Showing posts with label kwsp. Show all posts
Showing posts with label kwsp. Show all posts

Tuesday, April 14, 2015

PROTES: SELOKA KWSP

Image result for kwsp

Sebagai tanda protes kepada cadangan KWSP/EPF untuk melanjutkan tempoh umur pengeluaran dari 55 kepada 60 tahun, Jelapang siarkan Seloka ini yang dipetik dari sebuah blog.

K ami kerja dari muda
W ang kami wajib disimpan
S ampai masa bila nak guna
P engluaran pulak sudah dilanjutkan
K ira-kira nak beli rumah
W ang yang ada nak jelas kereta
S iapa pulak pandai mengubah
P unah harapan nak ada harta
K alau sengkek katakan sengkek
W ang kami jangan disakau
S iapa berharta bertingkek-tingkek
P andang remeh memang tak hirau
K udrat dibanting sesenja usia
W ang simpanan sinar harapan
S aranan kami kekalkan sahaja
P ayah benar kalau dilanjutkan
K alau benar mahu membantu
W alau susah digayakan juga
S emua orang matlamatnya satu
P ersaraan nanti akan terjaga
K umpul W ang S ecara P otongan
K erana W arta S emua P eka
K eluar W ang S eusia P ersaraan
K an W ajar S ecerdik P endita
K alam W akalah S emua P ekerja

Karya - Anonymous.

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2015/04/seloka-kwsp_14.html#e3wEwucbghmXKYC6.99


Wednesday, February 4, 2015

SYED MOKHTAR & KERAJAAN PERLU JADI TELADAN



HARI ini Najib Razak bersuara dalam isu Ismail Sabri walaupun melalui kenyataan bertulis.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-pertahan-ismail-sabri-seruan-boikot-bukan-untuk-kaum-tertentu

Ismail Sabri harus berterima kasih kepada Perdana Menteri yang tampil mempertahankan beliau walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik kualiti "pemikiran" Ismail dalam menangani masalah kenaikan harga barang.

Banyak perkara berlaku hari ini. Ini termasuk kritikan baru yang dibuat oleh Dr Mahathir terhadap 1MDB dan sekali lagi Tun Dr Mahathir menekankan beliau TIDAK MENYOKONG NAJIB.

Kata Tun Dr Mahathir, kalau betul wang yang disimpan di Caymans Island berjumlah RM8 bilion dan sudah dibawa balik ke Malaysia, kenapa 1MDB perlu meminjam wang untuk menjelaskan hutangnya.
http://chedet.cc/?p=1600

Seperkara lagi yang menarik ialah gesaan Khairy Jamaluddin agar Tenaga Nasional menurunkan kadar tarif elektrik berikutan penurunan harga bahanapi dunia.

Sebagai Ketua Pemuda Umno yang bijaksana, eloklah Khairy nyatakan FORMULA untuk menurunkan tarif elektrik.

Di Malaysia sekarang ini, negara sudah ada 2 syarikat pembekal tenaga elektrik milik kerajaan (GLC) - Tenaga Nasional dan 1MDB.

Kalau zaman Tun Razak dulu, hanya Lembaga Letrik Negara (LLN) yang membekalkan elektrik dan selepas dikorporatkan, LLN dijadikan Tenaga Nasional.

Sekarang 1MDB pun membekalkan elektrik. Tetapi di dalam kes 1MDB, salah satu daripada IPP yang dibeli bernilai hanya RM450 juta tetapi dibeli oleh 1MDB, milik kerajaan, dengan harga RM2.55 bilion.

Oleh itu apa caranya untuk membekalkan elektrik pada kadar yang murah kepada rakyat kalau pembeliannya dibuat dengan harga yang begitu mahal.

Tetapi kita yakin, Khairy, seorang Ketua Pemuda yang bijaksana, pasti ada FORMULA nya.

Kembali kepada isu harga barang. Jelapang pun rasa agak malu apabila ramai mempermainkan Ismail Sabri dan kerajaan kerana menyalahkan peniaga Cina berikutan harga barang mahal walaupun harga minyak menurun.

Ada yang menulis semasa Cina menjual gula (merujuk kepada Robert Kouk), harga gula hanya RM1.70 sekilo tetapi apabila saudagar Melayu Syed Mokhtar Al-Bukhary diberikan monopoli membekalkan gula, harga gula naik kepada RM2.80 sekilo.

Tidak terkata Jelapang bila membaca kritikan-kritikan ini terutamanya apabila orang Melayu sendiri mengkritik kerajaan kerana saudara Melayu, Syed Mokhtar, juga membekal beras, roti dan gas dan berkemampuan menurunkan harga barangan ini.

Masalah kenaikan barang ini bukan benda baru dan bukan perkara yang hanya terjadi di zaman Najib.

Di zaman Tun Mahathir pun berlaku tetapi tidaklah sampai ke tahap kerajaan dan Menteri pada masa itu menyalahkan peniaga Cina. Tidak pula sampai ke tahap memanggil puluhan Ketua Bahagian ke Kuala Lumpur semata-mata untuk memegang poster menyokong Ismail Sabri di depan kamera TV.

Tak payah jadi Menteri pun kita tahu bagaimana nak selesaikan masalah kenaikan harga barang ini.

Kalau hendak turunkan harga gula, beri lah peluang kepada Melayu lain berniaga gula. Tak perlu lah Syed Mokhtar saja membekalkan gula kepada rakyat.

Kalau ada Melayu lain yang boleh menjual gula dengan harga murah, beri lah mereka peluang. Biar mereka bersaing dengar Syed Mokhtar. 

Begitu juga dengan beras.

Apakah bapak-bapak Menteri tidak pernah belajar prinsip ekonomi?

Dalam prinsip ekonomi, sekiranya "supply" melebihi permintaan, maka harga akan turun.

Oleh itu apa masalahnya untuk kerajaan menambahkan bekalan?

Mana-mana barang yang mahal harganya, kita tambah bekalan. Minta FAMA impot.

Tak perlulah nak salahkan peniaga Cina. Kenyataan yang dibuat oleh Ismail Sabri tidak membawa kesan apa pun kepada harga barang.

Mungkin kerajaan juga boleh menjadi teladan kepada peniaga-peniaga dengan menurunkan kadar tol di lebuhraya Plus.

Lagipun Plus adalah hakmilik KWSP. Dan KWSP adalah hakmilik Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Bidayuh dll. Semua bangsa ada saham di dalam KWSP.

Oleh itu, menurunkan kadar tol adalah wajar kerana Plus adalah milik semua bangsa.