Showing posts with label bung. Show all posts
Showing posts with label bung. Show all posts

Thursday, July 24, 2008

SKETSA PARLIMEN 14 (JULAI 16/08): MD KHAZANAH MAHARAJA, AIR ASIA & LIWAT



PETIKAN MENARIK DARI HANSARD PARLIMEN
“…mengenai isu pelupusan wang kertas denominasi RM500 dan RM1,000…mereka yang memiliki wang kertas denominasi RM500 dan RM1,000 masih boleh ditebus dengan nilai yang sama, manakala sebelum ini Bank Negara Malaysia telah
mengumumkan bahawa pada 12 Sept 1998, wang kertas denominasi RM500 dan RM1,000 dinyahkan dan ditarik balik sah lakunya bermula 1 Julai 1999. Tarikh 1 Julai 1999 hingga 27 Nov 2007 sudah berlalu lebih lapan tahun. Wang kertas RM500 dan RM1,000 dalam edaran sebelum dinyahkan sebanyak 1,989,479 keping kertas RM500 dan 4,523,731 berharga RM1,000 dengan nilai muka sebanyak RM5.54 bilion. Kesediaan Bank Negara menerima penukaran sah laku wang kertas denominasi RM500 dan RM1,000 menimbulkan tanda tanya rakyat dan pelbagai pihak, siapakah mahu menukarnya yang baki ini dan disyaki ianya tersimpan di luar negara oleh pihak atau individu tertentu dan kenapa tidak ditukar lapan tahun dahulu?
Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Pengarah Urusan Khazanah Nasional saya dengar gajinya, kedudukannya macam maharaja, betul kah elaun sebulan RM120,000, lain-lain kemudahan berapa banyak dan siapakah yang memantau mereka ini? – Ibrahim Ali.

Apakah kita hendak tunggu warga kota bawa tempurung, bawa tupperware merata baru kita hendak ukur bahawa warga kota ini menderita? Apakah kita hendak tunggu perniagaan sehingga dah tutup semua, barulah kita masa itu sedar bahawa rakyat begitu terhimpit dan susah? “ - Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali (Titiwangsa)

“Kalau di Ledang, seseorang itu seperti YB, kawan-kawan dia, kalau seorang dapat RM3000 sebulan itu, di Ledang memang boleh hidup dengan lebih selesa. Akan tetapi, kalau dapat RM5000 di Kuala Lumpur itu, susahlah.” - Tan Seng Giaw (Kepong)

“Ada pihak-pihak tertentu menggunakan kepakaran teknologi untuk mewujudkan gempa bumi, gunung berapi dan senjata geophysical ini diakui oleh para saintis.” - Razali Ibrahim (Muar)

“Saya terlalu kecewa melihat gelagat pelakon badut veteran daripada pembangkang. Memang hebat lakonan dia. Dia sentiasa memainkan lagu lama Tuan Yang di-Pertua. Dia selalu menari di gelanggang yang tidak sama rata. Itulah dia YB Ipoh Timur yang selalu salah tempat.” - Bung Moktar Radin (Kinabatangan) (gambar)

“Risalah di hadapan saya ini menunjukkan bahawa ada elaun-elaun sehinggakan RM40 ribu setahun kepada Perdana Menteri atau kepada menteri, tolong verify. RM40 ribu setahun untuk dapur dan perhiasan rumah. Peruntukan percutian, tiket penerbangan RM50 ribu, untuk hotel, duit poket dan sebagainya. Bil elektrik percuma ditanggung kerajaan, telefon percuma ditanggung kerajaan.” - Siti Mariah Mahmud (Kota Raja)

“…saya harap Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tampil pada hari ini di balai polis memberi keterangan dan kalau berani bagi sampel DNA untuk kita uji sama ada laporan polis tersebut adalah betul atau pun tidak. Ini adalah soal penting untuk masa depan negara kita.” - Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Rembau).

Ini tuduhan liwat, maknanya ada homosexual anal intercourse! Ada penetration! - Khairy Jamaluddin.

“Saya ingin tahu kenapakah Petronas tidak berani untuk menuntut hutang tersebut daripada AirAsia? Sama ada Petronas telah diarah oleh Kementerian Kewangan ataupun the fourth floor boy supaya jangan ambil tindakan terhadap AirAsia.” Wee Choo Keong (Wangsa Maju).

“Sedangkan kalau seorang mahasiswa hutang kerajaan RM3,000, RM10,000 mereka akan diheret ke mahkamah ataupun peniaga kecil kalau hutang cukai pintu kerajaan tempatan ataupun DBKL, mereka akan diheret ke mahkamah dan syarikat yang berhutang service tax,
mereka akan diheret ke mahkamah dan AirAsia ini satu syarikat yang amat special tidak ambil apa-apa tindakan. Sila beritahu kenapakah Tony Fernandez boleh mengatakan dalam surat khabar mereka masih dalam perbincangan dengan Menteri Kewangan untuk berunding dengan hutang ini.”
Wee Choo Keong.

Saturday, July 12, 2008

SKETSA PARLIMEN 10 (JULAI 8/08): HAL PUNGGUNG, JILAT, MENJILAT SAMPAI BERKILAT

PETIKAN MENARIK DARI HANSARD PARLIMEN
“Baru-baru ini, kita lihat, polis membuat pernyataan, jangan sertai demonstrasi…Banyak kali di TV dan akhbar dan sebagainya. Akan tetapi, akhirnya, bagi juga kebenaran. Ada sesetengah itu tidak ikut kebenaran seperti mana yang berlaku baru-baru ini, sampai kita pun tidak faham, tujuannya untuk menurunkan harga minyak tetapi, ada konsert dan bergaduh, menyanyi lagu yang bukan-bukan. Ada rockers pula datang. Lagu apa itu, jilat, jilat, menjilat sampai berkilat. Ini apa hal? Saya hairan kenapa polis seperti takut sekarang ini mengawal demonstrasi.” - Dr Mohd Puad Zarkashi (Batu Pahat)

“Dari segi penyanyi-penyanyi yang bagi orang tengok punggung dia, menyanyi dengan lagu jilat, jilat ini semua, ini adalah satu perkara yang menjadikan satu budaya asing, bukan untuk orang Malaysia. Ini mungkin untuk penyokong PKR atau apa, saya tidak tahulah, tapi mereka ini ada di perhimpunan PKR. Itu adalah masalah dia.” - Timbalan Menteri Dalam Negeri Chor Chee Heung

“…sekiranya RM78 bilion ini yang diberi kepada IPP dapat disalurkan kepada rakyat Malaysia, setiap orang boleh dapat RM3,000.00.”Lim Guan Eng (Bagan)

“Saya bodoh sekali, you bodoh 100 kalilah.” - Bung Moktar Radin (Kinabatangan)

“Kalau tiap-tiap kali ada kes yang dikatakan kontroversial kita adakan suruhanjaya, kerja negara kita memang tidak ada lain Yang Berhormat, memang kerja suruhanjaya lah kerajaan negara kita.” - Timbalan Yang di-Pertua Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

“Saya lihat Tan Sri (Nor Mohamad Yakcop) asyik semua soalan gostan, gostan, gostan. Saya masuklah soalan yang ada kaitan dengan kepentingan rakyat masa sekarang. Masa sekarang ini! Ini soal windfall tax 15% penjual kelapa sawit. Orang ramai marah Tan Sri, marah sangat! Jadi macam mana kedudukan? Saya tanya Kementerian hari itu dia kata, “Ini Kementerian Kewangan punya hal”. Jadi boleh tidak Tan Sri, ini rayuan. Apa pun kita hendak supaya tax ini dihapuskan bagi pihak rakyat Tan Sri. Kalau tidak Barisan Nasional akan kalah Tan Sri...Kalah, kalau rakyat marah dia tidak sebelah kita, dia sebelah pembangkang. Kalau kita hapuskan, pembangkang akan kalah Tan Sri... [Dewan riuh] [Ketawa] Pilih sajalah, hendak menang, hendak kalah. Terima kasih Tan Sri. - Mohamad Aziz (Sri Gading)

“Kalau kita hendak kata soal keadilan, biar kita faham, apa itu keadilan. Hak untuk membela diri di mahkamah, hak untuk bertemu dengan seorang peguam untuk membela kita, hak untuk kita
membersihkan nama kita adalah soal keadilan selain daripada ditahan. Walaupun you put me in a golden cage, it is still a cage.”
- Khalid Abd. Samad (Shah Alam)

“Pagi tadi saya mendapat satu SMS daripada pengundi di sana, dengan izin, “Another house was rob last night, looks like the resident got to buy a gun soon to protect themselves”, sampai begini frustrated pengundi-pengundi di sana. Saya tidak tahu, sebagai wakil rakyat dia tanya saya apa yang boleh dilakukan oleh Ahli Parlimen? Saya pun tidak tahu apa hendak cakap." - Loke Siew Fook (Rasah)
http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-08072008.pdf