Showing posts with label lim guan eng. Show all posts
Showing posts with label lim guan eng. Show all posts

Thursday, December 17, 2020

PAKATAN HARAPAN AKAN MUSNAH JIKA ANWAR KEKAL KETUA PAKATAN

 Image 

 SUDAH hampir 8 bulan Anwar Ibrahim memberi harapan kepada ahli-ahli Pakatan Harapan terutamanya pemimpin DAP, Amanah dan pemimpin bawahan PKR bahawa beliau akan menumbangkan kerajaan Muhyiddin Yassin dan beliau menjadi Perdana Menteri.

Akhirnya, semua kena TIPU. Lim Guan Eng kena TIPU. Mat Sabu kena tipu.

Jangankan nak menjatuhkan kerajaan Muhyiddin, nak TUMPASkan Muhyiddin di sesi peringkat jawatankuasa Parlimen pun TAK MAMPU.

 Berbulan lamanya pemimpin Pakatan hanya SIBUK melayan Anwar, BUKAN sibuk memperjuangkan kepentingan RAKYAT. Sibuk disebabkan ditipu oleh Anwar.

Sudah lebih seminggu Anwar berjanji akan melepaskan jawatan Ketua Pembangkang dan Pengerusi Pakatan sekiranya beliau gagal MENUMBANGkan kerajaan Muhyiddin tetapi Anwar buat BODOH sahaja sehingga ke hari ini.

Jangan kata nak jatuhkan Muhyiddin, nak dapat sokongan seorang Ahli Parlimen Umno pun Anwar tak mampu.

Tetapi riuh sekampung semasa PRN Sabah mahu mengadap DYMM Agong kononnya dia ada sokongan cukup kuat untuk menjatuhkan Muhyiddin.

Zahid Hamidi dan Najib Razak, yang telah dihukum penjara, turut mengutuskan surat kepada DYMM Agong menyokong Anwar.

Anwar tak lah cerdik sangat. Baru sekarang Anwar SEDAR Zahid dan Najib sudah tak ada sokongan di dalam Umno.

Zahid dan Najib tak mampu menarik seorang pun Ahli Parlimen Umno untuk menyokong beliau.

Akhirnya, Anwar dimalukan di Parlimen apabila Zahid dan Najib pun turut serta menyokong kerajaan Muhyiddin Yassin dengan meluluskan Belanjawan.

Sekarang baru Guan Eng dan Mat Sabu tahu telah ditipu oleh Anwar dan turut merasakan mereka ditipu oleh Najib dan Zahid.

Najib dan Zahid telah menggunakan Anwar untuk menekan Muhyiddin untuk "menyelamatkan" tengkok mereka.

Seminggu dua ini kita akan melihat KERUNTUHAN Pakatan Harapan.

Pemimpin-pemimpin muda DAP dan Amanah sudah jelik melihat pemimpin atasan mereka dicucuk hidung oleh Anwar semata-mata kerana kepentingan peribadi beliau mahu menjadi Perdana Menteri.

PRU sudah hampir. Apakah DAP dan Amanah mahu meneruskan perjuangan untuk kepentingan peribadi Anwar?

Atau mereka mahu dilihat sebagai pejuang kepentingan rakyat?

Pemimpin-pemimpin muda DAP sudah memberi gambaran bahawa mereka mahu ketua baru di dalam Pakatan dan bukan lagi Anwar.

 

 

 

 

Sunday, July 22, 2018

MENTERI PAKATAN BUAT KERJA-KERJA BODOH

Related image

TAK sampai 100 hari memerintah, beberapa Menteri Pakatan Harapan membuat kerja-kerja BODOH yang menyusahkan kerajaan Pakatan dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

1. SIVARASA RASIAH.

Perlukah Sivarasa menyibuk masuk institusi Melayu? Apa perlu Sivarasa memijak kaki di Mara? Untuk pengetahuan Menteri-Menteri bukan Melayu, tak payah lah menyibuk dan memijak kaki di institusi yang menjaga kepentingan orang Melayu.

Antaranya Risda, Felcra, Felda, Mara, Tabung Haji dan banyak lagi. Menteri KKLW Rina Harun buat apa? tAK SENSITIF ka? Tak kan biarkan Timbalan Menteri bukan Melayu pergi ke Mara tanya hal-hal orang Melayu?

Kenapa tidak Rina ke sana, kenapa Sivarasa?

2. MAZLEE MALIK

Image result for mazlee kasut hitam

DALAM banyak-banyak isu yang dibawanya isu kasut sekolah berwarna HITAM. Berkurun lamanya sejak zaman nenek moyang Mazlee, anak-anak ke sekolah pakai kasut putih.

Ia sebahagian dari latihan disiplin. Setiap hujung minggu dikerah oleh mak bapa kita basuh kasut putih dan bubuh kapur. 

Jika hari Ahad, hari pertama bersekolah, kasut kita lasam (kotor) ianya tandanya kita pemalas dan ditertawakan rakan-rakan dan guru sekolah.

Tak ada ke perkara lebih penting untuk Mazlee buat di Kementerian Pendidikan.

Isu pelajar tak boleh berbahasa Inggeris selepas 11 tahun bersekolah. Beban kerja guru dan banyak lagi.

Tak payahlah tunjuk video mengendap-gendap cikgu mengajar dan menyelinap masuk kelas. Nampak macam budak-budak lah.

Ramai juga yang bercakap akan kelakuan Mazlee, kata mereka beliau ini seorang yang angkuh tetapi Jelapang anggap ini hanya FITNAH.

Ahkir sekali. Tak payah lah Mazlee nak hina orang Melayu mengenai BRIM. Hang naik situ pun kerana Melayu.

3. SYED SADDIQ

Image result for syed saddiq

BUAT kerja. Bukan berselfie sana, berselfie sini dan bertwitter. Dah jadi macam Najib ke asyik bertwitter dan berselfie.

Zaman honeymoon dah berlalu. 


Image result for syed saddiq berselfie

Tak perlulah berlakon kutip sampah dan sebagainya. Ini zaman realiti. Dan tolong pilihlah pegawai yang ada kelakuan elok untuk pejabat beliau.


4. LIM GUAN ENG

Image result for lim guan eng gst

Buatlah kerja betul-betul.

Apabila Tun Mahathir menggantung GST, ianya berita gembira buat rakyat. Paling kurang harga barangan MURAH  enam peratus.

Tiba-tiba Guan Eng umum di bawah SST cukai jualan 10 peratus dan cukai perkhidmatan 6 peratus. Dan tergantung begitu saja tanpa sesiapa pun memahami bagaimana pengenaan cukai ini dikenakan.

Inilah yang dinamakan buat kerja CINCAI. Pegawai Khas hebat-hebat - Tony Pua dan Ong Kian Min.

Buat kerja CINCAI.

Di bawah kerajaan dahulu, apa-apa perkara penting hendak dibuat, perancangan dibuat dengan teliti sebelum pengumuman dibuat bagi memastikan segala persoalan difahami dan dijawab.

Guan Eng reaktif. Orang bantai baru nak jawab.

Buat kerja betul-betul Guan Eng! Jangan menyusahkan Tun Mahathir. Jangan buat kerja untuk membalas dendam dan syok sendiri.
  

5. M. KULASEGARAN a/l V. MURUGESON

Image result for kulasegaran

Kamu Menteri kaum India ke apa? Tak habis-habis bercakap mengenai Zakir Naik dan asyik bagi temuramah dalam bahasa Tamil.

Kalau ini perangai Kulasegaran, tak salah orang menuduh beliau rasis.




Thursday, May 24, 2018

CERITA ERA NAJIB MACAM CERITA ERA SOVIET UNION & APA PERLU GUAN ENG MASUKKAN TONY PUA & ONG KIAN MIN KE DALAM KEMENTERIAN KEWANGAN?



SEJAK Tun Dr Mahathir Mohamad menerajui negara sebagai Perdana Malaysia ke 7, perkembangan dalam negara terlalu "laju" untuk dihadamkan oleh kita semua.

Pendedahan demi pendedahan amat menakjubkan terutamanya oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Shukri Abdull bagaimana beliau merasakan seolah-olah beliau hanya menunggu masa untuk MATI semasa menyiasat kes derma RM2.6 bilion dan 1MDB yang melibatkan Najib Razak.

Siapa sangka cerita-cerita seperti ini yang selalunya kita dengar melibatkan agen-agen KGB Russia boleh berlaku di Malaysia.

Ada yang mengkritik pendedahan Shukri dari segi aspek undang-undang TETAPI suka atau tidak, realitinya itulah keperitan yang tidak pernah terfikir oleh kita telah dilalui oleh beliau dan dilakukan oleh mereka-mereka yang berkuasa di bawah pemerintahan Najib Razak.

 Image may contain: 6 people, including Sufi Yusoff
BEGITU juga rampasan wang tunai RM130 juta dan RM200 JUTA BARANG KEMAS didakwa kepunyaan Najib Razak dan Rosmah Mansor.

MENAKJUBKAN. Tiada alasan yang dapat menghalalkan kekayaan menakjubkan ini.





1MDB. Rupa-rupanya selama ini Kerajaan yang membayar IPIC dan bukannya 1MDB.

Malahan 1MDB kini MUFLIS. Lebih menakjubkan Arul Kanda tidak bercakap benar selama ini.



MENTERI KEWANGAN: Kita tak ada masalah Lim Guan Eng memegang jawatan Menteri Kewangan. Sebelum ini Najib pegang jawatan tersebut dan terbukti pelbagai masalah timbul - duit hilang, kes 1MDB dan pelaburan tak masuk akal.

Tetapi hari ini terbaca pula dua Ahli Parlimen DAP Tony Pua dan Ong Kian Min juga memasuki Kementerian Kewangan sebagai pegawai khas Guan Eng.

Apa tujuannya? Guan Eng tak percaya kepada pegawai-pegawai kerajaan di dalam Kementerian Kewangan untuk membantu beliau? Adakah Kementerian Kewangan tak cukup kepakaran untuk menangani skandal-skandal besar yang membelenggu kerajaan?

Guan Eng perlu sensitif kerana Kementerian Kewangan adalah Kementerian yang sensitif. Guan Eng kena sensitif terhadap pegawai-pegawai Kementerian Kewangan. Mereka juga ada kredibiliti.

Jika tidak cukup kepakaran, Guan Eng boleh minta bantuan Bank Negara, Khazanah Nasional dan Suruhanjaya Sekuriti.

https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/05/24/no-pay-but-were-going-to-help-finance-ministry-say-pua-and-ong/

Wednesday, July 5, 2017

UMNO BN AKAN TERUS "BERAYA", PEMBANGKANG AKAN TERUS BERPUASA

Image result for anwar ibrahim+pm

KATAkan lah esok, Najib Razak umumkan beliau akan membeli kapalterbang Jumbo terbesar di dunia, Airbus A380, dengan harga RM1.8 bilion untuk kegunaan peribadi dan ahli keluarga beliau, tumbangkah Najib dan kerajaan BN?

Katakan lah esok, Rosmah Mansor menghadiri satu majlis hariraya dengan memakai cincin bernilai RM45 juta dan memakai rantai yang berloket berlian merah jambu yang bernilai RM116 juta sepertimana didakwa oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, tumbangkah Najib dan Kerajaan BN?

Kita nak tanya Wan Azizah Ismail, Nurul Izzah Anwar, Azmin Ali, Muhyiddin Yassin, Lim Kit Siang, Rafizi Ramli dan Mohamad Sabu? Tumbangkah Najib?

Kalau ikut hukum akal, kalau di negara-negara maju, tak perlu tunggu pilihanraya. Kerajaan BN yang ada sekarang ini sudah lama tumbang dan pemimpinnya hanya menunggu masa untuk menjadi penghuni penjara.

Tetapi tidak. Pembangkang hanya setakat mengharap. 

Kerajaan BN yang ada ini cukup teruk. Dah nak muntah dengar isu demi isu didedahkan. Tak payah lah pembangkang cari isu baru. Tak payahlah Rafizi nak perasan jadi hero dengan membongkar lima atau enam isu baru. Isu yang ada ini pun dah cukup memualkan. Isu baru tak akan mengubah apa-apa.

Tidak pernah dalam sejarah, imej BN dan Umno begitu teruk. Tetapi Perdana Menterinya dan isterinya tetap gagah, tak tergugat, tak peduli apa rakyat cakap.

Apa lagi isu yang tak keluar? Cincin? RM2.6 bilion? Jho Low? 1MDB? Felda? Tabung Haji? Anak tiri Najib berjudi? Rosmah shopping? Peguam Negara tidak adil? Ketua Polis Negara dituduh terlibat dengan Gopi? Harga barang? GST? Apa lagi?

Cakaplah apa pun. Sewa 41 bilik untuk taraf presiden di Bali? Guna jet kerajaan bercuti? Lepas Bali bercuti pula di Perth, Australia? 

Apa dia peduli. Cakaplah apa pun. Tak akan tumbang Najib dan kerajaannya.

KENAPA?

Kerana pembangkang HAPRAK. Kerana pembangkang setakat berharap kepada isu DOJ, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.

Kerana Najib tahu, cakaplah apa pun, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dakwa apa pun, BN dan Umno akan menang BESAR pilihanraya ini dan Najib akan tetap KEKAL sebagai Perdana Menteri.

Kalau rakyat muntah kerana isu-isu dan skandal-skandal Najib dan keluarganya, rakyat juga MUNTAH dengan perangai tamak parti-parti pembangkang.

Sehingga hari ini, tiada apa pun pelan pembangkang yang boleh menyakinkan rakyat. Hanya yang kita dengar, mereka bertelingkah berebut siapa nak jadi PM.

Nak pilih LOGO Pakatan Harapan pun, bergaduh bagai nak rak dan sampai hari ini, logo pun tak nampak.

Wan Azizah duk sibuk nak bagi laki jadi PM. Dalam PKR ada parti dalam parti.

DAP sibuk tuduh Umno rasuah, pemimpinnya sendiri Lim Guan Eng terlibat dalam rasuah.

Rasuah adalah rasuah. Tak payahlah Kit Siang dan Guan Eng nak nafi kononnya disabotaj oleh Umno atau guna alasan rasuah yang dibuat oleh Guan Eng lebih kecil dari apa yang dilakukan Najib.

Rasuah tetap rasuah. Guan Eng biawak hidup DAP.

Rakyat hendak tahu, bagaimana Perdana Menteri dipilih jika pakatan pembangkang menang dalam PRU nanti.

Kalau BN, mudah. Kita sudah tahu. Menang BN, Umno jadi PM. Pembangkang? Apakah akan ada majlis presiden untuk memilih Perdana Menteri?

Rakyat mahu tahu, apa proses untuk memilih Ketua Polis Negara dan Peguam Negara jika pembangkang memerintah?

Sebaliknya, Wan Azizah dan kuncu-kuncunya bergaduh siapa jadi Pengerusi Pakatan Harapan dan siapa jadi Presiden. Apa nasib laki dia nanti?

Seorang rakan memberi anologi berikut. Katanya:

Kita hendak balik beraya di kampung dan selama ini kita menaiki bas yang dipandu oleh Ahmad. 

Tiba-tiba si Omar cakap jangan balik dengan Ahmad. Dia tu cuai. Bawa bas sambil baca mesej hand fon. Nanti accident.

Bila kita tanya Omar, kalau macam tu hang sajalah yang pandu.

Jawab si Omar. Maaf lah. Aku tak ada lesen dan tak pernah bawa bas.

Begitulah juga dengan perangai pembangkang, sama macam perangai Omar.

Apa jadipun kata rakan saya ini: "Aku tetap akan undi Umno dan BN. Tak kiralah rasuah macam mana pun Najib dan Rosmah."

Pembangkang mengkritik orang tanpa henti-henti. Sama macam si Omar. Apa pun tak ada. Cakap kosong. Nak harapkan mereka tadbir negara? Kalau isu logo pun sampai sekarang tak boleh selesai, nak selesaikan masalah negara?

Seperti peribahasa orang putih: "Better the devil you know than the devil you don't". Atau pun dalam bahasa Melayu, lebih baik kita percaya penyamun yang kita kenal dari pembangkang haprak yang hanya tahu mengkritik dan berebut jawatan sesama sendiri (tafsiran sendiri).

Sebab itulah Najib tak peduli pun apa orang kata. Nak cuti, cuti. Nak sewa 41 bilik, sewa 41 bilik.

Sebabnya dia tahu dia akan menang besar PRU nanti kerana pembangkang hari demi hari semakin bodoh.

Hanya Hadi Awang dan Pas yang cerdik. Awal-awal dah tahu pembangkang tak akan menang.

Oleh itu kutiplah apa yang boleh. 

Bagi saya, BN dan UMNO akan terus "BERAYA" dan pembangkang akan terus "BERPUASA" buat selama-lamanya.





Sunday, March 15, 2009

GUAN ENG: JANGAN SALAHKAN AKHBAR!

"Dalam pilihan raya lepas mereka tulis memburuk-burukkan kami, kami sedia hadapinya. Dengan atau tanpa NST kami sentiasa survive. Kami menggesa rakyat Pulau Pinang, jika mereka ingin membaca hal benar mengenai Pulau Pinang, jangan beli NST." - Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=396411

Marah betul Lim Guan Eng kepada New Straits Times disebabkan satu komentar yang bertajuk "What's your beef, Guan Eng?"

Memang benar kata Guan Eng bahawa New Straits Times dimiliki Umno tetapi Guan Eng perlu terima hakikat bahawa walaupun akhbar tersebut milik parti pemerintah, Umno juga turut dikritik hebat oleh oleh New Straits Times dan media arus perdana lain.

Ketika kerajaan menarik balik kenaikan tol tempoh hari, New Straits Times meletakkan simbol U-Turn bagi mengambarkan sikap "flip-flop" kerajaan. Namun Umno dan Kerajaan tidak komplen atau bercadang memboikot dan tidak membeli akhbar New Straits Times.

Guan Eng juga kena terima hakikat bahawa tanpa publisiti yang disiarkan oleh media arus perdana terhadap kerajaan Pakatan Rakyat, kerajaan Pulau Pinang dan Selangor tidak kemana. Lihatlah publisiti-publisiti yang disiarkan oleh New Straits Times dan Berita Harian mengenai kerajaan Selangor.

Ketika ahli-ahli Keadilan mengadakan demontrasi terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dengan menghantar seekor lembu, New Straits Times menyiarkan gambar tersebut di muka hadapan begitu juga dengan berita-berita pihak pembangkang menyerang pemimpin Umno.

Lihatlah berita-berita mengenai Khir Toyo di dada akhbar arus perdana begitu juga tuduhan-tuduhan yang tidak berasas terhadap bakal Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak.

Kalau ada orang yang seharusnya tidak berpuashati dengan New Straits Times ialah pemimpin Umno bukannya Guan Eng.

Oleh itu, Guan Eng hendaklah belajar menerima kritikan. Melarang pembaca tidak membeli New Straits Times bukan caranya menyelesaikan masalah beliau di Pulau Pinang.