Friday, July 31, 2015

AHMAD LEBAI MB KEDAH YANG BARU?

SEJAK Muhyiddin Yassin di PECAT, bermacam-macam KHABAR ANGIN berlegar.

Antaranya Kedah akan mendapat Menteri Besar yang baru, khabarnya Ahmad Lebai Sudin, akan diLANTIK menggantikan Mukhriz Mahathir.

Tak perlulah dihurai sebab musabab mengapa KONONnya Mukhriz akan digantikan kerana semua sudah maklum akan punca segala-galanya.

Perlu diINGAT, ia hanya KHABAR ANGIN.

 Mohamad-Hasan,-UMNO

Katanya, Mohamad Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan juga akan ditukarkan.

Baca reaksi Mohamad Hasan di link ini:  http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/07/31/saya-digugurkan-alhamdulillah-mohamad-hasan/

Jelapang tidak tahu benar atau tidak khabar angin ini. Yang tahu hanya Najib Razak dan penasihatnya.

Seperti mana kata Tun Dr Mahathir, melantik atau memecat adalah HAK Najib.

Seperti kata Muhyiddin, kita AKUR.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/07/31/najib-berhak-gugurkan-muhyiddin-tun-m/

Thursday, July 30, 2015

TAHNIAH ZAHID, JAWATAN PERDANA MENTERI HANYA SETAPAK SAJA LAGI


TAHNIAH Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri yang baru.

Itulah rezeki Zahid. Tanpa diduga oleh kita, jawatan TPM jatuh ke riba Zahid. Siapa sangka.

Benar kata Zahid: "Ini adalah satu putaran hayat politik yang saya TIDAK pernah jangka dan harapkan, tetapi Allah MENTAKDIRKAN ia berlaku begini."

HANYA SELANGKAH saja lagi Zahid akan BERGELAR PERDANA MENTERI dan akan menjadi orang paling BERKUASA di dalam negara ini. 

InsyaAllah akan tiba masanya nanti. Doa-doakan lah. Ada yang berkata: "Zahid mungkin menjadi TPM paling singkat dalam sejarah politik negara. Dan paling CEPAT menjadi Perdana Menteri."

Masa pun semakin singkat buat Zahid. Oleh itu lagi cepat diNOBATKAN sebagai Perdana Menteri lagi baik buat Zahid kerana usia semakin meningkat.

Zahid TIDAK muda, umur pun sudah mencecah 62, sama usia dengan orang paling hampir dengan beliau - Najib Razak - TETAPI 6 bulan 9 hari lebih tua dari Perdana Menteri.

Yakinlah, jalan ke tempat paling atas terbentang LUAS di hadapan Zahid. Semua di tangan beliau, bila mahu ke atas dan selama mana mahu MENUNGGU.

REKOD politik beliau A+. Malahan boleh kita simpulkan bahawa Zahid hari ini adalah pemimpin paling BERPENGARUH, KUAT dan paling TOP di kalangan ketua-ketua bahagian. 

RAHSIA kekuatan ini hanya Zahid yang tahu. 

Kuatnya Zahid, sehinggakan dalam saat-saat hayat politik Najib berada dalam keadaan cukup GENTING sehingga terpaksa MEMECAT Muhyiddin Yassin kerana menyoal isu 1MDB dan duit RM2.6 bilion di dalam akaun Najib, Najib terpaksa MEMINTA TALI HAYAT dari Zahid.

Keputusan pemilihan Umno 2013 adalah BUKTI  nyata Zahid adalah pemimpin paling berpengaruh di dalam Umno hari ini dan tidak mustahil populariti beliau di kalangan Ketua-Ketua Bahagian Umno mengalahkan Najib sendiri.


TANPA mempunyai sebarang perasaan TAKUT, pada pemilihan 2013, Zahid mengumumkan untuk bertanding menentang Muhyiddin untuk jawatan Timbalan Presiden Umno tetapi diHALANG oleh Najib.

188 Bahagian (98.5 peratus) menyokong Zahid sebagai Naib Presiden pada 2013. Hanya 3 bahagian saja yang tidak menyokong beliau. BETAPA PERKASAnya Zahid di dalam Umno hari ini.

Jika tidak dihalang Najib 2 tahun lalu, sudah lama Zahid menjadi Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri.

Latarbelakang Zahid juga amat MENAKJUBKAN.

1986-1995: Setiausaha Politik Najib Razak.

1996: Ketua Pemuda Umno (SETIA kepada Dr Mahathir Mohamad)

1997: Sebagai Ketua Pemuda Umno Zahid mengkritik keras dan menentang Dr Mahathir kerana dasar kronisma dan nepotisma yang diamalkan oleh Dr Mahathir dan memaksa Dr Mahathir memaparkan senarai harta pemimpin Umno termasuk Zahid yang berjumlah RATUSAN JUTA RINGGIT. (Zahid SETIA kepada Anwar Ibrahim).

1999: Zahid kembali MENYOKONG dan SETIA kepada Dr Mahathir.

2004: Zahid dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan oleh Abdullah Ahmad Badawi (SETIA kepada Pak Lah).

2008: Menteri di JPM

2009: Dilantik Najib sebagai Menteri Pertahanan (SETIA kepada Najib)

29 Julai 2015: Dilantik Najib sebagai TPM.


Begitu HEBATnya perjalanan politik Zahid. Setia bersama Dr Mahathir, setia bersama Anwar, setia bersama Pak Lah dan sekarang setia bersama Najib.

Tahniah kepada Najib Razak kerana kini berdiri hanya setapak dari beliau adalah pemimpin paling popular di kalangan Ketua-Ketua Bahagian Umno.

Semuga KESETIAAN Zahid berkekalan hendaknya.

TAHNIAH DATO' SERI ZAHID.


Tuesday, July 28, 2015

MUHYIDDIN DIPECAT KERANA MENENTANG KEMUNGKARAN

A family member gives Tan Sri Muhyiddin Yassin a hug after he was dropped in today's Cabinet reshuffle. – Photo courtesy of Twitter.

ISU 1MDB hari ini memamah 2 lagi mangsa - Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal. Kedua-duanya orang kuat Umno dan berpengaruh.

Tindakan MEMECAT Timbalan Perdana Menteri BUKAN perkara baru di dalam Umno.

Tun Musa Hitam TIDAK menunggu untuk diPECAT pada 1986 tetapi MELETAKKAN JAWATAN kerana perbezaan pendapat mengenai cara kepimpinan.

ANWAR Ibrahim diPECAT pada 1998 oleh Dr Mahathir atas DAKWAAN meliwat.

KALI ini, SEJARAH tercatat, Muhyiddin diPECAT oleh Najib Razak.

Malangnya, kali ini bukan disebabkan oleh perbezaan pendapat sebagaimana berlaku antara Musa-Dr Mahathir atau Muhyiddin terlibat dengan perbuatan jenayah.

Kali ini PEMECATAN Muhyiddin berkaitan TUDUHAN terhadap Najib - kehilangan wang 1MDB dan kemasukan wang sejumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri yang masih belum dijawab.

Itu perbezaannya PEMECATAN Muhyiddin jika dibandingkan dengan PENYINGKIRAN Musa dan Anwar.

Apakah dengan penyingkiran Muhyiddin dan Shafie Umno akan bertambah KUAT?

Apakah dengan pemecatan Muhyiddin isu 1MDB dan kemasukan wang ke akaun Najib SELESAI?

Dari awal Jelapang melihat Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden paling LEMAH dalam sejarah Umno.

Jika Muhyiddin mempunyai KEKUATANnya, sudah pasti keadaan sebaliknya berlaku.

SIMPATI kepada Muhyiddin akan melimpah ruah bukan kerana sayangkan beliau, TETAPI kerana diperlakukan sedemikian dalam menentang KEMUNGKARAN. 

Ketiadaan Muhyiddin tidak akan mengembalikan KEYAKINAN rakyat kepada kerajaan.

Keyakinan rakyat hanya akan PULIH sekiranya mereka yang GAGAL memegang AMANAH rakyat diHUKUM.

Peristiwa hari ini TIDAK mengubah sikap rakyat kepada kerajaan, malah LEBIH memburukkan keadaan.

BERANIKAH NAJIB GUGURKAN MUHYIDDIN?



Sebuah blog pro-Najib Razak melaporkan ROMBAKAN KABINET akan dibuat hari ini.

DIGUGURKAN.

1. Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
2. Shafie Apdal
3. Hassan Malek
4. Shahidan Kassim
5. G.Palanivel

PERSOALANnya MAMPUkah dan BERANIkah Najib mengugurkan Muhyiddin dari Kabinet SEMATA-MATA kerana mempersoalkan isu 1MDB dan wang dimasukkan ke akaun Najib dan Rosmah?


Monday, July 27, 2015

VIDEO TS MUHYIDDIN YASSIN DI MESY UMNO CHERAS: NAJIB TAK DENGAR NASIHAT SAYA

1) TAN SRI MUHYIDDIN MENGENAI 1MDB












2) TAN SRI MUHYIDDIN MENGENAI KRITIKAN TERHADAP TUN MAHATHIR






3) TAN SRI MUHYIDDIN MENGENAI NASIB UMNO 




Sunday, July 26, 2015

TAJUDDIN RAHMAN PASIR SALAK SAMAKAN ROSMAH MANSOR DENGAN NYONYA TUA DUDUK RUMAH





SEJAK khabar angin bertiup mengenai ROMBAKAN KABINET, ramai Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri BERLUMBA-LUMBA membuat kenyataan MEMPERTAHANKAN Najib Razak dan Rosmah Mansor.

Sudah pasti sikap berlumba-lumba ini akan MENYUKARKAN Najib membuat pilihan siapa yang harus DIGUGURKAN.

Tetapi JUARA di kalangan mereka ini sudah pasti Ketua Bahagian Pasir Salak, Tajuddin Rahman. 

Jelas sekali Tajuddin mempunyai KUALITI seorang Menteri Kabinet dan WAJIB dilantik Menteri penuh apabila rombakan diumumkan nanti.

Lihat video di atas DAN baca blog berikut: 

http://selangorchronicle.blogspot.com/2015/07/cerdik-sangat-ler-pembelaan-tajuddin.html

Friday, July 24, 2015

PERGANTUNGAN AKHBAR THE EDGE UMPAMA KEMBALI KE ZAMAN BATU

Image result for najib+edge

HARI ini, Najib Razak mengGANTUNG penerbitan akhbar THE EDGE dan FINANCIAL DAILY kerana menulis dan mengkritik beliau mengenai wang 1MDB.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/akhbar-mingguan-harian-the-edge-digantung-mulai-27-julai

ADIK NAJIB sendiri, Nazir, mengutuk pergantungan tersebut.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/adik-pm-kutuk-penggantungan-the-edge

PRESIDEN Perkasa Ibrahim Ali juga mengKRITIK kerajaan kerana tindakan tersebut dan menDESAK Najib menJAWAB persoalan yang dibangkitkan mengenai skandal 1MDB.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jelaskan-penyelewengan-1mdb-daripada-gantung-permit-the-edge-kata-perkasa

Rakan-rakan Jelapang yang baru balik dari luarnegara melahirkan rasa MALU dengan imej Malaysia di luar negara sekarang ini.

Kata mereka, orang luar bertanyakan mengenai DUIT 1MDB, duit masuk akaun Najib dan Rosmah Mansor masukkan RM2 juta TUNAI dalam tempoh 2 bulan ke dalam akaun beliau di Affin Bank.

Kembali kepada pergantungan The Edge, nampaknya Malaysia seolah-olah kembali ke ZAMAN BATU - di mana Kerajaan tidak boleh ditegur dan semua orang salah kecuali Kerajaan.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Monday, July 13, 2015

SHAHRIR SAMAD TOLAK JAWATAN MENTERI

Image result for shahrir samad

SHAHRIR SAMAD akan MENOLAK sebarang tawaran jawatan MENTERI dari Najib Razak.

Shahrir merasakan pemimpin MUDA harus diberi peluang untuk memegang jawatan tersebut bukannya yang sudah BERUSIA seperti beliau yang kini mencecah usia 66 tahun.

Selain memegang jawatan Ahli Parlimen Johor Baru, Shahrir adalah Pengerusi BNBBC dan penasihat Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar.

http://www.therakyatpost.com/news/2015/07/12/my-time-is-over-says-shahrir-samad/

Sunday, July 12, 2015

HELAH NAJIB: ROMBAK KABINET UNTUK ALIH PANDANGAN RAKYAT TERHADAP ISU WANG DALAM AKAUN NAJIB DAN ROSMAH?

Image result for shahrir samad+paul stadlen
(Gambar: Shahrir Samad bermesyuarat bersama Paul Stadlen dan Arul Kanda)



BELUM pun selesai SIASATAN ke atas Najib Razak dan Rosmah Mansor isu wang dimasukkan ke akaun mereka, dua akhbar pro-Najib sudah memperkatakan mengenai ROMBAKAN KABINET.

http://www.utusan.com.my/rencana/analisis-mingguan-bisik-bisik-awang-selamat-1.113086

http://www.nst.com.my/node/91843

Nampaknya orang No 1 tidak ambil kisah segala dakwaan yang dilemparkan terhadap beliau.

Atau rombakan ini satu HELAH mahu mengalih pandangan rakyat supaya bercakap mengenai ROMBAKAN KABINET dan melupakan dakwaan RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun Najib dan RM2 juta TUNAI (cash) dimasukkan oleh seorang pembantu ke akaun isteri Najib, Rosmah Mansor?

MULIAnya hati PENDERMA yang menderma sehingga RM2.6 bilion. Betapa beruntungnya seorang surirumah seperti Rosmah Mansor dapat menyimpan RM2 juta dalam masa DUA BULAN. Hari raya dah hampir tiba, mungkin kita berharap bertemu penderma semulia mereka ini, dapat seribu dua pun dah mencukupi.

http://www.malaysiakini.com/news/303879

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sekarang-rosmah-pula-didakwa-terima-rm2-juta-dalam-akaun-peribadi

SEHARUSnya dilupakan rombakan Kabinet ini seketika.

Sekarang bukan masanya. Sekarang adalah masa Najib dan isteri MEMBERSIHKAN DIRI dari segala tuduhan ini.

Dulu rakyat dipaksa menunggu AUDIT 1MDB sebelum membuat sebarang sangkaan kepada 1MDB, Kerajaan dan Najib.

Apa salahnya kali ini, NAJIB tunggu siasatan ke empat-empat Tan Sri sebelum merombak kabinet.

Tak akan Najib tidak boleh bersabar sedikit. Kalau rakyat boleh bersabar menunggu AUDIT 1MDB, tak akan Perdana Menteri tiada kesabaran untuk menanti hasil SIASATAN pasukan petugas khas mengenai dakwaan ini.

SABAR-SABARLAH.


p/S: Tahniah Tan Sri Shahrir Samad. Usaha Tan Sri beberapa minggu ini telah membuahkan hasil jika benar laporan akhbar pro-Najib bahawa Tan Sri akan kembali ke dalam Kabinet. Kepada pemimpin Umno lain, contohilah kebolehan Tan Sri Shahrir.

Friday, July 10, 2015

TUN MUSA HITAM GESA NAJIB LETAK JAWATAN ATAU BERCUTI

Image result for musa hitam

"Namun, saya dengan RENDAH DIRI mengesyorkan Najib melaksanakan pilihan ketiga iaitu BERCUTI buat sementara waktu bagi memudah cara siasatan non-partisan yang sedang berlangsung. Ini pilihan terbaik yang akan mempamerkan kepimpinan Najib, karakter, serta personaliti yang selari dengan prinsip demokrasi berparlimen. 

"Lakukan perkara ini (berehat). Jika pun anda rasakan anda bersalah dalam beberapa perkara, serah diri kepada Tuhan. Ingat, Tuhan Maha Pengampun tetapi Dia juga akan memulangkan kembali apa-apa perkara tidak elok yang kita lakukan, menurut caraNya sendiri. Saya melakukan perkara (seruan) ini tanpa niat buruk. Malah saya tidak untung atau rugi apa-apa. Najib sendiri begitu rapat dengan saya." - Bekas Timbalan Perdana Menteri dan Bekas Timbalan Presiden Umno Tun Musa Hitam.

Artikel penuh boleh dibaca di link di bawah:

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/musa-hitam-cadang-najib-rehat-serah-diri-pada-tuhan-sempena-ramadan

JELAPANG: TERIMA KASIH Tun. Terima kasih kerana turut serta untuk menyelamatkan parti. Hendak harapkan Ketua-Ketua Bahagian, Menteri-Menteri Umno dan Ahli-Ahli MKT, mengisi TEMOLOK lebih penting dari MENYELAMATKAN parti. Umno ketika ini sedang menuju KEHANCURAN.

Thursday, July 9, 2015

NAJIB: SUDAH TIBA MASANYA KITA MENUKAR NAKHODA



LUAHAN ini datangnya dari hati seorang gadis MELAYU - mewakili generasi muda.

JELAPANG berharap di dalam kekalutan Najib Razak menepis segala tuduhan terhadap beliau, Perdana Menteri dapat mengambil masa 7 minit untuk menghayati video ini. 

Inilah masalah orang muda dan apa yang dikatakan oleh ZAHRA adalah REALITI kehidupan generasi muda yang kini "kelam dan kelabu".

Dan inilah masalahnya bila NAKHODA negara, Najib Razak, tidak mahu mengambil kisah masalah rakyat.

Yang penting kepada Najib hanya mempertahankan jawatan beliau dan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri dan menikmati keistimewaan yang datang bersama jawatan beliau. Yang penting kepada beliau ialah memenuhi aspirasi beliau yang mahukan  status negara berpendapatan tinggi.

Beliau tidak MEMPERDULIKAN apakah nasib graduan, apakah rakyat miskin cukup makan mereka. 

Beliau tidak mahu mengambil tahu betapa peritnya rakyat bangun pagi untuk mencari sesuap nasi.

Sesiapa yang di atas nakhoda bahtera negara yang tidak mampu mengejar impian mereka, ditolaknya ke laut.

6 TAHUN menjadi nakhoda, apa yang dibuatnya? Kejar hendak jadi negara berpendapatan tinggi?

Najib tinggalkan rakyat miskin. Mereka dihimpit dan ditekan.

Rakyat berkata tolonglah, kami TIDAK MAMPU dikenakan GST, Najib paksa mereka membayar cukai GST.

Rakyat MERAYU, tolonglah jangan NAIKKAN TOL, Najib paksa tol dinaikkan.

Rakyat menyembah, tolong jangan naikkan harga MINYAK, Najib tidak peduli, harga petrol dinaikkan.

Nak lepas tangan, Najib bagi BR1M.

Pada Najib, bagi BR1M, lepaslah tanggungjawab beliau. Cukup makan ke tidak, graduan ada kerja ke tidak, itu bukan masalah beliau lagi. BR1M sudah ada.

Hari ini, di dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris, seorang ibu terpaksa mengeluarkan simpanan KWSPnya semata-mata mahu membayar hutang PTPTN beliau.

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/07/09/Housewife-glad-she-settled-PTPTN-loan-with-EPF-savings/

Itulah nasib rakyat di negara sendiri.

Rakyat asing yang sedang mengaut hasil negara masih tidak mencukupi, Najib mahu membawa masuk 1.5 juta lagi rakyat Bangladesh untuk bekerja di negara ini.

Suatu hari, akan tiba masa nya, mereka yang TERPINGGIR akan berkata: "sudah sampai masanya kita menukar nakhoda."

Dato' Sri Najib, masanya sudah HAMPIR tiba.

Wednesday, July 8, 2015

UMNO PERLU SETIA & BANGGA KERANA PRESIDEN & MELAYU ANTARA YANG TERKAYA DI DUNIA

Najib Razak - Forbes Malaysia 27th Richest

TERKEDU kita melihat tahap KESETIAAN ketua-ketua bahagian dan Ahli Parlimen Umno kepada presiden mereka, Najib Razak.

CUKUP MENAKJUBKAN.

Paling menakjubkan ialah KESETIAAN pemimpin yang satu ketika DULU dikatakan pemimpin "progresif" dalam Umno, SHAHRIR SAMAD.

http://www.utusan.com.my/berita/politik/wan-azizah-patut-betulkan-8216-rumah-8217-sendiri-dahulu-1.111463

Dua hari lepas, ini kenyataan Shahrir: "BNBCC (Kelab Ahli Parlimen BN) akan TETAP memberi SOKONGAN kepada Dato' Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri kerana BNBBC memberi TAAT SETIA kepada negara serta Perlembagaan Persekutuan dan bukannya media asing."

TAHNIAH Shahrir.

KESETIAAN seperti ini lah yang kita perlukan. Biarlah sehebat mana pun bukti terhadap kesalahan Najib, sebagai pemimpin Umno, TAAT SETIA adalah satu kewajipan.

Selain kesetiaan, Shahrir dan Ketua-Ketua Bahagian perlu rasa BANGGA kerana PrEsiden mereka, seorang Melayu, kini dikatakan tersenarai sebagai orang ke-27 TERKAYA di dalam senarai FORBES.

Ini wajib. Orang Umno kena pertahankan ini kerana inilah MERTABAT Melayu. Jangan kita MENCEMBURUI bangsa sendiri apabila beliau tersenarai sebagai yang TERKAYA.

Wajib pertahankan Presiden sendiri. Pembangkang dahulunya menuduh Umno KAFIR pun mempertahankan Presiden Umno. Kasihan pada Presiden, terpaksa berlindung di belakang pemimpin parti pembangkang, Harun Din, untuk menepis tuduhan. 

Bantulah Presiden. Contohilah Harun Din, ulamak PAS.  

Sementara itu, di akar umbi sedang bercakap mengenai trend baru di kalangan ketua-ketua bahagian.

Trend tahun ini sudah berubah, tidak sama seperti sebelum ini. Mereka sudah TIDAK lagi MENGEJAR projek-projek RATUSAN JUTA ringgit.

Tahun ini trend mengejar CASH.

Minta projek kena tunggu lama. Minta projek kena berebut-berebut dan selalunya KALAH. Katanya Azeez Rahim yang SELALU MENANG. Ya lah, siapa pandai, dia dapat. Kenalah terima hakikatnya. 

Jadi minta CASH. Nak minta RM200,000, dapat RM200,000.

Khabarnya ada yang minta RM500,000 dan dapat RM500,000. Minta RM600,000, dapat RM600,000.

Maklumlah, DUIT ITU RAJA. Semua masalah sekarang diselesaikan dengan duit.

Hari ini pun masalah PENEROKA sudah DISELESAIKAN dengan duit. Dapatlah RM900 untuk raya minggu depan walaupun harga saham Felda MERUDUM. 

Kita harap ini hanya SATU LAGI FITNAH terhadap Ketua Bahagian. Harap mereka-mereka yang melakukan fitnah ini, bertaubatlah.  


Sunday, July 5, 2015

NAJIB DITINGGALKAN MUHYIDDIN & SHAFIE APDAL? BERMULANYA PROSES PENYINGKIRAN NAJIB?

Image result for najib+lonely

TIDAK susah kita hendak membaca lenggok pemimpin Umno. Najib Razak lebih mengetahuinya.

Di dalam lingkaran politik pemimpin, akan tiba SAAT-SAAT AKHIR di mana beliau akan ditinggalkan keseorangan.

Tun Dr Mahathir Mohamad pernah "ditinggalkan" apabila dicabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada 1987.

Pak Lah "DITOLAK" oleh rakan-rakan beliau dan ditinggalkan keseorangan apabila Najib mengepalai gerombolan menjatuhkan Pak Lah.

Dan mungkin SAAT-SAAT DITINGGALKAN KESEORANGAN sudah hampir tiba untuk Najib.

Ianya mudah. Kita hanya perlu halusi kenyataan-kenyataan berkias pemimpin-pemimpin Umno.


KENYATAAN MEDIA TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

Saya berasa amat bimbang dengan pendedahan terkini Wall Street Journal mengenai beberapa akaun peribadi milik YAB Datuk Seri Najib Razak yang didakwa telah menerima sejumlah wang daripada beberapa buah entiti yang dikatakan mempunyai hubungan dengan 1MDB. 

Tuduhan ini amatlah berat kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti dan integriti Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan Ketua Kerajaan.

Isu ini juga telah menarik perhatian rakyat serta media antarabangsa dan pastinya menyentuh kepentingan awam.

Oleh itu, saya berpendirian bahawa pihak berkuasa penyiasatan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara perlu bertindak segera untuk menyiasat segala tuduhan yang dibuat terhadap Datuk Seri Najib.

Saya yakin siasatan mengenai perkara ini akan dijalankan secara terperinci, telus dan bebas demi mencari kebenaran. Oleh kerana tuduhan ini adalah bersifat peribadi, maka adalah wajar bagi Datuk Seri Najib untuk memberikan penjelasan yang meyakinkan atau membuat penafian.

Sehubungan itu, saya menyambut baik kenyataan Datuk Seri Najib yang telah menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau. Sekiranya beliau yakin semua tuduhan itu adalah tidak benar dan fitnah semata-mata, maka adalah wajar beliau mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang membuat tuduhan demi membersihkan nama beliau dan mengembalikan kredibiliti kerajaan.

Sementara siasatan terperinci dijalankan, saya menyeru semua pihak supaya bertenang. Saya pasti kebenaran akan muncul hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Saya berdoa mudah-mudahan di bulan Ramadan Al-Mubarak ini, Allah SWT akan memberikan kita segala taufiq dan hidayah untuk menyelesaikan segala kemelut yang berlaku dan mengurniakan kesejahteraan yang berkekalan kepada rakyat dan negara kita.


 Tan Sri Muhyiddin Yassin
 Timbalan Perdana Menteri Malaysia
 4 Julai 2015
http://www.bharian.com.my/node/65691


KENYATAAN NAIB PRESIDEN UMNO SHAFIE APDAL


ISU - PENDEDAHAN DAN JUGA DAKWAAN WALL STREET JOURNAL TERHADAP YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI

1) SAYA TURUT MENYATAKAN KEBIMBANGAN TERHADAP PENDEDAHAN DAN JUGA DAKWAAN OLEH WALL STREET JOURNAL (WSJ) KEPADA YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI YANG JUGA MENTERI KEWANGAN.

2) PERKARA INI PERLU DIBERI PERHATIAN SERIUS KERANA IA MELIBATKAN IMEJ DAN JUGA KREDIBILITI DATO' SRI MOHD NAJIB SEBAGAI PERDANA MENTERI, SELARI DENGAN DASAR KETERBUKAAN DAN AKAUNTABILITI KERAJAAN DALAM MENTADBIR URUS NEGARA.

3 DATO' SRI MOHD NAJIB PERLU MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG SEKIRANYA TUDUHAN DAN DAKWAAN TERSEBUT TIDAK BENAR SUPAYA KEPIMPINAN KERAJAAN BEBAS DARIPADA PANDANGAN KURANG BAIK BUKAN HANYA DIKALANGAN MASYARAKAT DALAM NEGARA BAHKAN MASYARAKAT ANTARABANGSA
 
4) SAYA YAKIN PENDEKATAN SIASATAN SECARA MENYELURUH OLEH BADAN-BADAN BERWAJIB DAN BEBAS PASTI DAPAT MEMBUKTIKAN KEBENARAN DAN DALAM MASA YANG SAMA DAPAT MENGEMBALIKAN KEPERCAYAAN RAKYAT KEPADA KEWIBAWAAN KERAJAAN.

5) SAYA JUGA TURUT MEMINTA RAKYAT SUPAYA BERTENANG DALAM MENGHADAPI SITUASI INI.


DATO' SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
4 JULAI 2015‎


JELAPANG: Yang JELAS, TIADA satu baris ayat pun di dalam kenyataan Muhyiddin dan Shafie yang mengatakan mereka akan terus MENYOKONG Najib sebagai Perdana Menteri.

Atau dengan kata lain, akan BERMULALAH proses PENYINGKIRAN Najib sebagai Perdana Menteri oleh Umno.

Sama-samalah kita saksikan detik-detik bersejarah ini.

Saturday, July 4, 2015

NAJIB: INI KONSPIRASI DR MAHATHIR

Image result for najib+dr mahathir

JAWAPAN NAJIB RAZAK MENGENAI DAKWAAN RM2,600,000,000 (RM2.6 BILION) DI DALAM AKAUN AMBANK BELIAU.


Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, pelbagai tuduhan – semuanya tidak berasas dan kebanyakannya mengarut – dilakukan terhadap saya dan keluarga.

Serangan bermula apabila saya enggan melaksanakan tuntutan peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya enggan kerana berasa adalah tidak wajar bagi Malaysia ditadbir secara proksi.

Tun kemudian mencipta krisis apabila tanpa usul periksa mendakwa RM42 bilion hilang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sedangkan hakikatnya ia adalah hutang yang diaudit dan disokong oleh aset diaudit bernilai RM51 bilion.

Dakwaan terbaharu ialah kononnya saya mengambil dana berkaitan kerajaan untuk kepentingan peribadi. Saya percaya Tun berada di belakang pembohongan ini, berganding bahu dengan pihak asing termasuk blog politik Sarawak Report yang semakin diragui kredibilitinya.

Saya ingin berterus terang: Saya tidak pernah mengambil dana demi kepentingan peribadi seperti didakwa seteru politik – baik daripada 1MDB, SRC International atau entiti lain, seperti mana disahkan oleh semua syarikat terbabit.

Jelas sekali, tuduhan palsu seperti ini adalah sebahagian daripada kempen terancang sabotaj politik untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang dipilih secara demokrasi.

Mereka yang membuat dakwaan itu tidak pernah mengetengahkan sebarang bukti. Apa yang kita dengar hanyalah dakwaan berasaskan kebocoran dokumen dan penyiasat tanpa nama. Tiada sekali pun sumber dokumen ini ditampilkan, manakala dokumen berkenaan juga tidak pernah dikemukakan untuk pengesahan pihak berkuasa.

Seperti diketahui, beberapa dokumen yang menjadi asas dakwaan kebelakangan ini dilaporkan telah diubah. Individu yang membocorkan dokumen ini sedang disiasat oleh pihak berkuasa di luar negara kerana cuba memeras ugut bekas majikannya. Hakikat ini besar kesannya terhadap kesahihan  dokumen berkenaan dan mereka yang menggunakannya untuk memburuk-burukkan kerajaan serta negara kita.

Mereka yang terus melancarkan serangan ini perlu bersedia untuk berdepan tindakan berikutan perbuatan mereka. Taktik kotor – termasuk taktik jenayah dalam beberapa keadaan – untuk menumbangkan kerajaan akan gagal. Dalam beberapa keadaan, mereka bakal berdepan tindakan mengikut peruntukan undang-undang.

Malang sekali serangan palsu bertubi-tubi yang didorong kepentingan peribadi ini berlaku pada ketika Malaysia memiliki pelbagai kelebihan unik – kedudukan sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini dan status negara maju yang semakin hampir dicapai. Saya kekal dengan fokus untuk membangunkan negara demi rakyat.



JELAPANG: SEMUGA kenyataan Perdana Menteri seterusnya akan MENYENTUH samada BETUL atau TIDAK wang berjumlah RM2,600,000,000 dimasukkan ke dalam akaun beliau.

Friday, July 3, 2015

SILA JAWAB SOALAN: BETUL ATAU TIDAK RM2.6 BILION DIMASUKKAN KE AKAUN PERIBADI NAJIB?


TERBAIK! 
DUA ORANG ATASAN MARA DIGANTUNG KERJA




INI BAGAIMANA?
ADAKAH ORANG ATASAN-ATASAN AKAN DIGANTUNG KERJA?



BERIKUT JAWAPAN PEJABAT NAJIB RAZAK

PETALING JAYA: Dakwaan bahawa dana 1MDB dipindahkan kepada akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai 'sabotaj politik', kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Artikel yang disiarkan The Wall Street Journal dan Sarawak Report pada Jumaat mendakwa dana 1MDB mencecah AS$700 juta (RM2.63 bilion) dipindahkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri. 
"Walaupun perdana menteri berjaya memacu ekonomi negara terhadap halangan global seperti yang diiktiraf Fitch Ratings pada minggu ini, terdapat usaha individu tertentu untuk melemahkan keyakinan terhadap ekonomi kita, mencemarkan nama baik kerajaan dan menyingkirkan perdana menteri," menurut PMO dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menurut kenyataan itu lagi, beberapa dokumen yang dibocorkan dan peras ugut berlaku untuk mengelirukan media dan rakyat. 
"Oleh itu, pengamal media tidak harus menerima maklumat tersebut sebagai sesuatu yang betul melainkan jika disahkan pihak berkuasa berkenaan," katanya.
PMO turut menjelaskan bahawa 1MDB sudah menegaskan bahawa syarikat itu tidak menyediakan dana kepada Najib dalam satu kenyataan lebih awal pada Jumaat.
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/07/03/sabotaj-politik/



Jelapang

INIlah masalah dengan Najib Razak dan Pejabat beliau.

SOALAN YANG DITANYA IALAH: BETUL ATAU TIDAK WANG BERJUMLAH RM2,630,000,000 (RM2.63 BILION) TELAH DIMASUKKAN KE AKAUN AMBANK PERIBADI NAJIB RAZAK?

BETUL ATAU TIDAK?

Itu soalannya.

http://www.wsj.com/articles/SB10130211234592774869404581083700187014570

Thursday, July 2, 2015

LEBUHRAYA PAN BORNEO: DARI ADIK KEPADA ABANG

April Fool?  Najib signed the contract on 1st April as Fadillah (right) and pals Adenan and Jabu look on

AhDWYuJXNNWCG7vRewWY-v8bhF4wH3hlAm2FWp093yRr

SELASA lepas termeterailah perjanjian untuk membina Lebuhraya Pan Borneo seperti yang dijanjikan semasa PRU13 dahulu.

The PWD Minister's Brother's Pan-Borneo Highway Connection EXPOSE!

Menariknya projek ini akan dilaksana oleh Bustari Yusuf, abang Menteri Kerjaraya Fadillah Yusuf.

Semuga projek adik-beradik ini siap seperti yang dijadualkan.

Bukan MURAH nilai projek ini. RM27 BILION.

Sarawak Report pernah menulis mengenai projek ini.

Kepada yang berminat, sila baca di link ini berikut: 

 http://www.sarawakreport.org/2015/04/the-pwd-ministers-brothers-pan-borneo-highway-connection-expose/

Wednesday, July 1, 2015

BERAS ORANG MISKIN PUN KENA KEBAS

Pengerusi Eksekutif DCT Beras (M) Sdn Bhd Datuk Noridan Spee Yee semasa di sidang media berkenaan subsidi 21 tan beras kepada ST15 tempatan di Hotel Concorde Shah Alam hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 30 Jun, 2015.

"Ada "ikan jerung" memegang KETUA BAHAGIAN parti, wakil rakyat, ahli politik hingga bertaraf MENTERI yang mengaut keuntungan besar melalui pengagihan kuota (beras). Saya ada BUKTI. Saya ingin bertanyakan kepada PERDANA MENTERI dan semua agensi yang tahu mengenai perkara ini berlaku kenapa BERDIAM DIRI tanpa bertindak." - Pengerusi Eksekutif DCT Beras (M) Sdn Bhd Datuk Noridan Spee Yee.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ada-ikan-jerung-seleweng-kuota-beras-st15-kata-pemborong-berlesen

1. Bila Perdana Menteri Najib Razak hendak menjawab soalan ini?

2. Siapa KETUA BAHAGIAN Umno yang terima bayaran "atas angin" yang didakwa Noridan?

3. Siapa MENTERI yang didakwa terlibat dengan bayaran "atas angin" ini?

Kouta beras di mana RASUAH dan PENYELEWENGAN berlaku melibatkan beras jenis SUPER TEMPATAN (ST15) yang mengandungi 15 peratus BERAS HANCUR.

Siapa MAKAN beras ini?

Image result for ISmail sabri

Kata Ismail Sabri, Menteri Pertanian: Beras ini adalah makanan golongan miskin dan miskin tegar.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0918&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_25.htm

Image result for beras ST15

HARGANYA: RM17.50 untuk sekampit 10kg.

Terkedu kita membaca kenyataan Noridan.

Kesimpulannya, Noridan MENDAKWA, beras untuk orang miskin pun diBALUN Menteri dan Ketua Bahagian. ITU DAKWAAN NORIDAN YANG PERLU DISIASAT SEGERA.

ST15 ini umpama BERAS ZAKAT, umpama ZAKAT pun mereka sapu.

Itu lah MERTABAT pemimpin Melayu sekarang ini.