Wednesday, July 8, 2015
UMNO PERLU SETIA & BANGGA KERANA PRESIDEN & MELAYU ANTARA YANG TERKAYA DI DUNIA
TERKEDU kita melihat tahap KESETIAAN ketua-ketua bahagian dan Ahli Parlimen Umno kepada presiden mereka, Najib Razak.
CUKUP MENAKJUBKAN.
Paling menakjubkan ialah KESETIAAN pemimpin yang satu ketika DULU dikatakan pemimpin "progresif" dalam Umno, SHAHRIR SAMAD.
http://www.utusan.com.my/berita/politik/wan-azizah-patut-betulkan-8216-rumah-8217-sendiri-dahulu-1.111463
Dua hari lepas, ini kenyataan Shahrir: "BNBCC (Kelab Ahli Parlimen BN) akan TETAP memberi SOKONGAN kepada Dato' Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri kerana BNBBC memberi TAAT SETIA kepada negara serta Perlembagaan Persekutuan dan bukannya media asing."
TAHNIAH Shahrir.
KESETIAAN seperti ini lah yang kita perlukan. Biarlah sehebat mana pun bukti terhadap kesalahan Najib, sebagai pemimpin Umno, TAAT SETIA adalah satu kewajipan.
Selain kesetiaan, Shahrir dan Ketua-Ketua Bahagian perlu rasa BANGGA kerana PrEsiden mereka, seorang Melayu, kini dikatakan tersenarai sebagai orang ke-27 TERKAYA di dalam senarai FORBES.
Ini wajib. Orang Umno kena pertahankan ini kerana inilah MERTABAT Melayu. Jangan kita MENCEMBURUI bangsa sendiri apabila beliau tersenarai sebagai yang TERKAYA.
Wajib pertahankan Presiden sendiri. Pembangkang dahulunya menuduh Umno KAFIR pun mempertahankan Presiden Umno. Kasihan pada Presiden, terpaksa berlindung di belakang pemimpin parti pembangkang, Harun Din, untuk menepis tuduhan.
Bantulah Presiden. Contohilah Harun Din, ulamak PAS.
Sementara itu, di akar umbi sedang bercakap mengenai trend baru di kalangan ketua-ketua bahagian.
Trend tahun ini sudah berubah, tidak sama seperti sebelum ini. Mereka sudah TIDAK lagi MENGEJAR projek-projek RATUSAN JUTA ringgit.
Tahun ini trend mengejar CASH.
Minta projek kena tunggu lama. Minta projek kena berebut-berebut dan selalunya KALAH. Katanya Azeez Rahim yang SELALU MENANG. Ya lah, siapa pandai, dia dapat. Kenalah terima hakikatnya.
Jadi minta CASH. Nak minta RM200,000, dapat RM200,000.
Khabarnya ada yang minta RM500,000 dan dapat RM500,000. Minta RM600,000, dapat RM600,000.
Maklumlah, DUIT ITU RAJA. Semua masalah sekarang diselesaikan dengan duit.
Hari ini pun masalah PENEROKA sudah DISELESAIKAN dengan duit. Dapatlah RM900 untuk raya minggu depan walaupun harga saham Felda MERUDUM.
Kita harap ini hanya SATU LAGI FITNAH terhadap Ketua Bahagian. Harap mereka-mereka yang melakukan fitnah ini, bertaubatlah.
Tuan Jelapang,
ReplyDeleteTidak seperti adik beradik yang lain, seingat saya, Ah Jib Gor memang sejak dulu kerja dia adalah sebagai ahli politik. Tak ingat mana2 yang dia terlibat sebagai ahli korporat spt Tun Daim...so..adakah dengan berkecimpung sebagai ahli politik sejak muda membolehkan dia mengumpul kekayaan yang sebegitu banyak? Bila di kata sebagai harta pusaka, adik beradik dia menafikan harta pusaka yang ditinggalkan sebegitu banyak. Ini yang sepatutnya sebagaimana dinukil oleh Tun M, LHDN sepatutnya siasat..dari mana kekayaan tersebut dikumpul. Perkahwinan anak pun katanya bunga ros dah kos RM300k (@RM3j?). Belum lg yang dikaitkan dengan anak tiri beliau.
Mmg sepatutnya kita berbangga bahawa menjadi seorg ahli politik boleh menjadi org ke 32 terkaya...I luv PM!
Adakah ini asabiyah yang dimaksudkan oleh baginda Rasulullah?
ReplyDeleteTak habis2 dgn katanye,kononnye..dengar kata..sumber2 dipercayai kononnye...bukti haram takda.
ReplyDeleteyalah kami bangga sgt..pemimpin kaya raya..semua free. rakyat dibeban dgn mcm2..
ReplyDeleteotak letak mana?
Maruah dan amanah boleh dibeli sebab najib kata "cash is king".
ReplyDelete
ReplyDelete6 pemimpin afrika paling buruk
1. Nguema Mbasogo (equatorial guinea)
2. Dos santos (angola)
3. Mugabe (zimbabwe)
4. Mswati III (swaziland)
5. bashir (sudan)
6. Najiboko Razakoto (malaysiafrikano)
Pencuri telah membeli bungalow mewah bernilai mencecah 25 juta pound British - anggaran 150 juta ringgit malaysia dikota London.
ReplyDeletePembantu pemcuri kucing hitam tabung haji juga turut sama membeli hartanah disana. Perancangan awal untuk melarikan diri kah ini.
Pihak LHDN, SPRM, POLIS serta Imigresen harus berwaspada akan gerakan sebegini. Jangan biarkan pencuri dan kumpulan melarikan diri. Individu yang sebelum ini begitu lantang mempertahankan pencuri harus disiasat hingga ke lubang cacing.
Anasir yang dikenali dari 1MDB, Tabung Haji, Khazanah, FGV.
Jangan terlepas pandang menteri hingusan dan burung keruak dari negeri dibawah bayu. Jutaan ringgit telah bertukar tangan.
Rakyat mahu keadilan
Padang Merbok