Showing posts with label permatang pauh. Show all posts
Showing posts with label permatang pauh. Show all posts

Wednesday, January 3, 2018

SELAMAT TAHUN BARU, 2018 UMNO AKAN CATIT KEMENANGAN TERBESAR DALAM SEJARAH PRU

Image result for 1mdb+rosmah 1mdb

SELAMAT Tahun Baru.

Yang pasti 2018 PRU-14 akan diadakan.

Pelbagai perkara dilakukan. Persempadanan semula kawasan pilihanraya mengikut CITARASA parti tertentu.

Hari ini satu artikel disiarkan. Menurut artikel tersebut persempadanan semula di Selangor memihak kepada BN.

Mengikut kajian tersebut, BN akan menang 20 kerusi di Selangor dan Pas - 9 kerusi.

Manakala DAP akan menang 15 kerusi dan PKR 12. 

Maksudnya kerajaan Pakatan Harapan akan TUMBANG di Selangor tahun ini dan Pas akan memBANTU BN mengambil alih tampuk pemerintahan di Selangor.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/30629/

Kalau mengikut segala tindakan yang diambil, BN akan menang besar atau "menang kira dalam tangan".

Pengundi POS sahaja telah meningkat kepada 4 juta pengundi. Ahli Bomba yang sebelum ini mengundi di saluran biasa, sudah dijadikan pengundi POS.

Kiranya, BN tak akan KALAH dalam PRU-14 ini. Menang besar, BESAR kemungkinan.

Tambah-tambah dibantu oleh PAS dan HADI AWANG yang pernah mengkafirkan ahli Umno dulu.

Tahun 2017 telah meninggalkan kita. Apa yang kita ingat hanyalah SKANDAL demi skandal TERDEDAH dan terakhir untuk tahun 2017 ialah Felda kehilangan tanah yang tinggi nilainya.

Riuh rendah mengenai Isa Samad terlibat dengan pelbagai skandal di Felda. Ianya setakat riuh dan pengkritik "syok terlebih". Isa masih segar bugar. Baru-baru ini ternampak video Isa menDENDANGkan sebuah lagu - tetapi sebuah lagu yang sedih dan mendayu.

Jangan pula buat-buat terperanjat kalau Isa dicalonkan semasa PRU14 nanti. Kerana dalam politik, akan ada ayat kalau si polan itu tak bertanding Umno akan kalah.

Macam di Lembah Pantai. Awal-awal Raja Nong Chik dah umum nak terus bertanding di Lembah Pantai.

Katanya Nurul Izzah Anwar pun dah takut - nak lari ke Permatang Pauh kerana kerusi tersebut telah menjadi kerusi PUTIH buat BN hasil dari persempadanan semula dan pemindahan pengundi.

Kalau kerusi Lembah Pantai dah jadi kawasan selamat buat BN, apa perlu letak Raja Nong Chik bertanding? Alangkah baiknya Umno meletakkan calon muda di kawasan selamat untuk memberi nafas baru kepada parti.

Begitu juga kerusi Padang Besar di Perlis. Awal-awal telah diumumkan kerusi selamat oleh penyandangnya Zahidi Zainul Abidin. Jika begitu siapa pun bertanding di Padang Besar akan menang, tak semestinya Zahidi. Elok juga mengenengahkan Ketua Pemuda Padang Besar di Padang Besar.

Seingat Jelapang, tiada satu ISU/SKANDAL yang diselesaikan oleh Najib Razak kecuali dua bayaran kepada IPIC - bayaran pertama pada bulan Julai dan yang keduanya baru-baru ini, menjadikan jumlah keseluruhan dibayar kepada IPIC ialah RM4.9 bilion.

Sepanjang 2017, penyelesaian isu-isu ini ialah "dengan buat tak tau sahaja".

Percayalah semua isu-isu ini tidak akan menjejaskan peluang BN semasa PRU nanti sebab orang Melayu mudah lupa dan tak kisah.

Peneroka Felda pula tak akan lupa RM5,000 yang telah diberikan oleh Najib kepada mereka.

Ada orang bertanya, bila PRU14?

Sabar-sabarlah. Selagi tak selesai persempadan semula, PRU14 tidak akan diadakan. Umno nak menang besar lah!!!!







Monday, August 18, 2008

PERMATANG PAUH: LALUAN BERONAK UNTUK UMNO?

MAMPUKAH jentera Barisan Nasional dan Umno menawan Permatang Pauh?
SUKAR sekiranya kehadiran penyokong kedua-dua belah pihak dianggap sebagai petanda. Bagi penganalisa politik, kehadiran penyokong Sabtu lalu menggambarkan bahawa Anwar Ibrahim tidak menghadapi masalah untuk kembali sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Persoalannya kini apakah undi majoriti Keadilan akan bertambah atau merosot kali ini? Jika merosot, ianya kemenangan moral buat Umno. Jika meningkat, ia petanda krisis keyakinan rakyat kepada Umno.

Kemungkinan besar jumlah keluar mengundi akan berkurangan kerana hari pengundian diadakan pada hari bekerja. Pengundi luar mungkin mengambil keputusan tidak mengundi kali ini kerana kenaikan harga petrol menyebabkan kos untuk pulang mengundi kini lebih tinggi berbanding semasa pilihanraya umum Mac lepas.
Kehadiran penyokong pembangkang yang dikatakan empat kali ganda penyokong BN di hari penamaan calon pasti meresahkan Umno.

Lebih meresahkan ialah wajah-wajah golongan muda di kalangan penyokong pembangkang mengibarkan wang kertas sebagai protes terhadap gejala rasuah di dalam kerajaan. Suasana ganas penyokong pembangkang juga petanda tidak baik buat Umno. Setiap kali penyokong pembangkang bertindak ganas, BN dan Umno tewas.
Ketika pilihanraya kecil di Lunas, Kedah, pada Disember, 2000, 12 buah bas yang membawa penyokong-penyokong BN dihalang oleh penyokong-penyokong pembangkang. BN tewas.

Ketika pilihanraya kecil Anak Bukit, Kedah, pada Jun 2002, enam penyokong BN membuat laporan polis selepas mendakwa ditahan penyokong pembangkang, BN juga tewas.

Semalam akhbar-akhbar arus perdana menyiarkan gambar-gambar jurukamera diserang penyokong pembangkang. Adakah ianya juga petanda Umno akan tewas?

Kesimpulannya, Anwar bukan lawan yang mudah. Hanya keajaiban yang dapat memberikan kemenangan kepada Umno sekiranya sentimen orang Permatang Pauh, suasana politik dan ekonomi negara dan sejarah Permatang Pauh diambil kira.
KEPUTUSAN PILIHANRAYA YANG LALU
1982: Anwar Ibrahim – majoriti: 14,352
1986: Anwar Ibrahim – majoriti: 10,479
1990: Anwar Ibrahim – majoriti: 16,150
1995: Anwar Ibrahim – majoriti: 23,515
1999: Wan Azizah ­­ -- majoriti: 9,077
2004: Wan Azizah ­­ -- majoriti: 590
2008: Wan Azizah ­ ­-- majoriti: 13,398

Wednesday, August 13, 2008

ARIF SHAH OMAR SHAH LAWAN ANWAR IBRAHIM!

BUKAN Ustaz Samsuri Ahmad, bukan Pirdaus Ismail dan bukan juga Ketua Bahagian Umno Permatang Pauh Abdul Jalil Abdul Majid.

Lawan Anwar Ibrahim ialah Ahli Dewan Undangan Seberang Jaya Arif Shah Omar Shah. Itulah agaknya kenapa Jalil murung ketika duduk bersebelahan Najib Razak semasa pertemuan dengan wartawan petang tadi di Permatang Pauh.

Latarbelakang Arif Shah, sila layari: http://arifshah.com/about.aspx

Sunday, August 10, 2008

PERMATANG PAUH: SUKAR BUAT BN, SUKAR BUAT ANWAR!




"Ketika ini, saya tidak nampak sesiapa (calon), tentunya dari BN. Anwar akan menang. (Tapi) apa yang menarik ialah margin. Sama ada (undi) lebih besar dan lebih kecil dari apa yang beliau (Anwar) dapat pada masa lalu." – Tun Dr Mahathir Mohamad.

Barisan Nasional tidak mempunyai calon istimewa untuk menewaskan Anwar Ibrahim. Itulah pandangan mantan Perdana Menteri yang dilaporkan Malaysiakini.

Sememangnya rata-rata di kalangan pemimpin Umno dan BN kurang yakin dapat menewaskan Anwar di kubu kuatnya, Permatang Pauh. Itulah sebabnya apabila Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi Permatang Pauh untuk suaminya, Anwar Musa berpendapat BN harus boikot pilihanraya kecil Permatang Pauh sementara Dr Latiff Ahmad mencadangkan BN meletakkan pemeriksa kira-kira sebagai calon.

“Secara realistik, ia sukar. Kita akan berusaha sebaiknya," kata Najib Razak yang akan mengetuai “pasukan gempur” BN di Permatang Pauh.

Secara realistiknya, memang sukar buat BN. Permatang Pauh adalah kubu Anwar sejak 1982. Orang Permatang Pauh hanya mengenali hanya satu nama besar, Anwar Ibrahim, orang Ceruk Tok Kun.

Bagaimanapun ianya pasti bukan laluan mudah buat Anwar. Pilihanraya tahun 2004, Wan Azizah hanya menang dengan majoriti kurang 1,000 undi.

Bagi Umno dan BN, awal-awal lagi pemimpinnya mahu dilihat sebagai parti “underdog” di Permatang Pauh. Sukar untuk menang tetapi bukan mustahil buat Umno.

Mungkin ramai beranggapan Anwar has “nothing to lose”. Sebenar ianya juga “nothing to lose” untuk Umno. “Hadiah” di Permatang Pauh amat berharga buat BN jika menang.

Tewasnya Anwar bermakna ikatan kuat Pakatan Rakyat yang ditunjangi Anwar telah berjaya dirongkai. Tewasnya Anwar bermakna kemenangan moral buat Umno dan BN selepas ditewas teruk di enam negeri. Tewasnya Anwar juga bermakna punah harapan Anwar, walaupun buat seketika, untuk mendabit dada bahawa beliau lah bakal Perdana Menteri yang akan datang dan punahlah harapan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pucuk pimpinan negara.
Harapan Pakatan Rakyat agar Ahli Parlimen BN akan menyertai mereka akan tinggal impian.

Maka, pilihanraya Permatang Pauh akan jadi medan pertempuran besar buat Pakatan Rakyat dan BN kerana hadiahnya tidak ternilai buat masadepan politik mereka.

Mampukah BN menang? Pada pandangan Jelapang amat sukar. Pembangkang hari ini bukannya pembangkang seperti tahun-tahun dahulu.

Pulau Pinang dikuasai Pakatan Rakyat. Pendirian pengundi pada 8 Mac masih lagi tidak berubah dan ini jelas dari bancian yang dibuat oleh Merdeka Center Jun lepas.

Ditambah lagi dengan tiadanya calon istimewa yang dapat mengubah suasana politik di Permatang Pauh.

Dua nama menjadi bahan spekulasi dikalangan ahli-ahli Umno Permatang Pauh. Mereka ialah Pirdaus Ismail dan ketua bahagian Abdul Jalil Abdul Majid.

Peluang untuk Pirdaus menjadi calon BN untuk kali ketiga sebenarnya amat tipis. Imej beliau tercalar di pandangan mata pengundi Permatang Pauh dek insiden ketika pengiraan undi pada pilihanraya 2004.

Sementara Jalil tidak dilihat mempunyai cukup “charisma” untuk menghadapi Anwar.

Ketika ini nama ketiga timbul. Ustaz Shamsuri Ahmad. Beliau orang Kepala Batas dan bukan orang Permatang Pauh. Di kalangan pengundi Permatang Pauh, nama Ustaz Shamsuri dikenali ramai.

Ustaz Shamsuri memang dikenali umum melalui ceramah agamanya, kaset-kaset dan kuliah. Orang utara, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak amat mengenali beliau.

Malangnya, populariti Ustaz Shamsuri menurun apabila beliau mengambil keputusan untuk menerima pelawaan Pelita Nasi Kandar untuk menjadi Pengerusi Eksekutifnya.

Ceramah dan kuliah Ustaz Shamsuri tidak lagi mendapat sambutan seperti duhulu.

Apapun, pengundi Permatang Pauh mengakui Ustaz Shamsuri mungkin calon terbaik untuk menentang Anwar. Jelapang berpendapat amat sukar untuk Umno menewaskan Anwar di kubunya dan menghalang beliau ke Parlimen tetapi tiada perkara yang mustahil di dunia ini.

Rujukan:
Malaysiakini: http://www.malaysiakini.com/news/87537
Pelita Nasi Kandar: http://www.mymasjid.net.my/forum/display/357203/pelita-nasi-kandar--ustaz-samsuri/
Ketua Bahagian Permatang Pauh: http://www.bharian.com.my/Thursday/Nasional/20080807002705/Article/index_html
Bancian Merdeka Center: http://www.merdeka.org/pages/Natl%20Poll%20July%202008%20-%20Release%20to%20Press.pdf

Ustaz Shamsuri Ahmad