
PERDANA Menteri WAJIB membaca laporan ini. Tan Sri Muhyiddin juga wajib membaca laporan ini. Begitu juga isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor.
Begitu juga bapa-bapa Menteri. KSU Kementerian. Ketua-Ketua Pengarah.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary juga harus membacanya. Begitu juga Tan Sri - Tan Sri, Dato'-Dato Seri, Ahli-Ahli Parlimen dan Adun tanpa mengira parti, Ketua-Ketua Bahagian dan para ahli politik.
Seorang ibu tunggal berusia 40 tahun, mempunyai ENAM ANAK, dipenjara 6 hari dan didenda RM300 kerana MENCURI DUA BUNGKUS SUSU FORMULA, DUA BOTOL KICAP EMPAT PENSIL MEKANIKAL, UBAT GIGI, ALAT MENCUCI SCOTCH BRITE dan SERBUK MINUMAN.
http://www.hmetro.com.my/node/13498
TAHNIAH Jelapang ucapkan kepada rakan blogger - FLYING KICK- kerana menulis mengenai kes ini.
http://theflyingkick.blogspot.com/2014/12/mana-pejuang-pejuang-hebat-melaka.html
Betul kata Flying Kick. Di mana pejuang-pejuang hebat Melaka?
Kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin, Tan Sri Syed Mokhtar, jutawan-jutawan Malaysia, bapa-bapa Menteri, inilah realiti masyarakat di bawah.
Kita yakin Rasmah Joles kehilangan pertimbangan dan pedoman dan tidak tahu bagaimana lagi hendak mencari rezeki untuk menyuap mulut ke enam-enam anak beliau.
Apa guna dua bungkus susu, kicap, pensil dan ubat gigi kalau bukan untuk anak-anak kesayangan beliau.
Tanyalah diri-diri kamu, berapa jauh pendapatan Tan Sri-Tan Sri jika dibandingkan dengan pendapatan Rasmah.
Jika benar nasib Rasmah ini, maka tidak salahlah tanggapan sesetengah pihak - BUMI BERTUAH INI HANYA UNTUK ORANG TERTENTU.
