamanya ahli Umno di akar umbi diberitahu, jangan percaya kaki liwat ini, perosak negara.

Tiba-tiba dua hari lepas, media milik Umno meminta kita "PERCAYA" bahawa Daim Zainuddin memiliki harta luarbiasa kerana Anwar ada buktinya.

Tiba-tiba ANWAR tampil untuk membantu Najib Razak dan kerajaan untuk menangkap bekas Menteri Kewangan Umno, Tun Daim Zainuddin.

Itulah sebabnya orang kampung jadi BINGUNG.

Bingung kerana dulu kaki liwat, sekarang Anwar tiba-tiba jadi "pejuang" dan akan membantu Kerajaan Umno menangkap pemimpin Umno yang Umno dakwa rasuah.

Di bahagian-bahagian Umno sekarang ini, Ketua-Ketua Bahagian tengah pening kepala.

Bagaimana hendak mengatasi kebingungan ahli di bawah.

Bagaimana hendak menyakinkan bahawa kali ini, kita kena percaya pada Anwar untuk memenjarakan Tun Daim Zainuddin.

Setakat hari ini, Ketua-Ketua Bahagian BELUM ada ide bagaimana hendak mengubah pandangan ahli-ahli di akar umbi bahawa Anwar dulu adalah peliwat, perasuah, kaki pecah rasuah dan kaki China Doll tetapi kini Anwar baik perwatakannya dan sedang membantu Kerajaan untuk mencekup Daim.

Masih ada masa untuk Presiden Umno dan ibupejabat Umno untuk memikirkan bagaimana Ketua Bahagian harus berhadapan dengan akar umbi dalam hal ini.

Kita yakin mereka ada jawapannya.

Tuesday, January 6, 2015

MUSA HASSAN: RASUAH PERINGKAT ATASAN



“Rasuah yang melibatkan peringkat atasan akan menghancurkan negara kerana keputusan yang dibuat untuk kepentingan diri dan bukan kepentingan negara. Rasuah menjadi barah jika tiada ketegasan penguatkuasaan dan tiada 'political will' untuk membanterasnya. Ia hanya polemik.” - Bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan.


PERINGKAT ATASAN?

Siapa yang dimaksudkan oleh Musa?

Pemimpin negara?

Wednesday, November 19, 2014

RUPA-RUPANYA KUAT RASUAH DI MALAYSIA







KESEMUA ini adalah laporan yang disiarkan oleh akhbar pro-kerajaan dan milik Umno, Utusan Malaysia.

Rupa-rupanya tenat betul rasuah di Malaysia.

Kalau tidak silap kita, Malaysia telah mencatat kedudukan lebih baik dalam Indeks Rasuah untuk tahun 2013.

Kesian juga tengok SPRM yang bekerja bertungkus lumus untuk membanteras rasuah.

Indeks rasuah kata lain, laporan akhbar kata lain.