Showing posts with label cash is king. Show all posts
Showing posts with label cash is king. Show all posts

Sunday, March 6, 2016

CASH IS KING (DUIT ADALAH RAJA SEGALANYA)



Kita tertarik dengan satu perkara yang disebut di dalam Deklarasi "Selamatkan Malaysia" yang dibacakan oleh Dr Mahathir Mohamad. Ia berbunyi:
"Di bawah pentadbirannya (Najib Razak) negara jatuh tersenarai sebagai salah satu daripada 10 negara yang paling banyak mengamalkan rasuah mengikut laporan Ernst and Young Asia Pacific Fraud Survey Report Series 2013. Malaysia juga telah jatuh empat anak tangga Indeks Persepsi Rasuah 2015, dari 50 ke 54. Ini adalah kerana dianya (Najib) percaya yang wang tunai boleh mempastikan kedudukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dia percaya bahawa duit adalah segala-galanya-"Cash is King"."
Semalam sempat kita minum teh tarik di sebuah kedai kopi bersama beberapa pemimpin Umno.

Cerita mereka mengenai "CASH is KING" ini cukup menakjubkan dan di luar dugaan.

Demi untuk bersangka baik, Jelapang menganggap ianya tidak lebih dari khabar angin dan hampir kepada fitnah.

Kata mereka:

1. Ketua Bahagian XXXXXX menerima RM500,000

2. Ketua Bahagian XXXX, menerima RM1.2 juta

3. Ketua Bahagian XXXXXXX, lagi banyak dapat, RM1.5 juta.

Bagi kita, kalau bukan fitnah pun, mungkin pemberian tersebut bertujuan untuk membantu anak yatim dan golongan berpendapatan rendah.

Lagipun janganlah kita ambil serius cerita-cerita gang Umno ini di kedai kopi. Adakalanya mereka irihati kepada Ketua Bahagian mereka yang dapat, kata orang puteh, "rub shoulder" (bergesel bahu) dengan orang atasan.

Kalau tak puashati dengan Ketua Bahagian, pemilihan akan datang, lawanlah Ketua Bahagian. Mungkin giliran kita pula dapat "bergesel bahu" dengan orang atasan.

Wallahualam. Hanya Allah swt yang lebih mengetahui.