"Kerajaan bakal kehilangan hasil sebanyak RM800 juta setahun jika cukai barang dan perkhidmatan (GST) kad prabayar dihapuskan. Sebanyak DUA PERTIGA daripada PENGGUNA TALIAN PRABAYAR adalah warga asing kebanyakannya dari Myanmar, Indonesia dan Bangladesh. Jika kamu tanya, saya tidak mahu duit kita dibayar untuk subsidi kepada kad prabayar mereka." - Menteri Komunikasi dan Multimedia Shabeery Chik.
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kerajaan-rugi-rm800-juta-jika-hapus-gst-prabayar-1.86965
SOALAN: BENARKAH 2/3 pengguna prepaid adalah warga asing?
Ramai rakan-rakan kita serta anak-anak kita menggunakan prepaid. Oleh itu Jelapang membuat sedikit semakan dan mendapati bahawa 80.5 peratus atau 36.6 juta talian telefon bimbit adalah talian prabayar.
Dan hanya 19.5 peratus atau 8.7 juta adalah POSTPAID. Fakta ini terkandung di dalam Laporan Tahun 2014 SKMM, agensi di bawah portfolio Shabeery Chik.
Katakanlah setiap orang mempunyai 3 talian prabayar, ia bermaksud terdapat 12.3 juta pengguna telefon bimbit prabayar di Malaysia.
Jika 2/3 dari mereka adalah pekerja asing, maka terdapat 8.2 juta pekerja asing di Malaysia sekarang ini.
BENARKAH fakta yang diberikan Shabeery?
Jika benar, tidak mengapa. Kenakanlah GST ke atas pekerja asing.
Bukan apa, jika fakta Shabeery salah, dan yang marah sekarang 2/3 adalah rakyat sendiri, Jelapang bimbang, memandangkan kerajaan sekarang amat berminat untuk mentadbir negara sebagai satu perniagaan dan lebih mementingkan duit dari undi, maka dalam PRU-14 nanti, janganlah pula marah jika rakyat mengundi mengikut selera masing-masing.

