Showing posts with label ali abdul jalil. Show all posts
Showing posts with label ali abdul jalil. Show all posts

Sunday, October 26, 2014

GEN MUDA MENGAMUK

"Jika mereka mahu buang saya, teruskan. Biarlah ini menjadi pengajaran kepada orang ramai mengenai apa yang berlaku di universiti dan Malaysia. Biar pelajar melihat kebenaran, ketika mereka boleh mendapatkan ilmu dari institusi terkemuka di Malaysia, akhirnya mereka masih dikawal oleh pihak berkuasa yang tidak adil. Saya bersedia untuk dipecat, untuk dipenjara, apa pun demi menjadikan Malaysia tempat yang lebih baik." - Fahmi Zainol, 23 tahun. Presiden Mahasiswa Universiti Malaysia, pelajar tahun akhir Pentadbiran dan Keadilan Sosial.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pecatlah-saya-kalau-berani-kata-pemimpin-pelajar-um

"Sekarang saya di Sweden, mencari suaka, kerajaan Malaysia dan Sultan melayan saya seperti sampah. Saya diancam kumpulan gengster dan rasis Melayu di Malaysia. Malaysia tidak selamat untuk saya, polis dan gengster mengekori saya sepanjang masa." - Ali Abdul Jalil - Graduan Universiti Islam Antarabangsa.

TERPEGUN kita membaca kenyataan dari anak-anak muda sekarang - tanpa mempunyai sebarang perasaan gentar.

Inilah yang menjadi tajuk perbualan di sebuah gerai bersama rakan-rakan petang tadi.

Di akhir perbincangan, kita membuat kesimpulan, tiada apa yang memeranjatkan dengan sikap Gen Y sekarang ini.

Anak-anak muda sudah berani mengkritik kerana Gen Tua tidak lagi memperdulikan mereka.

Hendak membeli rumah tidak mampu kerana terlalu mahal. Nak mengharapkan rumah Pr1ma, rupa rumah pun belum nampak dan entah kurun berapa akan siapnya. Belajar universiti pun, mak bapa yang tanggung bukan macam dulu lagi, ada biasiswa Persekutuan, ada dewan makan. Hari ini masuk universiti, pakai duit sendiri.

Keluar universiti, gaji rendah. Ada yang tiada kerja. Tetapi PTPTN terpaksa dibayar, kalau tak di bayar akan disenarai hitamkan oleh imigresen.

Nak berdebat di universiti boleh, tetapi mesti senada dengan kerajaan, lain sikit nadanya, dilabel penyokong pembangkang.

Oleh itu, kata rakan Jelapang, tidak memeranjatkan kalau Gen Y kini bersikap berani dan tidak gentar.

Tiada Gen Tua yang berani bersuara untuk mereka. Tiada Gen Tua yang rela bangun memperjuangankan kepentingan Gen Y. Tak payahlah hendak mengharapkan kepada Ahli Parlimen atau Ketua Bahagian.

Mereka ini tidak akan bersuara kerana jika bersuara, umpama menabur pasir ke dalam periuk sendiri.

Tambah-tambah lagi apabila Ahli Parlimen dan Ketua Bahagian yang menerima habuan dalam dua tiga puluh ribu ringgit.

Dengar khabar, ada Ketua Bahagian mendapat imbuhan setiap tiga empat bulan. 

Jika benar, mungkin itulah sebabnya kita nampak ketua-ketua bahagian sentiasa ceria setahun dua ini.

Oleh itu, tak payahlah kita nak marah-marahkan anak muda ini. Kerana mereka kini merasakan tiada siapa yang memperdulikan mereka lagi.