HIPOTESIS I - Jika Anwar bersalah: Sekiranya tuduhan Mohd Saiful Bukhari Azlan didapati mempunyai asas maka berkuburlah karier politik Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat. Malah ia juga mungkin mengakhiri hayat Pakatan Rakyat. Dr Mahathir Mohamad akhirnya dibuktikan betul tindakannya.
HIPOTESIS II – Jika Anwar tidak bersalah: Bertambahlah tekanan terhadap Umno dan Barisan Nasional. Malah kegusaran di peringkat akar umbi bertambah serius. BN akan mengalami saat-saat kesukaran dan populariti Anwar akan menggunung. Seawal hujung minggu ini Bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan mengisytiharkan bertanding pilihanraya kecil di satu kawasan Parlimen dan ianya dijangkan di Kuala Kangsar, kubu kuat Umno dan BN dan wakilnya Rafidah Aziz. Ramai menjangkakan Mahkamah akan membuat keputusan mengisytiharkan piliharanraya untuk kerusi Kuala Kangsar tidak sah Jumaat ini.
Itulah perjudian yang diambil oleh Anwar dan komplot-komplot, sekiranya betul tuduhan Anwar, tertentu yang merancang konspirasi ini. Sekiranya Anwar tidak bersalah, peluangnya menghayun langkah ke Parlimen amat cerah awal bulan depan.
Sebaliknya sekiranya benar tuduhan Mohd Saiful, maka kariernya akan dikapankan buat selama-lamanya. Persoalannya sekarang adakah tuduhan itu benar?
Malaysiakini dalam satu survey mendapati 94.4 peratus pembacanya percaya tuduhan terbaru terhadap Anwar adalah konspirasi politik. Laporan Malaysiakini: http://www.malaysiakini.com/news/85410
Bagaimanapun, survey atau bancian seumpama ini mempunyai kelemahannya. Apakah padangan golongan silent majority? Ada yang mempercayai bahawa tuduhan tersebut berasas dan yang jelas Anwar menghadapi saat-saat genting dalam karier politiknya.
Bagi yang meragukan keikhlasan Anwar, mereka tertanya-tanya. Sekiranya tuduhan liwat sedekad yang lalu hampir menjatuhkan kerajaan BN pada ketika itu, kenapakah ianya berulang? Bagi mereka yang mengenali ketokohan politik Anwar, mungkin kali ini Anwar akan lebih garang mempertahankan masadepannya.
Kalau dulu beliau bermodalkan mata lebam dan dipenjarakan, kini beliau bebas dan tidak relevan dalam politik Umno yang akan mengadakan pemilihan Disember ini. Anwar dilihat sudah terlajak kata. Saban hari beliau mengulangi ugutan bahawa Ahli-ahli Parlimen BN akan menyertai Pakatan Rakyat.
Kini pengkiritiknya mendesak Anwar membuktikan kata-katanya atau ianya akan dilihat sebagai omong-omong kosong. Yang pasti Anwar akan lebih garang kali ini kerana karier politiknya diambang kehancuran sekiranya tuduhan Mohd Saiful berasas. Bagaimanapun tidak mungkin peristiwa 1997/1998 berulang di mana rakyat akan berarak untuk melaungkan cogankata reformasi untuk Anwar.
Sekiranya benar, Anwar akan kehilangan rakan politik selama-lamanya. Pas tidak akan mahu dikaitkan dengan Anwar kerana tidak mahu imej Islamnya tercalar.
Saat ini adalah saat yang cukup genting buat Anwar dan karier politiknya.
P/S: “On the face of things, Abdullah is very weak. Rising petrol prices have naturally been unpopular in an oil-producing nation where car ownership is relatively high and public transport abysmal.”
“Abdullah, a man often accused of being asleep at the wheel, has recently been taking risks, helped by some new, straight-talking, independent-minded ministers.”
Dua petikan di atas ada dari penulisan Philip Bowring di dalam International Herald Tribune. Bowring, rata-rata penulisannya selama ini menyokong Abdullah Ahmad Badawi dan pernah menulis untuk New Straits Times, seperti yang diduga meramalkan Abdullah akan kekal sebagai Perdana Menteri.
"The battle is over who, if anyone, will succeed Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi, who is under pressure to quit after the election setback. But the more mud that is thrown, the more it appears that Abdullah may be the best man for the job after all."
"The charges have the mark of desperation, not so much on the part of Abdullah, but on others in the party hierarchy. They follow potentially even more damaging allegations a week earlier against Najib, the heir apparent to Abdullah, relating to events surrounding the murder of a Mongolian translator and model. A close associate of Najib and two members of a leaders' security squad answerable to him are now on trial."
"But Abdullah may find that if he stands his ground, continues to make bold decisions and shows that the UMNO-led coalition under his leadership represents racial and religious moderation and an open society, the UMNO delegates will come to see what many others already see: He is the best and least controversial prime minister currently available."
Untuk laporan sepenuhnya, sila layari: http://www.iht.com/articles/2008/07/01/opinion/edbowring.php
HAVE A RELAXING DAY WITH FRIENDS OVER LUNCH OR DINNER
31 minutes ago
2 comments:
Rakyat malaysia sekarang bijak2. Suara kerajaan tidak akan berguna lg. Ternyata sekarang rakyat bangun menuntut hak.
Saya percaya orang Melayu telah sedar apa Anwar Ibrahim dan rakan-rakan telah lakukan. Demi mendapat sokongan, beliau sangup lakukan apa saja umpamanya, setuju untuk bubarkan DEB (ini pengkianat bangsa no.1), memihak kepada kepentingan kaum Cina dan India membuta tuli, menghasut rakyat kita di Sabah/Sarawak, membenarkan kuil dan gereja dibina tanpa had keluasan(di Selangor), dasar open tender yang menyebabkan orang Melayu tidak dapat bersaing, memberi hak 999 tahun keatas tanah kerajaan keatas penempatan kampong baru, kelulusan projek babi di kawasan orang melayu dan akhirnya, Allah maha esa telah gerakan hati seorang untuk menunjukan kepada kita semua siapa dia sebenarnya...Kepentingan hak melayu tidak boleh di permainkan tetapi tidak bermakna kepentingan hak orang Cina dan India mesti diabaikan. Kita kena beri peluang kepada kerajaan untuk memperbetulkan kesalahan lampau. Jika masih hendak berpolitik begini, bila nak buat kerja. Sudah dapat 1/3 parlimen cukuplah, TERIMA SAJA KEPUTUSAN RAKYAT....Yang saya pasti sekarang kamu adalah penyebab bangsa Cina dan India sekarang sudah boleh bersikap kurang ajar dan memperlekahkan orang Melayu...
Post a Comment