EFISYEN betul Jabatan Kastam Malaysia.
Dr Vida aka @ Qu Puteh atau nama sebenar Hasmiza Othman baru-baru ini didakwa di mahkamah di Ipoh kerana gagal membayar CUKAI GST berjumlah RM4.2 juta.
Dr Vida usahawan Melayu dan BERJAYA. Beliau mengharungi pelbagai cabaran untuk berjaya sehingga ke tahap ini. Pernah difitnah, pernah disabotaj dan pernah ditipu.
Semasa kecil beliau menjual kacang putih, nasi lemak bungkus, sambal, keropok, sejadah dan kain batik untuk hidup sebelum berkecimpung di bidang perguruan dan mengajar di sebuah sekolah Cina di Ipoh.
Mungkin Jabatan Kastam tak pernah ambil peduli kisah hidup Dr Vida ini. Tidak mengapa. Biar saya ceritakan.
Dua anak Dr Vida terkorban dalam satu tragedi kebakaran. Begitulah pahit maung yang ditempuhi oleh Dr Vida.
Jika Ketua Pengarah Kastam tidak pernah dengar latarbelakang beliau, lapangkan masa dan baca mengenai liku kehidupan Dr Vida.
Bukan senang hendak melihat seorang Melayu yang berjaya seperti Dr Vida. Hendak berjaya susah, hendak menjatuhkan orang berjaya, MUDAH.
Kita sokong tindakan yang diambil ke atas Dr Vida jika beliau melakukan kesalahan.
Jabatan Kastam mendakwa Dr Vida kerana gagal membayar cukai GST kepada Kerajaan.
Yang salah tetap salah.
Tetapi di dalam kehidupan ada perkataan BUDIBICARA.
Seperti yang dikatakan, hendak menjatuhkan Dr Vida - MUDAH.
Sebenarnya Jabatan Kastam ada pilihan. Iaitu menggunakan budibicara.
Tetapi Kastam memilih untuk mendakwa Dr Vida. Itu pun tindakan yang betul.
Tetapi apa salahnya Dr Vida diajak berbincang. Cari jalan penyelesaian terbaik kerana orang yang kita hendak dakwa ini orang Melayu yang berjaya. Berjaya atas keringat, air mata dan titik peluh beliau.
Beliau tidak kaya kerana beliau ada jawatan dalam Umno. Beliau tidak kaya kerana memegang jawatan Pengarah seperti mana Pengarah JKR Melaka dan Pengarah Jabatan Air Sabah.
Dr Vida adalah orang Melayu yang bersusah payah untuk senang.
Jangan kita cemburu apabila melihat Dr Vida mempunyai rumah bernilai RM22 juta, mempunyai 22 buah rumah dan 10 kereta mewah.
Dr Vida BERHAK untuk KAYA kerana beliau berusaha untuk KAYA.
Tetapi kepada Jabatan Kastam mungkin TIDAK penting untuk menjaga dan memertabatkan IKON Melayu seperti Dr Vida.
Itu hak Jabatan Kastam.
Tetapi jangan ingat kita tidak tahu. Ada syarikat otomotif besar yang berhutang cukai jutaan ringgit TETAPI tiada TINDAKAN diambil dan budibicara digunakan kerana pemiliknya boleh bergesel bahu dengan orang besar-besar. Ada orang besar yang berhutang cukai pendapatan dan budibicara digunakan.
Ramai Menteri ada rumah besar-besar, kereta besar-besar.
Ada Ketua Bahagian rumah besar, kereta besar, bini dua-tiga-empat.

Ketua Bahagian Kepong Rizuan Hamid ke sana ke mari dengan Bentley dan Jaguarnya dan rumah pun banyak, dan kita teringin benar hendak tahu berapa banyak cukai yang dibayar oleh Rizuan kepada kerajaan.
Ketua Bahagian Baling Azeez Rahim khabarnya duit banyak, kereta berpuluh. Agaknya berapa cukai yang dibayar beliau kepada kerajaan.
Ketua Bahagian Batu, Abas, apa kurangnya. Hebat betul Ketua Bahagian ini. Entah apa bisnes yang dibuatnya. Katanya kaya walaupun asyik kalah saja Parlimen Batu semasa PRU. Agaknya berapa cukai yang dibayar Abas kepada kerajaan.
Salim Jempol. Tanyalah kawan-kawan dalam Umno. 3 hari 3 malam tak cukup untuk bercerita mengenai Salim. Agak-agak berapa cukai yang dibayar beliau kepada kerajaan.
Kepada Dr Vida, tabahlah. Inilah lumrah hidup.
Kepada Jabatan Kastam dan penguatkuasa lain, teruskan dengan tugas dan tanggungjawab anda.
Cuma kita sedih, ikon Melayu seperti Dr Vida diperlaku sedemikian rupa.
*** Jelapang selalu melihat wajah Dr Vida melalui program-program yang ditaja beliau di TV3. Katanya berjuta ringgit Dr Vida berikan wang kepada TV3 menerusi tajaan.
Ketika didakwa, begitu besar berita mengenai Dr Vida dipaparkan di dalam berita TV3.
Jelapang teringat kata-kata orang tua-tua.
Jangan sekali kita mengigit tangan orang yang memberi.