KENYATAAN AKHBAR
YBHG. DATO’ HAJAH HAMIDAH BINTI HAJI OSMAN MENGENAI KES PEMECATAN SEBAGAI AHLI UMNO
Seperti yang semua sedia maklum, saya telah dipecat dari keahlian dan jawatan dari parti UMNO pada 24 Nov 2015 ketika Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO seperti yang diumumkan oleh Presiden UMNO. Namun sehingga ini saya masih belum menerima sebarang surat rasmi mengenai pemecatan saya.
Walaubagaimana pun, saya terima keputusan ini dengan lapang dada dan hati yang terbuka serta redha. Saya yakin setiap apa yang berlaku adalah atas perancangan dan keizinan dari Allah S.W.T.
Cuma saya agak terkejut kerana saya sendiri kurang pasti mengapa saya dipecat dari UMNO dan saya tidak pernah dipanggil untuk mengadap dan membela diri dihadapan lembaga displin parti.
Saya memang pernah menerima surat tunjuk sebab daripada UMNO Malaysia yang bertarikh 25 Mei 2015, meminta saya memberi sebab mengapa saya tidak boleh diambil tindakan displin kerana menganjurkan program Bicara Negara bersama Ybg Tun Dr. Mahathir Mohammad.
Saya telah pun menjawab pertuduhan tersebut dengan menafikan yang saya bukanlah penganjur kepada program tersebut dan saya hanya menghadirkan diri bersama sama beberapa pemimpin UMNO yang lain.
Pemecatan keahlian saya tidak bermakna berakhirnya perjuangan saya. Saya telah cukup puas berjuang , selama hampir 33 tahun saya berjuang di atas pentas UMNO, banyak onar dan duri telah saya tempuhi.
Antara kenangan manis yang tak mungkin saya lupakan dan akan menjadi sejarah dalam kehidupan dan selepas kematian saya adalah saya telah menyumbangkan peranan dan menghadiahkan sebuah kerajaan negeri kepada Barisan Nasional terutamanya kepada Dato’ Seri Najib bin Abd. Razak yang ketika itu merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak.
Pemecatan ini juga bermakna saya terpaksa berjuang di atas pentas rakyat berbekalkan kudrat yang ada. Perjalanan yg lebih terarah akan saya lakarkan demi memperjuangkan nasib rakyat dan Negara tercinta.
Mereka dapat memadamkan nama saya dari senarai keahlian UMNO, tetapi mereka tidak akan dapat memadamkan api semangat perjuangan di dalam jiwa dan jasad saya.
Hari ini saya telah ditalkin kan, hanya kerana saya seorang wanita, mengapa mereka tidak berani memecat Ybhg Tun Dr. Mahathir Muhamad dan ramai lagi yg bersuara secara lebih lantang menegur kepimpinan hari ini.
Kepada ahli UMNO am nya, dan kepada wanita UMNO khas nya, teruskan perjuangan, jaga lah UMNO demi anak cucu kita demi agama bangsa dan negara.
Saya telah mengambil keputusan, untuk tidak merayu kepada UMNO Malaysia atas pemecatan ini, tetapi saya akan terus merayu kepada Allah S.W.T semoga saya terus istiqamah dalam memperjuangkan nasib Negara dan Rakyat.
Walaubagaimanapun saya akan meminta penjelasan dari UMNO Malaysia berkenaan sebab sebab saya dipecat.
Sekian terima kasih
Dato’ Hajah Hamidah binti Haji Osman
5 comments:
soalan tu najib tak akan jawab. oklah, saya tolong jawabkan. majlis tertinggi terkemut2 memikirkan soal 'KESAN BESAR' jika tun mahathir dipecat dari umno. kalau setakat puan hamidah, mungkin la tak sebesar mana akibat kerana pengikut yang tidaklah seramai mana. tapi jika tun dipecat, mau lompong separuh keahlian umno. itu je sebabnya. mana ada rasional dah apa2pun tindakan majlis tertinggi. yang penting 'tengkok selamat, buat masa ini'.....
Kalau Ikhlas dan Jujur di dalam perjuangan. InshaAllah akan di bantu oleh Allah. Tetapi kalau telunjuk lurus kelingking berkait" entahlah... Sama-sama kita fikirkan.
Saat Jais
https://saatjais.wordpress.com
Alaaa ini politik,nasib lah kita orang lemah cepat kena tendang,apa tah lagi kalau kita yg beria-ria melaga-laga kan orang.Saya kenal dgn Dato Midah ni dia yg beria-ria mempengaruhi TS Mahyuddin supaya sanggup menggantikan PM Najib,kalau tidak kerana dia Mahyuddin masih selamat.Sekarang dua-dua tanggung akibat,sorang di pecat dari Umno dan sorang lagi melepas jawatan TPM.kalau aku jadi PM pun buat benda yg sama,begitu juga kalau TS Mahyuddin yg jadi PM dan Najib TPM, tentu sama juga.Aku tak memihak pada siap-sapa,tapi ini adat berpolitik.
Tak memihak pd sesiapa?.... Menjadi Pak angguklah lebih selamat ye?...ini bukan perjuangan tp Pak turut
Tak memihak pd sesiapa?.... Menjadi Pak angguklah lebih selamat ye?...ini bukan perjuangan tp Pak turut
Post a Comment