Showing posts with label ahmad said. Show all posts
Showing posts with label ahmad said. Show all posts

Monday, April 25, 2016

MB TERENGGANU: PEMIMPIN UMNO TERENGGANU PUN TAK MINAT RAZIF



HARI ini Istana Terengganu mengesahkan penarikan gelaran Dato' dan Dato' Seri daripada Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman.

Inilah akibatnya apabila seorang Menteri Besar tidak tahu tanggungjawab dan peranannya sebagai Menteri Besar.

Bila diberi jawatan Menteri Besar, 2 orang penting perlu dijaga - Sultan dan Perdana Menteri.

Malangnya Razif GAGAL menjaga hati Sultan. 

Ucapan beliau minggu lepas menyebabkan Sultan Terengganu murka.

Alasan yang diberikan oleh Razif ialah ucapan yang beliau bacakan di majlis tersebut bukan disediakan oleh beliau dan beliau TIDAK SEMPAT meneliti teks ucapan tersebut kerana terlalu SIBUK.

Apalah yang sibuk sangat di Terengganu tu.

Ini masalah Razif. Ucapan di hadapan Sultan pun dianggap remeh temeh. Inilah akibatnya bila merasakan diri terlalu BESAR.

Malang buat Razif. Pemimpin Umno Terengganu pun tak suka kepada beliau dan sebab itulah beliau kelihatan KESEORANGAN ketika ini.

Nampaknya Najib Razak pun belum tetapkan masa bila hendak mengadap Sultan Terengganu untuk menyelesaikan kemelut ini.

Maklumlah, pilihanraya Sarawak lebih penting dari krisis di Terengganu.

Thursday, March 10, 2016

RAHSIA NAJIB DALAM POKET AHMAD SAID?

Image result for najib+ahmad said

"Saya menyimpan SATU RAHSIA BESAR Perdana Menteri. Saya tidak mahu cerita perkara sebenar di Terengganu sekarang. Kalau saya dedahkan malu semua orang, malu Perdana Menteri. Jangan main-main, ada benda, takut orang malu. Saya korbankan diri saya, saya sanggup melawan Perdana Menteri kerana rakyat Terengganu ‘terhutang’. Saya tak boleh cerita sekarang, saya tunggu tindakan atau komen-komen daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atau Setiausaha Agung UMNO (Datuk Seri Tengku Adnan Mansor). Saya tak nak cerita sekarang tetapi jangan buat saya rasa terhina.” - Bekas Menteri Besar Terengganu Ahmad Said.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/03/09/saya-simpan-rahsia-besar-najib-ahmad-said/

Friday, August 14, 2015

UCAPAN GANAS AHMAD SAID & SOALAN MUHYIDDIN PADA NAJIB: MANA BAKI RM2.6 BILION ITU?

Embedded image permalink

HARI ini Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin merasmikan mesyuarat agung tahunan Umno Bahagian Kemaman yang diterajui bekas Menteri Besar Ahmad Said.

Ucapan mereka cukup panas.

Ahmad Said mengkritik Najib Razak berikutan skandal RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri.

Kata Ahmad Said: "Jika amalan ini diteruskan tidak mustahil akan ramai lagi wakil rakyat yang kaya raya mengikut JEJAK yang dilakukan Najib dengan memasukkan wang ke akaun peribadi. 

"Tiba-tiba, ada Menteri yang kata, derma politik adalah normal. Selepas itu, ada menteri kata, lebih selamat masuk akaun peribadi dari masuk akaun lain.

"Lepas ini kaya raya wakil rakyat apabila derma politik dimasukkan ke akaun sendiri."

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ahmad-said-bidas-najib-simpan-rm2.6-bilion-dalam-akaun-peribadi


Dan tanya Muhyiddin: MANA BAKI RM2.6 BILION ITU?


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-perlu-jelaskan-baki-dari-rm2.6-bilion-dalam-akaun-kata-muhyiddin



Thursday, August 7, 2014

TUKAR MB BUKAN MUDAH KERANA WANG, KUASA & KEISTIMEWAAN

BUKAN mudah untuk menyingkirkan seorang Menteri Besar.

Itulah realitinya. Kini Pakatan Rakyat sedang mengharungi cabaran paling getir di dalam sejarah pakatan mereka.

Silap percaturan, berkecai pakatan yang mereka tubuhkan 6 tahun lalu.

KUASA, WANG dan KEISTIMEWAAN sukar hendak dilepaskan. Kerana itu lah, kita mendengar kenyataan-kenyataan pelik dan ganjil dari pemegang jawatan.

Antaranya, "dia akan tetap Menteri Besar (walaupun dipecat) tetapi sebagai Adun bebas."

Kadang-kadang betul kata orang tua-tua. Ahli politik, kulit mukanya tebal. Rasa malunya kurang.

Kita tertanya-tanya apakah isi hati Khalid Ibrahim. Ditolak oleh partinya sendiri, tetapi masih mahu memegang jawatan.

Kalau ikut adab politik, jawatan adalah hak parti dan bukan hak individu. Tapi di dalam kes Khalid, jawatan ada lah hak individu.

Di dalam sejarah politik, memang sukar bagi pemimpin melepaskan kuasa.

Sebab itu lah ramai Timbalan Perdana Menteri sebelum ini tidak dapat merasa kerusi Perdana Menteri.

Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim tak sempat merasa kerusi Perdana Menteri kerana Tun Dr Mahathir Mohamad merasakan hanya beliau paling layak menjadi PM. Tidak lama lagi, Muhyiddin Yassin juga akan menuruti jejak Musa, Ghafar dan Anwar.




Bulan Mei tahun ini, Menteri Besar Terengganu Ahmad Said keluar Umno selama 2 hari semata-mata kerana marah dilucutkan jawatan oleh Najib Razak.

Bayangkan, pengerusi perhubungan Umno negeri sanggup meninggalkan parti keramat semata-mata kerana terpaksa melepaskan jawatan Menteri Besar.

Padahal, menurut cerita, awal-awal lagi Najib mahu menggugurkan Ahmad Said selepas PRU-13 tetapi dek rayuan dan tangisan, maka Ahmad Said diberi tempoh setahun untuk melepaskan jawatan.

Cukup tempoh, kecoh jadinya.

Malah, katanya, bukan Ahmad Said sahaja yang mahu ditukarkan, Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob, Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan dan Ketua Menteri Sabah Musa Aman juga antara yang tersenarai untuk ditukarkan awal tahun ini.

Tetapi selepas insiden pemberontakan Ahmad Said, Najib kecut perut, maka jangan kan hendak menukar Menteri Besar, hendak merombak Kabinet pun Najib takut.

Adnan, Mohamad Hasan dan Musa seharusnya berterima kasih kepada Ahmad Said yang sedang berpencen.




Di Kedah, selepas pilihanraya umum 1995, penukaran Menteri Besar Kedah juga kecoh.

Sanusi Junid dijanjikan jawatan Menteri Besar selepas PRU-9, tetapi Menteri Besar ketika itu, Osman Aroff, merayu kepada Dr Mahathir agar diberikan tempoh setahun untuk beliau melepaskan jawatan.


Sanusi terpaksa menunggu 14 bulan untuk menjadi Menteri Besar itupun selepas berlaku kekecohan besar di Kedah di mana Adun-Adun menentang hasrat Dr Mahathir.

Tangan-tangan ghaib Anwar Ibrahim pada ketika itu menyulitkan lagi proses perletakan jawatan Osman. 

Kesudahannya, Osman terpaksa juga meletakkan jawatan.

Begitulah sukarnya proses menukar Menteri Besar - tidak kira Menteri Besar Umno atau PKR.

Ini semua kerana WANG, KUASA dan KEISTIMEWAAN yang datang dengan jawatan tersebut.

Dalam kes, Khalid, Jelapang tertarik dengan satu tulisan yang disiarkan oleh akhbar the Star.

Berikut ialah artikel tersebut:


Khalid must go

August 5th, 2014 by adminCategories: GovernanceOpinion2 Responses
by Wan Saiful Wan Jan. First published by The Star 5
 August 2014
It is really sad that the Raya festivities were clouded 
by the Selangor Menteri Besar crisis. Even on the 
Raya day itself I was receiving calls from 
reporters asking for comments.
I personally like the way Tan Sri Khalid Ibrahim’s
 style of running the state. I do not know him 
personally but I have been told many times that
 he does not allow partisan politics to get in 
the way of state administration.
Apparently he also runs the state like a business,
 in which executive decisions are made after 
weighing the pros and cons of various options,
 with minimal consideration on the impacts of 
his decisions on the parties in Pakatan Rakyat.
In a country where partisanship seems to cloud
 almost evertything, this style of management
 sounds refreshing.
But PKR has decided that it is time for Khalid
 to go, to be replaced with Datin Seri Wan Azizah.
 We all know that she is not just a newly minted 
ADUN for Kajang but is also president of PKR
 and wife of Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
I see PKR’s decision as sufficient reason to make
 Khalid step down. I do not need any more 
justifications because the MB post is a party
 appointment. In our Westminster system, the
 party nominates as MB a person whom they
 believe commands the greatest confidence from 
the state legislative assembly members. 
When the party loses confidence in you, then it is
 time for you to step down gracefully.
It is most unfortunate that Khalid is now
 behaving like a two year old child whose 
mother threatens to take away a toy that does
 not belong to him anyway. He refuses to give 
it up, acting as if the post is his to keep.
And some of his aides are behaving in an 
unacceptable manner too. They are openly 
attacking the very people who put Khalid there.
 There is a good Malay proverb for this
 challenging attitude – “hidung tak mancung pipi
 tersorong sorong”.
Khalid and his team seem to have forgotten that 
he was put in that position by virtue of him 
being a member of PKR. It is really sad to see
 him hanging on the post based on the
 alleged support of other parties. His reaction 
to this whole saga is, simply put, childish.
But we must not forget that this whole mess
 started with PKR, and, to equal extent, Pakatan
 Rakyat as a whole. They were the one who 
went all out to praise Khalid’s administration
 in the last general elections. And they 
nominated him to the post again immediately
 after GE13. Worst, when they initiated the
 ‘Kajang Move’, they shied away from saying
 that they want to change the MB.
Now, the public is questioning why they want
 to remove someone whom they themselves
 have said is a brilliant administrator. And 
the public wants to know why the politicians
 lied when denying that the Kajang Move is 
about changing the MB. These are valid 
questions that PKR brought onto themselves.
It doesn’t help either that PKR is 
nominating the wife of their unelected 
party leader to be the replacement MB. You do
 not need a degree in rocket science to know
 that if Prime Minister Najib Razak were to
 nominate Datin Sri Rosmah Mansor for any post,
 PKR and its allies would be the first to scream
 corruption. The double standard is too blatant
 and the hypocrisy is too obvious.
But the wrong choice for MB does not negate 
the need for Khalid to resign. Khalid still needs 
to resign regardless of Wan Azizah’s nomination.
 And if PKR goes ahead with Wan Azizah,
 we should punish them for this hypocrisy at the 
next election.
The situation is further complicated by the
 statement by PAS President Hadi Awang in support
 of Khalid. It can be argued that Hadi was 
merely reiterating the previous decision of his
 party. But his timing and the way he phrased his 
statement raised so many questions and criticisms
 against PAS.
Hadi’s statement even caused people to question 
whether or not PAS is committed to the Pakatan 
Rakyat coalition. To me his timing and 
insensitivity towards the sentiment on the ground 
only shows how he is not fit to be PAS’ president
 anymore.
Let me be clear. Hadi is a great scholar. 
His Islamic credentials are recognised globally
 and I would follow his religious advice any
 time. But being a respected scholar is not the
 same with being a good politician.
To lead a dynamic party like PAS today requires
 someone who can combine both. Hadi does not
 have that strength and his mistake in this particular 
case has caused not just division in Pakatan Rakyat 
but also a major rift within PAS.
If PAS is serious about remaining as a mainstream
 party, they need to find a good politician to 
build on the strong platform that Hadi has built up 
to date. But if they allow Hadi to remain, his
 ineptitude will further weaken the party in the
 years to come.
While all that is taking place, Khalid must
 step down gracefully. Barisan Nasional parties 
should not place their support to someone like 
Khalid who has clearly shown that he has 
no respect for party discipline.
BN, and especially UMNO, needs to ask
 themselves, do they really want to set a 
precedent where someone appointed by the
 party can simply ignore the instructions from
 headquarters when dealing with such an important
 post? Khalid has shown that he is a dangerous man
 that can damage any party he is in. He should 
be avoided by all parties.
Dan penjelasan Rafizi Ramli kenapa 
PKR mahu menukar Menteri Besar Selangor
di link ini: 

Thursday, May 8, 2014

ERA AHMAD SAID SEBAGAI MB TERENGGANU BERAKHIR?


MENURUT sebuah akhbar, Terengganu akan mendapat Menteri Besar yang baru selepas 16 Mei. http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/05/08/Razif-likely-to-be-new-MB-Ahmad-Said-to-make-way-for-Seberang-Takir-rep-in-Terengganu/

Ahmad Said dikatakan akan digantikan dengan ahli Exco beliau, Ahmad Razif Abdul Rahman (gambar kedua).

Sebenarnya, cerita Ahmad Said hendak digantikan sudah berlarutan hampir setahun.

Malah sebelum PRU-13 lagi sudah tersebar khabar angin bahawa Ahmad Said tidak akan menjadi MB selepas PRU-13.

Tetapi menurut akhbar tersebut, Ahmad Said telah merayu untuk diberi masa setahun lagi dan telah menandatangani surat perletakan jawatan selepas setahun.

Ini tidak ubah seperti episod di Kedah dahulu di mana Menteri Besar Tan Sri Osman Aroff mengalami nasib yang sama dan digantikan oleh Sanusi Junid.

Tahniah kepada rakyat Terengganu sekirannya cerita ini benar. Tetapi keadaan di Terengganu belum tentu berubah dengan Menteri Besar yang baru.

Perlis dan Kedah juga mendapat MB yang baru. Tetapi malangnya suasananya tidak berubah.

Sedikit latar belakang Ahmad Razif:

Ahmad Razif Bin Abd Rahman telah dilahirkan di Kuala Terengganu pada 7 November 1965. Beliau sudah mendirikan rumahtangga dan mempunyai empat orang cahaya mata. Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Takir ini memegang Ijazah Sarjana Sains dalam Bimbingan dan Kaunseling dari Universiti Putra Malaysia.

Tuesday, May 6, 2014

ROMBAKAN KABINET? BERANI KAH NAJIB?



MINGGU hadapan, tanggal 16 Mei 2014, lengkaplah tempoh satu tahun perkhidmatan anggota Kabinet yang ada pada hari ini.

Seperti biasa, apabila cukup tempuh satu tahun, disertakan dengan kenyataan Najib Razak bahawa beliau akan menentukan tarikh pemimpin MCA akan menyertai semula Kabinet, maka tersebarlah khabar angin bahawa satu rombakan Kabinet akan dibuat oleh Najib Razak.

Heboh bahawa Najib akan mengumumkan rombakan Kabinet esok atau lusa dan majlis mengangkat sumpah untuk Menteri-Menteri baru akan diadakan Jumaat ini.

Sudah menjadi kelaziman apabila ada khabar angin seumpama ini, maka ada pemegang jawatan yang tidak lena tidur. Mungkin ada yang sudah bertemu bomoh dan sebagainya.

Kepada yang tidak memegang apa-apa jawatan, inilah peluang untuk berangan-angan semula selepas setahun kecewa.

Sesetengah pemimpin yang tidak berjawatan, memberi pengharapan kepada penyokong-penyokongnya bahawa kononnya mungkin beliau terpilih menganggotai kabinet atau menerajui kepimpinan di peringkat negeri.

Dalam merebut jawatan, tiada kawan. Yang ada hanya lawan. Masing-masing mahu berebut tempat yang terhad.

Siapa "pandai", dia dapat. Siapa "berani gempaq", dia dapat.

Dulu beberapa pemimpin bukan main kuat "gempaq", akhirnya dapat jawatan Menteri Kabinet.

Tak perlu kita sebut nama-nama mereka di sini, di kalangan akar umbi Umno tahu siapa yang berjaya "gempaq PM."

Di peringkat negeri, katanya, dua Menteri Besar dan satu Ketua Menteri akan diganti.

Tak semena-mena, kita terdengar kenyataan Ketua Pemuda Terengganu Johari Abu Bakar bahawa beliau menyokong kepimpinan dan akan berdiri tefguh di belakang Menteri Besar Ahmad Said.  http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PemudaUMNOTerengganuikrarsokongMB/Article/index_html

Kenyataan ini memudahkan kita membuat kesimpulan bahawa Ahmad Said adalah salah seorang yang dikatakan akan diganti oleh Najib sebagai Menteri Besar.

Seorang lagi katanya ialah samada Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hassan atau Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob sementara Ketua Menteri nya pula ialah Musa Aman di Sabah.

Ini semua hanyalah spekulasi.

Sebelum kita menerima spekulasi ini sebagai realiti, kita kena analisa pula perwatakan Najib.

Perwatakan politik Najib masih sama seperti mana beliau mula-mula memegang jawatan Ketua Pemuda Umno.

Beliau tetap dengan "politik selamat" beliau dan takut bila diugut.

Menteri-menteri yang pernah "gempaq" Najib tahu kelemahan beliau. 

Oleh itu, Jelapang tidak yakin akan ada rombakan besar akan dilakukan oleh Najib.

Siapa yang hendak disingkirkan beliau? 

Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri dari Sabah dan Sarawak hanya akan diganti sekiranya presiden-presiden parti komponen BN di Sabah dan Sarawak mahukan mereka-mereka ini digantikan.

Di semenanjung, Presiden MIC G.Palanivel akan kekal sebagai Menteri walaupun sehingga hari ini kita masih tertanya-tanya apa sumbangan beliau kepada Kabinet dan apa kerja yang beliau buat di Kementerian beliau.

Palanivel akan kekal Menteri walaupun prestasi beliau teruk kerana beliau Presiden MIC dan tidak boleh disentuh.

Yang boleh disentuh oleh Najib ialah Menteri-Menteri dari Umno. Tetapi siapa?

Muhyiddin Yassin tidak boleh disentuh kerana beliau Timbalan Presiden Umno.

Hishammuddin Hussein, Shafie Apdal dan Zahid Hamidi akan kekal Menteri kerana mereka Naib Presiden Umno.

Khairy Jamaluddin masih muda dan Ketua Pemuda Umno. 

Mustafa Mohamad, Ismail Sabri, Jamil Khir, Idris Jusoh, Shabery Chik, Abdul Rahman Dahlan antara mereka yang menang besar semasa pemilihan Ahli Majlis Tertinggi Umno dan beranikah Najib menggugurkan mereka?

Semua orang tahu Najib tidak akan berani mengugurkan Nazri Aziz.

Maka, hanya SEORANG saja lah yang mungkin digugurkan sebagai Menteri iaitu Hassan Malek dari Negeri Sembilan.

Setahun mungkin sudah mencukupi untuk Najib membalas hutang budi Hassan pada 1987.

Nasib Hassan dihujung tanduk. Tidak mengapa dikritik hebat kerana usia dan kegagalan menangani isu kenaikan harga, tetapi sekiranya Hassan digugurkan, tidak akan ada sesiapa yang menangis atau merayu bagi pihak beliau.

Kecualilah tiba-tiba Hassan Malek jadi "kaki gempaq".

Negara kita sudah sampai ke satu tahap, kita sudah tidak pedulikan kritikan orang.

Usia purata Menteri Kabinet Najib ialah 61.46 tahun dengan Hassan Malek sebagai Menteri tertua pada usia 68 tahun diikuti oleh Muhyiddin Yassin dan Paul Low, 67 tahun dan Palanivel 65.

Usia purata Timbalan Menteri ialah 54.82 tahun dan antara Timbalan Menteri yang tua ialah Tajuddin Rahman pada usia 66 tahun, Wan Junaidi Jaafar (68 tahun), Hilmi Yahya (65 tahun) dan Ahmad Bashah Md Hanipah (64 tahun).

Sepatutnya, timbalan menteri adalah di kalangan pemimpin-pemimpin muda untuk dibimbing sebagai pemimpin pelapis, tetapi disebabkan kena "gempaq" dan nak jaga hati semua orang, barisan pelapis pun dari golongan berusia.

Apabila barisan Kabinet yang ada diumumkan setahun yang lalu, ramai mengkritiknya sebagai Barisan Kabinet yang paling lemah dalam sejarah pentadbiran negara.

Setahun sudah berlalu dan kita sendiri dapat melihat betapa lemahnya barisan yang ada, tetapi, sikap kita ialah "kita tak peduli apa orang lain kata".

Kalau media barat kritik kita, kita sangkal mereka dengan menuduh mereka ada agenda dan jangan percaya media barat.

Kalau teguran itu datangnya dari dalam, kita jangan pedulikannya kerana "Melayu terbukti mudah lupa."

Oleh itu, jangan lah kita mengharap. 

Najib tidak akan berani buat apa-apa.

Tuesday, February 4, 2014

MB TERENGGANU BERJAYA BAWA BALIK SEMINAR DARI ANTARTIKA



Seorang rakan dari Terengganu yang datang bercuti di utara semasa Hari Raya Cina baru-baru amat bimbang mengenai kesihatan Menteri Besar beliau yang BEREXPEDISI SAINTIFIK di Antartika.

Walaupun berulangkali diyakinkan bahawa lawatan tersebut adalah PENGORBANAN besar Ahmad Said untuk rakyat Terengganu, rakan kita masih tidak berpuashati kerana bimbang akan kesihatan YAB dari Terengganu ini di tempat cuaca yang amat sejuk berbanding suhu di Kampung Kalong, Kemaman, tempat lahir MB Terengganu ini.

Hari ini, Ahmad Said selamat tiba di tanahair selepas berada di Antartika selama 11 hari.

Hasil expedisi tersebut, satu SEMINAR akan diadakan.

Berikut ialah kenyataan Ahmad Said semasa ketibaan di KLIA hari ini:

"Susulan kepada ekspedisi itu, satu seminar membabitkan saintis dari Malaysia dan Chile dijadual berlangsung pada Ogos depan bersempena 'The Biennial SCAR Open Science Conference and Delegates Meeting 2014."

Baca di sini: http://www.sinarharian.com.my/nasional/ahmad-said-ekspedisi-antartika-bukan-pembaziran-1.247597

TAHNIAH KEPADA MB TERENGGANU.

Seminar sepenting ini seharusnya dirasmikan oleh sekurang-kurangnya oleh Perdana Menteri.

TAHNIAH SEKALI LAGI KEPADA AHMAD SAID. Tanpa lawatan tersebut, tidak pernah pun kita terfikir akan perlunya diadakan seminar sedemikian rupa.

Salam dari MB Terengganu semasa di Antartika boleh dibaca di sini: http://teganukita.blogspot.com/2014/01/salam-mb-terengganu-dari-antartika.html

Friday, December 25, 2009

SUMPAH MB TERENGGANU

"Dengan nama Allah, bismillahirrahmanirrahim, wallahi, wabillahi, wataallahi...tidak ada penyelewengan, rasuah dalam kes ini atau dalam kes-kes lain. Saya telus. Saya boleh jelaskan hal ini demi kepentingan rakyat." - Menteri Besar Terengganu Ahmad Said.

Ahmad melakukan sumpah ini di persidangan Dewan Undangan Negeri dua hari lepas. Kenapa beliau bersumpah?

Ianya berpunca dari soalan Alias Abdullah, seorang Adun BN mewakilili Limbat.

Sumpah Ahmad ialah untuk menyakinkan Dewan bahawa tiada penyelewengan dalam pemberian kontrak untuk pembelian kurma dan air zam-zam yang diedarkan kepada orang ramai.
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=464190

Tahniah kepada Adun Limbat atas sikap keterbukaan beliau dalam memastikan pentadbiran BN di Terengganu benar-benar telus.

Friday, June 5, 2009

KONSULTAN CAP AYAM BAWA TUAH BUAT MB TERENGGANU

Runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Selasa lalu juga membawa kepada keruntuhan kepada karier politik beberapa tokoh politik di Terengganu.

Pada satu ketika Ahmad Said berada di ambang kejatuhan. Hanya 4 Adun Umno menyokong pucuk pimpinan beliau dan Ahmad merasa bahang kejatuhan apabila kerusi Parlimen Kuala Terengganu jatuh ke tangan Pas dalam pilihanraya kecil.

Keris dihunus oleh orang-orang tertentu. Sasarannya ialah Menteri Besar Ahmad Said. Keputusan Ahmad Said untuk tidak bertanding sebarang jawatan semasa pemilihan Umno Mac lalu merupakan berita gembira buat segerombolan "Budak Hitam".

Kesudahannya, Ahmad hanya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan dan tempatnya diberikan kepada Hishammuddin Hussein.

Cita-cita salah seorang tokoh politik di Terengganu begitu tinggi. Peluang telah diberi sebelum ini malangnya ianya belum mencukupi.

Maka bermulalah episod SMS ugutan. Sekumpulan Adun "melarikan" diri dan "bersembunyi" di sebuah hotel kerana "nyawa mereka terancam" dek sms ugutan yang diterima yang dikatakan dibuat oleh orang yang hampir dengan Menteri Besar Terengganu.

Selepas campur tangan polis, akhirnya suspek di tangkap. Dan orangnya, rupa-rupanya, paling hampir dengan Menteri Besar dahulu, Idris Jusoh.

Ahmad Ramzi Mohamed Zubir, Setiausaha Politik Idris, dua hari lalu didakwa "melakukan ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan kematian kepada ADUN Paka, Mohd. Ariffin Abdullah untuk menimbulkan kegentaran kepada beliau." Ini adalah salah satu dari 4 pertuduhan terhadap Ramzi. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0605&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_01.htm

Dan Selasa lalu, bumbung stadium yang bernilai RM300 juta roboh. Blogger A Voice menulis mengenai insiden ini dan cerita disebalik tabir berkaitan pembinaan stadium ini. http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2009/06/deep-throats-lead-for-macc-on-stadium.html

Pelbagai reaksi diberikan mengenai insiden ini. Antaranya oleh Ahmad Said. Katanya: "Sepatutnya JKR yang lantik, kalau mereka tidak ada kemampuan mereka kena nasihatkan kita (kerajaan negeri) untuk lantik syarikat perunding yang benar-benar layak. Sebab itu sekarang ini banyak kita tengok projek yang tak berjalan dengan sempurna kerana konsultannya 'cap ayam."

Siapa yang lantik konsultan "cap ayam" ini. Seperti mana tulisan A Voice, projek-projek yang dimaksudkan adalah projek-projek yang diluluskan semasa Idris menjadi Menteri Besar dan Wan Hisham, abang Wan Ahmad Farid, bekas Setiausaha Politik Abdullah Ahmad Badawi, yang ketika itu menjadi Exco yang bertanggungjawab ke atas pembangunan infrastruktur negeri Terengganu.

Sebenarnya, di Terengganu politik mengatasi segala-galanya. Kini tiba masa untuk Ahmad memulangkan buah keras kepada Idris.

Adun yang menyebelahi Idris bertungkus lumus untuk menjatuhkan Ahmad sehingga pada satu ketika Ahmad hampir-hampir dijatuhkan melalui undi tidak percaya oleh penyokong-penyokong Idris.

Kini Ahmad sedang ketawa besar. Konsultan "cap ayam" adalah konsultan yang dilantik di zaman Idris. Stadium yang runtuh adalah stadium yang dibina di zaman Idris. Siling yang bocor di lapangan terbang adalah di bangunan yang dibina di zaman Idris dan kolam renang yang meresapnya air juga dibina di bawah pentadbiran Idris.

Lebih meriangkan Ahmad Said ialah orang yang dituduh menghantar sms ancaman ialah orang Idris.

Akhir kata, tamatlah riwayat politik Idris. Kata orang buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali dan janganlah bagi betis hendak peha pula.

Sudah adapun hari ini yang gundah gulana di Terengganu dan ada yang telah membawa diri, katanya, ke Amerika Syarikat.

Apapun pun, Ahmad Said boleh tidur lena dengan apa yang berlaku di Terengganu kerana stadium yang runtuh kini membawa rahmat yang dijangka buatnya.