
RAKYAT Malaysia nampaknya sudah semakin berani cakap sinis, perli-perli Najib Razak dan kerajaan. Tetapi setakat bercakap di kedai kopi saja lah.
Kalau hendak tahu, mata dan telinga kerajaan kena sanggup meninjau ke akar umbi dan dengar rintihan rakyat.
Kedai Rakyat 1Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 2011 oleh Najib nampak macam sudah gulung tikar walaupun Menteri yang bertanggungjawab membuat kenyataan ianya distruktur semula.
Dahulu apabila ditubuhkan, katanya. ia bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah membeli barangan keperluan dengan harga lebih rendah.
Rupa-rupanya KR1M ini tak tahan lama.
Maka ada yang menjadikannya bahan jenaka.
Ada yang berjenaka:
1. Kerajaan pun tak mampu nak urus kedai runcit.
2. Kerajaan pun terjejas dengan kenaikan harga barang, apa lagi kita rakyat marhaen.
3. Pelik betul lah, kedai runcit kerajaan pun tak larat hidup, padahal kedai-kedai runcit Pak Ali, Ah Chong, Samy atau kedai runcit mamak tak pula ada masalah.
Tapi tidak mengapa. Kerajaan pun tak kisah sebab rakyat tak kisah. Setakat bising-bising tin kosong. Bila masa mengundi, parti yang sama dipilih.
Itulah hakikatnya.

