Showing posts with label aziz sheikh fadzir. Show all posts
Showing posts with label aziz sheikh fadzir. Show all posts

Thursday, November 10, 2016

BILA NAJIB KENA BALUN DI PARLIMEN, HANYA AZEEZ BANGUN MELAWAN. YANG LAIN TERSENYUM SIMPUL




AGAK terhibur melihat gelagat Parlimen Malaysia minggu lepas apabila pengganti Ahmad Husni Hanadzlah, Johari Ghani membuat ucapan pergulunggan sulung beliau sebagai Menteri Kewangan II - kata orang puteh, maiden speech. (Lihat video atas).

Kita tak nak cakap mengenai Johari dibelasah pembangkang semasa cuba mempertahankan bos beliau Najib Razak.

Walaupun nampak agak memalukan, Johari kenalah pertahankan bos beliau kerana itulah cara Najib mentadbir.

Bila ada isu mengenai beliau dan anak beranak, Najib akan membisu dan membiarkan MK II bagaikan cacing kepanasan.

Apabila Johari didesak menjawab mengenai duit yang melibatkan Najib, yang bangun mempertahankan Najib hanya SEORANG - Azeez Rahim, Ketua Bahagian Baling.

Ramai geli hati melihat cara Azeez mempertahankan Najib. Bukan mempertahankan dengan fakta, Azeez gunakan cara "pasar malam" pertahankan Najib.

Maklumlah, cara pasar malam saja yang ada untuk mempertahankan Najib dalam isu 1MDB.

Bila ditonton video tersebut ternampak kelibat Ketua Bahagian Kulim-Bandar Baru Aziz Sheikh Fadzir dan Ahli Parlimen Setiawangsa Ahmad Fauzi Zahari.

Jelapang yakin ramai lagi Ketua Bahagian Umno yang juga Ahli Parlimen juga turut hadir untuk melihat Johari mempertahankan Najib.

Yang menghairankan, HANYA Azeez dan Johari yang mempertahankan Najib.

Aziz Kulim hanya menjadi PENONTON. Fauzi Setiawangsa juga memBISU.

Bagi Jelapang dari ramai-ramai Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen, yang menyokong Najib dalam isu 1MDB ini hanya Azeez. Johari hanya menjalankan TUGAS sebagi MK II.

Azeez memang WAJIB pertahan Najib. Maklumlah sebut saja projek mana saja di Malaya ini, semua menjadi HAK Azeez.

Ada orang kata Azeez paling kuat makan dedak, tapi Jelapang tak minat nak menggunakan perkataan DEDAK.                                                                                                                                                                           Itulah hakikatnya. 

Terbukti semasa Johari menjawab isu 1MDB - hanya Azeez yang bangun mempertahankan Najib dengan cara TERJERIT TERLOLONG. Ahli Parlimen Umno lain hanya tersenyum simpul menjadi PENONTON.

Mereka tidak berminat hendak mempertahankan Najib kerana mereka tahu siapa yang berSALAH dalam isu 1MDB ini.

Kesimpulannya, hanya SATU Ketua Bahagian - Azeez - yang menyokong Najib. 

Itulah realitinya.         



P.S: Bila dilihat balik video di atas, ternampak kelibat Pengerusi PAC yang juga Ahli Parlimen Rompin Hassan Arifin yang cuba sembunyi muka macam penyu.

Sebenarnya dia yang lebih tahu hal 1MDB ini tetapi Hassan pun membisu, tak sayang PM.

Kalau sayang, sudah pasti dia pun akan bangun seperti Azeez mempertahankan Najib.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  

Monday, August 17, 2015

ZAHID BUKTIKAN SETIAKAWAN PADA MUHYIDDIN & KOMPLOT GULING NAJIB

Image result for muhyiddin+zahid+sultan

SEMALAM Timbalan Perdana Menteri yang baru, Dr Ahmad Zahid Hamidi, memBUKTIkan semangat SETIAKAWAN yang tinggi terhadap Muhyiddin Yassin.

Kata Zahid: "Tan Sri Muhyiddin TIDAK TERLIBAT dalam komplot menggulingkan kerajaan. Saya terpaksa beritahu di Lumut kerana secara peribadi saya dan Zambry (MB Perak) rapat dengan Tan Sri Muhyiddin. Kami pernah sama-sama jatuh, jadi kami faham perasaan orang jatuh, jadi kami tidak akan pijak atau henyak orang yang jatuh."

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/muhyiddin-tidak-terlibat-komplot-guling-kerajaan-zahid-70115

Ini baru lah benar-benar setia kepada kawan. Sebenarnya Muhyiddin dan Zahid boleh menjadi GANDINGAN yang baik, jika diizinkan Allah swt kerana yang ada pun sedang menghitung hari.

Dan semalam juga Zahid mendedahkan bahawa komplot menggulingkan kerajaan melibatkan menarik 37 ahli Parlimen BN.

Harap-harap betul dakwaan Zahid ini. Kalau tak betul kasihan pada Polis dan kredibiliti polis.

Hari ini sebuah blog menyiarkan senarai 20 Ahli Parlimen BN yang dikatakan hendak berpaling tadah.

KOPI PANAS's photo.

http://kakaktua800.blogspot.com/2015/08/20-nama-pengkomplot-guling-kerajaan.html

Jika benarlah tuduhan ini, maka WAJIB bagi Najib Razak meROMBAK Kabinet sekali lagi dan mereka-mereka yang didakwa terlibat dan berada di dalam Kabinet sekarang ini, walaupun belum genap sebulan panaskan kerusi, perlu diUSIR.

Itupun kalau Najib ada keberanian melampau.


Petikan dari blog Kakaktua800 mengenai dakwaan 20 yang dikatakan terlibat:


20 NAMA PENGKOMPLOT GULING KERAJAAN TERDEDAH?
Pendedahan ini dibuat selaras dengan tuntutan YB Khairy yang mahu tahu siapa 20 nama yang terlibat berkomplot guling kerajaan. Akan mengurangkan sedikit polemik dan tuduhan terhadap siapa yang tidak terlibat.
Pendedahan YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri mengenai komplot guling kerajaan bukanlah sesuatu yang baru. Mengikut sumber sumber yang boleh dipercayai usaha terancang sudah bermula semasa Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Timbalan Perdana Menteri lagi. Siri pertemuan di belakang tabir bersama Tun M serta pemimpin pembangkang telah berlaku sebelum ini melibatkan Tan Sri Muhyiddin dan juga Datuk Seri Shafie Apdal.
Dengan isu-isu semasa IMDB, Tan Sri Muhyiddin, Shafie Apdal, Khairy Jamaluddin telah berusaha menyerang secara terbuka YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak Perdana Menteri
Perkara ini makin jelas sebelum pengumuman rombakan kabinet pada 28 Julai 2015 lalu betapa telah ada usaha gerakan ahli Parlimen BN dan Pembangkang untuk membuat undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Mohd Najib melalui Dewan Rakyat pada bulan Oktober 2015.
Satu cara lagi ialah mengumpulkan tandangan MP untuk akuan bersumpah lalu dipersembahkan kepada Yang DiPertuan Agung.
Menurut sumber yang boleh dipercayai melalui seorang Pengerusi PKR di sebuah negeri pertemuan dengan Tan Sri Muhyiddin dan juga Dato’ Shafie Apdal menunjukkan perkembangan positif hanya menunggu masa sesuai untuk dilaksanakan.
Katanya terdapat 20 orang MP yang dikenal pasti termasuk Datuk Jazlan Mohamed yang sebelum ini adalah Pengerusi PAC sebelum dilantik menjadi Timbalan Menteri KDN. Datuk Jazlan mungkin mengetahui jika Menteri KDN itu melaporkan 26 orang.
Antara 20 nama yang telah dikenal pasti ialah ;
1) Muhyiddin Yassin (Pagoh),
2) Shafie Apdal (Semporna),
3) Noraini Ahmad (Parit Sulong),
4) Aziz Sheikh Fadzir (Kulim),
5) Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan),
6) Khairy Jamaluddin (Rembau),
7) Hasbullah Osman (Grik),
8) G Palanivel (Cameron Highland),
9) Razali Ibrahim (Muar),
10) Normala Abd Samad (Pasir Gudang),
11) Othman Aziz (Jerlun),
12) Rahim Bakri (Kudat),
13) Jumat Idris (Sepanggar),
14) Shahidan Kassim (Arau),
15) Marcus Mojiggoh (Putatan),
16) Ewon Ebin (Ranau),
17) Raime Unggi (Tenom),
18) Nurjazlan Mohamed (telah dirunding Jadi timbalan menteri),
19) Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar, sudah dirunding jadi Pengerusi Risda) dan
20) Othman Abdul (Pendang).
Sehingga maklumat ini diterima, 20 nama ini memang diakui telah ada dihubungi oleh pihak pihak terbabit untuk tujuan tujuan komplot tersebut.
Pihak pihak yang terbabit dan mengenali ahli ahli parlimen ini diminta untuk tampil membuat penafian dakwaaan bahawa mereka terlibat sama dalam komplot ini.
Pasti ramai yang panas tetapi inilah nama nama seperti yang dimahukan oleh YB Khairy Jamaluddin. Apakah Khairy tidak tahu namanya juga ada dalam list ini?


Friday, August 7, 2015

AZIZ SHEIKH FADZIR: PENYINGKIRAN MUHYIDDIN TIDAK ADIL

Image result for aziz sheikh fadzir

"Persoalan yang timbul sekarang ialah rakyat melihat TINDAKAN Najib TIDAK ADIL kerana MENYINGKIRKAN Muhyiddin berkaitan isu 1MDB kerana 1MDB ini masalah kepada kerajaan dan Umno, masalah yang memberikan persepsi cukup negatif kepada rakyat." - Ketua Umno Bahagian Kulim Bandar Baru Aziz Sheikh Fadzir.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemilihan-umno-jadi-medan-uji-kepercayaan-ahli-pada-najib-kata-pemimpin-aka