Friday, July 3, 2015

SILA JAWAB SOALAN: BETUL ATAU TIDAK RM2.6 BILION DIMASUKKAN KE AKAUN PERIBADI NAJIB?


TERBAIK! 
DUA ORANG ATASAN MARA DIGANTUNG KERJA




INI BAGAIMANA?
ADAKAH ORANG ATASAN-ATASAN AKAN DIGANTUNG KERJA?



BERIKUT JAWAPAN PEJABAT NAJIB RAZAK

PETALING JAYA: Dakwaan bahawa dana 1MDB dipindahkan kepada akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai 'sabotaj politik', kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Artikel yang disiarkan The Wall Street Journal dan Sarawak Report pada Jumaat mendakwa dana 1MDB mencecah AS$700 juta (RM2.63 bilion) dipindahkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri. 
"Walaupun perdana menteri berjaya memacu ekonomi negara terhadap halangan global seperti yang diiktiraf Fitch Ratings pada minggu ini, terdapat usaha individu tertentu untuk melemahkan keyakinan terhadap ekonomi kita, mencemarkan nama baik kerajaan dan menyingkirkan perdana menteri," menurut PMO dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menurut kenyataan itu lagi, beberapa dokumen yang dibocorkan dan peras ugut berlaku untuk mengelirukan media dan rakyat. 
"Oleh itu, pengamal media tidak harus menerima maklumat tersebut sebagai sesuatu yang betul melainkan jika disahkan pihak berkuasa berkenaan," katanya.
PMO turut menjelaskan bahawa 1MDB sudah menegaskan bahawa syarikat itu tidak menyediakan dana kepada Najib dalam satu kenyataan lebih awal pada Jumaat.
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/07/03/sabotaj-politik/



Jelapang

INIlah masalah dengan Najib Razak dan Pejabat beliau.

SOALAN YANG DITANYA IALAH: BETUL ATAU TIDAK WANG BERJUMLAH RM2,630,000,000 (RM2.63 BILION) TELAH DIMASUKKAN KE AKAUN AMBANK PERIBADI NAJIB RAZAK?

BETUL ATAU TIDAK?

Itu soalannya.

http://www.wsj.com/articles/SB10130211234592774869404581083700187014570

10 comments:

  1. Jawapannnya tidak

    Jangan percaya akhbar yahudi

    ReplyDelete
  2. apa nak buat bang, semuanya tuh kaki pusing dan kaki belit. benda yang senang nak dijadikan susah. mereka jawab asalkan jawab tapi tak paham soalan. kalau duduk peperiksaan FAIL jawabnya.

    ReplyDelete
  3. Tak mungkin saya, silap orang kot? Biasa la politik, fitnah atau tak hanya Allah yang tahu.

    ReplyDelete
  4. Selalunya kalau ada orang puter belit sesuatu perkara. Tu makna nya ada yang tak kena. Kemungkinan apa yang dikatakan ada kebenarannya

    ReplyDelete
  5. Untuk apa Jawab soalan bodoh

    ReplyDelete
  6. Hmmm apa kata tanya org bank

    ReplyDelete
  7. Please join all the dots. Criminals have been arrested and charged sucessfully based on circumstantial evidence.

    Money from 1MDB missing
    Rosmah the fulltime housewife bought series of birkin bags and other shopping spree
    Jho Low the whale parties with celebrities all year round
    Najib's daughter had a super lavish wedding of the century
    Flowers at wedding alone cost RM3 million
    Najib taking 300 people to Kazakhstan to attend his daughter’s wedding reception
    Irate Najib Brothers Dispute Family Wealth
    Riza' penthouse purchases
    Riza's hollywood movie

    more to be exposed ...

    ReplyDelete
  8. Kalau tidak jawab tidak, kalau ye jawab ye. Tak payah panjang2kan jawapan. Sepatah perkataan.sudah memadai

    ReplyDelete
  9. Cukup bodoh kah Najib gunakan akaun peribadi untuk simpan duit haram. Orang bodoh macam saya ini pun kalau nak simpan duit haram saya akan gunakan nama org lain...he he he

    ReplyDelete
  10. WSJ n SP ni bodohlah ye...knp ambank kenapa tidak lain lain bank

    ReplyDelete