Showing posts with label hamidah osman. Show all posts
Showing posts with label hamidah osman. Show all posts

Thursday, February 11, 2016

KETUA PEMUDA TAMPIN HEBAT & GERAKAN SELAMATKAN MALAYSIA


Saya SILAP.

Semalam saya menulis mengatakan Pemuda Umno termasuk Ketuanya Khairy Jamaluddin tergolong di dalam golongan PENGECUT yang dimaksudkan oleh bekas Naib Presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Terlupa kita kepada Pemuda Umno Tampin dan Ketua Pemudanya Ridzuan Ahmad. Ternyata beliau bukan PENGECUT. Terima kasih kepada yang menghantar SMS mengingatkan akan KEPAHLAWANAN Ketua Pemuda Tampin.

Ridzuan dan Pemuda Tampin pada Ogos, 2015, meluluskan SEBULAT SUARA usul meminta Najib Razak MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PRESIDEN UMNO dan Perdana Menteri.

Tahniah kepada Ridzuan di atas keprihatinan Pemuda Tampin kepada masalah negara.


Semalam, blogger terkenal, Abdul Kadir Jasin, menyarankan agar semua parti politik di Malaysia - Umno, Pas, DAP, PKR, Amanah -  memulakan satu GERAKAN MENYELAMATKAN MALAYSIA dari kehancuran.

Jangan harapkan kepada Dr Mahathir Mohamad seorang, kata Kadir.

Kadir mengkritik beberapa pemimpin Umno yang saban hari menyumpah Dr Mahathir dan mengharapkan beliau cepat MATI.

Mereka ini LUPA, kata Kadir, bahawa mereka berada di jawatan sekarang kerana Dr Mahathir.


Tak dapat dibayangkan sekiranya kesemua parti ini SEPAKAT untuk meminta Najib meletakkan jawatan.

Bayangkan satu perhimpunan besar-besaran diadakan di Stadium Bukit Jalil dan kehadirannya terdiri dari:

Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin, Tun Ling Liong Sik, Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Sanusi Junid, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Rafidah Aziz,  Tan Sri Zainuddin Maidin, Dato' Seri Shafie Apdal, Tan Sri Ong Tee Keat, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, Dato' Zaid Ibrahim, Dato' Ibrahim Ali, Dato' Seri Mukhriz Mahathir, Dato' Dr Affifuddin Omar, Dato' Hamidah Osman, Dato' Saifuddin Abdullah, Dato' Khairuddin Abu Hassan, dan beberapa pemimpin lagi termasuk bekas kakitangan awam seperti KSU, SPRM dan polis. 

Dan mungkin juga beberapa Menteri Kabinet dan Menteri Besar dapat turut serta demi AGAMA, BANGSA dan NEGARA terutamanya Menteri-Menteri yang sudah berusia seperti Mustapa Mohamed.

Tok Pa perlu ingat, negara ini akan diwarisi oleh generasi akan datang.

Adakah Tok Pa, dalam usia yang tinggal tidak berapa hari saja lagi, sanggup melihat Malaysia yang ditadbirnya hari ini diserahkan kepada anak cucunya di dalam keadaan TENAT seperti sekarang?

Ingatlah, negara ini bukan hak individu tertentu. Ia adalah hak rakyat dan akan diwarisi oleh generasi akan datang.

Sunday, January 24, 2016

SLOGAN BARU BERIKUTAN TRAGEDI MUKHRIZ - BOS DIDAHULUKAN, KESETIAAN DIUTAMAKAN

A photo on Langkawi MP Datuk Nawawi Ahmad's Facebook page shows Kedah Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir (centre, red shirt) meeting with Prime Minister Datuk Seri Najib Razak (centre, blue) at the Langkawi airport tarmac shortly after the latter's arrival in the island resort this evening. – Facebook pic, January 23, 2016.

MASIH kah kita ingat slogan 2009 yang diperkenalkan oleh Najib Razak - Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan (people first, performance now)?

2016, sudah ramai pemimpin Umno dan kakitangan kerajaan yang tidak sebulu dengan Najib dipecat.

1. Muhyiddin Yassin hilang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

2. Shafie Apdal hilang jawatan Menteri.

3. Timbalan SB Hamid Bador dipindahkan ke JPM dari Jabatan Polis

4. Peguam Negara Ghani Patail

5. Hamidah Osman - sampai ke tahap perabot rumah dilelong.

6. Kini giliran Mukhriz Mahathir yang akan dipecat minggu hadapan.

Kepada Ketua-Ketua Bahagian, Menteri dan Timbalan Menteri, dan mereka yang berjawatan, belajarlah dari TRAGEDI yang menimpa mereka yang di atas ini.

Berpeganglah kepada slogan baru jika mahu selamat dan tidak dipecat oleh Najib.

Amalkan slogan: "BOS DIUTAMAKAN, KESETIAAN DIUTAMAKAN (BOSS FIRST, LOYALTY NOW)


Friday, November 27, 2015

HAMIDAH OSMAN: KENAPA TAK BERANI PECAT DR MAHATHIR?




KENYATAAN AKHBAR
YBHG. DATO’ HAJAH HAMIDAH BINTI HAJI OSMAN MENGENAI KES PEMECATAN SEBAGAI AHLI UMNO 

Seperti yang semua sedia maklum, saya telah dipecat dari keahlian dan jawatan dari parti UMNO pada 24 Nov 2015 ketika Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO seperti yang diumumkan oleh Presiden UMNO. Namun sehingga ini saya masih belum menerima sebarang surat rasmi mengenai pemecatan saya.

Walaubagaimana pun, saya terima keputusan ini dengan lapang dada dan hati yang terbuka serta redha. Saya yakin setiap apa yang berlaku adalah atas perancangan dan keizinan dari Allah S.W.T.

Cuma saya agak terkejut kerana saya sendiri kurang pasti mengapa saya dipecat dari UMNO dan saya tidak pernah dipanggil untuk mengadap dan membela diri dihadapan lembaga displin parti.

Saya memang pernah menerima surat tunjuk sebab daripada UMNO Malaysia yang bertarikh 25 Mei 2015, meminta saya memberi sebab mengapa saya tidak boleh diambil tindakan displin kerana menganjurkan program Bicara Negara bersama Ybg Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Saya telah pun menjawab pertuduhan tersebut dengan menafikan yang saya bukanlah penganjur kepada program tersebut dan saya hanya menghadirkan diri bersama sama beberapa pemimpin UMNO yang lain.

Pemecatan keahlian saya tidak bermakna berakhirnya perjuangan saya. Saya telah cukup puas berjuang , selama hampir 33 tahun saya berjuang di atas pentas UMNO, banyak onar dan duri telah saya tempuhi.

Antara kenangan manis yang tak mungkin saya lupakan dan akan menjadi sejarah dalam kehidupan dan selepas kematian saya adalah saya telah menyumbangkan peranan dan menghadiahkan sebuah kerajaan negeri kepada Barisan Nasional terutamanya kepada Dato’ Seri Najib bin Abd. Razak yang ketika itu merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak.

Pemecatan ini juga bermakna saya terpaksa berjuang di atas pentas rakyat berbekalkan kudrat yang ada. Perjalanan yg lebih terarah akan saya lakarkan demi memperjuangkan nasib rakyat dan Negara tercinta.

Mereka dapat memadamkan nama saya dari senarai keahlian UMNO, tetapi mereka tidak akan dapat memadamkan api semangat perjuangan di dalam jiwa dan jasad saya.

Hari ini saya telah ditalkin kan, hanya kerana saya seorang wanita, mengapa mereka tidak berani memecat Ybhg Tun Dr. Mahathir Muhamad dan ramai lagi yg bersuara secara lebih lantang menegur kepimpinan hari ini.

Kepada ahli UMNO am nya, dan kepada wanita UMNO khas nya, teruskan perjuangan, jaga lah UMNO demi anak cucu kita demi agama bangsa dan negara. 

Saya telah mengambil keputusan, untuk tidak merayu kepada UMNO Malaysia atas pemecatan ini, tetapi saya akan terus merayu kepada Allah S.W.T semoga saya terus istiqamah dalam memperjuangkan nasib Negara dan Rakyat.

Walaubagaimanapun saya akan meminta penjelasan dari UMNO Malaysia berkenaan sebab sebab saya dipecat.

Sekian terima kasih

Dato’ Hajah Hamidah binti Haji Osman