Showing posts with label azman mokhtar. Show all posts
Showing posts with label azman mokhtar. Show all posts

Thursday, August 2, 2018

KHAZANAH NASIONAL BUKAN MILIK AZMAN MOKHTAR

Image result for khazanah coli

MARAH Khairy Jamaluddin apabila Azmin Ali mendedahkan Khazanah Nasional rugi RM80 juta melalui pelaburan online retailer menjual baju tidur seksi wanita, baju dalam dan coli.

Kata Khairy, ianya cubaan untuk memalukan Azman Mokhtar.

Khazanah Nasional bukan milik Azman Mokhtar dan rakyat berhak dimaklumkan mengenai pelaburan Khazanah samada untung atau pun RUGI.

Sebelum ini, Khazanah hanya menceritakan pelaburan yang untung-untung saja. Yang rugi, disembunyikan.

Dalam mana-mana syarikat besar, pelaburan yang rugi atau untung didedahkan kepada awam semasa pengumuman tahun kewangan masing-masing.

Sudah sampai masanya, prestasi Khazanah diketahui rakyat.

Khazanah Nasional adalah khazanah rakyat. Zaman BN di mana mencuba sedaya mungkin menyembunyikan kepincangan kerajaan sudah berakhir apabila BN tumbang pada 9 Mei 2018.

Khairy kenalah sesuaikan diri. Ini Malaysia Baru, bukan Malaysia semasa beliau berkuasa.

P/S: Hanya dua hari lepas baru kita tahu Khazanah ada bisnes jual coli dan seluar dalam wanita.

Friday, July 27, 2018

PERUBAHAN DALAM KHAZANAH LONG OVERDUE

Image result for khazanah

Semalam satu platun pengurusan tertinggi Khazanah Nasional termasuk adik Najib Razak, NAZIR, menawarkan untuk meletakkan jawatan bagi memberi peluang kepada Dr Mahathir Mohamad menyusun semula Khazanah Nasional.

Tindakan meletakkan jawatan secara sukarela ini mendapat reaksi negatif dari pemimpin Umno.

Biasalah, sejak menjadi pembangkang sekarang ini, semua yang kerajaan baru buat semua dikritik sampaikan isu jemaah bermalam di lapangan terbang pun dijadikan modal.

Antara pengkritiknya ialah Khairy Jamaluddin yang antara lain membuat kesimpulan bahawa Dr Mahathir hendak membawa Khazanah ke belakang, era 1990an.

Ada yang mengkritik mengatakan ini cara lama, "Old School", kata mereka.

Macam ini lah. 61 tahun Umno perintah Malaysia, pada 9 Mei 2018 Umno ditolak oleh rakyat gara-gara seorang manusia bernama NAJIB RAZAK sehinggakan kerajaan BN BUNGKUS. 

Apa saja yang dibangkit oleh rakyat mengenai Najib, semua diNAFIkan.

Tak ada satu pun yang Najib mengaku. Dan tak ada seorang pun pemimpin Umno yang ada hari ini berani menegur beliau walaupun Najib sekarang ini hanya manusia biasa.

Pemimpin Umno masih di tahap lama kerana diketuai oleh Presiden yang berfikir cara lama.

Adakah Khazanah mahu terus diuruskan cara Pak Lah, bapa mertua Khairy, atau diuruskan cara Najib di mana pada satu ketika duit saham Khazanah digunakan untuk membayar hutang 1MDB.

Entah apa yang berlaku dalam Khazanah, kita pun tak tahu.  

Setakat pasaran saham jatuh satu dua bulan ini perkara biasa. Sekarang adalah fasa memperbetulkan segala KEROSAKAN yang dibuat oleh Najib.

Sekarang adalah fasa untuk repair kesemua sistem yang ROSAK dalam kerajaan termasuk mengenalpasti dan merehatkan mereka yang bersekongkol merosakkan sistem kerajaan.

Sudah sampai masanya Khazanah mendapat pengurusan baru - kata orang putih LONG OVERDUE. 

Janganlah kerana bapa mertua yang meletakkan Azman Mokhtar di situ pada 2004, sebarang perubahan dianggap kebelakang.

Jika selepas ini orang baru yang menerajui Khazanah gagal, seranglah Dr Mahathir.

Murah rezeki Umno kembali berkuasa 5 tahun lagi dan jika ada rezeki giliran Khairy menjadi Perdana Menteri.


https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2018/07/454111/kronologi-peletakan-jawatan-ahli-lembaga-pengarah-khazanah