Sunday, July 12, 2015
HELAH NAJIB: ROMBAK KABINET UNTUK ALIH PANDANGAN RAKYAT TERHADAP ISU WANG DALAM AKAUN NAJIB DAN ROSMAH?
(Gambar: Shahrir Samad bermesyuarat bersama Paul Stadlen dan Arul Kanda)
BELUM pun selesai SIASATAN ke atas Najib Razak dan Rosmah Mansor isu wang dimasukkan ke akaun mereka, dua akhbar pro-Najib sudah memperkatakan mengenai ROMBAKAN KABINET.
http://www.utusan.com.my/rencana/analisis-mingguan-bisik-bisik-awang-selamat-1.113086
http://www.nst.com.my/node/91843
Nampaknya orang No 1 tidak ambil kisah segala dakwaan yang dilemparkan terhadap beliau.
Atau rombakan ini satu HELAH mahu mengalih pandangan rakyat supaya bercakap mengenai ROMBAKAN KABINET dan melupakan dakwaan RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun Najib dan RM2 juta TUNAI (cash) dimasukkan oleh seorang pembantu ke akaun isteri Najib, Rosmah Mansor?
MULIAnya hati PENDERMA yang menderma sehingga RM2.6 bilion. Betapa beruntungnya seorang surirumah seperti Rosmah Mansor dapat menyimpan RM2 juta dalam masa DUA BULAN. Hari raya dah hampir tiba, mungkin kita berharap bertemu penderma semulia mereka ini, dapat seribu dua pun dah mencukupi.
http://www.malaysiakini.com/news/303879
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sekarang-rosmah-pula-didakwa-terima-rm2-juta-dalam-akaun-peribadi
SEHARUSnya dilupakan rombakan Kabinet ini seketika.
Sekarang bukan masanya. Sekarang adalah masa Najib dan isteri MEMBERSIHKAN DIRI dari segala tuduhan ini.
Dulu rakyat dipaksa menunggu AUDIT 1MDB sebelum membuat sebarang sangkaan kepada 1MDB, Kerajaan dan Najib.
Apa salahnya kali ini, NAJIB tunggu siasatan ke empat-empat Tan Sri sebelum merombak kabinet.
Tak akan Najib tidak boleh bersabar sedikit. Kalau rakyat boleh bersabar menunggu AUDIT 1MDB, tak akan Perdana Menteri tiada kesabaran untuk menanti hasil SIASATAN pasukan petugas khas mengenai dakwaan ini.
SABAR-SABARLAH.
p/S: Tahniah Tan Sri Shahrir Samad. Usaha Tan Sri beberapa minggu ini telah membuahkan hasil jika benar laporan akhbar pro-Najib bahawa Tan Sri akan kembali ke dalam Kabinet. Kepada pemimpin Umno lain, contohilah kebolehan Tan Sri Shahrir.
HARAP2 NI SENARAI BARU KABINET MALAYSIA
ReplyDelete1. Hassan Malek
2. Ahmad Maslan
3. Annuar Musa
4. Isa Samad
5. Nazri Aziz
6. Azeez Rahim
7. Tajuddin Rahman
8. Shahidan Kassim
9. Ku Nan
10. Zahid Hamidi
11. Senator Rosmah Mansor
12. Senator Jho Low - menteri kewangan
13. Ustaz Kazim
14. Senator Ustaz Nasaruddin PAS
15. Senator Pandikar Amin Mulia
@ anon 9.21
DeleteSatu nama yg mungkin terlepas pandang. Senator Tengku Aziz dan mungkin juga boleh reservekan chegu bad.
Bukan takat SABAR tapi kena dicutikan untuk memudahkan penyiasatan. Sebagai ketua negara kenalah jadi contoh kepada rakyat. Kalau yang dibawah boleh dicutikan kenapa yang kat atas tuh tak boleh. Selagi tak dicutikan selagi itulah dia akan melakukan yang terbaik untuk kepentinganya.
ReplyDeleteDari dulu apa yang dibuat oleh PM bugis tak pernah ada impak menakjubkan , ada yang hasil bodoh ada gagal ada tak kemana , jadi lagi sekali sentuhan menyusahkan rakyat malaysia , rasa PM bugis kena laknat sebab sumpah laknat dia tempoh hari.
ReplyDeletepatutnya PM tu yang mula2 dirombak..ganti dgn orang lain...
ReplyDeleteAllah selamatkan kamu.
ReplyDeleteAllah selamatkan kamu.
Allah selamatkan kami semua]
Allah selamatkan malaysia
Seluruh dunia sedang memerhatikan Najib dan Malaysia.
ReplyDeleteTun Dr M membawa Malaysia kearah negara maju.
Najib merendahkan negara kearah dunia keempat dimana rakyat merempat.
Marcos dan Imelda menjelma diMalaysia.
Pakcik dan makcik Melayu semua ambil langkah bertenang, tarik nafas panjang2. Laa nie, si bangsa kuat makan babi tu semua dah tak sabar nak Melayu jatuh tersembam, supaya mereka boleh perintah Malaysia dan bolot semuanya secara total. Plaza Low Yat telah menjadi saksi kerakusan mereka mengambil kesempatan menuduh Polis Melayu Rasuah dan membelasah orang Melayu dengan kayu panjang. Lebih baik kita bawak bersabar dan istifar banyak2 kerana kalau silap langkah Melayu besar kemungkinan akan hilang kuasa. KIta perlu banyak bersabar biar penyiasat dalam dan luar Negara buat kerja mereka untuk mengumpul bukti. INsya Allah kebenaran akan terdedah dan Negara kita akan terus selamat dan aman makmur. Amin.
ReplyDeletesaya menjadi teramat hairan dengan segelintir ahli umno walaupun saya ahli umno dan tak pernah sokong/undi pembakang.
ReplyDeletePersoalan sekarang, najib telah menjadi liabiliti kepada umno dan barisan nasional jadi kenapa nak di pertahankan najib.
Apakah umno akan berkubur tanpa najib? Tektik menakutkan rakyat untuk menolak pembangkang tidak akan memberi kesan. Setahu saya banyak cawangan umno yang mengadakan mensyuarat agong antara ketua cawangan dan setiausaha saja kerana tak nak cawangan dibubarkan.. Ahli2 dah muak untuk hadir. mensyuarat kerana bantah kepimpinan najib.
Sekiranya tiada perubahan pada jawatan pm hingga pru14, adalah teramat mustahil bn akan kekal memerintah.
meroyan le kau semua macai anuar ibrahim,jangan stroke sudah le.
ReplyDeleteShahril tu target nak jd TPM ti..x main lar menteri biassa woo
ReplyDeletekau rombaklah apa pun..rakyat tak kisah sgt. balik2 muka2 itu jg. sape pun jd menteri rakyat tetap kena tanggung saraan hidup yg tinggi. yg rakyat nak tahu..tu duit tu...
ReplyDeleteIncik Hashim Ahmad, jangan terlalu hairan sebsb wang adalah segala-galanya.Sekarang tak main dalam ribu-ribu lagi tetapi juta-juta.Boleh beli segala-galanya.
ReplyDeleteLepaskan lah jawatan secara terhormat..rakyat dah bosan dgn bini PM lebur duit rakyat
ReplyDelete