Friday, July 24, 2015

PERGANTUNGAN AKHBAR THE EDGE UMPAMA KEMBALI KE ZAMAN BATU

Image result for najib+edge

HARI ini, Najib Razak mengGANTUNG penerbitan akhbar THE EDGE dan FINANCIAL DAILY kerana menulis dan mengkritik beliau mengenai wang 1MDB.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/akhbar-mingguan-harian-the-edge-digantung-mulai-27-julai

ADIK NAJIB sendiri, Nazir, mengutuk pergantungan tersebut.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/adik-pm-kutuk-penggantungan-the-edge

PRESIDEN Perkasa Ibrahim Ali juga mengKRITIK kerajaan kerana tindakan tersebut dan menDESAK Najib menJAWAB persoalan yang dibangkitkan mengenai skandal 1MDB.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jelaskan-penyelewengan-1mdb-daripada-gantung-permit-the-edge-kata-perkasa

Rakan-rakan Jelapang yang baru balik dari luarnegara melahirkan rasa MALU dengan imej Malaysia di luar negara sekarang ini.

Kata mereka, orang luar bertanyakan mengenai DUIT 1MDB, duit masuk akaun Najib dan Rosmah Mansor masukkan RM2 juta TUNAI dalam tempoh 2 bulan ke dalam akaun beliau di Affin Bank.

Kembali kepada pergantungan The Edge, nampaknya Malaysia seolah-olah kembali ke ZAMAN BATU - di mana Kerajaan tidak boleh ditegur dan semua orang salah kecuali Kerajaan.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

10 comments:

  1. Penggantungan la. Sejak bila pula ada perkataan pergantungan?
    Belajar kat mana Bahasa Melayu ni??

    ReplyDelete
  2. Kalau nak buat fitnah ajer, lebih elok tutup...

    Dulu zaman Mahathir, semua media dia control...

    Korang baru hidup ke???

    Zaman mahathir, mana ada kebebasan akhbar, sebab tu dia boleh berkuasa 22 tahun..

    ReplyDelete
  3. Tindakan yg patut amat...untuk kekang pemfitna dan penghasut kepada perkara yg bolih menyusahkan rakyat...dgn penyaluran berita beragenda jahat..

    ReplyDelete
  4. Tindakan yg patut amat...untuk kekang pemfitna dan penghasut kepada perkara yg bolih menyusahkan rakyat...dgn penyaluran berita beragenda jahat..

    ReplyDelete
  5. Ya rakyat pun tertanya2....sampai bila nak tutup mulut media? Sy sekluarga semakin menyampah dgn drama2 yg dipertontonkan, walaupun kami ahli umno dan penyokong bn. Najib sekarang playing god....menganggap tiada kuasa yg lebih besar dari dia. Kami serah aje nasib pd Allah.

    ReplyDelete
  6. Time mahafiraun (orang kata paling teruk akhbar ditekan pada zaman tun m) pun majalah Aliran masih boleh dibeli dan dibaca. Rupa2nya zaman sekarang lagi firaunnya...

    ReplyDelete
  7. Hek eleh! Orang yg sokong gantung kau tak publish. Apa ke barang bro......

    ReplyDelete
  8. Hahaha...apa masalah bila.balik ke zaman batu? The edge dh mengaku tipu, so kalau terpaksa balik ke.zaman batu...takpelah. Zaman mathir dulupun ada gak aktiviti balik ke zaman batu. Takkan tak ingat kot?

    ReplyDelete


  9. yg aku nak tau, betul ke tidak duit masuk akaun PM. itu saja.

    tak perlulah nak alih perhatian, gantung paper, milanyi le, justo le..

    jawab aje... betul tak duit tu masuk akaun pm

    ReplyDelete

  10. aku berdoa satu hari ada org masukkan duit rm2,600 ke dlm akaun aku.

    aku tak perlu bilion2 mcm pemimpin umno

    ReplyDelete