Friday, June 14, 2013

NAJIB & ZAMBRY KADIR: TENGOK-TENGOKLAH RAKYAT YANG DAIF INI

56 tahun sudah kita Merdeka dan dalam tempoh 7 tahun lagi Malaysia dijangka bergelar negara maju, mungkin  setanding dengan Amerika Syarikat, Britain, Peranchis, Jerman, Italy, Canada dan Jepun.

Malangnya, masih ada keluarga yang masih berpelita setiap malam di dalam era Perdana Menteri cuba mentransformasikan negara dengan memperkenalkan MRT dan tidak lama lagi keretapi laju.

Seharusnya pemimpin negara harus malu melihat gambar ini. Najib Razak, Menteri Besar Perak Zambry Kadir, Ahli Parlimen dan Adun di kawasan itu, GLC seperti Tenaga Nasional dan agensi-agensi kerajaan harus bertanggungjawab dan merasa malu dengan imej ini. 

Inilah imej sebenar keadaan negara di sesetengah tempat terutamanya di Sabah dan Sarawak selepas 56 tahun negara Merdeka.

Kepada Perdana Menteri dan Menteri Besar Perak, tengok-tengoklah rakyat yang tidak bernasib baik ini. Janganlah hanya memikirkan projek raksasa yang hanya memberikan faedah kepada towkay-towkay besar dan sesetengah pemimpin politik.

Pemimpin-pemimpin hari ini kekal berada di jawatan mereka kerana masyarakat miskin ini masih percaya bahawa perjuangan untuk agama, bangsa dan tanahair itu ada lah tulin. Mudahnya mereka ditipu 

 
Laporan Utusan Malaysia


PARIT BUNTAR 12 Jun - Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Begitulah nasib sebuah keluarga daif di Kampung Parit Haji Awi, Bagan Tiang di sini, yang menjalani kehidupan harian tanpa bekalan elektrik sejak lebih 20 tahun lalu.

Ketika rumah orang lain diterangi cahaya lampu pada waktu malam, Azehar Yusop, 49, dan isteri, Siti Rihat Awang, 49, serta enam orang anak mereka hanya bergantung kepada pelita minyak tanah untuk menerangi kegelapan malam.

Disebabkan kedaifan hidup, anak-anaknya yang berusia antara 20 dan 11 tahun tidak pernah menikmati kemudahan televisyen, apatah lagi internet seperti remaja lain seusia mereka.

Malah, kehidupan keluarga itu ibarat ikan di dalam tin sardin kerana terpaksa bersempit-sempit di dalam rumah yang layak digelar pondok buruk.

Menurut Azehar, dia bergantung hidup dengan bantuan sara hidup nelayan sebanyak RM200 sebulan selepas tidak mampu lagi turun ke laut untuk menangkap ikan kerana faktor kesihatan.

"Saya tidak mampu hendak memasang bekalan elektrik di dalam rumah ini. Kami juga terpaksa mengikat perut menahan lapar kerana RM200 tidak cukup untuk perbelanjaan dapur sebulan.

"Mujurlah dua anak saya, Khairul Helmi (20 tahun) dan Ahamad Rahaman (19 tahun) sudah bekerja tetapi pendapatan mereka dengan membuat kerja-kerja kampung tidak seberapa," katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Azehar berkata, dia sudah puas memohon bantuan bekalan elektrik dan rumah baharu yang lebih selesa daripada ramai pihak tetapi tidak ada siapa yang peduli dengan rintihannya itu.

"Saya harap ada pihak yang sudi membantu memberikan kehidupan lebih baik kepada keluarga saya supaya anak-anak saya mempunyai peluang untuk berjaya dalam kehidupan pada masa hadapan," ujarnya.

Siti Rihat pula berkata, setiap hari dia berendam air mata memikirkan nasib keluarganya yang terpaksa hidup dalam kesusahan selama ini.

"Paling saya sedih apabila melihat anak-anak susah hendak mengulang kaji dan membuat kerja sekolah pada waktu malam kerana hanya menggunakan pelita minyak tanah.

"Kalau orang lain biasa makan malam setiap hari tetapi anak-anak saya jarang sekali makan malam kerana kami tidak mampu," katanya menangis.

Menurut Siti Rihat, walaupun anak-anaknya tidak dapat menikmati kehidupan seperti orang lain, dia tetap bersyukur kerana mereka memahami masalah kesempitan hidup yang dihadapi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130613/dn_19/Hidup-bergelap-lebih-20-tahun#ixzz2Vm07TLP6
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Thursday, June 13, 2013

TENGKU RAZALEIGH LAWAN NAJIB?

Benarkah Tengku Razaleigh akan bertanding jawatan Presiden Umno di dalam pemilihan kali ini?

Berikut spekulasi yang disiarkan oleh Malaysian Insider:


Ku Li sasarkan jawatan PM, bertemu lebih ramai ahli Parlimen, kata sumber

JUN 13, 2013
Tengku Razaleigh: Telah mengatur mesyuarat di rumahnya, petik sumber. – Gambar failKUALA LUMPUR, 13 Jun – Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan lebih ramai ahli Parlimen daripada kedua-dua gabungan bertelagah minggu ini dalam usaha untuk dipilih sebagai perdana menteri selepas Parlimen bermula pada 24 Jun, kata sumber.

The Malaysian Insider difahamkan, putera raja Kelantan itu telah mengaturkan mesyuarat di rumah a la White Housenya di Langak Golf di sini untuk membincangkan strategi mendapatkan cukup angka dalam Parlimen ke 13 untuk mengambil alih jawatan Datuk Seri Najib Razak.

Beliau hanya memerlukan 112 undi, termasuk dirinya, jika usul diluluskan bagi 222 anggota Dewan Rakyat memilih perdana menteri. Akan tetapi masih diragui sama ada beliau boleh mendapatkan cukup sokongan untuk menjatuhkan Najib.

“Sesetengah ahli Parlimen bersetuju Ku Li adalah satu-satunya boleh menyediakan kepimpinan,” kata sumber yang biasa dengan mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider merujuk kepada nama samaran putera raja Kelantan itu.

“Kita bercakap tentang sokongan dari PAS dan DAP juga,” tambah beliau.

PAS dan DAP masing-masing memenangi 21 dan 38 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 5 Mei yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 133 kerusi Parlimen, lebih rendah tujuh berbanding 140 dimenanginya pada Pilihan Raya 2008.

Sekutu PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR), PKR mendapat 30 kerusi Parlimen dan pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai calon gabungan itu bagi jawatan perdana menteri jika mereka menawan Putrajaya.

Satu sumber lain mengatakan Tengku Razaleigh dilihat sebagai calon kompromi oleh ahli-ahli Parlimen BN yang tidak menyokong sama ada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Anwar untuk jawatan tertinggi itu.

“Pemilihan untuk ahli-ahli Parlimen BN yang tidak gembira mudah. Ku Li atau Muhyiddin akan tetapi memilih TPM bermakna penerusan polisi Mahathir. Tiada beza diantara Najib dan Muhyiddin.

“Ku Li sebagai PM akan bebas daripada polisi seperti itu,” kata sumber kepada The Malaysian Insider merujuk kepada pesaing ahli Parlimen Gua Musang itu, perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kem Mahathir sudah memberikan tekanan kepada Najib untuk membuang penasihat-penasihatnya yang mana strategi mereka menyebabkan prestasi buruk BN dalam PRU13. Najib masih belum melantik semula setiausaha politiknya yang kalah akan tetapi ahli strategi “bilik perang” kekal bertugas, dengan dua daripada mereka masing-masing dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.

Pelantikan Kabinet Najib bulan lepas menyebabkan kemarahan beberapa ahli Parlimen terutamanya dari Sabah dan Sabah yang merasakan mereka layak diberikan jawatan tinggi kerajaan.

Difahamkan Najib telah menjanjikan sesetengah daripada mereka jawatan dalam agensi kerajaan beberapa minggu lagi.

Akan tetapi beberapa ahli Parlimen BN dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu dengan Tengku Razaleigh Hamzah Isnin malam bagi membincangkan pilihan masa depan mereka.
Ahli-ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di sini selama dua hari untuk diterangkan tentang prosedur dan etika Parlimen.

BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen.

Walau bagaimanapun, Najib hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen Malaysia Timur, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen.

Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri.
http://www.themalaysianinsider.com/print/bahasa/ku-li-sasarkan-jawatan-pm-bertemu-lebih-ramai-ahli-parlimen-kata-sumber/

Tuesday, June 11, 2013

ZAID IBRAHIM: NAJIB SEORANG BANGSAWAN "RICH & FAMOUS"

"Pada saat ini, Najib tidak langsung  termasuk dalam golongan “pemimpin kental.” Beliau dilahirkan dengan sudu perak di bibirnya. Dia seorang bangsawan dan menjalani kehidupan golongan kaya dan masyhur (rich and famous).  Kekadang saya memikirkan beliau adalah jenis manusia yang mahu diterbangkan dengan jet peribadi, katakan mahu melihat matahari naik di Sydney sebelum terbang semula dengan jet peribadi yang sama ke New York untuk menyaksikan pula matahari terbit bagi menyambut tahun baru! Beliau langsung tidak merasa terkilan dengan sifat keborosan keluarga beliau, walaupun ramai rakyat Malaysia masih lagi dibelenggu dengan pendapatan di bawah paras rendah." - Zaid Ibrahim




UMNO PERLUKAN SEORANG PEMIMPIN YANG KUAT DAN KENTAL
DITERJEMAHKAN OLEH JELAPANG
Ucapan berikut disampaikan oleh Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Zaid Ibrahim kepada ahli-ahli Kelab Rotary Pudu di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur pada 10 Jun, 2013.

Selepas menyaksikan pilihanraya umum yang paling getir di dalam sejarah Negara kita, mungkin ramai ingin mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya.  Apakah kesan keputusan PRU-13 kepada politik Malaysia dan apakah maknanya kepada kita?  Ianya satu persoalan yang besar untuk kita bincangkan di majlis makan tengahari ini, oleh itu saya akan hanya memperhalusinya dalam perspektif yang terhad iaitu: Apakah bentuk kepimpinan yang akan kita saksikan selepas berakhirnya PRU-13 baru-baru ini?

Memandangkan saya tidak lagi aktif di dalam politik, akan ada suara-suara yang kana mengatakan bahawa saya bukan orang yang sesuai untuk menjawab persoalan ini. Bagaimanapun, sebenarnya, tindakan saya menjauhkan diri dari politik telah membolehkan saya menganalisa dengan lebih terbuka dan dengan lebih objektif berbanding seorang ahli sesebuah parti politik. Saya tiada ikatan apa-apa dan tiada agenda untuk diperjuangkan. Apa yang akan saya katakan adalah berdasarkan semata-mata kepada penelitian saya dan pemahaman saya kepada perjalanan dalaman sesebuah partii politik di dalam konteks lanskap politik yang lebih besar.

Empat tahun yang lalu, di dalam ucapan saya di hotel ini juga, saya berkata Dato’ Seri Najib Tun Razak bukan lah orang yang sesuai untuk menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Dengan suasana di mana masalah rasuah begitu serius, meningkatnya elemen kehilangan percayaan di antara kaum, ditambahkan lagi dengan kelemahan ketara pasukan Polis dalam menagani masalah keselamatan dan bertambahnya kematian tahanan polis, saya percaya, negara kita memerlukan seorang pemimpin yang berani dan kental. Sejak PRU, kita terus dibelenggu dengan ketidakcekapan dan sikap tidak adil Suruhanjaya Pilihanraya, sikap tidak bertanggungjawab dan provokatif alat-alat media Umno yang berterusan menghentam mereka-mereka yang dilihat tidak menyokong Barisan Nasional,  penangkapan bertali arus dan pendakwaan terhadap pemimpin-pemimpin pelajar dan politik – kesemua ini adalah penyebab kepada suasana ketidaktentuan dan kemarahan rakyat pada hari ini. Adakah Perdana Menteri sanggup berdepan dan menyelesaikan isu-isu ini?

UMNO tidak akan berfungsi jika pemimpinnya lemah, begitu juga negara.  Disebabkan berpuluh tahun rakyat didoktrinasikan, termasuk ditakut-takutkan dengan ancaman kaum etnik lain, Umno memerlukan seorang pemimpin yang kental.  Pemimpin yang dimaksudkan ialah seorang pemimpin yang tidak takut pada keluarganya sendiri dan tidak takut kepada kepala-kepala perang Umno, dan seorang pemimpin yang utuh keyakinannya dan kemampuannya untuk memastikan agenda ekonomi dan sosialnya mencapai kejayaan.

Lebih penting lagi, Umno memerlukan seorang pemimpin yang jiwanya tidak sekali-kali mahu membiarkan bangsa Melayunya dikecewakan.  Beliau mestilah seorang pemimpin yang amat dipercayai oleh orang Melayu untuk menjaga kepentingan mereka. Tun Dr Mahathir Mohamad adalah satu contoh klasik seorang pemimpin Umno yang kental. Beliau mungkin telah melakukan beberapa kesilapan semasa pentadbiran beliau sebagai Perdana Menteri dan telah memberi beberapa projek kepada rakan bukan Melayu beliau, tetapi orang Melayu Umno amat yakin dan percaya kepada Dr Mahathir dalam menjaga kepentingan orang Melayu. Dr Mahathir mempunyai sejarah yang utuh dalam mempertahankan kepentingan orang Melayu tanpa perlu terlalu banyak bercakap. Walaupun sejak akhir-akhir ini beliau agar keras terhadap kaum Cina kerana menolak BN dan membuat kenyataan-kenyataan yang agak kurang enak di dalam blog beliau, Dr Mahathir tidak pernah bersikap demikian semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Malahan, kaum Cina sentiasa menyokong BN semasa pentadbiran beliau. Dr Mahathir adalah seorang pemimpin Melayu yang kental dan diterima oleh semua kaum bukan Melayu.

Barangkali, kekuatan beliau ini membolehkan Dr Mahathir menggantikan Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1990 kepada Dasar Pembangunan Nasional dan mampu mengenengahkan Wawasan 2020 yang merencanakan satu masa depan yang mana rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dapat hidup harmoni di dalam sebuah negara yang maju. Itulah sebabnya, Dr Mahathir dengan kekuatan yang ada padanya mampu untuk memastikan pelajar sekolah belajar matematik dan sains di dalam Bahasa Inggeris.  Pada masa itu tidak ada Utusan Malaysia yang berani untuk menyerang dan mempermainkan beliau dan dasarnya, dan tidak ada penentangan dari ahli-ahli perniagaan Umno kerana beliau berpandangan jauh dalam memastikan kekayaan negara diagihkan sama rata.
Semasa tempoh kepimpinan beliau, tidak pernah ada hasutan kaum atau pandangan perkauman ekstrim seperti hari ini. Hubungan antara kaum Cina dan Melayu adalah baik kecuali pada satu ketika semasa Operasi Lalang pada tahun 1987.  Beliau mampu membuat sesuatu yang orang lain tidak mampu melakukannya. Itu lah sebabnya beliau berjaya melakar sejarah dengan  menandatangani perjanjian keamanan dengan Komunis. Jika beliau masih Perdana Menteri hari ini, Chin Peng  akan dibenarkan kembali ke tanahair. Dr Mahathir akan memastikan perjanjian tersebut dihormati dan Utusan (Malaysia) dan golongan Melayu ultra tidak akan berani menggangu beliau.  Itulah kemampuan seorang pemimpin Umno yang kental.

Saya bersedia untuk mengubah pandangan saya terhadap Prime Minister sekarang  (Najib Razak) sekiranya beliau menangani tiga isu utama yang membelenggu negara ketika ini. Pertama, beliau mesti menghentikan polarisasi kaum dengan membuat pendirian yang jelas dan tegas mengenai perkara ini. Beliau mesti membuktikan beliau berkemampuan mengawal Utusan Melayu daripada terus memprovokasikan kaum Cina. Kedua, perlu menangani rasuah yang semakin tenat dan penyelewengan kuasa di dalam negara, dengan keutamaan diberikan dengan merombak keseluruhan pasukan polis. Ketiga, beliau perlu mengubal undang-undang  hubungan kaum bagi memastikan kita mempunyai hubungan kaum yang lebih baik; dengan memastikan tiada tempat untuk “politik membenci” di antara kumpulan etnik di negara ini dan sekaligus menyelamatkan negara daripada mengalami kekacauan. Kesemua ini adalah langkah-langkah yang besar yang perlu diambil tetapi itulah tanggungjawab seorang pemimpin.

Pada saat ini, Najib tidak langsung  termasuk dalam golongan “pemimpin kental.” Beliau dilahirkan dengan sudu perak di bibirnya. Dia seorang bangsawan dan menjalani kehidupan golongan kaya dan masyhur.  Kekadang saya memikirkan beliau adalah jenis manusia yang mahu diterbangkan dengan  jet peribadi, katakan mahu melihat matahari naik di Sydney sebelum terbang semula dengan jet peribadi yang sama untuk ke New York untuk menyaksikan pula matahari terbit bagi menyambut tahun baru! Beliau langsung tidak merasa terkilan dengan sifat keborosan keluarga beliau, walaupun ramai rakyat Malaysia masih lagi dibelenggu dengan pendapatan di bawah paras rendah. Beliau tidak pernah menjadi pemimpin tulin yang dikenali mempunyai kesungguhan dan kepercayaan diri yang tinggi.  Itu lah reformasi dan transformasi yang dibawa beliau yang dilihat begitu merbahaya kepada Melayu Umno.  Najib tidak mempunyai sejarah melakukan secukupnya untuk mereka dan mereka bimbang pelan transformasi beliau akan hanya mendatangkan keburukan.
Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, Dr Mahathir mungkin telah digambarkan sebagai seorang ultra tetapi pada pandangan saya, beliau berlaku adil kepada kaum lain; dan itulah sebabnya bukan Melayu telah menyokong Barisan Nasional semasa beliau Perdana Menteri. Beliau mempunyai kesungguhan yang kuat dan tidak akan berganjak walaupun diasak dengan pelbagai tentangan; inilah yang memberikan keyakinan kepada rakyat. Beliau tidak akan sekali-kali membenarkan filem ditaja kerajaan seperti Tanda Putera atau siri televisyen seperti novel Interlok. Semasa pentadbiran beliau, kita tidak akan melihat Utusan acap kali menyerang  bukan Melayu seperti yang dilakukan mereka sekarang ini. Ini semata-mata disebabkan Melayu Umno begitu yakin Dr Mahathir akan memastikan kepentingan mereka terpelihara, walaupun beliau bermurah hati kepada towkay-towkay bukan Melayu. Persoalannya sekarang: Mampukah Najib menyakinkan orang Melayu bahawa beliau tidak akan memencilkan mereka demi semata-mata mahu melaksanakan apa yang dikatakan beliau pelan reformasi dan  transformasi beliau?  Sebenarnya, hanya seorang pemimpin Umno yang kental dan boleh dipercayai yang mampu melaksanakan reformasi dan transformasi yang benar-benar tulin. Justeru, sebarang usaha memperbaiki hubungan antara kaum hanya dapat dilakukan oleh seorang pemimpin yang kental. Sekiranya ianya dilakukan secara cacamarba oleh seorang pemimpin yang lemah, ianya akan dilihat sebagai usaha “menjual diri” dan pasti membawa kepada kegagalan.

Adakah Najib akan dicabar? Sumber dalaman menyatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin lebih berminat menunggu durian jatuh ke tanah daripada mengoyang pokoknya.  Ada juga pandangan bahawa menerjunkan diri di dalam pertandingan di dalam Umno memerlukan duit yang banyak; tambahan pula mereka baru membelanjakan wang yang banyak semasa PRU, dan ramai penyokong yang telahpun hilang berselera untuk melakukan satu lagi pusingan “derma”.  Ramai di kalangan penderma besar ini yang telah menyumbang dana perang pilihanraya kini ketandusan wang tunai.  Walaupun mereka mungkin berpaksikan kepada penentang  Najib, mereka juga risau akan kemampuan Najib.  Perdana Menteri dengan mudah boleh membuat panggilan kepada bank-bank dan pemegang industri ini akan merasa penangannya apabila hutang mereka dipaksa panggil oleh bank-bank.

Jika Najib boleh memperlihatkan gaya kepimpinan yang kental dengan mengatasi masalah sekarang dengan penuh kesungguhan, barangkali beliau akan menjadi pilihan perwakilan Umno. Dan dengan mendefinisikan perkataan kuat, tidak bermakna ianya dilakukan dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbaur ancaman atau perbuatan menghunus keris, tetapi dengan cara di mana semua kaum yakin bahawa beliau akan bersama mereka dalam apa jua suasana yang melanda mereka.

Barangkali tiada langsung tentangan terhadap Najib kali ini atau mungkin tentangan melalui seorang proksi. Kita semua masih ingat taktik yang sama digunakan terhadap bekas Perdana Menteri Tun Hussein Onn yang dicabar oleh pemimpin bawahan bernama  Sulaiman  Palestine,  yang diletakkan sebagai pencabar. Beliau berjaya memalukan Tun Hussein Onn yang kemudiannya meletakkan jawatan.  Ini mungkin scenario yang mungkin dihidangkan di dalam pemilihan Umno kali ini.

Mengenai pembangkang, saya hanya mampu berkata bahawa saya agak kecewa dengan sikap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Sikap tidak tolak ansur dan agresif beliau dengan tidak mahu menerima keputusan PRU-13 amat dikesali.  Kita semua kecewa dengan keputusan tersebut, tetapi perkara yang betul yang perlu dilakukan ialah menggunakan jalan yang aman untuk mengatasi segala kekurangan di dalam perjalanan proses pilihanraya. Keengganan beliau untuk membincangkan cadangan-cadangan yang spesifik mengenai apa yang perlu dilakukan untuk memperbaiki Suruhanjaya Pilihanraya samada di Parlimen atau melalui proses kerajaan amat jelas. Ini bertentangan dengan pandangan, katakan Lim Kit Siang, yang mencadangkan beberapa opsyen bagaimana SPR boleh distrukturkan semula.  Keengganan Anwar baru-baru ini untuk mengemukakan soalan Parlimen memberikan imej buruk kepada Pakatan Rakyat sebagai pemimpin pembangkang;  seolah-olah beliau mahu memboikot proses Parlimen keseluruhannya.  Beliau mungkin seorang yang petah bercakap dan popular di kalangan rakyat,  tetapi beliau perlu memperlihatkan kekuatan kuasa Parlimen beliau. Kita masih mahu melihat kemampuan  beliau membahas dasar dan mengenengahkan beberapa inisiatif kepada dasar-dasar tertentu.

Apakah makna semua ini?  Seorang pemimpin yang kuat, itulah yang diperlukan negara,  tanpa mengira dari sebelah mana beliau berada.  Beliau mampu mengawal dengan baik kerakusan di dalam politik negara (termasuk partinya sendiri), yang bermaksud insiden-insiden mengasak pihak sebelah lagi – samada di belah pembangkang atau kerajaan – dapat dikurangkan. Tangkapan-tangkapan yang tidak perlu oleh polis kerana menghasut atau membuat ancaman berbaur perkauman oleh organ parti atau akhbar dapat dikurangkan.  Pemimpin seumpama ini, selepas dipilih oleh akar umbi, akan menghadapi kurang tekanan untuk berlagak sebagai pendokong sesuatu kumpulan kerana kedudukan beliau terjamin.  Faktor kestabilan dan perpaduan akan bertambah kukuh dan fokus nasional dapat ditumpukan kepada melaksanakan dasar yang baik untuk negara.

Pada ketika ini, saya percaya pemimpin yang kuat di dalam Umno akan membawa kepada kestabilan negara. Saya ulangi, “kuat”, bukan bermaksud tidak berhemah dan mengenepikan undang-undang.  Bersifat  “nasionalistik”  kepada kumpulan etnik sendiri tidak bermaksud menekan, mendiskriminasi dan menghalang kemajuan bangsa lain. “Kuat” bermaksud ianya jelas di dalam mindanya sempadan dan bagaimana sesuatu kumpulan harus berhemah dengan kumpulan etnik yang lain.

Sebarang usaha tulin untuk penyatuan nasional dan mengambil langkah untuk memperkukuhkan keharmonian bangsa hanya akan berlaku bila seseorang pemimpin Umno itu yakin kepada dirinya dan kedudukannya.  Sementara itu, mereka yang tidak yakin dengan diri mereka atau kedudukan mereka di dalam parti, akan mencari pelbagai tipu helah untuk melindungi kelemahan mereka.  Dalam melakukannya, mereka akan menyerang pihak pembangkang, memenjarakan penentang mereka dan melakukan apa yang mereka percaya perlu untuk menunjukkan betapa kuatnya mereka. Begitu juga di pihak pembangkang, mereka perlu memainkan peranan dengan tidak memburukkan suasana yang akan menyebabkan rosaknya nilai social dan harmoni kita. Kita memerlukan kepimpinan bertanggungjawab dari kedua-dua pihak.

Malaysia hari ini berada pada saat paling sukar dalam sejarah negara.  Membiarkan masalah ini tanpa ditangani adalah satu sikap yang tidak bertanggungjawab.  Keadaan sekarang ini amat memerlukan kita mencari seorang pemimpin yang sesuai untuk memimpin kita. Samada ianya Najib atau Muhyiddin atau orang lain,  rakyat amat mengharapkan satu kepimpinan yang tulis dari individu ini.
 DITERJEMAHKAN OLEH JELAPANG (www.kedahku.blogspot.com)
*** Terjemahan ini adalah tafsiran Jelapang semata-mata.

UMNO needs a strong leader
Jun 10, 2013
The following speech was presented to members of the Rotary Club of Pudu at Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur on the 10th of June, 2013.

After the most closely contested general election in our history, many of you probably want to know what will happen next. What do the results of GE13 mean for Malaysian politics, and for us? It’s a big question to tackle over lunch, so I have decided to address it from a limited perspective, and that is: what kind of leadership is in store for us after this past election?

Since I am no longer involved in politics, some will say I am not the best person to answer this question. However, my being away from the front line of politics actually helps me to see things more clearly and objectively than a party member. I have no allegiances to service, no agenda to serve. What I say is based purely on what I see and understand about the inner workings of these political parties within the context of the larger political landscape.

Four years ago in my speech at this same hotel, I said that Dato’ Seri Najib Tun Razak was not a suitable man to succeed Tun Abdullah Ahmad Badawi. With such deep-seated problems of corruption, intensified by distrust amongst the different races, coupled with the glaring weakness of the Police force to address the question of security and the deaths in police custody, I believe that the country needs a strong leader. Since the election, we are further faced with the terrible truth about the inefficiency and partisan behaviour of our own Election Commission, the irresponsible and provocative behaviour of Umno’s media apparatus in maligning those they felt had not supported Barisan Nasional, the spate of arrests and charges against students and political leaders – all these matters have contributed to the present state of helplessness and anger amongst the people. Will the Prime Minister tackle these issues head on?

UMNO cannot function when its leader is weak, and neither can the country. The many years of indoctrination, including the inculcation of fear of threats from other ethnic communities, require that UMNO have a strong leader. This leader is someone who doesn’t fear his own family or the UMNO warlords, and who can employ the strength of his convictions and intellect to push his economic and social agenda successfully.

More importantly, UMNO requires a leader who at heart is someone who will not let the Malay community down. He is someone the Malays can have implicit trust to take care of them. Tun Dr Mahathir Mohamad is a classic example of a strong UMNO leader. He committed some errors during his years as Prime Minister and gave a number of projects to his non-Malay friends, but the UMNO Malays trusted him to always take care of their interests. He had a long history of protecting Malay interests without talking too much about it. Although lately he was rather harsh on the Chinese community for rejecting the BN and making the most unfortunate remarks in his blog, he was never like that when he was the Prime Minister. In fact, the Chinese community was always supportive of BN under him. He was a strong Malay leader who was acceptable to most non-Malays.

Perhaps that’s why he was strong enough to replace the NEP in 1990 with the National Development Policy, and was also able to come up with Vision 2020, which articulated a future in which Malaysians of all races could live together in harmony in a developed Malaysia. That’s why he was strong enough to get the school children to learn English through science and mathematics. There was no Utusan to mock or attack him and his policies, and there was no backlash from UMNO businessmen because he had the foresight to distribute the country’s largesse fairly.

During his tenure, there was never the kind of racial incitement or extreme posturing amongst the races. Relations between the Chinese and the Malays were good except for a brief moment during Operasi Lalangin 1987. He was able to do what others could not. That’s why he was able to sign a historic peace deal with the Communists. If he was the Prime Minister today, Chin Peng would have been allowed back home. Dr Mahathir would have honoured the agreement and Utusan and the ultra Malays would not have bothered him. That’s what a strong UMNO leader is capable of.

I am prepared to revise my opinion about the current Prime Minister if he would address the three main issues facing this country.  One, he has to stop racial polarization by making a clear and unequivocal stand on the matter. He must show he is able to control Utusan Melayu from further provoking the Chinese community. Second, he has to address the endemic corruption and abuse of power in the country, with particular emphasis in revamping the entire Police force. Thirdly, he has to work on a race relations legislation so that we can have better race relations; where there is no place for “hate politics” between the ethnic groups in the country and thus save this country from turmoil. These are big steps to take but that’s what a leader is for.

At this point in time, Najib does not fit into this frame of what is being described as “strong leader” at all. He was born with a silver spoon in his mouth. He is cosmopolitan and lives the life as that of the rich and famous. I would imagine he is the type that relishes being flown by private jet, say to watch the sunrise in Sydney before jumping on the same jet to fly to New York to see another sunrise for the New Year! He is not perturbed by his family’s spending sprees, even though many Malaysians are still languishing in the low-income bracket. He has never been a natural leader known for his beliefs and convictions. That’s why his so-called reforms and transformation plans seem so dangerous to UMNO Malays. He has no history of doing enough for them and so they are worried his transformation plans would  be to their detriment.

As I have said, Dr Mahathir might have been described as an ultra but in my opinion, he was fair to the other races; which is why the non-Malays had supported Barisan Nasional when he was Prime Minister. He had strong convictions and would not waver in the face of objections; and this gave the people comfort. He would not have the government fund movies such as Tanda Putera or a television series for the novel,Interlok. During his tenure, you would not hear of Utusan regularly attacking the non-Malays as they do now. That can only be explained in this way: the UMNO Malays were assured that Dr Mahathir would always take care of them, despite being generous with the non-Malay towkays. The question then is: can Najib convince the Malays that he will never ditch them for the sake of his so-called reforms and transformation plans. You see, only a strong and trusted UMNO leader can espouse and implement real and much-needed reforms or transformations.  Similarly, any rapprochement or reconciliation amongst the races can only be facilitated by a strong leader. If carried out haphazardly by a weak leader, then it will be seen as selling out and will inevitably fail.

Is there anyone who would mount a challenge to Najib? Insiders say that Tan Sri Muhyiddin Yassin would prefer to wait for the durian to fall without having to shake the tree. It’s also true that waging an UMNO contest entails spending a lot of money, and having spent so much already during the General Election, not many supporters have the appetite to submit to another round of “donations.” Some of the big donors who are usually prevailed upon to supply election war chests are strapped for cash. Even if they are inclined to support the challenger, they remain wary of Najib. The Prime Minister can easily make the call to the banks and these industrialists would be exposed to some serious recall of their loans.

If Najib can display strong leadership by tackling current problems with determination, perhaps he may be the preferred choice of UMNO delegates. And by the definition of “strong”, it does not mean threatening words or unleashing the keris, but one where the people of all races can be assured that he would stand by them in any circumstances.

So perhaps the challenge may not come after all or it may come from someone who is a proxy. We all remember that the same tactic was used against former Prime Minister Tun Hussein Onn when someone lower down the ranks, namely Sulaiman  Palestine, was put up as a challenger. He did well enough to embarrass Tun Hussein Onn, who then later resigned. This may well be the scenario that we will see unfolding come this year’s UMNO elections.

On the side of the Opposition, I can only say that I am somewhat disappointed by the attitude shown by the Opposition leader, Anwar Ibrahim. His combative and uncompromising attitude in not wanting to accept the result of the general election is regrettable. We are all disappointed with the result, but the right thing to do is to continue seeking peaceful means on how the shortcomings of the electoral process can be overcome. His reluctance to talk about specific proposals on what should be done to improve the Election Commission whether by Parliament or the government is telling. This is in contrast, say with Lim Kit Siang, who mooted several options on how the Election Commission should be structured. Recently, Anwar’s unwillingness to submit questions to Parliament certainly reflects badly on Pakatan Rakyat as the Opposition leader; as if he wishes to boycott the entire Parliamentary process completely. He may indeed be a good orator and popular with the people, but what he needs to show is his Parliamentary prowess. We still need to see more of his abilities in policy deliberations and offering specific policy initiatives.

What will all of this mean for the country? A strong leader is what the country needs from whichever side he comes from. He will be able to better control the excesses in the country’s politics (including his own party), which means incidents of harassing the other side – be it the Opposition or Government– will be reduced. Unnecessary arrests by the Police for sedition or that of making racial threats through the party organs or newspapers will lessen. Such a leader, having been selected by the grassroots of the party, will face less pressure to behave as if he is the champion of one particular group since he is more assured of his position. The stability and unity factors will be harnessed and the national focus will go towards implementing good policies for the country.

For now, I believe a strong leader in UMNO will go a long way towards bringing stability to the country. I repeat, by “strong”, it does not mean ruthlessness and having no regard for the law. Being “nationalistic” towards your own ethnic group does not mean you have to antagonize, discriminate and hinder the progress of other communities.  “Strong” means you are clear in your mind as to the boundary of where and how all ethnic groups must conduct themselves towards one another.

Any effort towards genuine national reconciliation and taking steps to improve racial harmony can only happen when UMNO has a leader who is assured of himself, as well as that of his position. On the other hand, those who are unsure of themselves or of their position in the party will pull all sorts of tricks to camouflage their weaknesses. In doing so, they will attack the Opposition, jail their opponents and do whatever they believe is necessary to show how “strong” they are. Equally, the Opposition camp must also play its part not to unnecessarily aggravate the schism, which can lead to the rupture of our social fabric and harmony. Responsible leadership is thus required from both sides.

Malaysia is facing the most difficult moment in its history. To allow the problems to continue unattended is most irresponsible. It is so urgent we find a suitable leader to lead us. Whether it be Najib or Muhyiddin or someone else, the people will expect nothing less than real leadership from that individual.

PERSEPSI YANG PERLU DIPERBETULKAN NAJIB

Sudah 37 hari Najib Razak mendapat mandat pertamanya. Dan tinggal 63 hari saja lagi sebelum beliau menempuh 100 hari pertama beliau sebagai Perdana Menteri selepas PRU-13.

Di Amerika Syarikat, terminologi 100 hari pertama dirujuk kepada satu tempoh di mana keberkesanan dan pencapaian seseorang Presiden Amerika dinilai.

Dalam konteks Malaysia, kita mahu melihat apakah aspirasi seseorang selepas dinobatkan sebagai Perdana Menteri.

37 hari pertama boleh kita simpulkan Najib kelihatan lesu dan tidak bermaya. 37 hari pertama ini kita lihat Kabinet beliau pun tidak bermaya.

Kehadiran para Menteri di majlis-majlis awam pun sekadar mahu mencari publisiti.

Rata-rata ramai mengatakan BN akan bertemu penghujung jalan pada PRU-14 nanti. Mungkin ini persepsi. Kata Perdana Menteri baru-baru ini, strategi baru ialah "perangi persepsi".
http://www.sinarharian.com.my/nasional/najib-strategi-berikutnya-perangi-persepsi-1.166965

Sekurang-kurangnya kita lihat Perdana Menteri sudah sedar bahawa masalah besar BN dan Umno ialah persepsi rakyat yang salah dan perlu diperbetulkan atau kata beliau perlu diperangi.

Jelapang akan cuba menyenaraikan beberapa PERSEPSI rakyat yang perlu Najib perangi dalam masa 100 hari ini.

Persepsi 1: Pemimpin-pemimpin Umno kaya raya tanpa perlu ada kelulusan akademik dan pekerjaan. Selama ini usaha telah dilakukan di mana pemimpin-pemimpin Umno diminta menggunakan kereta kecil dan bukan Hummer dan Porsche untuk turun ke bawah bertemu rakyat terutamanya semasa pilihanraya kecil. Cuma sedikit masalah, bagaimana Perdana Menteri hendak mengarahkan pemimpin-pemimpin beliau mengecilkan "mahligai-mahligai" mereka atau ada antaranya terpaksa "menyembunyikan" helikopter dari pengetahuan umum.

Persepsi 2: Setiap projek pembangunan, ada komisen untuk pemimpin Umno sehingga setiap projek yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak langsung dihargai oleh rakyat. Sebelum pilihanraya, Najib sendiri membisu apabila rakyat mempertikaikan pemberian kontrak LRT kepada syarikat pembuat kepala pam petrol dan bukannya syarikat yang berpengalaman dalam pembinaan LRT. Begitu juga dengan projek MRT. Kali ini, Najib kena tampil ke depan memperbetulkan persepsi yang salah ini dengan memberi alasan munasabah kenapa pembuat kepala pam petrol lebih mampu dari kontraktor lain.

Persepsi 3: Rakyat disuruh amalkan wasatiyah bagaimana Rosmah Mansor?

Persepsi 4: Perdana Menteri lembik boleh diugut. Siapa berani ugut, dia akan jadi Menteri dan Menteri Besar. Mudah saja untuk mengatasi persepsi ini, rombak semula Kabinet selepas setahun nanti. Gantikan muka-muka yang letih dengan muka-muka yang bertenaga. Ramai terkejut Najib membawa balik Menteri-Menteri yang dipencenkan Pak Lah ke dalam Kabinet. Persepsi ini hanya akan bertukar bergantung kepada keberanian Najib.

Persepsi 5: Cina kaya. Persepsinya pemimpin Umno begitu mesra dengan jutawan Cina. Sebelum pilihanraya, persepsinya pemimpin Umno begitu akrab dengan jutaan Cina. Salah seorangnya Jho Low dan persepsinya Jho Low diberi projek bilion ringgit oleh pemimpin Umno. Najib perlu perbetulkan persepsi ini dengan memberi kontrak kepada Melayu baru. Melayu baru adalah Ismail, Cik Tom atau Pok Nik bukannya Syed Mokhtar, Nazir Razak, Mokhzani atau Sharil Shamsuddin.

Persepsi 6: Pemimpin Umno pentingkan diri. Ini dapat diatasi dengan Najib mengalu-alukan pencalonan untuk jawatan No 1 dan No 2.

Monday, June 10, 2013

KOMEN MENARIK MUHYIDDIN MENGENAI PERTANDINGAN DALAM UMNO

Apabila diminta pandangan mengenai cadangan beberapa pemimpin supaya jawatan No 1 dan No 2 dalam Umno tidak dipertandingkan, ini jawapan Muhyiddin Yassin: "'TERLALU AWAL UNTUK MEMBERI SEBARANG KOMEN MENGENAI PERKARA INI. BAGAIMANA PUN UMNO ADALAH SEBUAH PARTI YANG DEMOKRATIK. BUKAN HAK INDIVIDU UNTUK MENENTUKANNYA."
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/6/9/nation/13217814&sec=nation

Komen Muhyiddin ini sudah cukup mengundang pelbagai interpretasi mengenai pemilihan Umno yang akan datang.

Yang paling popular ialah Muhyiddin akan bertanding merebut jawatan Presiden. Apa yang dikatakan oleh Muhyiddin ada kebenarannya. Terlalu awal untuk membuat keputusan untuk bertanding mana-mana jawatan dalam Umno.

Juga menarik ialah kenyataan Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob agar kedua-dua jawatan dipertandingkan. http://www.sinarharian.com.my/politik/jawatan-tertinggi-umno-patut-dipertandingkan-1.168911

Kata Adnan:

"Saya tidak bersetuju dengan kenyataan untuk mengongkong (jawatan presiden dan timbalan presiden tidak perlu dipertandingkan)...pada saya biarlah terbuka, apa nak tutup (pertandingan jawatan tertentu), tiada sebab."

Ramai di akar umbi mempertikaikan kenyataan-kenyataan yang mahukan jawatan No 1 dan No 2 tidak dipertandingkan.

Semasa PRU-13 berlangsung akar umbi diminta menyokong Umno dan BN kerana masa depan orang Melayu kini tergugat, sekiranya pembangkang menang, Agenda Melayu akan hilang, segala kuasa Melayu akan terhapus. 

Menang pilihanraya, Najib Razak dengan bangga mendabik dada bahawa Umno di bawah beliau menang lebih besar dari Pak Lah. 88 kerusi berbanding 79 pada PRU-12.

Dan beberapa pemimpin yang baru mendapat jawatan Menteri dan Menteri Besar dari Najib berlumba-lumba membuat kenyataan mahukan Najib dan Muhyiddin terus kekal sebagai Presiden dan Timbalan Presiden dan kononnya sekiranya berlaku pertandingan, parti akan berpecah kerana segala tenaga perlu dikerahkan untuk menghadapi PRU-14 yang lebih getir.

Akar umbi merasakan seolah-olah ditipu hidup-hidup oleh pemimpin-pemimpin ini. Sebelum pilihanraya mereka bercakap mengenai Agenda Melayu.

Selepas pilihanraya, pemimpin-pemimpin ini mahu meneruskan Agendi Kepentingan Diri dan tidak mahu mengaku bahawa PRU-13 adalah prestasi paling buruk dalam sejarah BN.

Umno melalui pelbagai cabaran. Dalam sejarah Sulaiman Palestin telah menentang Tun Hussein Onn dan Tengku Razaleigh tewas kepada Dr Mahathir Mohamad tetapi BN tidak mendapat keputusan yang seburuk ini di dalam pilihanraya umum yang mereka lalui.

Amat jelas sekali, agenda tiada pertandingan ini tidak lain tidak bukan adalah agenda peribadi pemimpin yang mahu terus berkuasa.

Apakah peribadi mereka lebih penting dari parti? 

Jika benar parti lebih penting dari kepentingan peribadi, maka setiap pemimpin yang ikhlas akan sanggup menyerahkan kuasa kepada akar umbi untuk memilih siapa yang mereka mahu sebagai Presiden dan Timbalan Presiden.

Hanya pemimpin yang tamak yang cuba elakkan dari memasuki gelanggang pertandingan.

Wednesday, June 5, 2013

NAJIB TAKUT DICABAR?

Terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hassan yang mencadangkan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertandingkan di dalam pemilihan Umno kali ini dan Najib Razak dan Muhyiddin Yassin mengekalkan jawatan masing-masing.

Sekurang-kurangnya cadangan Mohamad Hassan ini dapat dijadikan bahan debat di akar umbi Umno. Untuk makluman Mohamad Hassan, beliau kini mendapat gelaran "kaki bodek yang pertama Najib".
http://www.sinarharian.com.my/politik/umno-n-sembilan-tidak-mahu-pertandingan-jawatan-tertinggi-parti-1.167045

Mungkin ramai telah membaca tulisan Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam blog beliau. Kata Tun: 

8. Itulah UMNO enampuluh lebih tahun dahulu. Mereka disanjung, didukung oleh semua yang berbangsa Melayu di negeri-negeri Melayu dan di mana-mana ada orang Melayu.

9. Tetapi tidak pada hari ini. Sekarang UMNO tidak lagi dipandang tinggi dan tidak lagi disokong seperti dahulu. Sesungguhnya ramai orang Melayu meluat dengan UMNO, anggapnya tidak lagi relevan dan perlu ditolak pun.

10. Kenapa?. Kerana UMNO tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair. UMNO ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja. UMNO berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri.

11. Untuk ini mereka berusaha mengurangkan kemungkinan diri mereka dicabar, kurangkan kemungkinan diganti oleh sesiapa yang lebih layak. UMNO adalah hak ahlinya, hak pemimpinnya yang sedia ada dan bukan hak orang Melayu. Setelah mereka mendapat tempat jangan benar orang Melayu lain, terutama yang memiliki kebolehan tertentu, menyertai UMNO. UMNO adalah untuk pemimpin dan ahli semasa, dari ketua cawangan kepada ketua bahagian. UMNO tidak perlu tambahan ahli, tidak perlu penyertaan sesiapa lagi kerana ahli yang sedia ada perlu memelihara habuan mereka. Jika terlalu banyak ahli, habuan perlu dikongsi. Dan habuan yang dikongsi tentulah tidak sebanyak sebelum berkongsi. http://chedet.cc/?p=998#more-998

Cadangan Mohamad Hassan disokong oleh beberapa pemimpin Umno yang kini diberi kedudukan oleh Najib samada sebagai Menteri Kabinet atau pun sebagai Menteri Besar.

Tidak salah kita katakan bahawa mereka-mereka ini lebih mementingkan kepentingan diri dan bukannya kepentingan parti.

Umno menang kerana sokongan akar umbi dan seperti mana kata Tun Dr Mahathir, Umno menang besar, seperti yang diwar-warkan oleh Kem Najib, kerana sebahagian orang Melayu tidak mahu Pakatan Rakyat terutamanya DAP menubuhkan kerajaan menggantikan Barisan Nasional.

Kemenangan besar Umno bukan kerana Umno kuat ataupun rakyat kagum dengan Najib.

4 tahun Najib menjadi Perdana Menteri. Selama 4 tahun pelbagai program dan dasar dibuat oleh Najib dan keputusannya, Najib hanya memenangi 133 kerusi, yang terburuk di dalam sejarah politik negara.

Pada 2008, Pak Lah menjadi Perdana Menteri pertama yang menyebabkan BN hilang dua pertiga majoriti kerana hanya memenangi 140 kerusi Parlimen. Tetapi rekod Pak Lah jauh lebih baik dari Najib kerana pada PRU-11 pada 2004, BN di bawah kepimpinan Pak Lah memenangi 198 kerusi Parlimen (undi popular 63.9%).
Apa rekod Najib hari ini? Macam mana pun Kem Najib mahu memutar (spin) keputusan PRU-13, sejarah pada hari ini akan mencatat Najib sebagai Perdana Menteri terburuk BN kerana hanya memenangi 133 kerusi dan orang Melayu menyokong Umno bukan kerana mahukan Najib, tetapi kerana mahu memastikan DAP tidak berkuasa.

Apakah Najib mendapat sokongan bulat akar umbi?
Kalau beliau benar-benar disokong oleh akar umbi, maka Najib tidak seharusnya takut berdepan dengan ahli-ahli Umno dan memberi laluan kepada akar umbi menentukan siapa mereka mahu untuk menerajui Umno. Adakah mereka mahu Najib lagi atau akar umbi mahu pemimpin lain sebagai Presiden mereka?

Tidak usahlah Mohamad Hasan atau Menteri-Menteri dan Menteri Besar membodek Najib dengan mencadangkan tiada pertandingan untuk jawatan tertinggi.

Serahkan keputusan itu kepada akar umbi.

Malahan lebih molek lagi sekiranya Najib tampil ke hadapan dan meminta maaf kepada ahli-ahli parti kerana gagal mendapatkan kemenangan yang besar kepada BN dan lebih molek lagi kalau beliau sanggup menyatakan kesediaan mengundur diri sekiranya ahli-ahli akar umbi merasakan ada pemimpin yang lebih baik yang dapat memimpin Umno untuk menghadapi PRU-14 nanti.

Monday, June 3, 2013

SALAH SIAPA? BUKANKAH SALAH NAJIB!

Rabu ini genap lah sebulan Najib Razak mendapat mandat baru untuk mentadbir negara. Mandat pertama yang diperolehi beliau sejak Abdullah Ahmad Badawi berundur sebagai Perdana Menteri pada 2009.

Para penasihat Najib begitu ghairah untuk mencuba meyakinkan bos mereka bahawa prestasi BN tidak lah seburuk mana kerana Umno menang besar dalam PRU-13.

Masing-masing menyalahkan pengundi Cina dan kononnya orang Melayu berdiri teguh di belakang Najib walaupun undi 51 peratus pengundi menyebelahi Pakatan Rakyat dan kebanyakan pengundi-pengundi Melayu di bandar dan separuh bandar menyokong pembangkang.

Kalau boleh, para penasihat ini mahu bulat-bulat menyalahkan pengundi Cina supaya mereka terlepas dari disalahkan atas keputusan yang buruk sebulan yang lalu.

Malangnya, setiap kali kita menonton TV, muka Najib muram walaupun "Umno menang besar". Mengikut mereka yang rapat dengan Najib, katanya Perdana Menteri masih lagi bersedih di atas keputusan yang begitu buruk dicatat oleh beliau berbanding dengan pencapaian Pak Lah.

Sampai bila Najib mahu menangis dalam diam dan membenarkan diri beliau dirundung malang? Bila kah tempoh berkabung beliau akan berakhir?

Seharus, Najib bingkas dan bangun dan mengenalpasti segala kelemahan yang beliau gagal kesani dalam 5 tahun yang lepas.

Lihat sekeliling beliau adakah beliau dikelilingi dengan penasihat yang benar-benar mahu membantu beliau atau mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri.

SIAPA PENASIHAT NAJIB?

1. Idris Jala dan Pemandu? Adakah Idris Jala meletakkan kepentingan orang Melayu dan bumiputera sebagai keutamaan beliau dan Pemandu? Atau adakah Pemandu hanya memakai topeng orang Melayu manakala jiwanya tidak. TERAJU yang sepatutnya menjaga kepentingan bumiputera "dibuli" oleh Pemandu dan akhirnya TERAJU tinggal nama. Salah Siapa? Bukankah salah Najib!

2. Setiausaha Politik Najib? Shafie Abdullah, Fatmi Salleh, Sufian Awang dan Sahlan Ismail adalah Setiausaha-setiausaha politik Najib. Tanggungjawab setiausaha politik ialah membantu bos dan melancarkan kerja Najib. Entah apa di fikiran Najib, keempat-empat mereka diberi kerusi Parlimen untuk bertanding. Najib Presiden Parti. Tidak mungkin beliau begitu lemah untuk menghalang Setiausaha Politik beliau dari menjadi calon. Ramai ketawa bila melihat Najib turun padang ke Pokok Sena, Wangsa Maju, Kota Baru dan Kuantan untuk membantu kakitangan pejabat beliau bertanding. Sepatutnya, keempat-empat mereka berlari ke sana ke sini membantu Najib.  Salah Siapa? Bukankah salah Najib!

3. War Room? Tak payah Jelapang ulas perkara ini. Rakan Blogger lain sudah ulas bertubi-tubi isu ini. Jamaluddin Jarjis, Alies Noor, Omar Ong, Tengku Adnan, Raof . Ada di antara mereka sebelum pilihanraya cuba menjadi broker. Sesiapa yang berhajat bertanding, mesti melalui mereka kononnya. Di akar umbi, akan ada pencacai yang akan datang dan mendakwa "Alies hantar mereka, JJ hantar mereka. Tengku Adnan hantar mereka." Begitu bermaharaja lela ketua-ketua war room ini. Salah Siapa? Bukankah salah Najib!
http://theunspinners.blogspot.com/2013/06/war-room-nct-dan-umno-hq-nama-mangkok.html

4. Media? Media Cina terang-terangan mahukan Cina mengundi Pakatan Rakyat. Akhbar Star dalam diam-diam menyelit mesej supaya Cina memilih pembangkang. Apakah media benar-benar membantu Najib di dalam PRU-14 ini? Salah Siapa? Bukankah salah Najib!

5. Pegawai Komunikasi? Hari ini terdedahlah cerita bagaimana pegawai-pegawai komunikasi yang kononnya merangka strategi untuk Najib dan BN begitu tinggi selera mereka dalam membuat keuntungan sebanyak mana mungkin melalui pelbagai cara - mencetak manifesto, iklan di dalam media dan media baru. Tanpa pengetahuan Najib, ramai pegawai-pegawai komunikasi kini senyum sampai ke telinga selepas pilihanraya. Salah Siapa? Bukankah salah Najib!

6. Ibupejabat Umno? Terkejut Jelapang dengan dakwaan ada pegawai ibupejabat memonopoli kontrak cetak poster bernilai RM440 juta. Betapa mudahnya untuk membuat duit ketika ahli-ahli parti di cawangan dan Bahagian memerah keringat menghadapi serangan hebat Pakatan Rakyat. Teringat Jelapang akan satu surat layang yang disebarkan sebelum PRU-13, bagaimana seorang pegawai kanan di ibupejabat Umno di Kuala Lumpur membina sebuah rumah besar di Melaka dan dua kali berulang alik dari Kuala Lumpur ke Melaka dengan helikopter yang disewanya. Begitu stail nya salah seorang Setiausaha Umno di Ibupejabat Umno di Kuala Lumpur. Ketua Penerangan dengan syok sendirinya. Salah Siapa? Bukankah salah Najib!

7. Rosmah Mansor? Tak payah lah Jelapang ulas apa isu di akar umbi mengenai Rosmah. Cerita Rosmah berada di bibir setiap pengundi tanpa mengira mereka penyokong BN atau pembangkang. Najib lebih tahu betapa besarnya isu Rosmah di kalangan pengundi. Salah Siapa? Bukankah salah Najib!

Sekarang terpulanglah kepada Najib apa yang hendak dilakukan oleh beliau selepas sebulan mendapat mandat yang sangat beliau idamkan - samada mahu terus mengekalkan penasihat-penasihat yang ada.

Najib pilihlah mana yang beliau idamkan atau beliau mahu terus berkabung sehingga pemilihan yang akan datang.

Sunday, June 2, 2013

NAJIB SEDIA DICABAR

NAJIB SEDIA DICABAR.

Sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno Jumaat lalu, kedengaran desas-desus kononnya kem Presiden Umno akan mengemukakan cadangan agar jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden tidak dipertandingkan di dalam Pemilihan Majlis Tertinggi Umno hujung tahun ini.

Spekulasi ini nampaknya meleset buat masa ini apabila, selepas Mesyuarat tersebut, Najib membuat kenyataan berikut: "Sebagai parti demokrasi, saya bersifat terbuka jika ada yang ingin bertanding jawatan presiden. Kita bukan macam parti lain. Kita terima jika ada yang mahu bertanding."
http://www.sinarharian.com.my/politik/pemilihan-umno-najib-sedia-dicabar-1.166235

Tahniah kepada Najib kerana bersikap gentleman.

Dulu semasa PRU-12, kita lihat kem Najib beria-ia memberi penekanan bahawa Pak Lah telah gagal mempertahankan majoriti 2/3 BN sehinggakan Pak Lah ditolak keluar sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Tetapi kali ini, kem Najib tidak mahu bercakap mengenai kegagalan beliau mendapat 2/3 majoriti atau bercakap mengenai prestasi lebih buruk beliau berbanding Pak Lah apabila BN hanya mendapat 133 kerusi berbanding 140 kerusi diperolehi Pak Lah di dalam PRU-12.

Sebaliknya tumpuan ahli Umno dialihkan kepada kejayaan Umno mendapat 88 kerusi Parlimen berbanding Pak Lah hanya 79 kerusi.

Biasalah politik di Malaysia. Kita boleh memilih apa yang kita mahu rakyat tahu, dan apa yang kita mahu rakyat lupa.

Tetapi bagi Jelapang, prestasi Najib lebih buruk dari Pak Lah kerana Najib adalah nahkoda BN dan bukan hanya Umno.

Tahniah sekali lagi kepada Najib kerana sanggup dicabar.

Sekurang-kurangnya Najib memberi ruang kepada ahli-ahli Umno menentukan siapa yang mereka mahu meletakkan harapan untuk mengemudikan Umno di dalam PRU-14 nanti. Cabaran lima tahun akan datang lebih getir dan di atas kertas, BN bakal menemui kekalahan pada 2018 nanti jika enggan berubah.

Sekiranya ahli Umno mahukan Najib terus menjadi nahkoda mereka, kira hormati keputusan tersebut. Tetapi jangan bermain politik untuk menyelamatkan diri dengan mencadangkan supaya jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan.

Kita yakin Najib akan tepati janji beliau untuk bersifat terbuka dan sedia dicabar.

Thursday, May 30, 2013

I LUV PM, MEMUALKAN, KATA ZAM


Dalam masa kempen PU 13, Perdana Menteri Datuk Seri Najib ditunjukan minum makan bersama rakyat di kedai-kedai lepak rakyat biasa di sana sini, di gerai, di cafe  di kedai mamak dan sebagainya. Penasihatnya berfikir bahawa gambar ini akan menunjukan Najib yang elitis dari keluarga bangsawan hidup seperti rakyat biasa tetapi kepada rakyat adalah "luar biasa" kerana tidak pernah mereka terserempak dengan Najib di tempat-tempat begini.

Lebih luar biasa apabila diiringi oleh pengawal dan pembantu peribadi. Nampaklah kepura-puraan.

Kata mantan Menteri Kewangan Daim Zainuddin,  Anwar Ibrahim adalah clown (lebih tepat dipanggil Raja Lawak). Kata saya Najib adalah imitator. Penasihatnya berkepala di awan tanpa kaki mencecah daratan. Inilah penasihat yang patut disingkirkan.

Itu adalah pandangan Zainuddin Maidin, Tokoh Wartawan Negara dan bekas Menteri Penerangan semasa era Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sementara seorang lagi Tokoh Wartawan Negara A Kadir Jasin berpendapat masa depan Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno akan ditentukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan beberapa blogger bebas sekiranya mereka memulakan perdebatan mengenai masa depan Najib.

Sekiranya post mortem PRU-13 dibuat, rasanya Najib dan isteri beliau akan menjadi faktor utama prestasi buruk BN dalam sejarah pilihanraya.