Showing posts with label nfc. Show all posts
Showing posts with label nfc. Show all posts

Saturday, March 31, 2018

HEY SHAHRIZAT: BAYAR LAH HUTANG RM248 JUTA PROJEK LEMBU TU

Image result for rafidah aziz shahrizat jalil

INI kata bekas Ketua Wanita Umno Rafidah Aziz apabila dikritik oleh pemimpin Umno.




"Hey, kamu berdua Nazri dan Annuar...
Berhenti mengalihkan perhatian rakyat daripada salah laku dan hal-hal mengarut yang menyebabkan kebimbangan mendalam di kalangan rakyat yang berfikir.

Saya langsung tidak mempunyai kepentingan memegang sebarang jawatan dalam mana-mana parti. Apa lagi dalam kerajaan.

Saya menghabiskan masa separuh abad dalam politik.

Kepada Nazri, siapa Shahrizat? Adakah dia wanita yang suaminya masih berhutang kepada rakyat sebanyak hampir suku bilion (ringgit) daripada apa yang dipanggil National Feedlot Corporation?

Who got fed?

Bilakah agaknya rakyat akan mendapat semula wang mereka (yang dipungut kerajaan melalui pelbagai cukai, GST dan fi serta caj lain)?

Tolong tangani masalah-masalah ini. Jangan menyibuk tentang umur saya. Dan jangan sekali-kali persoalkan hak saya untuk bercakap mengenai isu yang menyentuh negara ini.

Saya tak berfikir tentang kamu pun dalam hidup seharian saya.

Tumpukan perhatian untuk membetulkan kesalahan yang sudah berlaku.

Kepada Annuar. Berhentilah mengarut.

Apa yang saya katakan mengenai negara ini adalah hak saya (kecuali kamu yang terasa pedasnya?)

Dan apa yang kamu nak kamu "awaskan"? Adakah kamu Gestapo?

Mengapa tidak diawasi Jho Low dan mereka yang dikaitkan dengan kes-kes jenayah yang disiasat oleh kerajaan-kerajaan asing? Yang memalukan negara ini dan rakyat?

Ingatlah, Allah SWT sentiasa mengawasi semua kamu. Jangan lupa.

Dan untuk makluman saya dah hampir 10 tahun tak bayar yuran Umno. Ketua penerangan tidak semak ke daftar ahli?

Secara teknikal saya tidak lagi (menjadi) ahli Umno. Parti sudah dikotori dan dimalukan oleh mereka yang diamanahkan memimpin.

Nasib Melayu dan bumiputera sudah tidak boleh diharapkan kapada Umno untuk diperjuangkan. Apatah lagi nasib rakyat berbilang kaum.

Hentikan politik jijik mengecam peribadi. Tumpu kepada isu dan masalah negara.



NFC masih berhutang RM248 juta dengan kerajaan, kata Kementerian Kewangan


KEMENTERIAN Kewangan hari ini memaklumkan bahawa National Feedlot Corporation (NFC) masih mempunyai hutang dengan kerajaan sebanyak lebih daripada RM248 juta, daripada pinjaman ringan RM250 juta yang ia terima.

Dalam jawapan bertulis Parlimen kepada Sim Tze Tze (PKR-Bayan Baru), kementerian itu berkata sehingga 31 Januari tahun ini, NFC masih belum menjelaskan bayaran sebanyak RM248,193,173.81.

"NFC membayar sebanyak RM24.98 juta pada 2012 dan 2013. Jumlah yang disita dari NFC dan syarikat berkaitan di bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia ialah RM46,934,703.17.

Jelas Kementerian Kewangan lagi, pada 22 Februari 2107, Mahkamah Majistret Tampin telah mengeluarkan writ pemilikan untuk memerintahkan NFC mengosongkan premisnya bermula 1 Mac tahun lalu.


Sim telah meminta penjelasan Kementerian Kewangan mengenai jumlah yang telah NFC bayar kepada kerajaan pada Disember 2017 dan sama ada kerajaan sudah menyita aset NFC seperti kondominnium dan kereta mewah.

Bulan lalu, Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan terhadap Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan bekas kerani Public Bank, Johari Mohamas selepas didapati bersalah mendedahkan dokumen bank berkaitan kebocoran akaun NFC.

Namun, tiada siapa didapati bersalah atas kegagalan projek tersebut.

Menurut laporan ketua audit negara, NFC telah berjanji untuk membiak 8,000 ekor lembu menjelang 2010. Tetapi, pusat projek yang bernilai RM74 juta yang terletak di Gemas itu hanya membiak 3,289 atau 41% daripada sasarannya. – 8 Mac, 2018.

Monday, June 8, 2015

SKANDAL NFC SHAHRIZAT DIPAKSA LETAK JAWATAN, SKANDAL 1MDB?

Image result for shahrizat+muhyiddin

MURNINYA hatibudi Ketua Wanita Umno Shahrizat Jalil terhadap Najib Razak apabila beliau mencadangkan agar Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin menjadi ORANG TENGAH untuk MENDAMAIKAN Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Najib.

http://www.utusan.com.my/berita/politik/wanita-umno-gesa-tpm-campur-tangan-1.99933

Skandal 1MDB jauh berbeza dengan skandal NFC milik keluarga Shahrizat.

Jumlah wang yang terlibat HANYA RM250 JUTA berbanding dengan 1MDB berjumlah RM42,000,000,000 (RM42 BILION).

Dalam kes NFC, Shahrizat TIDAK mengetahui bahawa keluarga beliau memperolehi projek Pusat Fidlot Nasional itu.

Dan keluarga beliau menggunakan wang tersebut untuk melabur melalui pembelian aset.



Kalau dibandingkan skandal NFC dengan skandal 1MBD bagaikan langit dengan bumi dari segi jumlah wang dan aset yang terlibat.

TETAPI MALANGNYA, dalam kes keluarga Shahrizat, yang menjadi MANGSA ialah Shahrizat Jalil.

Najib sanggup mengutuskan seorang MENTERI untuk menziarahi Shahrizat dan MENGARAHKAN beliau untuk MELETAKKAN JAWATAN.

Kesudahannya, Shahrizat KEHILANGAN jawatan Menteri.

Jika difikirkan balik, KASIHAN Shahrizat. Skandal yang tidak ada kena mengena dengan beliau, DIMINTA MELETAKKAN JAWATAN.

Di dalam kes 1MDB, di mana Najib menjadi penasihatnya, TIDAK PULA NAJIB DIMINTA MELETAKKAN JAWATAN.

Itulah bezanya kedudukan seorang Menteri dan PERDANA MENTERI.


Thursday, June 19, 2014

KESIAN SHAHRIZAT




Kesian Ketua Wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil.

Dua hari lepas Rafizi Ramli membuat tuduhan melulu terhadap adik beliau, Shahrir Abdul Jalil kononnya beliau dianugerahkan konsesi pembinaan kampus cawangan UiTM bernilai RM 1.5 bilion di Seremban 3 di Negeri Sembilan.

Jelapang yakin, seperti juga kes NFC atau Pusat Fidlot Nasional bernilai RM 250juta,  Shahrir merahsiakan kejayaan mendapat kontrak ini dari pengetahuan kakaknya, Shahrizat.

Dalam kes Fidlot, suami Shahrizat juga merahsiakan kejayaan mendapat kontrak membela lembu bernilai RM250 juta dari pengetahuan beliau walaupun tinggal sebumbung.

Malang betul nasib Shahrizat. Imej beliau bersih. 

Kalau dulu, suami, dua anaknya dan setiausaha politik beliau menyembunyikan perkara ini, kali ini adiknya pula merahsiakan kejayaan beliau mendapat projek berbilion ringgit untuk membina cawangan kampus UiTM.

Walaupun tidur serumah, Shahrizat tidak menyedari suami dan anak-anak beliau sudah memiliki kondo mewah di Singapura termasuk di Marina Bay suites  dan kondo mewah One Menerung di Bangsar dengan nilai keseluruhan berjumlah RM62.2 juta.

Begitu juga tuduhan penyelewengan Dana 1Azam berjumlah RM 690 juta di mana bekas Setiausaha Politik beliau dikaitkan. Sudah pasti Shahrizat tidak tahu menahu hal ini.

Keluarga di sekeliling beliau semuanya mendapat habuan projek.

Hanya Shahrizat saja yang belum mendapat apa-apa. Itulah nasib Ketua Wanita Umno Malaysia.