Showing posts with label ketua bahagian kepong rizuan hamid. Show all posts
Showing posts with label ketua bahagian kepong rizuan hamid. Show all posts

Tuesday, February 21, 2017

ISTERI KETUA BAHAGIAN KEPONG DILANTIK KETUA AUDIT NEGARA

Image result for rizuan+madinah

Image result for rizuan+madinah

SETINGGI-TINGGI tahniah diucapkan kepada Ketua Bahagian Kepong Rizuan Hamid di atas perlantikan isteri beliau, Madinah Mohamad sebagai Ketua Audit Negara. 

Wednesday, May 11, 2016

RIZUAN KEPONG "CLASS" ISTIMEWA

 DUA hari lepas Ahli Parlimen PKR Rafizi Ramli mendedahkan bagaimana Najib Razak MENYELAMATKAN Ketua Bahagian Kepong Rizuan Hamid dari jatuh BANKRAP.

Sibuk betul Rafizi dengan isu rumahtangga Umno. Tak perlu lah hendak menyibuk hal Umno. Tumpukan kepada Pakatan Harapan.

Rafizi tidak malu kah melihat rumahtangga sendiri tidak terurus di dalam Pakatan Harapan hingga rakyat hilang keyakinan kepada pembangkang semasa Pilihanraya Negeri Sarawak di mana Pakatan Harapan TEWAS teruk baru-baru ini.

Jangan jaga tepi kain orang. Jaga kelambu sendiri sebelum hendak selak kain Ketua Bahagian Kepong.

Memalukan bila melihat PKR, DAP dan PAS bercakaran semasa sendiri di Sarawak. BN pun ada parti komponen, tidak pula tikam menikam sesama sendiri.

Si Wan Azizah SIBUK dengan urusan nak lepaskan laki beliau sehinggakan hal rakyat ditolak tepi dan si Hadi Awang, yang pernah menuturkan perkataan BARUA, sibuk hendak menyelamatkan Umno.

Kalau Rafizi hendak sibuk ambil tahu hal dalam kain Umno, masuk Umno. Ini baru betul.

"Umno rules" hari ini, bukan Pakatan Harapan. Kepada Rafizi, jaga dalam kain sendiri.


 http://rafiziramli.com/2016/05/campur-tangan-perdana-menteri-dalam-urusan-pentadbiran-malaysia-building-society-berhad/

Antara yang memberi komen mengenai pendedahan mengenai Rizuan (gambar atas) ialah Datuk Zaharin Mohd Yasin, rakan Jelapang.

Datuk Zaharin kena ingat, beliau BUKAN Ketua Bahagian.

"Class" beliau dengan Rizuan tak sama. 

Rizuan ada "CLASS" lah Datuk.

Umno Bahagian Kepong tak pernah menang pilihanraya Umum semasa Rizuan jadi Ketua Bahagian tetapi beliau tetap Ketua Bahagian.

Isteri katanya sudah tiga, kereta katanya ada Bentley, ada Jaguar, bini pertama pula KSU. Itu kata orang Umno. Jelapang tak percaya.

Lain CLASS dia, Datuk Zaharin!

Hutang berjuta, TETAPI tidak BANKRAP, kerana PM ada.

Ini baru Ketua Bahagian ada CLASS. Kita berhutang, suruh PM selesaikan.

Bukan itu saja. Tak pandai buat bisnes tak mengapa, janji hutang Ketua Bahagian, Najib uruskan.

Niat Datuk Zaharin itu baik TETAPI kita kena fahamlah, Ketua Bahagian seperti Rizuan lain LAYANAN diberikan.

Tetapi bukan semua Ketua Bahagian dilayan istimewa kerana bukan semua Ketua Bahagian ada isteri tiga dan berkereta Bentley dan Jaguar.




Monday, October 26, 2015

DESAK NAJIB LETAK JAWATAN: UMNO WAJIB PECAT KETUA-KETUA CAWANGAN UMNO TELUK KEMANG


JELAPANG ingin memuji TINDAKAN pantas Ketua Bahagian Teluk Kemang serta Pengerusi Felda Isa Samad merujuk Ketua-Ketua Cawangan Umno Teluk Kemang kepada Jawatankuasa Disiplin Umno kerana MENDESAK NAJIB RAZAK MELETAKKAN JAWATAN.

Dan kita berharap Jawatankuasa Disiplin CEPAT BERTINDAK dengan MEMECAT Ketua-Ketua Cawangan ini sebelum API merebak.

Sudah menjadi norma di dalam parti hari ini, sesiapa yang menentang Najib diPECAT - tidak kira pegawai kerajaan mahupun ahli parti tanpa mengira pangkat dan darjat.

Kadang-kadang ketua cawangan kenalah faham. Jangan samakan diri kita dengan Ketua Bahagian.


Darjat ketua cawangan lain, tak sama dengan darjat Ketua Bahagian.

Kalau Ketua Bahagian kesana-sini dengan Bentley, Jaguar, Maserati, kita setakat Myvi cukuplah. Kita hanya Ketua Cawangan. Itu standard kita.

Kepada Lembaga disiplin, cepatlah bertindak sebelum terlambat.

Ramai lagi Ketua-Ketua Cawangan yang MELUAT dengan Ketua Bahagian dan sedang mengira-gira mencontohi Ketua-Ketua Cawangan Teluk Kemang dengan mengadakan SIDANG AKHBAR mahu mendesak Najib meletakkan jawatan.

Jangan biarkan api merebak, kesian Perdana Menteri.

Sebagai PENGAJARAN kepada Ketua-Ketua Cawangan Teluk Kemang, PECAT mereka.

Kita gempaq Ketua-Ketua Cawangan lain. Jangan main-main dengan parti. Ingatkan ketua-ketua cawangan bahawa jangan bermain api, padah akibatnya.

Jangan kerana Ketua Bahagian hidup di dalam kesenangan, kita mesti hilang pertimbangan hinggakan Presiden parti pun disuruh letakkan jawatan.

Ingatlah. Ketua Bahagian adalah PEJUANG bangsa, agama dan negara. Tanpa mereka, apalah ada pada Melayu.

Wednesday, August 26, 2015

KETUA-KETUA BAHAGIAN TIDAK BANGSAT

Image result for najib rosmah jho low

Seorang Ketua Bahagian di Wilayah Persekutuan membuat kenyataan berikut 3 hari lepas: "Saya berani MATI untuk Najib. Jangan sentuh Najib. Kalau mahu mati, MAHU MATI BERSAMA NAJIB. Itu ikrar kami. Mati dalam politik adalah lebih baik dari mati katak." 

MENAKJUBKAN! Sudah pasti akan ada orang di Putrajaya rasa kembang sana sini.

Tetapi apa yang nak di hairankan. Itulah hasilnya jika Umno mempunyai Presiden yang mempunyai banyak duit di dalam akaunnya dan seorang yang PEMURAH - serta seorang Presiden yang MUDAH bagi duit kepada KETUA BAHAGIAN terutamanya ketua-ketua bahagian di WILAYAH PERSEKUTUAN dan SELANGOR.

Itulah sebabnya Umno mempunyai ramai ketua-ketua bahagian yang hebat-hebat di Wilayah Persekutuan seperti Ketua Bahagian Kepong Rizuan Hamid dan Ketua Bahagian Sungai Besar, Selangor, Jamal Yunos, yang pada awalnya dengan gagah beraninya mendesak Menteri Besar Johor Khaled Nordin meletakkan jawatan kerana mengkritik Najib Razak dan kemudian bertukar menjadi TIKUS dan menarik balik kenyataan beliau.

 http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/08/24/jamal-retracts/

Maka, apa yang dilakukan oleh Rizuan dan Jamal bukan perkara pelik.

Ianya menjadi pelik jika tiba-tiba Rizuan dan Jamal mendesak Najib meletakkan jawatan.

Ketua-ketua bahagian di Selangor dan Wilayah tahu TANGGUNGJAWAB mereka - mempertahankan Najib.

Tak munasabah jika mereka mengigit pula tangan yang memberi REZEKI kepada mereka.

Kalau gigit, bagaimana nak bayar "instalmen" ansuran kereta BENTLEY baru?



Ada ketua bahagian di Wilayah dah SENGKEK, tiba-tiba dapat tanah. Tiba-tiba dah terfikir nak buat bangunan baru untuk Umno bahagian. Tiba-tiba dah terfikir nak buat kondo pula atas tanah pemberian ini walaupun Umno atau BN tidak pernah MENANG di kawasannya.

Itulah lah standard Ketua Bahagian di Wilayah dan Selangor. Ketua Bahagian KELAS PERTAMA.

Sebenarnya ketua-ketua bahagian pun ada kelasnya. Ketua Bahagian di Kedah dan Terengganu, yang menjadi PENYUMBANG besar kepada Umno untuk kekal memerintah, masuk kategori Ketua Bahagian kelas 3.

Selebihnya mungkin kelas 2 atau kelas 4.

Ketua Bahagian yang paling banyak MINTA duit dan DAPAT - ketua-ketua bahagian Selangor. Selangor KALAH tak mengapa. Janji masuk. Dekat-dekat pilihanraya pakai modal bantai Azmin Ali, bantai Cina dan DAP dan bantai PKR.

Walaupun Umno Selangor tak menang. Tak mengapa, TAK BANGSAT.

Ada ketua bahagian dapat RM600,000 untuk buat satu program. 

Sebenarnya di dalam Umno ini, hanya Ketua Bahagian sahaja yang TIDAK BANGSAT.

Yang bangsat adalah ahli Umno 5K (khianat, korek kapal sendiri dll) bermula dari Timbalan Ketua Bahagian ke bawah - mungkin termasuk pemuda-pemuda yang desak Najib undur atau wanita seperti Anina Saadudin (Langkawi) yang tuduh Najib KENCING 3 juta ahli Umno.


Kalau ada siapa-siapa terdengar Timbalan Ketua Bahagian dan ahli Umno lain yang tidak bekerja ada kereta Bentley, Jaguar, Porsche, harap dapat maklumkan.

Akhir kata, Ketua-Ketua Bahagian ingatlah TANGGUNGJAWAB anda, Rizuan dan Jamal adalah Ketua Bahagian mithali yang WAJIB di contohi.

Kepada ahli-ahli lain, ingatlah juga tanggungjawab anda - ingatlah kita akan jadi BANGSAT tanpa Ketua-Ketua Bahagian ini.