Friday, January 10, 2014

HASSAN MALEK NAFI LETAK JAWATAN



KATEGORI BERITA UTAMA

Pejabat Menteri nafi Hasan Malek akan 

umum letak jawatan

10 DIS : Desas desus Datuk Seri Hasan 
Malek akan melepaskan jawatan dalam 
Kabinet dinafikan Pejabat Menteri 
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi 
dan Kepenggunaan.
Kenyataan ringkas pejabat menteri itu, 
menyatakan perkara digembar-gemburkan 
dalam blog dan Facebook sejak malam 
tadi tidak benar sama sekali.
Beberapa laman sosial melaporkan ada 
menteri akan melepaskan jawatan dalam 
Kabinet dan pengumumannya akan 
dibuat Isnin ini.
hasanmalek












Berikutan itu, ada yang menjangkakan 
menteri tersebut adalah Hasan dan ada 
pula meramalkan Menteri di Jabatan 
Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala 
yang juga CEO Pemandu.
Kedua-dua mereka jadi kritikan ramai 
ekoran isu kenaikan harga barang.
Ada laman sosial mendakwa sumber 
terdekat keluarga Hasan memaklumkan 
peletakan jawatan itu secara sukarela 
bagi mengelak jadi liabiliti kepada 
pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri 
Najib Tun Razak.
Ketika dihubungi sendiri bnbbc.my,
 Hasan memaklumkan beliau sedang 
berada di luar negara dan minta 
merujuk perkara itu kepada Setiausaha 
Akhbarnya Mohad Kamel Othman 
yang kemudian mengeluarkan 
kenyataan penafian berkenaan. –bnbbc.my

Berita Bertarikh Pada 12:37 PM

HASSAN MALEK LETAK JAWATAN?

Itu lah khabar angin yang tersebar hari ini.

Hassan Malek akan meletakkan jawatan sebagai Menteri sehari dua ini.

Katanya Hassan dilihat sebagai liabiliti kepada Kabinet Najib.

Itulah masalahnya jika kita meletak seseorang di tempat yang salah.

Thursday, January 9, 2014

PEGAWAI KHAS MENTERI KENA SERKAP SPRM

Pegawai khas menteri 

direman bantu kes rasuah

9 JAN : Mahkamah Majistret pada Khamis mengeluarkan perintah tahanan 
reman terhadap tiga individu termasuk pegawai khas seorang menteri bagi 
membantu siasatan kes rasuah melibatkan permintaan dan penerimaan 
wang sogokan berkaitan pemberian tender.
Majistret Nur Dahlia Azmi membenarkan 
permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 
Malaysia (SPRM) untuk menahan reman pegawai 
khas tersebut dan seorang ahli perniagaan 
selama empat hari bermula hari ini.
Pegawai khas itu dikatakan ditahan di sebuah 
restoran sekitar Selangor malam tadi.
Seorang lagi yang berjawatan setiausaha 
direman tiga hari. Ketiga-tiganya direman 
mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Jelapang: Seorang rakan bertanya: Kenapa 
setiap kali SPRM tahan serkap, yang mengena 
hanyalah pegawai-pegawai Menteri? 
Adakah ini bermakna hanya pegawai yang 
rasuah dan bos mereka bersih?
Saya jawab: "Begitu lah kira-kiranya."

Tuesday, January 7, 2014

"JOM KENALI SIAPA SETPOL DS NAJIB YANG BARU INI"

Ini pengumuman yang dibuat semalam.

Empat Setiausaha Politik Angkat Sumpah Simpan Rahsia
PUTRAJAYA: Empat setiausaha politik mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin.
Majlis itu diadakan di Pejabat Perdana Menteri di sini.
Mereka ialah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datin Paduka Norhayati Onn, Setiausaha Politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dr Zuraidi Ishak, Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Khairolnezam Shaari dan Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan Datuk Megat Firdouz Megat Junid.
Majlis itu disaksikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. - BERNAMA
Sebenarnya, sukar untuk kita memahami keputusan Najib Razak sejak akhir-akhir ini.
Kita tertanya, kenapa begitu bercelarunya pemikiran Najib ketika beliau memasuki fasa kedua pentadbiran beliau.
Tanyalah kepada mereka yang cetek ilmu politik, mereka akan berkata Norhayati Onn tidak layak menjadi Setiausaha Politik Perdana Menteri kerana kisah lamanya.
Siapa Norhayati Onn?
Blog berikut merungkai kisah lama Norhayati Onn dalam artikel bertajuk "JOM KITA KENALI SIAPA SETPOL NAJIB YANG BARU INI".

Monday, January 6, 2014

SELAMAT HARI JADI KAK ANI & PAK ZAHID

Bagi pihak penerima-penerima BR1M, kami ucapkan Selamat Hari Jadi kepada Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, majlis Happy Birthday ini diadakan di hotel mewah. Tahun hadapan kalau Dato' Seri mampu, jemput lah kami untuk bersama-sama meraikan hari istimewa ini. Tidak pernah kami merasai keindahan meraikan hari jadi di hotel mewah.

Kita mendapat tahu mengenai hari jadi Pak Zahid hanya selepas membaca artikel-artikel berikut:

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ketika-rakyat-diminta-berjimat-menteri-buat-parti-hari-jadi-mewah

http://amenoworld.blogspot.com/search?updated-max=2014-01-05T18:25:00%2B08:00&max-results=1

Sementara itu, seorang lagi Menteri juga dikatakan menyambut Harijadi di sebuah hotel mewah.



HAPPY BIRTHDAY, KAK ANI.

Sebelum ini kita terbaca mengenai kebahagiaan ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar Radin yang menyambut ulangtahun ke-IV perkahwinan beliau.

TAHNIAH PAK BUNG. Semuga kebahagiaan kekal sampai ke anak cucu.

Kepada yang berminat hendak melihat gambar-gambar saat manis Pak Bung semasa majlis tersebut, sila ke link berikut: http://beautifulnara.com/17-gambar-sambutan-ulangtahun-perkahwinan-ke-4-bung-mokhtar-zizie-ezette/

Sementara itu, seorang blogger Umno, Sang Kelembai, merungut mengenai Menteri tua meraikan hari jadi di hotel 5 bintang.

Baca di sini: http://zaharinmy.blogspot.com/2014/01/bila-menteri-dah-tua-raikan-hari-jadi.html

Sunday, January 5, 2014

DUTA KHAS MALAYSIA: INILAH KUALITI TIONG



Inilah bakal Duta Khas Malaysia ke Asia Timur - Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sin.

Tuan-tuan nilailah sendiri samada beliau layak mewakili Malaysia sebagai Duta Khas?

Kalau Bahasa Melayu pun lintang pukang, apatah lagi Bahasa Inggeris beliau.

Persoalannya: Inikah kualiti Duta Malaysia? 

Saturday, January 4, 2014

TIONG BINTULU JADI DUTA?

TIONG KING SIN, Ahli Parlimen Bintulu, Duta Khas Malaysia BERTARAF MENTERI ke Asia Timur?

Ini dakwaan pembangkang. Pembangkang juga mendakwa Tiong akan menerima gaji sebanyak RM27,227.20 sebulan - iaitu lebih tinggi dari gaji seorang Menteri.

Mungkin benar dan mungkin tidak. Kita tunggu penjelasan dari Pejabat Perdana Menteri.

Atau mungkin tidak akan ada penjelasan seperti mana apabila Shahrizat Jalil dilantik sebagai Penasihat Perdana Menteri dalam Hal Ehwal Wanita.

http://www.theedgemalaysia.com/political-news/269870-viewpoint-pm-must-stop-appointing-expensive-special-ambassadors.html

Friday, January 3, 2014

PESAWAT KHAS DISEWA UNTUK 11 BULAN

Penjelasan Pejabat Perdana Menteri mengenai pesawat khas yang digunakan oleh Najib Razak.

Pejabat Perdana Menteri ingin menarik perhatian berhubung laporan blog mengenai penggunaan pesawat khas untuk Perdana Menteri.
Laporan tersebut mengandungi beberapa fakta yang salah dan tidak tepat yang boleh menimbulkan persepsi yang tidak tepat kepada penggunaan pesawat khas tersebut.
Kerajaan sebelum ini memiliki 5 buah pesawat khas iaitu ACJ A319, BBJ, Fokker F28, Global Express dan Falcon 900 yang diperuntukkan untuk kegunaan YDP Agong, YAB Perdana Menteri, dan YAB Timbalan Perdana Menteri.
Tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan, pesawat-pesawat ini juga boleh diluluskan untuk kegunaan oleh DYMM Sultan-sultan dan TYT Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, YB Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri, tetamu-tetamu Kerajaan Persekutuan dari negara asing, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan serta orang-orang kenamaan.
Pada Ogos 2012, pesawat Fokker F28 telah dilupuskan kerana telah berusia lebih 30 tahun dan tiada pesawat gantian dicadangkan.
Pada tahun lepas, pesawat BBJ dan ACJ A319 telah dijadualkan untuk menjalani proses penyelenggaraan wajib. Pesawat BBJ menjalani urusan penyelenggaraan di antara Januari-Julai 2013 sementara ACJ319 di antara 15 Jun-8 Oktober.
Sejajar dengan itu, Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab atas urusan pesawat khas Kerajaan telah mengambil keputusan menyewa sebuah pesawat lain ACJ A320 bagi menampung kekurangan pesawat.
Pesawat ACJ A320 ini disewa di antara 1 Februari - 31 Disember 2013 setelah mendapati pesawat BBJ memerlukan lebih masa bagi urusan penyelenggaraan.
Penggunaan pesawat khas membolehkan Ketua Negara dan Ketua Kerajaan bergerak di dalam dan luar negara dengan keadaan keselamatan yang lebih terjamin. Selain itu, Anggota Pentadbiran yang sibuk dengan pelbagai urusan tidak terikat kepada jadual perjalanan komersil di samping kepentingan menjaga imej negara.-3/1/2014

NAJIB SEWA JET?

Perdana Two?

We know of Perdana One, the government
jet that takes the Prime Minister on official trips to
Melbourne
(maybe) and Mekah (just last month). But a leased
aircraft dubbed 
Perdana Two aka NR2 registered to a
Malta-based VIP jet charter Comlux Aviation? 
The blogger Big Dog wants to know if the aircraft
might have indeed been leased by the Malaysian
government for NR (Najib Razak?) because if
that is the case,the timing and PR, as in the
case with Lim Guan Eng's Merc, sucks big
time. The difference is, it would cost the
taxpayers a lot,
lot more.  Read the blogger's Penny Wise,
Pound Foolish Part 2. If they ask me,
this one is something the PMO should not wait
two weeks to respond officially to.   
http://www.rockybru.com.my/2014/01/perdana-two.html


Penny Wise, Pound Foolish (part II)

Malaysian Government VVIP jet ACJ319 with tail number 9M-NAA
Malaysian Government VVIP jet ACJ319 with tail number 9M-NAA
The austerity drive announced by Prime Minister
Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak the morning 
before New Year’s eve probably driven a start
of bigger spending cuts. Especially the
excessive and luxury bit, which is more 
likely many times over as compared to the
savings to the cost saving exercise, which
saw meagre salary and entertainment 
allowances cut.
The excessive expenditure particularly in
question is the ‘Travels in Luxury’.
The ACj319 with the tail number 9M-NAA in a more recent livery
The ACJ319 with the tail number
 9M-NAA in a more recent livery
On 3 October 2013 Minister in PM’s
Department Dato’ Seri Shahidan Kassim
disclosed that the cost of PM Najib’s
annual rental and maintenance of VVIP
jet utilised to ferry him around
RM34.3 million. That is without the fuel
and food and beverages bill and
other operational charges.
Another interesting story by The Malay
Mail is that RM180 million was
the bigger tab, encompassing all the
cost related to Prime Minister’s travel.
JELAPANG: INI ADALAH TULISAN YANG 
DI AMBIL DARI BLOG ROCKY BRU 
DAN BIG DOG

Wednesday, January 1, 2014

RIWAYAT MAK TAM

SELAMAT Tahun Baru 2014. 

Ada yang sugul, ada yang ceria menyambut tahun baru. Ada sedang bergembira menyambut tahun baru di luar negara.

Malam tadi, Jelapang tidaklah seperti warga Kuala Lumpur. Ada yang menyambut tahun baru dengan menonton keindahan KLCC dimandikan pancaran bunga api. Ramai juga, katanya, ke Dataran Merdeka untuk merayakan kedatangan 2014 dengan berdemo.

Malam tadi, Jelapang "menyambut" tahun baru dengan berbual dengan mak cik Mak Tam.

Sebak mendengar kisah kehidupannya.

Di zaman mudanya, Mak Tam akan ke tanah pusaka peninggalan bapanya mengutip nyior (kelapa) bersama anak lelakinya.

Kulit nyior ditetasnya sedikit, dan tali itu digunakan untuk mengikat nyior-nyior lain.

Walaupun berpuluh biji nyior jatuh ke tanah, Mak Tam hanya mampu mengutip 12 biji nyior.

Tiga biji diikat serangkai. Anak lelakinya bawa dua rangkai, dia membawa dua rangkai.

Maka Mak Tam dan anaknya membawa nyoir ini ke pelusuk kampung untuk dijual. Sebiji pada masa itu - hanya 15 dit (15 duit @ 15 sen).

Kata Mak Tam, sampai luka-luka jari dia dan anaknya, menjinjing nyior semata-mata hendak mencari sesuap nasi untuk anak-anak di rumah.

Si suami pula bekerja di kedai runcit. Si anak dengan taatnya akan menaiki bas untuk menghantar "bekai" (bekal - nasi) kepada bapa untuk makan tengahari.

2 kupang (20 sen), kata Mak Tam, terlalu besar buat keluarganya.

Sebak mendengar kesempitan dan ketabahan Mak Tam hanya semata-mata mahu hidup - kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang.

Kalau boleh, sekupang dua dimasukkan Mak Tam ke dalam tin susu Dumex yang ditebuk tudungnya, untuk dijadikan tabung.

Itulah kesengsaraan yang dilalui hampir keseluruhan daripada kita. 

Tetapi bukan semua antara kita pernah mengharungi cabaran seperti ini. Antaranya keluarga Tun Abdul Razak Hussein serta anak-anaknya termasuk Najib.

Buat Mak Tam, 2 kupang terlalu besar nilainya, mungkin bagi Najib, 2 kupang tiada nilai baginya.

Tidak mungkin Najib tahu erti peritnya mengendung tiga biji nyior di tangan kanan, tiga biji di tangan kiri, menjerit satu kampung, sambil menjual nyior dan pulangannya 15 dit (duit) untuk sebiji nyior.

Najib tidak akan faham dan tidak akan dapat menghayati akan nilai 2 kupang seperti mana Mak Tam menghargai syiling 2 kupang.

Itulah sebabnya, kenaikan harga barang, hanya dilihat dari sudut penarafan agensi penarafan antarabangsa, dari sudut defisit negara dan dari sudut perbendaharaan negara.

Ini disebabkan Najib tak kenal apa itu erti kemiskinan dan apa yang dimaksudkan sebagai kesengsaraan rakyat.

Kita akan hanya faham apa itu kemiskinan dan apa itu kesengsaraan apabila kita sendiri miskin dan kita sendiri sengsara.

Orang Melayu memang hebat bangsanya. Di zaman Malaya, orang Melayu bangun menentang Inggeris.

Malaya pada masa itu ditadbir oleh penasihat-penasihat Inggeris.

Disebabkan keangkuhan Inggeris, orang Melayu menolak penasihat-penasihat Inggeris ini.

Dan antara insiden bersejarah penentangan orang Melayu kepada penasihat-penasihat Inggeris ialah pembunuhan Residen British di Perak, JWW Birch, oleh Dato' Maharaja Lela dan rakan-rakannya termasuk Dato Sagor di Pasir Salak pada tahun 1875.

Pendek cerita, British meninggalkan Malaya dan kita merdeka tanpa di belenggu oleh Inggeris dan penasihat-penasihatnya.

Orang Melayu bertuah kerana dipimpin oleh pemimpin-pemimpin Melayu yang hebat seperti Dato Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Tun Razak.

Jasa Tun Razak, tiada tolok bandingnya.

DEB dilahirkan. Tun Razak tubuhkan Felda. Kita gubal Dasar Pendidikan kita sendiri.

Pada masa tidak ada orang puteh pun diambil oleh Tun Razak untuk membantu mengubal DEB dan menubuhkan Felda.

Kita tidak pun meminta nasihat "Mat Salleh" membantu membentuk Dasar Pendidikan Negara.

Hari ini, anaknya sendiri, Najib Razak, seolah-olah menidakkan keupayaan Allahyarham Tun Razak, ayahandanya.

Najib meminta Mat Salleh berkulit putih mengubal Blueprint Pendidikan Negara.

Kalau Felda ditubuhkan hasil cetusan idea bangsa berkulit sawo matang, Najib memilih melantik penasihat berkulit putih untuk membantu beliau dalam membuat dasar-dasar negara.

Dan bukan sedikit yang kita bayar - RM7.2 bilion kita bayar kepada bekas penjajah ini yang dalam bahasa hari ini dikenali sebagai konsultan.

Inilah transformasi yang mungkin mahu dibawa oleh Najib - iaitu kembali ke zaman Malaya di mana Residen British menentukan masadepan bangsa.

Tidak mengapalah. Tun Razak dengan caranya. Anaknya pula, dengan caranya tersendiri.

Tahun ini, tahun mencabar buat kita. Tidak mengapa. Kita ikut cara Mak Tam.

Kalau zaman Mak Tam, beliau hidup dengan menjual nyior serata kampung, zaman kita sudah berubah.

Bagi warga kota di Kuala Lumpur, kurangkanlah menggunakan jalan bertol. Kurangkanlah menggunakan elektrik dengan banyak, kalau perlu pasang lilin, pasang lilin.

Tidak perlulah kita minum teh bergula kerana nanti kencing manis menghinggapi diri kita.

Kepada yang berkereta, ikut lah nasihat Shell bagaimana hendak menjimat petrol. Antaranya pandu perlahan, kurangkan penggunaan air cond semasa memandu.

Menyesal sekarang, tidak berguna. Kita sudah terlanjur. Belajarlah dari kesilapan ini. Cukuplah kita memilih golongan bangsawan menjadi Perdana Menteri. Cukuplah kita melantik anak Perdana Menteri menentukan masa depan kita.

Selamat Tahun Baru kepada semua.

Buat Mak Tam, terima kasih kerana sudi berkongsi cerita dan terima kasih juga kerana sudi menghidangkan pulut ikan kering malam-malam buta.



Tuesday, December 31, 2013

PERUTUSAN 2014 NAJIB KEPADA RAKYAT

Kerajaan tak laksana kenaikan kos tanpa beri bantuan kepada rakyat memerlukan - PM


Kerajaan tak laksana kenaikan kos tanpa beri bantuan kepada rakyat memerlukan - PM
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan tidak akan melaksanakan kenaikan kos tanpa memberi bantuan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan.

Dalam perutusan Tahun Baru 2014 menerusi laman blog 1Malaysia petang ini, Perdana Menteri berkata sejak minggu lalu seramai 7.9 juta isi rumah berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan layak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). 
“Kita juga akan membuka Kedai 1Malaysia dan Klinik 1Malaysia yang baru demi menyediakan perkhidmatan kesihatan dengan kos berpatutan kepada rakyat,” katanya menerusi blog www.1malaysia.com.my. 


Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan akan membelanjakan sejumlah RM42 bilion untuk menampung subsidi iaitu jumlah yang sama dibelanjakan untuk pembangunan.

Katanya, dalam usaha kerajaan merasionalkan subsidi, kos perbelanjaan sektor awam juga dikurangkan. 

“Kita sudah mengumumkan 11 langkah mengurangkan perbelanjaan awam, termasuk mengurangkan kos elektrik di setiap jabatan sebanyak lima peratus, memperketatkan syarat dalam melantik juru runding, serta mengurangkan elaun tol dan keraian untuk menteri dan penjawat awam. 

“Kita juga turut mengulangi komitmen untuk menangani rasuah, mengurangkan pembaziran kerajaan dan meningkatkan perolehan; meletakkan semua tender kerajaan di atas talian, supaya ia jadi lebih telus, dan berusaha untuk lebih merealisasi nilai aset kerajaan,” katanya. 


Katanya, dengan merasionalisasikan subsidi, kerajaan akan dapat mengukuhkan kedudukan fiskal, membolehkan pentadbiran kerajaan memberi fokus terhadap perbelanjaan kepada projek pembangunan termasuk kesihatan dan pendidikan, sekali gus bergerak ke arah belanjawan seimbang menjelang 2020.

“Dengan mengadaptasi langkah-langkah yang diperlukan untuk menjadikan ekonomi Malaysia lebih kukuh, kita bukan saja melindungi negara daripada krisis kewangan, kita turut membuka peluang dan mewujudkan pekerjaan baru. 

“Banyak pihak akan lebih cenderung untuk melabur dalam syarikat Malaysia, membina kilang di Malaysia dan memulakan perniagaan baru. Ini seterusnya akan memacu pembangunan ekonomi, membantu untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat dan meletakkan Malaysia pada kedudukan yang lebih kukuh dalam jangka masa panjang,” katanya.

Katanya, kerajaan juga akan berusaha sedaya upaya untuk meminimakan kesan kepada rakyat. 

“Berdasarkan maklum balas awam, kita akan menambahbaik program-program kerajaan di mana perlu, supaya kesan ke atas pendapatan isi rumah tidak terlalu ketara. Kita akan melaksanakan beberapa mekanisma untuk mengurangkan beban rakyat akibat kenaikan tarif elektrik dan tol. PEMANDU akan turut mengemukakan idea-idea baru untuk mengurangkan tekanan kos sara hidup.

“Kita juga akan memastikan kadar kenaikan adalah adil. Sebagai contoh, kenaikan harga petrol dan tarif elektrik akan memberi kesan kepada kuasa membeli rakyat. Namun, walaupun ada peningkatan, kerajaan masih memberi subsidi petrol dan bil elektrik. 

“Untuk kenaikan cukai taksiran di Kuala Lumpur baru-baru ini pula, selepas mendengar keluhan rakyat, kadar cukai dikurangkan sehingga dua peratus dan rebat tambahan diberikan kepada pemilik hartanah yang tidak berkeupayaan, pesara serta pemilik-penghuni,”
katanya. 

NAJIB PANIK

Hari ini, menurut satu laporan akhbar, Najib Razak mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam termasuk pengurangan elaun keraian Menteri dan Timbalan Menteri bermula 1 Januari 2014.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/elaun-menteri-dikurangkan-mulai-1-jan-1.235629

Peliknya, keputusan ini dibuat hasil rundingan di antara beliau, Timbalannya, Muhyiddin Yassin, dan Ketua Setiausaha Negara Ali Hamsa.


Tindakan itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah pada tahun depan, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
HASIL RUNDINGAN  DENGAN MUHYIDDIN DAN KSN? Malam esok negara akan menghadapi PROTES RAKYAT kesan dari keputusan-keputusan kerajaan yang mengakibatkan kenaikan harga barang mendadak.

Di manakah Najib malam esok?

BERCUTI DAN MENYAMBUT TAHUN BARU DI LUAR NEGARA KETIKA KEMARAHAN RAKYAT MEMUNCAK. Itu kata tulisan blogger Abdul Kadir Jasin. Baca di link ini: http://kadirjasin.blogspot.com/2013/12/demonstrate-but-dont-be-like-siam.html


JELAS sekali pengumuman hari ini menggambarkan Najib PANIK kerana ianya dibuat TANPA merujuk kepada jemaah Menteri dan hanya hasil perbincangan antara TIGA ORANG.

Keputusan yang dibuat oleh Najib ini tidak akan meredakan kemarahan rakyat yang telah dibebankan dengan kenaikan tarif elektrik, harga petrol, tol, cukai pintu, gula dan tambang.

Hanya mereka yang menyokong kerajaan membuta-tuli yang menyokong kenaikan ini dan menyatakan ianya tidak memberi kesan kepada kenaikan harga.

Apakah rakyat peduli jika elaun Menteri dikurangkan 50 peratus sekali pun? Apakah jika gaji Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dikurangkan kepada hanya RM3,000, rakyat akan terkedu dan kemarahan mereka akan reda?

Rakyat sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan. Ini bukan persepsi lagi. Ini realiti.

Turun sebanyak mana sekalipun gaji Menteri, pemimpin-pemimpin Umno dan BN akan berebut-rebut dan pijak memijak sesama sendiri mahu menjadi Menteri.

Dengan gaji Menteri yang tidak seberapa pun sekarang ini, bapak-bapak Menteri dan anak-anak mereka mampu membeli harta jutaan ringgit di kota London dan New York.

Dengan gaji yang tidak seberapa ini pun, Menteri-Menteri dan anak-anak mereka mampu menziarahi kota London hampir setiap bulan untuk bercuti dan membeli-belah.

Lebih menyakitkan hati bila ada anak Menteri dengan takburnya membawa teman wanita bercuti ke London/Paris sambil bergambar di Jambatan Cinta, sama-sama "mengunci" cinta mereka di Kota Eropah ini.

Kami di kampung melangsungkan perkahwinan anak kami cara lama dan cara kampung. Bergotong royong sesama kami, tolong menolong untuk memastikan anak kami selamat dinikahkan. Hantaran pun, jiran tolong sediakan. Kalau tak dapat sembelih lembu sekali pun, buat gulai ikan kering pun jadilah.

Bandingkan kehidupan kami dengan Menteri-Menteri Umno. Akad nikah anak Menteri dibuat di istana. Persandingan di hotel 6 bintang. Meraikan perkahwinan tiga hari tiga malam.

Ada pemimpin Umno berhelikopter ke sana  ke mari. Hal kereta besar dan mewah tak usah cakap. Itu belum lagi cerita anak Menteri membeli rumah bernilai RM7 juta dan bayar tunai. 

Oleh itu, wahai Najib, tak usahlah melepas batuk di tangga dan menganggap kami rakyat masih bodoh.

Tindakan menurunkan elaun keraian lebih menyakitkan hati kami dari meredakan kemarahan kami.

Pemimpin Umno dijunjung. Tak dapat jadi Menteri, diberi jawatan penasihat bertaraf Menteri dan bergaji Menteri. 

Kami tidak akan lupa semua ini.

Selamat bercuti Dato' Sri. Semuga sihat semasa berada di luar negeri.

Sunday, December 29, 2013

HASSAN MALEK: BADUT BERTARAF MENTERI DARI MALAYSIA?


Ini sudah melampau. Kalau betul pun, janganlah menghina sebegini rupa.

Ini yang tersiar di dalam Wikipedia buat masa ini:

Hassan Malek

From Wikipedia, the free encyclopedia

Hassan was a member of the State Assembly of
 Negeri 
Sembilan for the constituency ofJuasseh.[1] In the 2004
 election, he was elected to the federal Parliament for 
the seat of Kuala Pilah.[2] He is a Deputy Minister in 
the government of Najib Tun Razak.[3]Datuk Hassan 
bin. Malek is a Malaysian clown and politician and the 
Member of theParliament of Malaysia for the Kuala Pilah 
constituency in the State of Negeri Sembilan. He is a 
member of the United Malay National Organisation (UMNO)
 party in the governingBarisan Nasional coalition. He is
 the Minister of Domestic Trade Cooperative and Consumerism.