Thursday, September 26, 2019

MUFTI PERLIS MINTA TUN MAHATHIR JANGAN PILIH PENGGANTI YANG RAKUS

Image result for anwar ibrahim india

"Sebagai seorang rakyat muslim, saya mengharapkan YAB Tun mencalonkan pengganti yang benar-benar membolehkan YAB Tun menjawab di hadapan ALLAH tentang orang yang akan mengambil kuasa politik tertinggi dalam negara ini. Jangan sampai kuasa itu jatuh ke tangan si rakus yang sanggup menggadaikan apa sahaja untuk kehendak dirinya berkuasa.
9. YAB Tun, berdoalah, beristikharahlah agar Tun membuat pilihan yang betul dalam hal ini. Semua akan menutup tirai hayatnya di dunia ini. Amalan kita akan dibawa bertemu Allah. Semoga baki waktu berharga dalam umur Tun ditutupi dengan amalan yang paling soleh iaitu mewariskan kuasa pada pengganti yang baik untuk agama, negara dan rakyat. Saya berdoa agar kuasa itu tidak jatuh ke tangan pihak yang akan merosakkan segala kebaikan dan kerahmatan yang ada. Jika itu berlaku dengan pilihan seseorang pemimpin sebelum dia pergi, ia merupakan pengakhiran yang buruk.
10. YAB Tun, maka nekadlah dalam menentukan masa depan negara. Janganlah dipandang wajah sesiapa, pandanglah keredhaan ALLAH dan murkaNYA pada hari kita bertemu denganNYA, kemudian tentukan calon, atau biarlah rakyat membuat pilihan untuk diri mereka sendiri. – MalaysiaGazette
Penulis adalah Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin

JELAPANG: Apa yang dimaksudkan oleh Dr Asri? Adakah Asri merasakan Anwar Ibrahim tak layak menjadi Perdana Menteri? 




YAB Perdana Menteri, saya menulis warkah terbuka ini dengan saya penuh sedar tentang semangat YAB Tun mempertahankan identiti tanahair ini. Pengalaman saya mengenali Tun sejak dulu, menerusi perbualan dan perbincangan sendirian, menjadikan saya percaya ‘semangat Melayu’ Tun melebihi saya.

Walaupun mungkin dalam beberapa isu agama, kita berbeda pandangan, namun saya dapat merasai semangat Islam itu berada dalam urat nadi Tun. Pengetahuan saya tentang hal inilah yang menyebabkan saya menyokong Tun dalam beberapa isu.

YAB Tun, langkah menjatuhkan kerajaan yang lepas atas isu rasuah dan salah guna kedudukan yang berleluasa disebabkan lamanya berada di tampuk kuasa menggembirakan ramai rakyat jelata. Malangnya, dalam membentuk kerajaan baharu, pasukan yang bersama Tun dilihat tidak seindah yang diimpikan bagi memenuhi harapan rakyat.

Banyak masalah yang tidak sewajarnya muncul satu demi satu. Ia bukan sahaja faktor kurang pengalaman, tapi faktor kekurangan akal budi, keceluparan, sikap perkauman sehingga melupai identiti negara, ketandusan idea tentang urus tadbir yang baik, dan tidak boleh dinafikan juga keinginan pihak tertentu untuk mendapatkan kuasa selepas ketiadaan Tun.

YAB Tun, justeru saya ingin mengemukakan beberapa perkara untuk diberikan perhatian;

1. Walaupun kita memuji usaha menghapuskan rasuah dan perasuah, namun seperti yang kami rakyat bawahan rasai, keadaan negara semakin membimbangkan. Kebiadapan dan kemelampauan golongan yang ingin menghapuskan identiti negara yang termaktub dalam perlembagaan makin ketara. Sementara kita ketandusan pemimpin yang mempunyai karisma yang tinggi yang dapat diletakkan kepercayaan majoriti rakyat kepadanya. Jika hal ini terus berlaku, negara akan hilang arah kepimpinannya, lantas keadaan yang tidak aman dan tenteram akan berlaku.

2. Saya menulis warkah terbuka ini apabila teringat sebelum YAB Tun menjadi PM semula, ketika saya di rumah YAB Tun minum petang bersama Tun dan Tun Siti. Ketika itu saya ada bertanya tentang kerjasama politik Tun dan siapakah bakal menjadi PM Malaysia jika rancangan politik Tun diteruskan. Seingat saya, jawapan ketika itu tidaklah sama dengan apa yang diwar-warkan sekarang. Namun, itu bukanlah satu isu.

3. Apapun strategi politik yang YAB Tun susun dan apapun tekanan keadaan YAB Tun sekarang, saya sebagai seorang rakyat Malaysia berharap masa depan negara tidak tergadai disebabkan keadaan yang ada. Saya percaya negara bukan satu hadiah peribadi yang boleh dipindah milik kepada sesiapa sahaja tanpa satu penelitian dan renungan terhadap masa depan identiti, keluhuran budi dan nilai keinsanan yang waras.

4. YAB Tun, seperti yang Tun lebih maklum bahawa hukum alam menyatakan bahawa manusia apabila sampai kepada tahap tertentu, mereka tidak mampu lagi melakukan hal-hal yang mereka telah lakukan semasa mereka muda dan sihat. Umur mempunyai peranannya. Allah telah menjadikan YAB Tun dalam satu keadaan yang luar biasa dan istimewa untuk manusia di zaman ini. Kesihatan dan tahap pemikiran yang masih kuat pada usia yang begitu lanjut. Pun begitu, ia pasti menuju kepada tahap pengakhirannya. Demikian itulah ketetapan Tuhan bagi penciptaan manusia dan alam.

5. YAB Tun dalam sejarah, Rajak bin Haiwah merupakan penasihat yang soleh untuk khalifah-khalifah Bani Umayyah. Sulaiman bin ‘Abd al-Malik merupakan khalifah sebelum ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Sebelum Sulaiman meninggal, dia telah meminta nasihat daripada Rajak bin Haywah tentang siapakah yang wajar menjadi penggantinya. Rajak bin Haywah menjawab: “Antara yang dapat memelihara khalifah dalam kuburnya adalah apabila dia melantik orang yang baik memerintah kaum muslimin”.

Akhirnya, Sulaiman sendiri membuat cadangan yang menyalahi kebiasaan pentadbiran sebelum itu. Dia mencadangkan seorang yang bukan saudara kandung, juga buka anaknya, tapi sepupunya ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Apabila Sulaiman bertanya pendapat Rajak bin Haywah, jawabnya: “Saya berpendapat dia seorang yang baik, muslim yang mulia, sukakan kebaikan dan sukakan orang-orang yang baik. Cuma aku bimbang saudara- saudaramu tidak bersetuju dengannya”. 

Kata Sulaiman: “Nampaknya begitulah”. Lalu Sulaiman bin ‘Abd al-Malik mengambil langkah politik agar cadangan itu mendapat sokongan kaum keluarganya yang mencengkam pemerintahan Bani Umayyah ketika itu dengan mencadangkan ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz sebagai khalifah, sementara adik Sulaiman iaitu Yazid bin ‘Abd Malik sebagai timbalan (Waliy al-‘Ahd). Dia menulis surat wasiatnya seperti berikut: “Bismillah al-Rahman al-Rahim, ini surat Sulaiman bin ‘Abd al-Malik untuk ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Aku telah melantiknya menjadi khalifah selepasku, dan selepasnya Yazid bin ‘Abd al-Malik. Kamu semua dengar dan taatlah kepadanya (‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz). Jangan kamu berselisih pendapat nanti musuh-musuh akan bertindak ke atas kamu” (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 9/207, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

6. YAB Tun, walaupun ada perkara-perkara yang dipertikaikan tentang Khalifah Sulaiman bin ‘Abd al-Malik, namun beliau dikenang jasanya dalam sejarah kerana tindakan berani yang mengenepikan kebiasaan dan melantik calon yang agak jauh menjadi khalifah yang telah membawa rahmat kepada Dunia Islam. ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz telah menjadi kha;ifah yang sangat adil dan soleh. Dalam tempoh dua tahun memerintah, dia telah mencatatkan sejarah pemerintahnya dengan tinta emas bertatah berlian. Sulaiman bin ‘Abd Malik walaupun tidak setanding ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz, namun sejarah akan mengenangnya kerana dialah yang memberi laluan tersebut kepada khalifah yang adil itu. Ini semua kerana dia menerima nasihat Rajak bin Haywah bahawa melantik pengganti yang soleh merupakan amalan yang dapat memelihara seorang khalifah apabila dia menemui Allah nanti.
Saya berharap banyak jasa Tun pada negara ini tidak dilupai disebabkan melantik pengganti yang salah. Sebaliknya, jasa yang banyak itu bertambah dikenang dengan pelantikan pengganti yang baik di sisi Allah dan rakyat.

7. YAB Tun, dalam sejarah awal Umat Islam, Khalifah Pertama Saidina Abu Bakr al-Siddiq telah mencadangkan agar Saidina ‘Umar bin al-Khattab sebagai pengganti beliau. Di sini saya terjemahkan surat Abu Bakar mengenai cadangan tersebut:
“Bismillah al-Rahman al-Rahim. Inilah apa yang dipesan oleh Abu Bakr bin Abu Quhafah di waktu akhir hayatnya di dunia ini, sedang keluar daripadanya. Ketika permulaan tempohnya di Akhirat, sedang masuk ke dalamnya. Di kala seperti ini, seseorang yang kafir akan beriman, seseorang pendusta akan bercakap benar. Maka aku –dalam keadaan begini- melantik pemerintah kamu selepasku ini ‘Umar bin al-Khattab. Maka dengar dan taatlah kepadanya. Aku tidak akan mengurangkan sedikit kebaikan pun pada (ajaran) Allah, rasulNya, agamaNya, diriku dan kamu. Sekiranya ‘Umar berlaku ‘adil, maka itulah sangkaan dan pengetahuanku mengenainya. Jika dia sebaliknya, maka setiap individu dibalas berdasarkan apa yang dikerjakan. Sedangkan aku inginkan kebaikan dan tidak pula aku tahu perkara yang ghaib. “Nanti orang-orang zalim akan mengetahui di mana kesudahan mereka” Wa al-Salam ‘alaikum wa rahmatulLah”. (al-Sayuti, Tarikh al-Khulafa, 32, Beirut: Dar al-Fikr).

8. Dalam surat di atas, jelas bahawa pencalonan yang dibuat oleh Abu Bakr, bukan atas kepentingan dirinya. Dia mencalonkan seorang calon yang terbaik pada keyakinannya dengan penuh rasa takutkan Allah dan hukuman Allah apabila dia mati kelak. Padahal ‘Umar itu insan terbaik selepas dirinya. Pun begitu Abu Bakr masih bimbang dan memberikan amaran yang keras kepada bakal penggantinya tersebut.
Sebagai seorang rakyat muslim, saya mengharapkan YAB Tun mencalonkan pengganti yang benar-benar membolehkan YAB Tun menjawab di hadapan ALLAH tentang orang yang akan mengambil kuasa politik tertinggi dalam negara ini. Jangan sampai kuasa itu jatuh ke tangan si rakus yang sanggup menggadaikan apa sahaja untuk kehendak dirinya berkuasa.

9. YAB Tun, berdoalah, beristikharahlah agar Tun membuat pilihan yang betul dalam hal ini. Semua akan menutup tirai hayatnya di dunia ini. Amalan kita akan dibawa bertemu Allah. Semoga baki waktu berharga dalam umur Tun ditutupi dengan amalan yang paling soleh iaitu mewariskan kuasa pada pengganti yang baik untuk agama, negara dan rakyat. Saya berdoa agar kuasa itu tidak jatuh ke tangan pihak yang akan merosakkan segala kebaikan dan kerahmatan yang ada. Jika itu berlaku dengan pilihan seseorang pemimpin sebelum dia pergi, ia merupakan pengakhiran yang buruk.

10. YAB Tun, maka nekadlah dalam menentukan masa depan negara. Janganlah dipandang wajah sesiapa, pandanglah keredhaan ALLAH dan murkaNYA pada hari kita bertemu denganNYA, kemudian tentukan calon, atau biarlah rakyat membuat pilihan untuk diri mereka sendiri. – MalaysiaGazette

Penulis adalah Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin


https://malaysiagazette.com/2019/09/26/tun-pandanglah-redha-allah-dalam-mencari-pengganti-mufti-perlis/

Thursday, September 19, 2019

ANWAR IBRAHIM ISTIHAR JADI PM MEI 2020

Image result for anwar ibrahim india




KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri sekitar Mei 2020.

Dalam satu temubual bersama Bloomberg, Ahli Parlimen Port Dickson itu bagaimanapun berkata, beliau tidak akan terlalu cerewet mengenai tempoh tepat pengambilalihan tersebut.

“Ada kesefahaman bahawa ianya akan berlaku sekitar waktu itu, tetapi saya fikir saya tak perlu terlampau cerewet bulan berapa,” katanya.

Anwar menambah, kesefahaman yang telah dipersetujui secara konsensus adalah Tun Dr Mahathir Mohamad akan meletakkan jawatan dan beliau akan mengambil alih selaku Perdana Menteri ke-8.

Sebelum ini, sebagai sebahagian persetujuan sebelum Pilihanraya Umum Ke-14 pada Mei 2018, Dr Mahathir memberikan komitmen bahawa beliau akan memegang jawatan nombor satu negara itu hanya sekitar dua tahun.

Tuesday, September 17, 2019

PAS BERKERJASAMA DENGAN UMNO KERANA TERMAKAN "BUDI" PEMIMPIN UMNO?

Image

MAKA berpeluk-pelukan lah pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno dengan rakan baru mereka - pemimpin dan ahli Pas yang pernah mengkafirkan mereka.

Kalau dulu ahli Pas rasa jelek untuk memijak kaki ke PWTC, kali ini ada pemimpin Pas rasa berterima kasih kepada Umno kerana "membenarkan" mereka memijak kaki rumah keramat Umno itu.

Maka pemimpin kedua-dua parti memilih perkataan PIAGAM bagi mengambarkan betapa murninya perjanjian mereka seolah-olah mahu mengambarkan betapa besarnya perjanjian tersebut seperti Piagam Madinah, Piagam Hudaibiyah dan Piagam Aelia.

Image

NIAT Umno dan Pas tidak lain dan tidak bukan ialah mahu memerintah negara dan menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan.

Apa tidaknya, Pas berjuang berkurun-kurun dan masih belum memerintah negara.

Parti Amanah yang baru setahun jagung pun sudah memerintah negara.

Umno pula tiba-tiba hilang kuasa untuk memberi kontrak kepada kawan-kawan sementara pemimpin Umno pula hilang kuasa untuk mengautkan kekayaan negara.

Tok-tok Lebai di dalam Pas pula setakat bergantung dari derma-derma orang miskin yang ditipu Pas kononnya mereka berjuang untuk Islam.

Ramai antara mereka mempunyai latar belakang agama. Hampir setiap minggu membaca macam-macam kitab, macam hukum Tok Lebai Pas turunkan kepada pengikut mereka.

Tapi bila bab negara disamun oleh pemimpin Umno, Pas membisu.

Ribuan peneroka Felda jatuh miskin kerana kerakusan pemimpin Umno. Agensi kerajaan yang mana yang tidak diHANCURkan oleh pemimpin Umno - Tabung Haji, Felcra, Mara? Namakan saja ...

Betapa besarnya DOSA pemimpin-pemimpin Umno terutamanya Najib Razak dan Zahid Hamidi tetapi pemimpin Pas tak peduli semua ini seolah-olah rasuah itu halal.

Sepatutnya Pas sebelum menandatangani piagam tersebut mendesak Umno bahawa mereka hanya mahu berkerjasama dengan Umno yang dipimpin oleh pemimpin yang BERSIH dan TIDAK RASUAH dan bukannya muka-muka yang diselaputi dengan rasuah.

Atau mungkin juga Pas terpaksa berkerjasama kerana banyak TERMAKAN "BUDI" Umno dan pemimpin-pemimpin mereka? 



Thursday, September 5, 2019

PEGAWAI CABUK NAJIB PUN KAYA RAYA

Image result for amhari najib

JELAPANG ingat mahu berehat dari menulis lebih lama lagi, tetapi bila terbaca keterangan Pegawai Khas Najib Razak, Amhari Effendi Nazaruddin, di mahkamah, terasa hendak menulis semula.

Bukan apa!

Pegawai cabuk macam Amhari ini pun hidup penuh kemewahan.

Amhari beritahu mahkamah GAJI beliau sebagai Pegawai Khas Najib ialah RM75,000 sebulan termasuk RM55,000 dibayar oleh Khazanah Nasional. 

Dalam akaun Amhari ada USD (duit Amerika) 800,000 (RM3.36 juta).

Amhari pinjam USD (duit Amerika) $200,000 seorang CINA (ya, seorang CINA yang orang Melayu tengah sibuk boikot barangan kaum beliau) untuk beli rumah bernilai RM1.85 JUTA.

Orang Umno dan Melayu kena bangga dengan pencapaian Pegawai cabuk ini. 

Saturday, July 27, 2019

Wednesday, July 24, 2019

RAKYAT MALAYSIA AKAN DAPAT PERDANA MENTERI KAKI SEMBURIT


http://idealismalaysia.blogspot.com/2012/02/setahun-sudah-video-seks-zina-dengan.html
Image result for azmin semburit

"AZMIN Semburit",laung orang kanan ANWAR IBRAHIM selepas keluar dari tahanan polis selepas disiasat berkaitan konspirasi menjatuhkan Azmin Ali.

Kalau nak laung, banyak benda boleh laung.

Saiful Bukhary akan laung, "Anwar Semburit." Shazryl Eskay Abdullah akan laung "Anwar China Doll".

Video Azmin TULIN, kata polis. Video Anwar China Doll pun tulin juga, kata polis dulu.





KASIHAN kita tengok puak-puak PKR. Yang semburit pemimpin dan pengikut PKR.

Yang BJ, orang PKR. Yang China Doll pemimpin PKR.

Yang nak sembelih Azmin orang PKR. Yang jerit "Azmin Semburit", orang kanan Anwar dan orang PKR.

Tapi pengikut Anwar terjerit-jerit kata Tun Mahathir Mohamad pertahan Azmin dan mahu Tun M menyingkir Azmin.

Tak payahlah nak salahkan Tun.

Anwar kan presiden PKR yang hebat dan kuat, "I have the numbers."

Apa tunggu lagi - PECAT lah Azmin. Tak payahlah nak selamatkan Anwar dengan menyuruh Tun M buat kerja bodoh untuk bunuh karier Azmin.

Anwar boleh bunuh karier politik Azmin dengan petik jari sahaja - "I have the numbers."

Dia ada Wan Azizah, ada Nurul Izzah sokong dia. Kira dah kuat tu.

Jadi pecatlah Azmin.

Dah setahun lebih kita dengar betapa perkasanya Anwar - nak buat undi tak percayalah pada Tun, tapi tak jadi-jadi. Nampak macam tong kosong.

Kalau tanya Jelapang, apa beza Anwar dengan Azmin, kita jawab sama saja.

Kalau nasib kita tak baik, kita akan dapat Perdana Menteri semburit.

Image result for saiful bukhary liwat

Sementara itu,luangkan sedikit masa membaca penulisan bekas Setiausaha Akhbar Anwar, Khalid Jaafar, kini penasihat Azmin,  di bawah ini:


Strategi kubu kosong Anwar Ibrahim

News | Diterbitkan 24 Jul 2019, 1:38 tengahari | Dikemaskini 24 Jul 2019, 1:38 tengahari

A+ A-




ULASAN | Peminat “San Guo Yan Yik (Babad Tiga Negeri)” tentunya tahu strategi kubu kosong yang digunakan oleh Zhuge Liang. Begitu pintarnya strategi tersebut hinggakan kini ia menjadi sebutan. Antara pengkagumnya adalah Henry Kissinger dan ‘grand strategist’ tersebut menulisnya dalam karya bertajuk On China.

Dalam episod itu Zhuge Liang, kepala strategis dan Perdana Menteri Liu Bei, berada di sebuah kubu yang tidak mempunyai pertahanan sama sekali. Tiba-tiba muncul tentera musuh yang dikepalai oleh Sima Yi, strategis utama Cao Cao, datang untuk menangkap Zhuge Liang.

Melihat kubu tersebut lemah dan tiada tentera berkawal, tentera Sima Yi begitu ghairah untuk menyerang dan menawan kubu tersebut serta menangkap Zhuge Liang. Tetapi Sima Yi melihat kubu itu terlalu sunyi dan dia melihat Zhuge Liang sedang bermain zither tanpa rasa gentar sama sekali kepada tentera musuh yang hampir.

Sima Yi berkata pada jenderalnya: “Dengar muzik yang dialunkan Zhuge Liang. Amat tenang dan dalam seperti tasik yang tidak berkocak. Ini perangkap. Dia mempunyai ramai tentera yang bersembunyi dan akan membuat serangan hendap bila kita menyerang. Ayuh kita berundur.”

Sama ada sedar atau tidak, Anwar Ibrahim turut menggunakan strategi ini. Beliau menggunakannya berkali-kali pada hal strategi ini hanya boleh digunakan sekali sahaja. Sebaik sahaja Sima Yi dan tenteranya berundur, Zhuge Liang bergegas bungkus dan lari ke kubu yang mempunyai pertahanan kuat.


Salah satu tugu Zhuge Liang


Anwar menggunakan strategi kubu kosong selepas PRU12. “I have the number.” Itulah ayat keramat beliau. Maka gemparlah seluruh Malaysia dan ibu negara bagi negara-negara jiran. Anwar Ibrahim sedikit hari lagi akan jadi perdana menteri keenam. Nujum-nujum politik pun riuh kembali mentafsir teori RAHMAN. Sepatutnya perdana menteri keenam adalah orang yang namanya bermula dengan huruf N. Seorang nujum lain menjawab. Sebenarnya RAHMAN itu dieja dengan dua A. Maka ejaan sebenar adalah RAHMAAN. Nujum seorang lagi membantah. Ejaan asal itu betul. Huruf A terakhir boleh mewakili dua individu tafsirnya.

Tetapi strategi kubu kosong hanya boleh berkesan apabila perangkap itu tidak dapat dihidu sebagaimana Sima Yi gagal menghidunya kerana terpukau dengan ketenangan Zhuge Liang dan petikan zithernya.


Perdana-perdana menteri mengikut teori RAHMAN



Ahli-Ahli parlimen Umno pasca PRU12 yang beliau undang untuk melompat menyeberang ke PKR mengambil sikap tunggu dan lihat. Mereka ternanti-nanti ‘parliamentary coup’, undi tidak percaya yang akan membawa beliau ke Putrajaya atau Istana Negara akan membuka pintu untuk Anwar mempersembahkan akuan berkanun (SD) dukungan ahli-ahli Parlimen yang mencukupi untuk membolehkan beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Ayat keramat ‘I have the numbers’

Akhirnya temberang Anwar terbongkar, dia tidak mempunyai jumlah sokongan seperti yang beliau sebutkan. Maka BN kekal memerintah sehingga ditumbangkan dalam PR14 oleh Pakatan Harapan yang dipimpin oleh strategis yang lebih cemerlang iaitu Dr Mahathir Mohamad.

Baru-baru ini, Anwar sekali lagi mengulangi ayat keramatnya: “I have the numbers”. Begitu kerap beliau mengulanginya, diulangi dengan keyakinan seperti yang ditampilkan oleh Zhuge Liang yang berdepan tentera Sima Yi, sehingga ada wartawan asing yang naif mempercayai gelebong tersebut. Jawapan saya mudah sahaja. Betul Anwar ada jumlah, tetapi jumlah tersebut diperolehi melalui kiraan yang menggunakan‘fuzzy math’.

Anwar meratib-ratibkan “I have the number” untuk mencipta persepsi bahawa dia boleh jadi perdana menteri pada bila-bila masa yang dia mahukan dan keberadaan Dr Mahathir di kerusi perdana adalah dengan ihsannya. Pada masa yang sama, juak-juak Anwar pula membuat kenyataan menuntut tarikh peralihan kuasa tersebut ditetap.

Hakikatnya adalah jumlah sebenar, majoriti selesa, adalah di tangan Dr Mahathir. Dukungan kepada perdana menteri yang bipartisan sifatnya telah menjana kestabilan politik dan membolehkan beliau dan kiabinetnya memberikan tumpuan kepada menangani masalah rakyat dan ekonomi negara.

Namun, Anwar tidak gemar kepada kestabilan dan ketenteraman ini. Kaca TV dan dada akhbar akan dipenuhi dengan wajah Dr Mahathir dan menteri-menteri kabinet yang menjalankan tugas masing-masing. Bahkan isterinya, Wan Azizah lebih kerap muncul di TV dan mendapat laporan media kerana menyandang jawatan timbalan perdana menteri.

Anwar terpinggir dari arus perdana pemberitaan. Maka beliau ciptakan kempen peralihan kuasa dan citra perdana menteri kelapan. Rakyat diheret ke dalam kontroversi tentang apa yang boleh diuruskan secara teratur dalam Pakatan Harapan.

Mencipta kekalutan memang ‘forte’ Anwar Ibrahim. Mengulas kekacauan agung yang dicipta Anwar dalam tahun 1998 adalah terlalu panjang, lebih panjang dari kisah 1,001 malam yang dipintal oleh Shahrazad.

Namun lihat sahaja apa yang berlaku dalam PKR. Sebelum ini, ketidakpuasan pimpinan di semua peringkat terhadap kepimpinan Wan Azizah memang sentiasa ada. Namun rasa hormat dan sayang kepada Kak Wan lebih besar makna dan ertinya buat anggota PKR.

Gambar bertemu PM

Tetapi lihat sahaja apa yang berlaku dalam PKR tidak sampai setahun Anwar mengambil alih jawatan presiden. Beliau tidak berlaku adil semasa pemilihan baru-baru ini. Dan apabila pasukan yang beliau sokong bermati-matian kalah, maka beliau tidak berlaku adil kepada yang menang.

Berkali-kali Anwar ingin menyekat kemaraan politik seorang yang pernah bergelar setiausahanya dan dalam pemilihan yang lalu, riwayat politiknya mahu dibunuh. Namun, keterampilan dan wibawa politik Azmin telah sekali lagi membawa beliau melepasi segala sekatan tersebut.

Kini hampir setiap minggu Anwar menularkan gambarnya bertemu perdana menteri. Asal bertemu pasti bergambar. Entah ke mana panglima-panglima politik Anwar hari ini sehingga Anwar sendiri terpaksa membangkitkan persoalan peralihan kuasa, yang kemudian Anwar sendiri akan menjawabnya.


 Salah satu pertemuan Anwar dan Mahathir


Maka, persoalan paling agung di hadapan rakyat Malaysia pada hari ini, apakah Anwar sebagai sebagai orang yang gemar kepada ketidakstabilan, sendiri mencipta kacau bilau dalam parti dan dilihat tidak dapat berlaku adil kepada semua ahli parti berupaya untuk mempertahankan kestabilan dan ketenteraman negara serta memberi keadilan kepada semua?

Akan tetapi sudah ada janji. Janji mesti ditepati. Tetapi adakah dengan menepati janji tersebut akan menepati keadilan? Ini yang perlu direnungi dan dimuhasabahkan oleh rakyat Malaysia khususnya ahli dan pemimpin parti politik yang mengambil ‘Keadilan’ sebagai namanya. Saya yakin, Plato boleh memberikan pencerahan.

Karya Plato yang paling terkenal adalah Politeia yang sering diterjemahkan sebagai Republik. Tetapi inti buku tersebut membicarakan keadilan politik. Dalam hampir kesemua dialognya Plato menggunakan watak gurunya Sokrates sebagai pengungkap gagasan dan persoalan. Dalam Republik, Plato meletakkan Sokrates dalam satu perdebatan untuk mencari makna keadilan dengan sekumpulan anak muda.

Sokrates menanyakan pada anak-anak muda, “Bercakap tentang perkara ini, keadilan, adakah kita akan menegaskan tanpa sebarang pengecualian, ia adalah bercakap benar, memulangkan apa yang dipinjam, atau tindakan ini sebenarnya kadang-kadang adil dan kadang-kadang tidak adil?”

Maksud saya, sebagai contoh, jika ada seseorang yang meminjam senjata dari seorang kawan ketika ia siuman dan kemudian orang yang meminjamkan senjata tersebut jatuh gila dan meminta kembali senjatanya. Dalam keadaan begitu, kita tidak sepatutnya memulangkan senjatanya (mengikut perjanjian), dan kalau kita memulangkannya, kita sebenarnya tidak akan berlaku adil.”

Rakyat Malaysia memerlukan keadilan.

Kita renungkanlah!



KHALID JAAFAR ialah penasihat Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali.
https://www.malaysiakini.com/news/485191

Sunday, July 7, 2019

NAJIB UMPAMA BURUNG DALAM SANGKAR



NAK nangis atau nak ketawa bila kita lihat gambar ini?

Dulu ke New York, Paris, London, Sydney, Milan, kini setakat merayau di Tanah Melayu.

Satu ketika, kena marah dengan hakim kerana pergi kencing tak bagitau mahkamah. 

Sekarang Najib nak kencing pun kena minta kebenaran, sama macam masa kita kat Darjah 1 dulu, nak kencing kena angkat tangan minta kebenaran Cikgu.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/140599

Itulah putaran hidup Najib.

Kata orang Melayu, Tuhan bayar CASH di dunia kalau kita tidak TAAT pada yang Maha Esa.

Friday, July 5, 2019

RIZA AZIZ: AKHIRNYA ANAK TIRI KESAYANGAN NAJIB KE MAHKAMAH

Riza Aziz frolics with Leonardo DiCaprio and Margot Robbie on the red carpet.

AKHIRNYA anak Rosmah Mansor dan anak tiri Najib Razak didakwa di mahkamah atas pertuduhan pengubahan wang haram.

Lebih setahun kita menunggu untuk melihat tindakan undang-undang di ambil terhadap pengkhianat bangsa dan negara ini.

Tahniah kepada Latheefa Koya.

Kita harap ramai lagi pemimpin-pemimpin yang mengkhianati rakyat diadili di mahkamah.

Kes Mara, Felcra semasa dibawah Tajuddin Rahman, beras ST15, benih dan baja padi, YAPEIM, lembu condo dan macam-macam lagi jangan dilupai.

Inilah masanya Latheefa berjasa pada rakyat dan negara. Jawatan tersebut adalah peluang untuk beliau membersihkan negara.

Tidak mengejutkan kalau esok lusa Annuar Musa dan Ismail Sabri pula diheret ke mahkamah. Begitu juga bekas-bekas Menteri seperti Jamil Khir, Mahdzir Khalid, Nazri Aziz dan lain-lain.

Hari ini kita terbaca kes anak tiri Najib melibatkan lebih RM1,000,000,000 (RM1 bilion).

Pada usia 49 tahun, anak Rosmah ini sudah pun bermain-main dengan duit bilion-bilion dan berjudi di Vegas.

Kita kenal Vegas melalui peninju Muhammad Ali yang selalu bertarung di gelanggang di Vegas dan filem Casino dimana pelakun utamanya Robert De Niro.

Tetapi lain dengan anak Rosmah ini. Beliau benar-benar berhibur di tanah Vegas. 

https://www.abc.net.au/news/2019-07-05/wolf-of-wall-street-producer-arrested-in-malaysia/11281192



Riza Aziz dituduh seleweng RM1.026b duit 1MDB

Anak tiri bekas Perdana Menteri, Riza Aziz tiba di Makahmah Seksyen Kuala Lumpur atas pertuduhan penggubahan wang haram. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Pengasas syarikat pembikinan filem Hollywood, Riza Shariz Abdul Aziz, 49, mengaku tidak bersalah ke atas lima pertuduhan membabitkan penyelewengan dana 1MDB berjumlah RM1.026 bilion, di Mahkamah Sesyen Jenayah 8, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, pagi ini.

Beliau, yang juga anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak minta dibicarakan ke atas kelima-lima pertuduhan, yang dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Selepas mendengar hujah daripada barisan Pendakwaraya yang diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram, dan ketua peguambela Datuk Hariharan Tara Singh, Rozina membenarkan Riza diikat jamin sebanyak RM1 juta dengan dua penjamin, dan passport diserahkan kepada mahkamah.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Riza didakwa melibatkan diri dalam aktiviti penggubahan wang haram, iaitu menerima wang sejumlah AS$D1.14 juta (RM4.72 juta) dan AS$9 juta (RM37.2 juta) dari Good Star Limited melalui akaun Red Granite Pictures.

Bagi pertuduhan ketiga, keempat dan kelima, beliau didakwa menerima wang sejumlah AS$133 juta (RM550 juta), AS$60 juta (RM248 juta) dan AS$45 juta (RM182 juta) dari Aabar Investment PJS Ltd melalui akaun Red Granite Capital Ltd.

Setiap pertuduhan dibaca di bawah akta Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 (1) akta yang sama.

Sekiranya disabit bersalah, setiap pertuduhan boleh dikenakan denda RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Rozina menetapkan 9 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen.


Tuesday, July 2, 2019

PERBICARAAN KU NAN: SYARIKAT KEPUNYAAN ANAK PINAK KU NAN



Apa lagi yang menarik mengenai perbicaraan Bendahari Umno Teuku Adnan hari ini?

Ini dia:

* Syarikat Ku Nan - Tadmansori Holdings - menerima RM2 JUTA menerusi satu cek dari seorang towkay CINA.

** Syarikat Tadmansori ini mempunyai modal RM100 JUTA (WOW!!!)

*** Sebahagian besar saham syarikat ini kepunyaan Ku Nan kecuali RM4 (EMPAT RINGGIT SAHAJA) kepunyaan Tengku Rethwan Tengku Mansor, dipercayai adik atau aband Ku Nan.

**** Empat ahli lembaga pengarah Tadmansori ialah Tengku Rethwan, Tengku Iqbal Munawwir (anak Ku Nan), Tengku Daud Shah (anak Ku Nan) dan Anggraini Sentiyaki (isteri Ku Nan).

**** Pemandu Ku Nan memberitahu mahkamah beliau menerima sekeping cek bernilai RM2 juta untuk dimasukkan ke akaun syarikat kepunyaaan Ku Nan.

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/07/02/witnesses-confirm-ku-nan-owns-firm-that-took-rm2m-from-developer/1767439


http://www.astroawani.com/berita-malaysia/saksi-sahkan-transaksi-deposit-rm2-juta-ke-dalam-akaun-tadmansori-holding-211631

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-rasuah-tengku-adnan-pemandu-peribadi-sahkan-tebus-cek-rm2-juta-211629

PERBICARAAN KU NAN: PEMIMPIN UMNO MAIN JUTA2 SAHAJA

Image result for tengku adnan anak indonesia

HARI ini perbicaraan Teuku Adnan Teuku Mansor bermula.

Berikut initipati perbicaraan hari pertama.


* Pihak pendakwaan dalam kes rasuah RM2 juta Tengku Adnan Tengku Mansor akan membuktikan bahawa Bendahari Umno meminta antara RM5 juta dan RM6 juta daripada sebuah pemaju swasta untuk digunakan pada pilihan raya kecil.

** Timbalan Pendakwa Raya akan membuktikan Tengku Adnan telah mendapatkan untuk dirinya suatu barangan berharga iaitu wang RM2 juta tanpa balasan daripada Chai melalui cek Hong Leong Bank bernombor 136822 bertarikh 14 Jun 2016 milik Syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd.

*** Cek itu telah didepositkan ke dalam akaun CIMB bernombor 80-0117974-7 milik Syarikat Tadmansori Holdings Sdn Bhd yang mana tertuduh merupakan pemegang saham terbesar syarikat itu dan tertuduh juga mengetahui bahawa syarikat Aset Kayamas ada perhubungan dengan kerja-kerja rasmi tertuduh.

**** Pendakwa akan membuktikan bahawa pada 27 Jan 2015, Chai sebagai pengarah Syarikat Aset Kayamas telah menyerahkan surat “Cadangan Pembelian Tanah Untuk Tujuan Pembinaan Rumah Mampu Milik di Bawah harga RM200,000 dan Apartment Harga Bebas di atas Tanah Lot 53427 dan Lot 53653 seluas 4.05 hektar di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur” bertarikh 26 Jan 2015 kepada tertuduh secara kediri.

***** Tertuduh telah memberi arahan kepada Zulkifli Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Pelaksanaan Projek dan Penyelenggaraan melalui minit tertuduh iaitu “Ybhg Datuk Zul, sila teliti cadangan ini dan jika boleh dilaksanakan mengikut kaedah kongsi sama. Harap maklum balas, sila bincang dengan syarikat,” kata Pendakwa.

****** Keterangan akan menunjukkan bahawa permohonan pembelian tanah-tanah itu oleh Syarikat Aset Kayamas telah ditolak oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur melalui surat bertarikh 3 April 2015.

******* Pendakwa akan mengemukakan keterangan menunjukkan bahawa Syarikat Aset Kayamas telah secara berterusan berurusan dengan YB Menteri Wilayah Persekutuan (tertuduh) terhadap penolakan itu dan lain-lain urusan berkaitan cadangan projek itu.


https://www.malaysiakini.com/news/482055

Monday, July 1, 2019

UMNO DIPIMPIN KETUA YANG BERGELUMANG DENGAN KES RASUAH



TOK MAT agen Tun Mahathir.

Itulah yang disebarkan ke bahagian-bahagian dan akar umbi.

Ianya permulaan untuk menyingkirkan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Mat Hasan dari terus memangku jawatan Presiden yang dikosongkan oleh Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, ia bertujuan menghalalkan cara untuk Zahid Hamidi kembali sebagai Presiden Umno.

Ada yang menuduh ini semua perancangan Najib Razak dan Zahid Hamidi berikutan inisiatif Mat Hasan mahu membersihkan imej Umno dan mengembalikan keyakinan orang Melayu yang rata-rata melabelkan pemimpin Umno kaki rasuah.

Mat Hasan dikatakan mahu meminda Perlembagaan Umno bagi mengharamkan pemimpin yang didakwa dari memegang apa-apa jawatan di dalam Umno dan ianya dilihat ditujukan kepada Zahid dan Najib.

Tak sempat Mat Hasan buat perubahan, semalam "ditendang keluar" dari Pejabat Presiden Umno.

Image may contain: 1 person, smiling, sitting, stripes and indoor
Maka ahli Umno kembali dipimpin oleh Zahid, yang berulang alik ke mahkamah menghadapi berpuluh tuduhan rasuah.

Kini Umno dipimpin semula oleh pemimpin yang dikatakan mempunyai kes rasuah terbesar di DUNIA -- 87 kes (termasuk pengubahan wang haram) melibatkan lebih RM167 JUTA (RM167,000,000.00).

Begitulah hebatnya Umno - setia dan sedia dipimpin oleh pemimpin yang didakwa melakukan rasuah terbesar di dunia.

Kita hanya boleh ketawa apabila Zahid menyatakan komitmen untuk membanteras RASUAH apabila Umno mengambil alih tampuk pemerintahan negara selepas PRU-15 nanti.




Thursday, June 27, 2019

SEMUGA ZAHID HAMIDI DAPAT TIDUR NYENYAK

Image may contain: one or more people and text

SENARAI DAKWAAN TERHADAP ZAHID HAMIDI HARI INI. Lihat rajah bawah (lihat tarikh-tarikhnya):


https://www.malaysiakini.com/news/481397

Senarai dakwaan sebelum ini dah teliti tarikh-tarikhnya:
















Jika dikira jumlah wang yang terlibat dalam semua kes-kes ini, sudah hampir RM180 juta, hampir tiap-tiap bulan Zahid dituduh RASUAH.

Semuga Zahid sentiasa ceria, tenang dan nyenyak tidor.

Image may contain: 3 people, people sitting, indoor and food









Wednesday, June 26, 2019

'BOSS KITA" ZAHID HAMIDI DIDAKWA TERIMA RASUAH DUIT SINGAPORE

Image may contain: 1 person, indoor


No photo description available.

Image may contain: 1 person, text

KEHEBATAN Ahmad Zahid Hamidi semasa memegang jawatan kerajaan dan Presiden Umno semakin terserlah hari ini.

Zahid didakwa MENERIMA 4.24 JUTA (lebih RM12 juta) dalam matawang Singapura daripada sebuah syarikat pengendali perkhidmatan pusat sehenti di China dan Sistem Visa Luar Negara (VLN), dua tahun lalu.

https://www.hmetro.com.my/utama/2019/06/469234/zahid-didakwa-terima-sogokan-sgd424-juta


Selepas didakwa, kem Zahid menyebar satu poster dan video kononnya diTAHAN kerana mendaulatkan Islam.

Video tersebut dipenuhi dengan gambar-gambar Zahid mengimamkan solat dan berdoa disurau-surau dan masjid. Biasalah bila mahukan simpati, muzik yang mengiringi video tersebut mestilah bernada sedih.

Kalau itu caranya mempertahankan Islam, ramai nak jadi macam Zahid - RM137 JUTA yang didakwa jatuh ke riba Zahid (setakat yang kita tahu hari ini) sepanjang beliau memegang jawatan Menteri KDN.

Beberapa hari lepas heboh katanya Zahid akan mengumumkan di bulan Syawal yang mulia akan kembali dari bercuti dan menerajui Umno semula dengan nama popular "BOSS KITA".

Jika rasuah mencari darah daging kita, tidak salah kita terus dipimpin oleh ketua yang didakwa menerima rasuah.

Jika itu yang ahli Umno mahukan.

Wednesday, June 19, 2019

ADA VIDEO DARI INDONESIA? VIDEO APA TU HISHAMMUDDIN RAIS?

Image result for hishamuddin rais video

"Pasti ada pembaca bertanya video dari Indonesia itu bila nak tayang? Tunggu minggu hadapan." - Hishammudin Rais.

Jelapang tak sabar nak tonton video Indonesia itu. Siapa aktor dan aktress nya Hishammuddin?


Cui bono?

OPINION | HISHAMUDDIN RAISDiterbitkan 19 Jun 2019, 9:48 pagi | Dikemaskini 19 Jun 2019, 9:48 pagi


A+ A-


Cui bono? Ini ayat daripada bahasa Latin. Dalam Bahasa Melayu ayat ini bermakna - siapa untung? Dalam loghat Negeri Sembilan ayat ini bermakna - ini rozoki sapo?

Saya mengenalkan ayat Latin ini kerana ia membawa pengertian yang tepat untuk kita semua memahami apa yang sedang berlaku di hadapan mata kita sekarang. Maksud saya di persada politik tanah air.

Tulisan ini membawa pencerahan kepada babak-babak politik terkini. Untuk memahami pencerahan yang saya garap ini saya meminta pembaca melupakan klip video Haziq. Pada hemat saya klip ini akan dinobatkan dalam sejarah porno YouTube sebagai klip yang paling tidak erotik. Tidak mengancam syahwat. Klip bertogel yang potong stim terlampau.

Klip ranjang di mana para protagonis dilihat amat kayu dan kaku. Penggambaran babak ais krim yang membawa kita ketawa terbahak-bahak.

Kepada yang belum menonton klip Haziq sila tepuk bahu dan ucap tahniah kepada diri sendiri. Tak perlu tercari-cari dan tertanya-tanya di mana boleh menonton klip ini. Anggaplah diri tuan-puan terselamat daripada terjerumus ke dalam kancah kebodohan. Amin.

Kepada yang telah menonton sila hentikan bertanya - kenapa klip video ini kabur dan tak jelas. Kenapa suntingan dilihat tunggang bin langgang.

Jangan tertanya-tanya dan berteori apabila melihat sosok yang dikatakan Haziq terus menjengokkan mukanya ke hadapan kamera ketika sedang tunduk menghisap ais krim. Yakinlah sosok ini sedang berusaha untuk berlakon mengikut arahan. Dalam masa yang sama saya amat yakin si Haziq ini tidak pernah mengikuti kuliah lakonan Aswara atau Akademi Seni Kebangsaan. Jauh sekali terbaca atau membaca teknik lakonan ‘method acting’ dari Lee Strasbergs atau Elia Kazan.






Sebenarnya kita tidak perlu ke Universiti Yale atau Cambridge untuk memahami politik. Tak perlu ada PhD dalam bidang politik untuk menjadi arif dalam politik.

Politik Malaysia mudah difahami dengan keupayan fikrah kita yang hanya lulusan sekolah jenis kebangsaan. Caranya cukup senang. Kita kumpulkan berita satu persatu. Kita atur berita ini saperti peta. Kemudian kita baca dan lihat bagaimana berita-berita ini ikat berikat dan kait mengait dalam satu naratif yang besar.

Walau pun semua berita ini terpisah-pisah. Satu muncul di New York, satu di Batang Berjuntai atau satu di Menggatal. Bila berita ini disusun dan diatur maka akan muncul – cerita besar atau meta narrative.

Politik, kuasa, harta

Wajib saya nyatakan untuk kali ke seribu dalam tulisan saya ini bahawa dalam politik tiada sesuatu berlaku tanpa dirancang. Dalam politik semua disusun atur untuk mencapai sesuatu tujuan. Semua babak politik memiliki sosok di belakangnya yang merancang dan mentuntas projek. Sama ada tujuan yang dirancang itu terhasil atau tidak bukan persoalan. Yang penting ia dirancang.

Garis bawah politik ialah kuasa. Garis bawah kuasa ialah mengawal dan memiliki harta kekayaan. Politik kiri atau kanan - politik Islam, kafir atau sekular - semuanya sama. Politik, kuasa dan wang ringgit tidak memiliki agama. Agama, bahasa, bangsa dan tuhan adalah konsep yang digunakan untuk mengolah persetujuan untuk mendapat undi dan kuasa. Mustahil masih ada yang tidak faham apa yang saya tulis. Khalas.

Cui bono? Sapo punyo rozoki? Siapa untung?

Ayat cui bono pertama kali diperkenalkan kepada dunia oleh Marcus Tilus Cicero ( tahun 106-43 Sebelum Isa ). Cicero adalah negarawan Rom, ahli falsafah, peguam dan orator yang tersohor. Pernah menjadi konsul untuk Republik Rom pada tahun 63 Sebelum Isa.






Teknik cui bono ini digunakan oleh FBI, CIA, KGB, SB dan semua lembaga intel di dunia ini. FBI menggunakan cui bono ketika melawan mafia dan dadah di New York. Cui bono - sapa untung - diubah suai kepada 'ikut aliran wang'. Dimana dolar dan dinar ini berhenti, maka di situlah puncanya. Khalas.

Daripada analisa saya, heboh Haziq bermula pada malam 9 Mei 2018. Dengan jelas dan tuntas telah saya tulis dalam siri Merakam Sejarah tentang wujudnya projek sailang Mahathir.

Garis masa

13 Ogos 2018 - Utusan Malaysia melaporkan ucapan ahli parlimen Kapar Abdullah Sani yang menuduh Daim Zainuddin dalang yang cuba menyekat Anwar menjadi perdana menteri.

28 September 2018 - Dalam akhbar the New York Post muncul tulisan L Todd Wood.

"...Mahathir Mohamad never intends for Anwar Ibrahim to be prime minister in his own right. The recordings confirmed the government is already backtracking on the deal by claiming that the two-year term was never put in writing and Mahathir Mohamad may stay on longer and nominate Azmin Ali instead...

"...The recordings from the informant have also provided evidence of a sex tape showing Anwar Ibrahim having gay sex with a teenager..."

Tulisan Todd Wood ini muncul di minggu yang sama Mahathir Muhamad telah hadir di New York untuk memberi ucapan di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Pelik tetapi benar Anwar Ibrahim tidak menyaman wartawan The New York Post ini. Amin.

6 Oktober 2018 - ketika Pilihan Raya Kecil Port Dickson, portal Astro Awani telah menulis berita bertajuk "Dakwaan liwat pelajar Indonesia: Anwar setuju beri kerjasama kepada polis".

Berita Anwar meliwat pelajar Indonesia muncul hasil daripada berita yang dibuat oleh ahli Majlis Tertinggi United Malays National Organisation, Lokman Adam. Pelik tetapi benar Anwar juga tidak menyaman Lokman Adam.


Lokman Adam



Pembaca wajib diberitahu semenjak kerajaan Pakatan Harapan (PH) ditubuhkan, wartawan terus bertanya kepada Mahathir tentang siapa penggantinya. Hampir dua minggu sekali soalan siapa ganti Mahathir diulang-ulang.

Dua tahun. Dua tahun. Dua tahun. Ia menjadi mantra Anwar dan konco-konconya.

8 Mei 2019 - Berita Harian melaporkan cakap anwar bahawa dia telah berbincang dengan Mahathir dalam hal peralihan kuasa. Lagi cerita dua tahun.

29 Mei 2019 - Tup tup tetiba di Tokyo Mahathir berkata tidak ada masa yang ditetapkan untuk peralihan kuasa. Jeng jeng jeng.

4 Jun 2019 - Pada Hari Bantai - iaitu petang raya - Pejabat Perdana Menteri mengumumkan Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru.

5 Jun 2019 - Anwar Ibrahim kelihatan gelabah. Anwar menyusun rancangan untuk menggagalkan lantikan ketua baru SPRM.

6 dan 7 Jun 2019 - YB Nik Nazmi, YB William Leong dan YB Tan Yee Kew mula bergerak mengumpul tanda tangan orang ramai untuk menolak pelantikan Latheefa Koya. Hanya Guru Nanak sahaja yang tahu kehebohan raya tahun 2019.

10 Jun 2019 - Anwar tetiba berubah. Kini menyokong pelantikan Latheefa Koya. Jeng jeng jeng. Apa berlaku? Kenapa Anwar berubah fikiran.

Umum tidak tahu, rupa-rupanya ada berita di belakang berita. Ada babak lebih gempaq dari berita Latheefa Koya. Berita gempaq ini telah berjaya ditutup selama hampir dua minggu. Berita dua orang anak muda yang rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bergelut bergaduh dan nak bunuh membunuh. Bila?

Pergaduhan berlaku pada 16 Mei 2019.

7 Jun 2019 - Berita bocor setelah berjaya ditutup daripada diketahui umum. Berita ini dibocorkan oleh Malaysian Gazette. Yang dituduh membelasah ialah Farhash Wafa Salvador.


Farhash Wafa Salvador



Jeng jeng jeng. Kenapa bergaduh? Merebut apa? Berebut duit Yayasan Aman ke? Duit Yayasan hilang atau kunci pejabat yang hilang? Atau berebut duit raya dari towkay judi? Hingga ke hari ini hanya Guru Nanak yang mengetahui.

Polis Petaling Jaya sedang menyiasat. Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat telah menemu bual mangsa pada 17 Mei 2019.

Laporan awal mengatakan rakaman CCTV di pejabat di alamat Lorong Tanjong 5/4f Bukit Gasing Petaling Jaya telah dipadam. Jeng jeng jeng.

11 Jun 2019 - Gempar. Tetiba jam satu pagi klip video Haziq tersebar dan merebak. Wartawaan dan pemimpin PKR dari ranting ke cabang ke pimpinan pusat menerima klip video ini. Malah dilaporkan Lokman Adam juga mendapat klip yang sama. Heboh heboh heboh.

12 Jun 2019 - biro politik PKR buat sidang tergempar. Azmin tidak hadir. Tapi pelik lagi hairan Haziq tidak pula diberi surat amaran atau dipanggil untuk menerang duduk perkara. Jeng jeng jeng.

13 Jun 2019 - Haziq membuat satu rakaman video di mana dia mengaku sebagai salah seorang dari dua lelaki berbogel di ranjang. Tup tup dalam klip pengakuan ini si Haziq dengan tak semena-mena meminta SPRM menyiasat Azmin Ali. Juga Haziq yang dilihat mengulum ais krim berpendapat si Azmin ini tidak layak untuk menjadi pemimpin negara.






Apakah ini kerana ais krim itu dirasa pahit oleh Haziq. Rasa ais krim pahit ini meyakinkan Haziq bahawa Azmin tidak boleh menjadi pemimpin. Pelik lagi melik apa hubungan babak hisap ais krim dengan SPRM? Kah kah kah.

Soalan dan pertanyaan ini hanya Guru Nanak yang tahu jawapannya. Opps silap selain Guru Nanak, si pengarah dan penulis skrip video ini juga tahu mengapa SPRM wajib menyiasat kes hisap ais krim. Kah kah kah.

14 Jun 2019 - Polis mencari Haziq di rumah keluarganya di Sarawak. Ayah Haziq buat laporan rumah dipecah polis.

Jeng jeng jeng. Ke mana Farhash menghilang? Opps silap. Ke mana Haziq menghilang? Klip video Haziq telah menular tapi belum sampai ke pengetahuan Penerbit Hollywood. Media dan polis sedang memburu watak utama pelakon sado bernama Haziq. Wajah Haziq susah nak menyamar.

14 Jun 2019 - Melintasi jam 5 petang Haziq ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dalam perjalanan ke Manila. Manila? Ada apa di Manila? Apa sangkut paut dengan Duterte?

15 Jun 2019 - Haziq bebas.

17 Jun 2019 - Media di Sarawak melaporkan Datuk Seri Anwar marah dan enggan menjawab di mana hilangnya Farhash. Akhbar The Star menimbulkan nama Farhash.

18 Jun 2019 - Tup tup si Farhash Salvador muncul. Bukan di Bukit Gasing tapi di alam siber melalui Facebook dan Whatsapp. Pukrak mukrak.

Cui bono? Siapa untung? Ni rozoki sapo?

Semua ini bukan kisah penglipur lara daripada Hishamuddin Rais. Semua ini fakta yang dipungut oleh Hishamuddin Rais daripada laporan media.

Para pembaca sila nilai sendiri dan buat rumusan sendiri. Sama seperti warga Rom dua ribu tahun dahulu, para pembaca di Malaysia juga pada 2019 memiliki fikrah yang berupaya memberi jawapan.

Pasti ada pembaca bertanya video dari Indonesia itu bila nak tayang? Tunggu minggu hadapan.


HISHAMUDDIN RAIS seorang aktivis politik, penulis dan pengarah filem.


Monday, June 17, 2019

AZMIN, RAFIZI & ANWAR KENAL HAZIQ AZIZ?







9.JPG



TIDAK kah GANJIL Anwar Ibrahim menonton wayang bersama Haziq Aziz, yang mengaku mengadakan hubungan sejenis dengan Azmin Ali?

Tidak kah GANJIL Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan Azmin Ali sudah lama mengenali Haziq Aziz walaupun ada cubaan menafikannya?

Tidak kah kita merasa ganjil Anwar Ibrahim enggan mengambil tindakan terhadap Haziq yang terang-terangan mengaku mengadakan hubungan sejenis?

Friday, June 14, 2019

SEORANG LAGI PEMIMPIN TIDAK BERMORAL DALAM PARTI ANWAR IBRAHIM

Image result for video anwar

Image result for video azmin

Related image

SELEPAS Anwar Ibrahim, kini Timbalan beliau, Azmin Ali, dikaitkan dengan skandal hubungan seks sejenis, ada yang memberi nama skandal "semburit", ada kata seks Gay dan ada kata seks LBGT.

Cara terbaik menangani kes ini ialah melalui siasatan terperinci oleh pihak polis dan Jabatan Agama Islam dan sekiranya terbukti, kedua-duanya didakwa di mahkamah dan diperjarakan.

Menariknya, skandal "main sesama lelaki" ini hanya pada parti PKR, yang mana Presidennya sedang berangan-angan mahu menjadi Perdana Menteri.

Jika menjadi realiti, kita akan dipimpin oleh pemimpin yang moralnya dipertikaikan rakyat.

Skandal yang melibatkan Azmin ini adalah serangan politik yang mahu menjatuhkan karier beliau. Betul atau tidak Azmin melakukan hubungan seks sejenis, itu kerja polis untuk mencari kebenarannya.

Rasanya ramai yang melakukan hubungan seks sejenis tetapi tidak divideokan dan tidak ada pula pasangan yang melakukannya dengan tanpa rasa MALU membuat pengakuan terbuka bahawa yang "menghisap" itu adalah beliau.

Yang pasti, IMEJ PKR rosak teruk. Mana-mana pemimpin PKR yang memimpin Malaysia selepas ini perlu disiasat latarbelakang mereka - baik pemimpin lelaki, mahupun wanita.

Hanya dengan pemimpin baru, bukan Anwar atau Azmin, dapat memulihkan semula imej PKR.

Buat sementara ini, kita berhibur lah dengan penglipura pemimpin PKR terutamanya Azmin dan Anwar. 


Sunday, June 9, 2019

KOMEDI PARTI ANWAR IBRAHIM - PKR

Image result for anwar latheefa koya

PKR sudah jadi Parti Komedi Rakyat (PKR).

Perlantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak mendapat tentangan dari Umno, DAP, Bersatu atau pun Amanah.

Puak-puak dalam Umno memang tak akan menentang kerana ramai pemimpin Umno masih tidur tak lena walaupun sudah lebih setahun dijatuhkan rakyat semasa PRU-14.

Perlantikan Latheefa, katanya seorang yang TEGAS, sudah pasti menambah penyakit tak dapat tidur di kalangan pemimpin Umno termasuk Najib Razak, Zahid Hamid, Ismail Sabri, Annuar Musa, Tajuddin Rahman, Jamil Khir, Mohamed Hasan, Mahdzir Khalid, dan beberapa lagi pemimpin termasuk dari parti-parti komponen BN.

Oleh itu lebih baik diam. Manalah tahu Latheefa lupa akan kes-kes lama pemimpin Umno.

Komedi! Ya, komedi.

Apa tidaknya, Latheefa bukan dari DAP, bukan dari parti Tun Dr Mahathir Mohamad, Bersatu atau pun Amanah.

Tetapi dari parti Anwar Ibrahim - PKR. Parti sendiri menentang perlantikan pemimpin sendiri?

Setakat ini Anwar masih belum menandatangani petisyen yang dibawa oleh salah seorang Ahli Parlimen (penyokong beliau) untuk mendesak Latheefa meletakkan jawatan. Takat bising-bising di tepi jalan (on the sideline) ada lah.

Dari ramai-ramai ahli Parlimen PKR, tak kan DUA orang sahaja yang menyokong Anwar?

Ada yang menggunakan alasan perlantikan Latheefa tidak mengikut proses jawatankuasa Parlimen.

Tak payahlah nak cakap hal proses.

Kalau nak cakap hal proses, pengampunan Anwar Ibrahim pun tak ikut proses.

Patutnya perlu melalui Lembaga Pengampunan sebelum di AMPUN.

Jadi tak payah lah sebut mengenai proses.

Jika benar kata pemimpin-pemimpin PKR Latheefa seorang yang tegas, maka keputusan Tun Dr Mahathir adalah tepat.

Kita berharap Latheefa TEGAS dalam membanteras RASUAH.

Jika perlantikan Latheefa adalah sesuatu yang baik untuk negara, maka betullah tindakan Tun Dr Mahathir.

Kita tunggu dan lihat apa yang mahu dilakukan oleh Latheefa.

Selamat Hariraya. Maaf Zahir Batin.