Sunday, July 5, 2015

NAJIB DITINGGALKAN MUHYIDDIN & SHAFIE APDAL? BERMULANYA PROSES PENYINGKIRAN NAJIB?

Image result for najib+lonely

TIDAK susah kita hendak membaca lenggok pemimpin Umno. Najib Razak lebih mengetahuinya.

Di dalam lingkaran politik pemimpin, akan tiba SAAT-SAAT AKHIR di mana beliau akan ditinggalkan keseorangan.

Tun Dr Mahathir Mohamad pernah "ditinggalkan" apabila dicabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada 1987.

Pak Lah "DITOLAK" oleh rakan-rakan beliau dan ditinggalkan keseorangan apabila Najib mengepalai gerombolan menjatuhkan Pak Lah.

Dan mungkin SAAT-SAAT DITINGGALKAN KESEORANGAN sudah hampir tiba untuk Najib.

Ianya mudah. Kita hanya perlu halusi kenyataan-kenyataan berkias pemimpin-pemimpin Umno.


KENYATAAN MEDIA TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

Saya berasa amat bimbang dengan pendedahan terkini Wall Street Journal mengenai beberapa akaun peribadi milik YAB Datuk Seri Najib Razak yang didakwa telah menerima sejumlah wang daripada beberapa buah entiti yang dikatakan mempunyai hubungan dengan 1MDB. 

Tuduhan ini amatlah berat kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti dan integriti Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan Ketua Kerajaan.

Isu ini juga telah menarik perhatian rakyat serta media antarabangsa dan pastinya menyentuh kepentingan awam.

Oleh itu, saya berpendirian bahawa pihak berkuasa penyiasatan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara perlu bertindak segera untuk menyiasat segala tuduhan yang dibuat terhadap Datuk Seri Najib.

Saya yakin siasatan mengenai perkara ini akan dijalankan secara terperinci, telus dan bebas demi mencari kebenaran. Oleh kerana tuduhan ini adalah bersifat peribadi, maka adalah wajar bagi Datuk Seri Najib untuk memberikan penjelasan yang meyakinkan atau membuat penafian.

Sehubungan itu, saya menyambut baik kenyataan Datuk Seri Najib yang telah menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau. Sekiranya beliau yakin semua tuduhan itu adalah tidak benar dan fitnah semata-mata, maka adalah wajar beliau mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang membuat tuduhan demi membersihkan nama beliau dan mengembalikan kredibiliti kerajaan.

Sementara siasatan terperinci dijalankan, saya menyeru semua pihak supaya bertenang. Saya pasti kebenaran akan muncul hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Saya berdoa mudah-mudahan di bulan Ramadan Al-Mubarak ini, Allah SWT akan memberikan kita segala taufiq dan hidayah untuk menyelesaikan segala kemelut yang berlaku dan mengurniakan kesejahteraan yang berkekalan kepada rakyat dan negara kita.


 Tan Sri Muhyiddin Yassin
 Timbalan Perdana Menteri Malaysia
 4 Julai 2015
http://www.bharian.com.my/node/65691


KENYATAAN NAIB PRESIDEN UMNO SHAFIE APDAL


ISU - PENDEDAHAN DAN JUGA DAKWAAN WALL STREET JOURNAL TERHADAP YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI

1) SAYA TURUT MENYATAKAN KEBIMBANGAN TERHADAP PENDEDAHAN DAN JUGA DAKWAAN OLEH WALL STREET JOURNAL (WSJ) KEPADA YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI YANG JUGA MENTERI KEWANGAN.

2) PERKARA INI PERLU DIBERI PERHATIAN SERIUS KERANA IA MELIBATKAN IMEJ DAN JUGA KREDIBILITI DATO' SRI MOHD NAJIB SEBAGAI PERDANA MENTERI, SELARI DENGAN DASAR KETERBUKAAN DAN AKAUNTABILITI KERAJAAN DALAM MENTADBIR URUS NEGARA.

3 DATO' SRI MOHD NAJIB PERLU MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG SEKIRANYA TUDUHAN DAN DAKWAAN TERSEBUT TIDAK BENAR SUPAYA KEPIMPINAN KERAJAAN BEBAS DARIPADA PANDANGAN KURANG BAIK BUKAN HANYA DIKALANGAN MASYARAKAT DALAM NEGARA BAHKAN MASYARAKAT ANTARABANGSA
 
4) SAYA YAKIN PENDEKATAN SIASATAN SECARA MENYELURUH OLEH BADAN-BADAN BERWAJIB DAN BEBAS PASTI DAPAT MEMBUKTIKAN KEBENARAN DAN DALAM MASA YANG SAMA DAPAT MENGEMBALIKAN KEPERCAYAAN RAKYAT KEPADA KEWIBAWAAN KERAJAAN.

5) SAYA JUGA TURUT MEMINTA RAKYAT SUPAYA BERTENANG DALAM MENGHADAPI SITUASI INI.


DATO' SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
4 JULAI 2015‎


JELAPANG: Yang JELAS, TIADA satu baris ayat pun di dalam kenyataan Muhyiddin dan Shafie yang mengatakan mereka akan terus MENYOKONG Najib sebagai Perdana Menteri.

Atau dengan kata lain, akan BERMULALAH proses PENYINGKIRAN Najib sebagai Perdana Menteri oleh Umno.

Sama-samalah kita saksikan detik-detik bersejarah ini.

7 comments:

  1. begitulah kerenah politik, hari ini berkawan dan hari esok berlawan. walau bagaimana pun perjuangan tetap diteruskan untuk membela agama, bangsa dan tanah air tercinta.

    ReplyDelete
  2. NAK SOKONG MACAMANA? KALAU DAH BEGITU BERAT TUDUHAN ?MAKA JALAN TERBAIK MEMBERSIHKAN NAMA DENGAN MENGAMBIL TINDAKKAN UNDANG UNDANG TERHADAP TUDUHAN TERSEBUT

    ReplyDelete
  3. si kitul sebenar ialah dr mahathir dan disambut oleh barua2 seperti muhydin dan shafie. najib mesti berani bertindak terhadap si kitul ini.

    ReplyDelete
  4. Maka biarlah proses keadilan itu berjalan,jgn lah kita lebih sudu dari kuah wlupun tengok ekaun najib pun tak pernah..seperti hak mana2 rakyat dibumi lebih2 lg kita org islam,slagi belum terbukti sgala tuduhan yg timbul,dia belum lg tentu bersalah..dia punya hak untuk menuntut keadilan bg dirinye,hak untuk mempertahankan diri,spt mana org lain..slagi mana ia belum dibuktikan 4cm didalam jubor dimahkamah..adalah menjadi hak bg anwar cthnye utk kekal sbg ahli parlimen..jadi tolong lah hormati hak org lain..jgn fikir diri kamu saja..kamu pun tak mewakili pandangan sluruh rakyat malaysia

    ReplyDelete
  5. Salah tok JIb juga yang tersangat sibuk menjaga kawan Cina dan Bangsa Bugis dia. Lepas itu sibuk nak berlawan dengan adik beradik dia mengumpul harta kekayaan duniawi. Rom 95 pula sibuk dengan shopping sakan tanpa mengira apa jua musim perayaan. Bila Mahathir tegur, dia marah dan kata mind your own business. Nak buat camna, Najib memang lemah dari dulu, kini dan selamanya. Baik berundur secara terhormat dan tak yah buang masa menegakkan benang basah. Bila ada peluang untuk bersih dan beri pencerahan kepada masalah yang menimpa Negara. Dia sengaja buat alasan tidak muncul untuk bertemu rakyat yang diketuai oleh orang tua yang dikatakan telah nyanyuk pun.

    ReplyDelete
  6. Salah tok JIb juga yang tersangat sibuk menjaga kawan Cina dan Bangsa Bugis dia. Lepas itu sibuk nak berlawan dengan adik beradik dia mengumpul harta kekayaan duniawi. Rom 95 pula sibuk dengan shopping sakan tanpa mengira apa jua musim perayaan. Bila Mahathir tegur, dia marah dan kata mind your own business. Nak buat camna, Najib memang lemah dari dulu, kini dan selamanya. Baik berundur secara terhormat dan tak yah buang masa menegakkan benang basah. Bila ada peluang untuk bersih dan beri pencerahan kepada masalah yang menimpa Negara. Dia sengaja buat alasan tidak muncul untuk bertemu rakyat yang diketuai oleh orang tua yang dikatakan telah nyanyuk pun.

    ReplyDelete