Showing posts with label bahri mohamad zin. Show all posts
Showing posts with label bahri mohamad zin. Show all posts

Friday, August 14, 2015

ALI HAMSA PERLU PERJELASKAN ISU PEMINDAHAN PEGAWAI SPRM

Image result for ali hamsa

Menurut laporan media, beberapa individu telah membuat laporan kepada SPRM mendakwa ARAHAN pertukaran dua pegawai SPRM baru-baru ini adalah satu bentuk GANGGUAN kepada siasatan agensi tersebut.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pertukaran-dua-pengarah-sprm-undang-laporan-dari-orang-awam-69699

Laporan tersebut dibuat terhadap Ketua Setiausaha Negara Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Mohamad Zabidi Zainal.

Sehingga hari ini, ramai, terutamanya kakitangan awam, tertunggu-tunggu penjelasan Ali Hamsa yang belum kunjung tiba.

Rasanya demi integriti dan kredibiliti Perkhidmatan Awam, alangkah baiknya Ali Hamsa,sebagai orang No1 Perkhidmatan Awam memperjelaskan keputusan memindahkan dua pegawai SPRM ini.

Sudah tentu Ali Hamsa arif akan sebab-sebabnya.

Sementara itu, elok juga sekirannya Ali Hamsa menjenguk blog Gelagat Anwar. Takut-takut ada dakwaan melulu yang dibuat terhadap beliau kerana ini isu integriti dan kredibiliti Perkhidmatan Awam.


Gelagat Anwar:  https://gelagatanwar.wordpress.com/2015/08/10/ksn-tukang-sabo-takut-bini-masih-nak-simpan/

Tuesday, August 11, 2015

ALI HAMSA & KENYATAAN MEDIA





SEKARANG kita tahu kenapa dua pegawai kanan SPRM ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri.

Kerana: "MENGELUARKAN KENYATAAN MEDIA".

Kakitangan kerajaan kena ingat peristiwa ini. Mengeluarkan kenyataan media boleh menyebabkan anda DITUKARKAN dalam tempoh 3 jam.

Begitulah tinggi INTEGRITI perkhidmatan awam sekarang ini di bawah Ali Hamsa.