Showing posts with label bpr. Show all posts
Showing posts with label bpr. Show all posts

Friday, December 4, 2009

ERA SAID HAMDAN DI SPRM TAMAT!

SPRM akan mendapat Ketua Pesuruhjaya yang baru bulan depan.

Kontrak Ahmad Said Hamdan dipendekkan 5 bulan dan dengan itu khidmat beliau akan berakhir 31 Disember ini.
Laporan Bernama: http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=460072

Ahmad Said akan diingati atas dua perkara. Pertama: Beliau merupakan orang pertama memimpin SPRM yang ditubuhkan oleh Abdullah Ahmad Badawi.

Kedua: Di bawah pentadbiran beliau juga seorang saksi dalam kes rasuah mati terjatuh dari pejabat SPRM di Selangor.

Thursday, July 16, 2009

SPRM PERLU JAWAB PERSOALAN BERKAITAN KEMATIAN TEO!

Kematian Setiausaha Politik Ahli Exco Negeri Selangor Teo Beng Hock (gambar) di Plaza Masalam tengahari tadi adalah sesuatu yang tragik.


Tragik terutamanya pada keluarga Teo, tambahan pula mendiang dikatakan akan melangsungkan perkahwinannya esok.


Lebih tragik lagi sekiranya ia membawa kesan negatif kepada BN dan Najib Razak.


Kematian Teo sudah pasti akan menjadi modal baru Pakatan Rakyat. Ketika kerajaan merayakan 100 hari Najib sebagai PM, 5 hari kemudian "perayaan" ini dicemari oleh insiden kematian Teo di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.


Apapun alasan yang diberikan oleh SPRM mengenai kejadian ini, badan itu perlu memberi jawapan kepada beberapa persoalan yang akan dibangkitkan nanti.


Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull membuat kenyataan berikut petang tadi:


Teo datang ke pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam pada 5 petang semalam untuk memberi keterangan dan dibenarkan pulang pada pukul 3.45 pagi ini.

Sebelum pulang Teo berjanji akan datang semula ke pejabat SPRM Selangor untuk membawa beberapa dokumen bagi membantu siasatan.

Beliau ingin berehat dulu di bilik tetamu pejabat SPRM dan SPRM membenarkannya. Pada pukul 6 pagi dia masih kelihatan tidur di atas sofa dan selepas itu SPRM tidak melihat beliau lagi. http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=425953

Antara persoalannya: 1) Adakah menjadi prosidur biasa SPRM menyoal siasat seseorang sehingga 3.45 pagi?

2) Adakah perkara biasa bagi SPRM memberi kebenaran kepada orang yang disoalsiasat untuk tidur di pejabat SPRM selepas dibebaskan?

3) Bukankah orang yang disoalsiasat menjadi tanggungjawab SPRM selagi dia masih berada di dalam bangunan atau pejabat SPRM?

SPRM adalah badan bebas. Ia mempunyai kuasa yang cukup besar selepas diberi taraf Suruhanjaya oleh Abdullah Ahmad Badawi sebelum beliau mengundur diri.

Kes kematian ini merupakan kes pertama yang dikaitkan dengan siasatan yang dijalankan oleh SPRM. Seharusnya kerajaan mengambil tindakan pro-aktif untuk memastikan kita berlaku adil kepada mereka yang tidak bersalah.

Shukri menyatakan Teo hanya seorang saksi atau dengan kata lain bukanlah orang yang kena tuduh dan bukan orang bersalah.

Maka ada baik sekiranya pihak polis menyiasat dengan terperinci kes kematian ini tanpa prejudis. Kalau perlu gantung saja kerja Pengarah Siasatan SPRM Selangor serta pegawai SPRM yang terlibat dalam menyoal siasat mendiang Teo. Tetapi janganlah menyoalsiasat pegawai SPRM ini sampai 3.45pagi. Apapun kerajaan perlu elakkan kes ini dari menjadi biawak hidup Umno yang akan dibawa ke PRU-13 nanti.

SEMENTARA ITU:

Nazri Aziz membuat satu lagi kenyataan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Hanif Omar dan Tan Sri Abdul Talib Othman.

Kenyataan beliau yang terbaru:

“If they want to summon me, summon la. Saya peduli apa (What do I care). They are not important to me. To me, they are misfits". (Kalau mereka hendak saman saya, saman lah. Saya peduli apa. Mereka tidak penting bagi saya. Bagi saya, mereka janggal." http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/20090716173236/Article/index_html

Untuk pengetahuan Nazri, beliau sudah pun diberi gelaran "Badut 2009" oleh blogger Khoo Kay Peng. http://khookaypeng.blogspot.com/

Dan Kay Peng mendakwa SPRM bertanggungjawab di atas kematian Teo.

Saturday, June 13, 2009

MRR2: SIASAT JUGA SPRM & PEJABAT PEGUAM NEGARA

"Semalam, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Syukri Abdull mengesahkan siasatan ke atas dua lelaki bergelar Datuk telah siap dan sudah diserahkan kepada Bahagian Pendakwaan. Siasatan mengenai penyelewengan projek tersebut dijalankan selepas media pada Ogos 2004 mendedahkan mengenai keretakan MRR2 yang tidak selamat digunakan." - Utusan Malaysia 13 Jun 2009. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0613&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Menurut laporan akhbar The Star sebelum ini, mereka yang dituduh dipercayai mendesak dan menerima lebih dari RM3 juta dari sebuah syarikat pembinaan yang mengambil alih pakej 11 MRR2 yang menghadapi masalah. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/6/11/nation/4094808&sec=nation

Persoalannya:

1) Adakah menjadi amalan biasa bagi SPRM memerlukan hampir 5 tahun untuk menyelesaikan sesuatu siasatan?

2) Mungkinkah perlengahan ini disebabkan ianya melibat dua Dato' dari Umno?

3) Lumrahnya kertas siasatan diserahkan kepada Peguam Negara untuk mempertimbangkan samada untuk didakwa atau tidak. Adakah Peguam Negara memerlukan masa yang begitu lama untuk membuat keputusan samada hendak mendakwa kedua-dua Dato' atau tidak?

Kalau mengikut amalan di Britain, bukan sahaja kedua-dua Dato' ini disiasat. Malah kedua-dua badan, SPRM dan Jabatan Peguam Negara, akan disiasat untuk mencari jawapan kenapa mereka mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan samada perlu pendakwaan atau tidak.

Perlengahan ini sama berat kesalahannya dengan tuduhan rasuah yang terhadap kedua-dua Dato' Umno ini.

Friday, May 1, 2009

KSU RASUAH?

OH KSU? Ada cakap-cakap di kedai kopi mengatakan kakitangan perkhidmatan awam lebih tidak bermoral dari ahli politik.

Cakap-cakap seumpama ini tidak adil kepada lebih 800,000 kakitangan awam. Apalah kuasa yang ada pada seorang pegawai tadbir biasa dan pembantu pejabat untuk mereka menyalahgunakan kuasa mereka?

Yang peliknya, ketua-ketua jabatan dan Biro Pencegah Rasuah dulunya lebih menumpukan kepada perkara remeh-temeh seperti menghalang penghantaran kurma ke pejabat apabila tiba Ramadan dan hamper hariraya kepada kakitangan awam.

Padahal ada bos-bos mereka yang "hamper dan kurmanya" dihantar terus ke rumah mereka dan tiada siapa peduli.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sedang menyiasat seorang bekas Ketua Setiausaha sebuah Kementerian atas tuduhan menerima sogokan lebih RM50,000 dari sebuah syarikat. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0430&pub=utusan_malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm&arc=hive

Kita tunggu hasil siasatan SPRM untuk mengetahui siapa bekas KSU tersebut.

21 April lalu Ketua Setiausaha Negara membuat pertukaran di peringkat KSU untuk memastikan setiap Kementerian dan Jabatan Kerajaan dapat memenuhi slogan Perdana Menteri Najib Razak, "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Ini termasuk usaha untuk memperkukuhkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan meletakkan bekas KSU Kementerian Kerja Raya Abdul Munit Kasmin dan KSU Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Abdul Hanan Alang Endut di JPA. http://www.jpa.gov.my/2009/04/1048/

Semuga kita akan menyaksikan satu sinar baru di dalam JPA.

Saturday, March 7, 2009

BPR AKAN SOALSIASAT MENTERI

Menteri akan disoalsiasat BPR. Itulah antara kandungan laporan Berita Harian hari ini berikutan penangkapan Setiausaha Politik kepada seorang Menteri malam Rabu lalu. Menurut Berita Harian:

Sumber-sumber memberitahu Berita Harian, SPRM akan turut mengambil keterangan daripada menteri terbabit dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan.

"Ini adalah proses biasa untuk membantu siasatan SPRM berhubung kes politik wang," katanya ketika dihubungi, di sini. Sumber itu memberitahu, ketika serbuan malam Rabu lalu, pegawai SPRM turut menemui wang tunai lebih RM100,000 dalam kereta setiausaha politik berkenaan.

"Wang itu dipercayai untuk untuk diagihkan kepada perwakilan Bahagian Umno menjelang pemilihan parti.

"Sebelum itu, setiausaha politik berkenaan dikatakan menemui beberapa perwakilan Umno dalam satu jamuan dan ramah mesra yang diadakan di restoran berkenaan.

"Majlis itu turut dihadiri pegawai SPRM yang menyamar sebagai perwakilan untuk mengumpul maklumat dan menyiasat kes berkenaan," katanya.

Sumber itu bagaimanapun enggan mengulas sama ada penahanan dua lelaki terbabit mempunyai kaitan dengan kempen pemilihan membabitkan menteri berkenaan. Menteri terbabit akan bertanding jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti kali ini.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/BeritaUtama/20090306233614/Article

Friday, March 6, 2009

SIAPA PEMBANTU MENTERI YANG KENA TAHAN?

SIAPA gerangannya? Berikut ialah laporan mStar hari ini.

Jumaat Mac 6, 2009
Politik wang: Pembantu kanan Menteri disiasat SPRM


PETALING JAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Ahmad Said mengesahkan terdapat seorang pegawai kanan menteri persekutuan ditahan oleh suruhanjaya itu berhubung dakwaan terlibat dengan rasuah.

"Saya mendapat tahu ada seorang pembantu menteri ditahan, tapi saya tidak tahu perkara itu dengan lebih lanjut," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Difahamkan pegawai kanan itu ditahan lewat malam Rabu lalu berhubung dakwaan politik wang melibatkan lebih RM70,000. Bagaimanapun, MACC telas membebaskan pegawai itu semalam.

Difahamkan lelaki tersebut ditahan lewat malam Rabu lalu dan dibebaskan beberapa jam kemudian selepas SPRM merekodkan kenyataan daripadanya.

Sementara itu, ibu pejabat Umno yang cuba dihubungi mStar Online tidak dapat mengesahkan berita tersebut. Sumber pejabat menteri berkenaan juga tidak dapat dihubungi untuk pengesahan.

Difahamkan, menteri berkenaan akan bertanding jawatan Majlis Tertinggi dalam pemilihan parti itu hujung bulan ini. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada penahanan pegawai tersebut ada kaitan dengan kempen pemilihan Umno. Pemilihan Umno akan berlangsung pada 24 hingga 28 Mac ini.

Isu politik wang hangat diperkatakan apabila SPRM mendedahkan sebanyak 45 daripada 90 kes aduan rasuah politik membabitkan pemimpin Umno yang diterima SPRM ditutup kerana ketiadaan bukti kukuh.

Setakat ini, beberapa ahli Umno sudah pun didakwa dengan kes terbaru membabitkan tiga ahli Umno yang dihadapkan di mahkamah berasingan, bulan lalu.

Ini termasuk Naib Ketua Umno Bahagian Beruas, Azman Noh, yang didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh atas tuduhan memberi rasuah RM300 kepada seorang perwakilan supaya mengundinya dan dua pemimpin lain bagi tiga jawatan tertinggi bahagian itu, Oktober lalu.


Blogger Jeff Ooi, yang juga seorang Ahli Parlimen, meminta Azalina dan bapak-bapak Menteri memberi reaksi kepada kes ini. http://www.jeffooi.com/

Sunday, March 1, 2009

VIDEO SEKS: TIDAK ADIL KAITKAN SAYA DENGAN KESALAHAN ANAK SAYA!

"Kenapa saya dijadikan sasaran. Saya tidak melakukan sebarang kesalahan di sana (Australia). Ianya umpama melakukan kesalahan trafik di sini dan kita hanya bayar saman - dan kemudiannya bapanya disalahkan. Adakah itu adil? Ia tidak masuk akal. " - Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Ahmad Said Hamdan.

(“Why are they targeting me? I did nothing over there. It’s like committing a traffic offence here and paying the summons – and then the father gets blamed for it. Is that fair? It’s brainless.”) http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/3/1/nation/3370222&sec=nation

Memang benar. Tidak adil kita salahkan bapa atas kesalahan anaknya. Ahmad Said mengaku beliau diserang hebat oleh blog atas kesalahan anaknya, Ahmad Shauqi, yang didenda RM14,500 atas kesalahan membawa masuk video lucah ke Australia. Barking Magpie adalah antara blog yang menulis mengenai tangkapan anak Ahmad Said ini.

Menurut akhbar the Star, Ahmad Said menafikan sekeras-kerasnya bahan yang dibawa anaknya ialah video seks kanak-kanak.

"Tajuk klip video ("Reped (sic) Virgin'', "10-Year Old'' dan "High School Students.'' - Adelaide News) yang tersimpan di dalam komputer riba anak saya adalah "misleading". Saya sanggup bertaruh dengan sesiapa bahawa apa yang ditemui (di dalam komputer riba anak beliau) boleh didapati dalam mana-mana handphone lelaki." Kenyataan Ahmad Said di dalam The Star: http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/3/1/nation/3370222&sec=nation

Itulah nasib orang besar, berpengaruh dan berkuasa. Memang tidak adil mengaitkan kesalahan anak dengan bapanya. Tetapi itulah kenyataan yang perlu diterima oleh Ahmad Said. Seorang bekas Ketua Polis Negara pernah melalui kritikan seumpama ini apabila anaknya ditangkap atas kesalahan berkaitan lot pasar ramadhan Dewan Bandaraya tidak lama dulu.

Saturday, February 21, 2009

KETUA BPR PERLU DISINGKIRKAN!

Memang layak MACC (Malaysian Anti-Corruption Commission atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) diberi nama Agensi Malaysia mengenai Kereta dan Lembu oleh Lim Kit Siang.
Apa tidaknya, kenyataan yang dibuat Ketua Pesuruhjaya Ahmad Said Hamdan semalam berkaitan kes Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim, lebih kepada mensabotaj dan meletakkan kerajaan dalam keadaan cukup sukar.
Memang benar kata Kit Siang, tidak pernah dalam sejarah BPR (Suruhanjaya) membuat kenyataan mengenai sesuatu kes apatah lagi mengeluarkan kenyataan seperti yang disiarkan dimuka hadapan Utusan Malaysia semalam. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
Setahu kita, Suruhanjaya hanya perlu menyerahkan hasil siasatannya kepada Jabatan Peguam Negara dan jabatan tersebut yang seharusnya menentukan samada ada kes atau tidak terhadap Khalid Ibrahim. Kalau Ahmad Said boleh membuat kenyataan sedemikian, maka agensi lain seperti Polis juga boleh membuat kenyataan bahawa hasil dari siasatan mereka, contohnya kes bunuh, "sianu dicadangkan didakwa kerana terdapat bukti dia telah membunuh mangsa".
Tindakan Ahmad Said mengeluarkan kenyataan semalam samalah seperti perbuatan bekas Ketua Polis Negara Rahim Noor yang memukul Anwar Ibrahim dalam tahanan dan musibahnya dibiarkan ditanggung oleh ahli politik, Umno dan Barisan Nasional.
Apakah tujuan Ahmad Said membuat kenyataan sedemikian? Adakah Ahmad Said terlalu gilakan publisiti dan bangga melihat gambar beliau di dada akhbar saban hari?
Apakah negara kita tiada pemimpin sehingga seorang pegawai seperti Ahmad Said membuat kenyataan sesuka hati tanpa mengambil kira implikasi dan risikonya kepada kerajaan?
Seperti kata Kit Siang, tindakan perlu diambil terhadap Ahmad Said.
Ketua Pesuruhjaya itu harus disingkirkan demi nama baik Suruhanjaya.