Showing posts with label liwat. Show all posts
Showing posts with label liwat. Show all posts

Saturday, July 5, 2008

KENAPA ANWAR MENYERANG NAJIB?

SATU PERSOALAN MENANTI JAWAPAN: Kenyataan-kenyataan dan tuduhan-tuduhan Anwar Ibrahim terhadap Najib Razak selama ini dipenuhi unsur kebencian. Mengapa?
Mengapa Anwar begitu benci pada Najib?

Mungkinkah jawapan Ezam Mohd Noor, bekas Setiausaha Politik Anwar, kepada Utusan Malaysia hari ini dapat merungkai persoalan ini? Berikut ialah antara petikan dari kenyataan Ezam itu.

“Anwar menggunakan taktik tersebut dengan matlamat mencemarkan imej dan maruah Najib bagi mengelakkan Najib menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti.”

"Semasa masih berkuasa dalam kerajaan dan UMNO, Anwar pernah mengakui bahawa Najib merupakan seorang pemimpin yang pintar, cerdik dan berwibawa."

“Anwar pernah menceritakan beberapa kali kepada saya mengenai kepintaran dan kecerdikan Najib sebagai seorang ahli politik. "

“Bagi saya, inilah puncanya Anwar bersungguh-sungguh mahu menjatuhkan Najib lebih-lebih lagi dalam keadaan Anwar semakin terdesak sekarang.”

“Semasa Anwar menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada awal 1980-an, beliau mengakui tahap kebijaksanaan Najib yang ketika itu merupakan salah seorang Exco Pemuda yang jauh lebih bijak jika dibandingkan dengan exco-exco yang lain.”

“Anwar sememangnya mengakui kehebatan yang ada pada Najib. Kedudukan Najib pada masa ini cukup selesa iaitu hanya menunggu proses peralihan kuasa berlaku dan haluan perjalanan politik Najib berbeza dengan Anwar.”

Laporan sepenuhnya: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0705&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Friday, July 4, 2008

TAATILAH NASIHAT MUFTI!

NASIHAT: Dalam suasana polemik ini, ada baiknya mereka yang terlibat dalam tuduhan Anwar meliwat mentaati nasihat Dr Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis.
Menerusi blognya, Dr Asri mengesa mereka yang terlibat supaya mubahalah’ atau bersumpah.

Berikut ialah nasihat Dr Asri ketika menyampaikan Kuliah Hadith di Masjid Alwi, Kangar, Perlis.

“Daripada bertengkar tidak tentu arah, saya syorkan mubahalah agar dapat menyelesaikan kekalutan isu liwat ini. Disebabkan isu yang semakin kalut ini, rakyat menjadi celaru.

(Rakaman ucapan Mufti Perlis boleh diakses di laman web beliau http://www.drmaza.com).

“Kita tidak tahu siapa sebenarnya yang berbohong. Dia kata dia, ada kata orang ni. Ada kata konspirasi, niat jahat sampai rakyat berkelahi dan bertumbuk. Macam-macam cerita kita dengar.

“Dalam Islam, pada asalnya tidak boleh buka aib orang, cerita peribadi orang tidak boleh dedah pada orang lain. Tapi dalam politik Malaysia sekarang, main lawan dedah aib. Dua kali lima, lima kali dua. Semua dok pakat bongkar hal orang.

“Saya tak nak bela sesiapa. Yang untungnya, surat khabar laku. Asalnya memang perkara peribadi macam ini tidak boleh dedah. Ada orang kata kena kemukakan empat orang saksi. Saya tidak setuju sebab budak (Saiful) ini mendakwa diri dia sendiri (seorang diri), bukan orang lain."


“Pihak yang mendakwa (Saiful) hendaklah mendatangkan bai’nah (bukti). Sila bersumpah pada orang yang dituduh yang dia tidak melakukannya. Kedua-dua pihak (Anwar dan Saiful) hendaklah bersumpah. Kalau tidak puas hati lagi, bermubahalah seperti ini… "Jika dia tidak melakukan kepada saya, laknat Allah kepada saya, jika saya melakukannya laknat Allah kepada saya’ dan hendaklah bersumpah dengan Wallahi, Wabillahi, Watallahi… saya tidak melakukannya.”


"Selepas bersumpah kedua-dua pihak dan semua orang kena senyap dan tidak perlu memberikan sebarang ulasan lanjut. Ini benda peribadi tapi sudah jadi urusan rakyat. Serahkan pada Allah kerana ini urusan Allah.”

"Ppolitik pada asalnya ialah satu tanggungjawab khilafah yakni memakmurkan dunia dan khalifah yang dilantik mesti menegakkan agama dan menguruskan dunia. Tapi sekarang politik sudah jadi lawan tuduh dan lawan dedah. Gelanggang yang kotor. "


"Tokoh Turki Badiuzzaman Said Nursi pernah berkata ‘Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan dan politik. Tokoh agama Rasyid Ridha pula pernah berkata, “Aku berlindung dengan Allah daripada politik dan apa sahaja terbitan politik”.

"Pertama kali mubahalah dilakukan dalam satu peristiwa pada zaman Nabi apabila puak Kristian di Najran mempertikaikan kebenaran Nabi. Nabi telah membawa Hussin, Hassan dan Fatimah dan mencabar puak Kristian di Najran untuk bermubahalah iaitu laknat-melaknati atas nama Tuhan tapi puak Kristian Najran tidak berani.”

"Seperti yang terkandung dalam Ayat 59-61, Surah Ali-Imran di mana antara lain, Allah berfirman,”Kebenaran itu dari Tuhanmu. Jangan kamu termasuk dalam golongan mereka yang ragu. Setelah datang kepada engkau keterangan dan ilmu. Katakanlah pada mereka semua…”

"Ulamak Al Abbas pernah melakukan mubahalah, begitu juga Ibnu Hajar Al-Asqalani (penyusun kitab Bulughul Maram) pernah mencabar pendapat kesesatan ahli sufi Ibnu Arabi dengan mubahalah apabila pertengkaran mereka melarat sampai ke pengetahuan Sultan."


“Ketika itu, Ibnu Hajar dan Ibnu Arabi bermubahalah di mana dia berkata kalau Ibnu Hajar berada di atas petunjuk Allah, Allah akan laknat aku dan begitu juga jika dia berada di atas kesesatan Allah.”

"Mubahalah itu dilakukan pada bulan Ramadan. Bila tiba bulan Zulkaedah, bapa saudara Ibnu Arabi buta mata dan mati."

Thursday, July 3, 2008

ANTARA LIWAT DAN DENDAM KESUMAT!

POLITIK ITU KOTOR ATAU PELAKONNYA YANG KOTOR?
Jelapang lebih yakin pelakon-pelakonnya lah yang mencemar pentas politik. Malah matlamat menghalalkan cara menjadi resam dalam politik negara.
Hari ini tidak terkecuali. Hari ini kita menyaksikan kejijikan mainan kotor dalam politik. Kemanusiaan dan keagamaan diketepikan. Aib mengaibkan bukan lagi halangan kerana paksinya cita-cita harus menjadi nyata.
Semalam Jelapang menjangkakan Anwar Ibrahim akan lebih “garang” dari Anwar sedekad yang lalu kerana kes liwatnya akan menentukan “hidup mati karier politik Anwar”. Jangkaan tersebut tidak meleset.
Tetapi Jelapang tidak menjangkakan politik Melayu akan tercemar sebegini rupa.
Hari ini nama Najib Razak cuba dicemari oleh Anwar. Mengapakah Anwar begitu menyimpan dendam kesumat terhadap Najib?
Semuga, suatu hari nanti Anwar dapat meleraikan apa yang tersirat di lubuk hatinya. Kita pasti ingin tahu kenapa Anwar penuhi dirinya dengan kebencian dan iri hati terhadap Timbalan Perdana Menteri.
Marilah kita nilai sendiri kenyataan-kenyataan berikut yang di keluarkan hari ini.


Petikan dari kenyataan penyiasat persendirian (dilantik oleh Abdul Razak Baginda), P Balasubramaniam dalam satu sidang akhbar yang turut di hadiri Anwar.

* Najib memaklumkan kepada majikannya itu bahawa mereka berdua pernah melakukan hubungan seks. (termasuk seks diluar tabii) (English version: Datuk Seri Najib Tun Razak informed Abdul Razak Baginda that he had a sexual relationship with Aminah and that she
was susceptible to anal intercourse.)

* Oleh sebab beliau sekarang timbalan perdana menteri, Najib meminta Abdul Razak menjaga Altantuya agar wanita berkenaan tidak mengacaunya.
* Ketiga-tiga mereka – Najib, Abdul Razak dan Altantuya - didakwa pernah makan malam bersama di Paris.
* Altantuya menuntut wang komisyen sebanyak US$500,000 daripadanya berhubung pembelian kapal selam Malaysia di negara itu.
* Altantuya bertemu dengan Abdul Razak dan Najib di Singapura.

* Mereka bertiga pernah makan malam bersama di Paris.
* Wanita itu pernah dijanjikan wang komisyen US$500,000 berhubung urusan pembelian kapal selam.
* Altantunya memerlukan wang untuk menebus kembali rumah yang dibelikan untuknya oleh Abdul Razak tetapi telah dibiayai semula oleh saudara lelakinya.
* Ibunya sedang sakit dan beliau memerlukan wang untuk rawatan.
* Oleh kerana niatnya untuk bertemu Abdul Razak masih tidak kesampaian, Altantuya meminta Balasubramaniam menguruskan pertemuannya dengan Najib.
Layari: http://anwaribrahimblog.com/wp-content/uploads/2008/07/bala_pi_stat_dec-1.pdf
http://www.malaysiakini.com/news/85497

Kenyataan Anwar Ibrahim

Mr.Balasubramaniam’s evidence vindicate what we have been saying all along; there has been no proper investigation of the murder of Altantuya and the investigation and proceedings in court seem to following a pre-arranged script for a pre-arranged outcome.
(Kenyataan Balasubramanian mendedahkan apa yang telah kita katakan selama ini. Tiada siasatan yang sempurna dilakukan terhadap pembunuhan Altantuya) Layari: http://anwaribrahimblog.com/


Kenyataan Najib Razak

“Tuduhan itu adalah rekaan semata-mata, berniat jahat, berunsur fitnah dan bertujuan untuk mencemar imej saya. Saya tidak pernah sama sekali mengenali atau berjumpa dengan Altantuya (Shaariibuu).

"Saya amat yakin bahawa tindakan ini merupakan satu usaha yang terdesak, oleh (Datuk Seri) Anwar Ibrahim untuk mengalih pandangan daripada tuduhan liwat yang beliau sedang hadapi sekarang."

“Ini persoalannya, jadi kita tidak boleh alih daripada isu utama, iaitu sama ada kes liwat itu berlaku atau tidak...ini yang kita hendak tahu."

Layar: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0703&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_14.htm
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=343689

MALAYSIAKINI

DPM admits meeting sodomy complainant
Beh Lih Yi Jul 3, 08 9:49pm
In a new twist, Deputy Prime Minister Najib Abdul Razak today admitted that he met Saiful Bukhari Azlan a few days before the latter lodged a police report against Anwar Ibrahim for alleged sodomy. http://www.malaysiakini.com/news/85547

Wednesday, July 2, 2008

HIDUP MATI KARIER POLITIK ANWAR!

HIPOTESIS I - Jika Anwar bersalah: Sekiranya tuduhan Mohd Saiful Bukhari Azlan didapati mempunyai asas maka berkuburlah karier politik Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat. Malah ia juga mungkin mengakhiri hayat Pakatan Rakyat. Dr Mahathir Mohamad akhirnya dibuktikan betul tindakannya.

HIPOTESIS II – Jika Anwar tidak bersalah: Bertambahlah tekanan terhadap Umno dan Barisan Nasional. Malah kegusaran di peringkat akar umbi bertambah serius. BN akan mengalami saat-saat kesukaran dan populariti Anwar akan menggunung. Seawal hujung minggu ini Bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan mengisytiharkan bertanding pilihanraya kecil di satu kawasan Parlimen dan ianya dijangkan di Kuala Kangsar, kubu kuat Umno dan BN dan wakilnya Rafidah Aziz. Ramai menjangkakan Mahkamah akan membuat keputusan mengisytiharkan piliharanraya untuk kerusi Kuala Kangsar tidak sah Jumaat ini.

Itulah perjudian yang diambil oleh Anwar dan komplot-komplot, sekiranya betul tuduhan Anwar, tertentu yang merancang konspirasi ini. Sekiranya Anwar tidak bersalah, peluangnya menghayun langkah ke Parlimen amat cerah awal bulan depan.
Sebaliknya sekiranya benar tuduhan Mohd Saiful, maka kariernya akan dikapankan buat selama-lamanya. Persoalannya sekarang adakah tuduhan itu benar?

Malaysiakini dalam satu survey mendapati 94.4 peratus pembacanya percaya tuduhan terbaru terhadap Anwar adalah konspirasi politik. Laporan Malaysiakini: http://www.malaysiakini.com/news/85410

Bagaimanapun, survey atau bancian seumpama ini mempunyai kelemahannya. Apakah padangan golongan silent majority? Ada yang mempercayai bahawa tuduhan tersebut berasas dan yang jelas Anwar menghadapi saat-saat genting dalam karier politiknya.

Bagi yang meragukan keikhlasan Anwar, mereka tertanya-tanya. Sekiranya tuduhan liwat sedekad yang lalu hampir menjatuhkan kerajaan BN pada ketika itu, kenapakah ianya berulang? Bagi mereka yang mengenali ketokohan politik Anwar, mungkin kali ini Anwar akan lebih garang mempertahankan masadepannya.

Kalau dulu beliau bermodalkan mata lebam dan dipenjarakan, kini beliau bebas dan tidak relevan dalam politik Umno yang akan mengadakan pemilihan Disember ini. Anwar dilihat sudah terlajak kata. Saban hari beliau mengulangi ugutan bahawa Ahli-ahli Parlimen BN akan menyertai Pakatan Rakyat.

Kini pengkiritiknya mendesak Anwar membuktikan kata-katanya atau ianya akan dilihat sebagai omong-omong kosong. Yang pasti Anwar akan lebih garang kali ini kerana karier politiknya diambang kehancuran sekiranya tuduhan Mohd Saiful berasas. Bagaimanapun tidak mungkin peristiwa 1997/1998 berulang di mana rakyat akan berarak untuk melaungkan cogankata reformasi untuk Anwar.

Sekiranya benar, Anwar akan kehilangan rakan politik selama-lamanya. Pas tidak akan mahu dikaitkan dengan Anwar kerana tidak mahu imej Islamnya tercalar.

Saat ini adalah saat yang cukup genting buat Anwar dan karier politiknya.

P/S: “On the face of things, Abdullah is very weak. Rising petrol prices have naturally been unpopular in an oil-producing nation where car ownership is relatively high and public transport abysmal.”

“Abdullah, a man often accused of being asleep at the wheel, has recently been taking risks, helped by some new, straight-talking, independent-minded ministers.”


Dua petikan di atas ada dari penulisan Philip Bowring di dalam International Herald Tribune. Bowring, rata-rata penulisannya selama ini menyokong Abdullah Ahmad Badawi dan pernah menulis untuk New Straits Times, seperti yang diduga meramalkan Abdullah akan kekal sebagai Perdana Menteri.

"The battle is over who, if anyone, will succeed Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi, who is under pressure to quit after the election setback. But the more mud that is thrown, the more it appears that Abdullah may be the best man for the job after all."


"The charges have the mark of desperation, not so much on the part of Abdullah, but on others in the party hierarchy. They follow potentially even more damaging allegations a week earlier against Najib, the heir apparent to Abdullah, relating to events surrounding the murder of a Mongolian translator and model. A close associate of Najib and two members of a leaders' security squad answerable to him are now on trial."


"But Abdullah may find that if he stands his ground, continues to make bold decisions and shows that the UMNO-led coalition under his leadership represents racial and religious moderation and an open society, the UMNO delegates will come to see what many others already see: He is the best and least controversial prime minister currently available."


Untuk laporan sepenuhnya, sila layari: http://www.iht.com/articles/2008/07/01/opinion/edbowring.php

KES LIWAT ANWAR: PENAFIAN HKL

BERLAKU ADIL LAH: Berbagai khabar angin dan spekulasi tersebar mengenai keputusan pemeriksaan perubatan ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ada baiknya kita berlaku adil kepada mereka yang dikaitkan dengan kes ini. Hospital Kuala Lumpur hari ini menafikan mengeluarkan sebarang maklumat mengenai hasil pemeriksaan tersebut.

Kenyataan HKL

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Hospital Kuala Lumpur hari ini menafikan ada mengeluarkan kenyataan mengenai keputusan pemeriksaan terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, yang mendakwa diliwat penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain dalam kenyataannya berkata pihak berkuasa hospital tidak mengeluar atau menghebah maklumat dan penemuan atau membuat sebarang rumusan mengenai pemeriksaan terhadap Mohd Saiful."Kami patuhi semua prosedur dalam mengendalikan secara profesional kes seperti ini," katanya.Sebuah akhbar hari ini memetik sumber sebagai berkata beberapa pemeriksaan yang dilakukan oleh HKL mengesahkan Mohd Saiful diliwat. – BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=343411

Bagaimanapun beberapa blog membuat andaian masing-masing antaranya:

HARD-T : DNA belong to Anwar....
Editorialblog: Apa Kata Editor MSM (Bhg 40 - laporan DNA Anwar) -