Monday, April 8, 2013

ROSMAH3: FITNAH

SOALAN: Pada pandangan Datin Seri apakah tujuan mereka memfitnah Datin Seri sampai sebegitu?

ROSMAH: Siapa yang menuduh itu sangat kejam. Mereka tidak tahu tekanan saya, tekanan anak-anak dan tekanan satu keluarga. Saya serahkan kepada Allah. Kalau orang itu jahat, terimalah balasannya. Tak apalah mereka memfitnah saya, Tuhan akan beri zat yang baik kepada saya. Ingat zaman Nabi dulu, bila orang kutuk baginda, baginda beri pisang kepada orang itu.

Apabila saya difitnah dan media menyiarkannya, saya tidak diberikan kekebalan. Mungkin ramai orang yang tidak tahu bahawa saya disoal siasat di Bukit Aman selama enam jam gara-gara fitnah itu.

Datuk Seri Najib kata, sebenarnya mereka tidak mahu mengenakan beliau tetapi sasaran yang paling tepat adalah mengenakan saya dulu. Mereka tak dapat suami, mereka pergi kepada isteri sebab saya tak boleh nak mempertahankan diri.

Orang yang memfitnahkan saya dan Datuk Seri Najib ada agenda. Mereka mahu tempat Datuk Seri Najib. Bagi saya senang, tak salah setiap orang ada cita-cita. Tapi, caranya kena betul. Jangan sampai menganiaya dan memfitnah orang. Itu salah dan tidak ada etika. Agama juga membenci perbuatan itu.

Saya kena kuat untuk anak-anak saya, untuk suami saya. Sebenarnya, di mana-mana pun ada politik. Orang bisnes pun ada politiknya. Di pejabat pun ada politiknya. Begitu juga yang lain-lain. Tapi, dengan tahap masing-masing. Saya di tempat teratas, maka fitnah dan cabarannya sangat besar. Lebih besar daripada yang lain. Makanya, saya kena tangani dengan cermat.

Kena percaya kepada qada dan qadar daripada Tuhan. Saya sentiasa menerimannya sebagai positif. Mungkin Allah dah kata: "Rosmah, kalau kau nak duduk tempat tu, kau perlu lalui dugaan yang banyak. Kalau kau tak tahan, kau tak boleh duduk tempat tu." Mungkin Tuhan nak duga saya. Mungkin Tuhan nak naikkan darjat saya. maka diberikan dugaan dahulu.

Saya beritahu anak-anak saya: untuk mendapat yang terbaik pada penghujungnya, kita terpaksa mengharungi pelbagai dugaan, duri dan sebagainya sebelum sampai ke sana. Kena banyak bersabar. Tapi, jangan salahkan semua perjalanan itu.

MARGARET THATCHER 1925-2013

“I don’t mind how much my ministers talk, as long as they do what I say.” - Margaret Thatcher (13 October 1925 - 8 April 2013).

Sunday, April 7, 2013

ROSMAH2: ALTANTUYA SHAARIBUU

SOALAN: PERISTIWA ALTANTUYA SHAARIBUU DIBUNUH PADA 19 OKTOBER 2006. DATIN SERI DITUDUH TERLIBAT. DI MANA SEBENARNYA DATIN SERI BERADA PADA MALAM KEJADIAN?

ROSMAH: Jika tarikh tersebut dijadikan sandaran, saya rasa ramai orang bersama saya ketika itu. Saya dan Leftenan Kolonel Norhayati Hassan berada di dalam Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan Hari Raya kepada Anak-Anak Yatim Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Majlis di bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur itu diadakan pada 19 Oktober 2006 bersamaan dengan 26 Ramadan 1427H. Saya berada di situ mulai lewat petang hingga tengah malam kerana berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan Terawih serta more di situ. Ramai saksi di situ.

Bagaimana saya mahu membunuh orang sedangkan cicak jatuh di depan mata pun saya melompat lari. Saya juga takut gelap. Apa lagi saya nak mendaki bukit di tempat yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan itu. Tidak ada daya upaya saya berbuat begitu.

Saturday, April 6, 2013

ROSMAH1: PERDANA MENTERI?

Ramai tertanya-tanya di mana mereka boleh mendapatkan senaskah Biografi Rosmah Mansor selepas buku tersebut "sold out" kerana terlalu laris.

Jelapang bernasib baik kerana telah dihadiahkan biografi tersebut oleh seorang Ketua Bahagian yang baru pulang dari ibunegara.

Memandangkan ramai yang belum membacanya, alangkah baiknya Jelapang siarkan fitnah-fitnah yang telah dijawab oleh Rosmah melalui biografi beliau.

SOALAN: Benarkah Datin Seri dikatakan bertindak sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6?

ROSMAH: Apabila tanggapan ini muncul, saya berterus terang dengan Datuk Seri Najib. Saya katakan kepada Datuk Seri Najib bahawa saya tidak mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia (tersenyum). Saya tidak mahu merampas tempatnya atau tempat mana-mana Perdana Menteri.

Saya hanya mahu menjadi isteri kepada Najib Tun Razak. Kalau dia orang biasa pun, saya akan bersama dia. Kalau dia menjadi Perdana Menteri itu adalah tanggungjawab dan rezeki yang telah tertulis di Loh Mahfuz. Saya tetap akan berada di sisi dia selagi Allah memanjangkan jodoh antara kami.

Saya rasa pandangan salah ini muncul disebabkan oleh sikap iri hati, keinginan untuk menjadi pemimpin nombor satu. Sudah pasti mereka mempunyai agenda politik tersendiri. Oleh kerana saya penyokong nombor wahid kepada Datuk Seri Najib, maka saya menjadi sasaran. Oleh kerana saya sentiasa bersama Datuk Seri Najib di mana saja, maka saya dianggap orang yang menentukan semua polisi negara sama seperti kuasa Perdana Menteri.

Orang yang mempunyai pandangan cetek sebegini wajar mengkaji sejarah dan perlembagaan negara. Macam mana saya boleh menjadi Perdana Menteri sedangkan saya bukan Ahli Parlimen. Saya hanya ahli Umno biasa, Tiada kuasa apa-apa.

Bagi saya, saya akan pertahankan hak saya sebagai seorang isteri yang wajar berada di sisi suaminya. Tiada siapa yang dapat memisahkan peranan saya itu. Satu perkara yang paling penting; saya tidak suka mengacau dan mengusik atau memfitnah orang lain. Sebagai orang Islam saya amat tahu perbuatan itu dibenci oleh mana-mana agama sekali pun.

Friday, April 5, 2013

MB NEGERI SEMBILAN: MENGATA DULANG PAKU SERPIH, MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH

Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan menarik perhatian seluruh pelusuk Semenanjung hari ini dengan kenyataan bahawa akan terdapat "nama-nama besar di Negeri Sembilan yang akan digugurkan bertanding PRU-13 ini kerana mereka mempunyai terlalu banyak bebanan kepada BN."
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/4/5/nation/12930634&sec=nation&utm_source=TSOL_main&utm_medium=links&utm_campaign=GE13

Jelapang bertemu dengan seorang ADUN di Kedai Mee Abu di Jalan Sultanah petang tadi dan beliau begitu marah dengan MB Negeri Sembilan yang beliau anggap sebagai kurang adab.

Kata ADUN berkenaan, ramai Ahli Parlimen dan Adun dengan rela hati mengundur diri bagi memberi peluang kepada generasi muda menerajui negara.

Sebaliknya tindakan mereka dikeji Mohamad Hasan dengan memberi gambaran mereka digugurkan kerana menjadi bebanan kepada BN seolah-olah mereka diselaputi dengan pelbagai skandal terutama rasuah.

Sekiranya bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mengundur diri, adakah beliau termasuk di dalam gulungan yang dimaksudkan Mohamad Hasan?

Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia Yang Lebih.

Adun tersebut membangkit isu penglibatan Mohamad Hasan dengan pengubahan wang RM10 juta untuk membeli hartanah di London.

"Tidak kah Mohamad Hasan juga menjadi bebanan kepada Umno Negeri Sembilan."

Jelapang tak masuk campur. Kerana ini urusan Najib Razak.

Thursday, April 4, 2013

POLITIK MB NEGERI SEMBILAN, TERENGGANU & JOHOR

Khabarnya pengumuman calon BN kali ini lain dari yang lain. Khabarnya satu majlis besar-besaran akan diadakan bagi menyampaikan watikah perlantikan sebagai calon oleh Pengerusi BN seminggu sebelum penamaan calon dan tiada siapa dibenarkan membuat pengumuman mengenai calon sehingga majlis tersebut diadakan.

Tetapi lain jadi nya hari ini.

Di Negeri Sembilan, MB Negeri Sembilan Mohamad Hasan mengumumkan pencalonan diri beliau sendiri akan bertanding di DUN Rantau. http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130404/px_65/PRU-13-Mohamad-Hasan-sah-pertahan-DUN-Rantau

Di Terengganu, MB Terengganu Ahmad Said juga mengumumkan pencalonan diri beliau akan bertanding di DUN Kijal. http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130404/px_41/PRU-13:-Ahmad-Said-pertahan-DUN-Kijal

Kedua-dua MB ini menjadi bahan spekulasi kemungkinan digugurkan sebagai MB selepas PRU-13 atau digugurkan dari bertanding sepenuhnya. Dengan pengumuman mereka ini, maka berakhirlah segala kemungkinan mereka akan digugurkan dari bertanding.

Lain pula di Johor.

Kalau di negeri-negeri lain, Menteri Besarnya mengadap Sultan untuk memohon pembubaran DUN, di Johor, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Speaker DUN Johor yang mengadap dan bukannya MB Ghani Othman.

Apakah ini bermakna hubungan antara Ghani dan Sultan berada pada tahap paling rendah?
http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130404/px_34/PRU-13:-Sultan-Ibrahim-berkenaan-bubar-DUN-Johor

Sunday, March 31, 2013

MUKHRIZ DAN TOK PA LEPASKAN PARLIMEN?

Di Kedah, katanya, Mukhriz Mahathir akan dipilih menjadi Menteri Besar sekiranya BN dapat meranapkan Pas.

Sementara di Kelantan, Mustapa Mohamed bakal dinobatkan sebagai Menteri Besar Kelantan sekiranya Pas tumpas selepas 23 tahun memerintah.

Itu khabar angin yang tersebar luas di Kedah dan Kelantan.

Khabar angin juga tersibar mengatakan bahawa Mustapa dan Mukhriz akan bertanding dua kerusi - kerusi negeri dan kerusi Parlimen.

Kalau benar lah khabar angin ini, ia tidak lain dan tidak bukan, Mustapa dan Mukhriz mahukan politik selamat.

Kalau kalah di negeri, masih ada peluang menjadi Menteri, dan kalau kalah di Parlimen, masih ada peluang untuk menjadi Menteri Besar.

Kalau ini menjadi kenyataan, ianya bukan saja mengamalkan politik selamat, malah ia akan dilihat sebagai politik pengecut.

Kalau Mukhriz dan Mustapa serius untuk menawan Kedah dan Kelantan, mereka perlu menunjukkan kejantanan politik mereka dengan menumpukan untuk bertanding di Kedah saja.

Jika Mukhriz dan Mustapa merasakan risiko hilang jawatan Menteri lebih tinggi, elok tumpukan saja bertanding di Parlimen.

Saturday, March 30, 2013

MILIK SIAPA KERETA MODEL INI?

Sebuah blog yang bernama Shih Huang Ti dan blogger terkenal Sakmongkol menulis mengenai kereta Buggati Veyron kepunyaan seorang anak bekas pemimpin negara.

SIAPA BELIAU?

Lihat blog:
Shih Huang Ti:  http://maharaja-kaiser.blogspot.com/
Sakmongkol: http://sakmongkol.blogspot.com/2013/03/the-oracle-of-syed-putera-speaks-again_26.html

Tuesday, March 26, 2013

MB BARU UNTUK NEGERI SEMBILAN

Negeri Sembilan bakal mendapat Menteri Besar yang baru. Itulah yang dilaporkan oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris beberapa hari lalu.

Tujuh pemimpin disenaraikan sebagai calon untuk menyandang jawatan tersebut menggantikan Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamed Hassan yang dikatakan gagal melepasi saringan yang dilakukan oleh SPRM berikutan dakwaan memindah wang sebanyak RM10 juta ke London.

Tujuh pemimpin tersebut ialah Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Mansor (Tampin), Datuk Dr Awaluddin Said (Adun Kota), Senator Najeeb Abdullah (Timbalan Ketua Bahagian Rasah), Datuk Lilah Yassin (Ahli Parlimen Jempol), Datuk Hasan Malek (Ahli Parlimen Kuala Pilah) , Datuk Ismail Lasim (Adun Senaling) dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (Ahli Parlimen Rembau).

Akhbar tersebut juga melaporkan bagaimana ahli keluarga Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hassan menjadi sasaran kerana mendominasi politik dan perniagaan di Negeri Sembilan.

Untuk laporan akhbar Inggeris tersebut, sila klik di link ini: http://www.mmail.com.my/story/seven-names-ninth-state-51528


Wednesday, March 20, 2013

SENARAI CALON DIGUGURKAN

Sejak akhir-akhir ini pelbagai spekulasi dibuat mengenai siapa yang akan bertanding di PRU-13 nanti dan siapa yang digugurkan.

Antara spekulasi tersebut ialah:

DIGUGURKAN

1) Tun Abdullah Ahmad Badawi (Kepala Batas)

2) Tan Sri Rafidah Aziz (Kuala Kangsar - enggan bertanding)

3) Noraini Ahmad (gambar - Parit Sulong)

4) Syed Hamid Albar (Kota Tinggi)

5) Azmi Khalid (Padang Besar)

6) Radzi Sheikh Ahmad (Kangar)

7) Ong Ka Ting (Kulai)

8) Fong Chan Ong (Alor Gajah)

9) Leo Michael Toyad (Mukah)

10) Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (Jerantut - enggan bertanding)

11) Sulaiman Taib (Kota Samarahan)

12) Peter Chin (Miri - dulu buat keputusan berundur, sekarang nak bertanding pula)
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/3/19/nation/12855131&sec=nation

Thursday, March 14, 2013

MUSA HITAM: POLITIK BANGKRAP, NEGARA TIDAK BANGKRAP

Kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno Musa Hitam beberapa hari lalu mengenai beberapa perkara termasuk politik menimbulkan pelbagai reaksi dan antara di antara pemimpin Umno menyerang beliau.

Disiarkan kenyataan Musa mengenai isu-isu berikut:

1) NEGARA BANGKRAP JIKA PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH
"Jika pembangkang memerintah, mereka tidak akan membuat pelabur dari luar negara lari. Mereka tidak akan buat sedemikian dan membuat ekonomi bankrap."
Artikel penuh: http://www.sinarharian.com.my/nasional/musa-hitam-tidak-bankrap-jika-pr-memerintah-1.139051

2)  ISU LAHAD DATU
"Jangan ambil mudah seperti isu lain, jangan ucapkan syabas terlalu awal. Kita perlu sedar, ini adalah isu yang belum pernah berlaku sebelum ini. Kita perlu pertimbang untuk buat kajian terperinci dan melihat isu ini lebih jauh. Isu ini bukan hanya perang menembak, (tetapi) peperangan psikologi." http://www.sinarharian.com.my/nasional/musa-hitam-tidak-boleh-ambil-mudah-isu-lahad-datu-1.139060

3)  POLITIK PERKAUMAN
"Kita dalam suasana pilihan raya umum (PRU) pada pendapat saya dulu, baru ini dan sekarang, barang siapa yang menggunakan perkauman sebagai isu politik adalah ahli politik yang bankrap."
http://www.sinarharian.com.my/politik/musa-politik-perkauman-politik-bankrap-1.139020

4) EKONOMI MELAYU
"Masanya sudah tiba orang Melayu janganlah meneruskan sikap terlampau merendah diri hinggakan kita boleh anggap sebagai 'inferiority complex. Sikap terlalu merendah diri dan kebergantungan terus kepada kerajaan bagi mendapatkan sesuatu lesen atau tender perniagaan harus dilupuskan dari minda masyarakat Melayu.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/jangan-terlalu-gantung-pada-kerajaan-nasihat-musa-hitam-1.139011

5) KRONISME DAN NIPOTISME DALAM EKONOMI MELAYU
"Ini adalah sebahagian daripada kehidupan. Kita kena sentiasa berhati-hatilah."
http://www.sinarharian.com.my/nasional/jangan-pandang-survival-ekonomi-melayu-dari-sudut-negatif-kata-musa-hitam-1.139036

6)  SKANDAL DALAM GLC
"Kalau ada skandal (dalam GLC) bukan kerana Melayu atau kaum, tetapi kerana perasaan tamak. Anak-anak Melayu yang bekerja di sana (GLC)."
http://www.sinarharian.com.my/nasional/musa-ekuiti-melayu-lebih-30-jika-ambil-kira-glc-1.139038

Tuesday, March 12, 2013

RAMALAN AHMAD MASLAN: BN MENANG 160 KERUSI PARLIMEN

Barisan Nasional (BN) berkemampuan untuk memenangi sekurang-kurangnya 160 daripada 222 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti dan mendapatkan kembali majoriti dua pertiga.

Itulah nada optimis Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan.

Intipati kenyataan Ahmad Maslan:

"Selain mengekalkan 140 kerusi yang dimiliki BN pada ketika ini, kita akan ambil lima daripada 23 kerusi Parlimen Pas, 10 daripada 31 kerusi PKR dan lima daripada kerusi yang kini dimiliki oleh DAP."


"Dengan 140 kerusi Parlimen BN dan ditambah pula dengan 20 kerusi, kita berkeyakinan tinggi untuk memperolehi 160 kerusi, iaitu melebihi dua pertiga."

"Suasana politik negara pada ketika ini jauh berbeza berbanding menjelangnya PRU-12 pada 2008 yang lebih memihak kepada pihak pembangkang.


"Jika pada 2008 ada tsunami politik, kini tsunami itu terhenti dengan BN akan mengambil balik apa yang ia hilang pada PRU12 lepas. BN akan turun pada pilihan raya umum kali ini dengan lebih berkeyakinan."

"Negeri-negeri yang kini dipimpin oleh pembangkang secara aturannya BN mempunyai peluang paling cerah untuk merampas kembali Kedah, diikuti Selangor, Kelantan dan terakhir, Pulau Pinang."


"Sokongan masyarakat Cina terhadap BN pada PRU13 kali ini, BN berkeyakinan pandangan mereka terhadap BN kali ini telah berubah berbanding pada 2008 yang mencatatkan penurunan."

"Masyarakat Cina amat mementingkan isu-isu berkenaan ekonomi, peluang perniagaan, penjanaan kekayaan dan kestabilan politik. Masyarakat Cina mengakui BN telah berjaya menjaga ekonomi negara negara ini dengan baik serta mewujudkan pelbagai peluang perniagaan di samping memelihara kestabilan politik."
http://www.sinarharian.com.my/politik/bn-sasar-menang-160-kerusi-parlimen-1.138993

Monday, March 11, 2013

RASUAH; SENARAI CALON NAJIB PENENTU

11 Mac, Jam 11.11 pagi. Ini dikatakan tarikh dan masa keramat Najib Tun Razak akan mengumumkan pembubaran Parlimen kononnya No 11 adalah nombor kegemaran Najib. Allahyarham bapanya, Tun Razak, dilahirkan pada 11 Mac 1922.

Akhirnya ia tidak menjadi kenyataan. Selepas ini, akan timbul spekulasi Parlimen akan dibubarkan samada Jumaat ini ataupun selepas mesyuarat Kabinet Rabu ini.

Sudah lama rakyat menunggu PRU-13 ini. Mereka menunggu tanpa sabar sejak awal tahun lepas. Gambaran di akar umbi ialah rakyat tidak sabar-sabar hendak mengundi. Siapa yang mereka akan undi, adalah perkara lain.

Segala-galanya telah dilakukan. BR1M telah habis diberikan. PR1MA hari-hari mengumumkan mahu membina rumah di sana dan di sini walaupun sehingga hari ini sebuah rumah pun belum kelihatan. Berperang pun dah sudah. Tinggal tunggu masa untuk mengundi saja lagi.

Jelapang amat kagum dengan pengenalan apa yang dinamakan sebagai NKRA oleh Najib apabila beliau mula-mula mengambil alih tampuk perkhidmatan.

Antara NKRA yang dibawa oleh Najib ialah mengurangkan kos kehidupan dan jenayah. Yang paling menakjubkan ialah janji beliau untuk membanteras rasuah dan Menteri yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan rasuah berkurangan ialah lain dan tidak bukan Nazri Aziz.

Untuk membanteras rasuah bukan perkara mudah. Bukan mudah untuk seseorang menolak untuk mendapatkan duit cara mudah.

Untuk membanteras rasuah, kita perlukan ketahanan diri. Pastikan kita sendiri menghindari rasuah sebelum kita cuba menghindari orang lain dari terlibat dengan rasuah.

Sudah pasti manifesto BN akan menyatakan kejayaan kerajaan dalam membanteras rasuah.

Bagi Jelapang, samada Najib serius atau tidak untuk membanteras rasuah akan dapat dilihat dari senarai calon BN yang akan dikemukakan beliau.

Ramai pemimpin-pemimpin termasuk Menteri-Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri yang dikaitkan dengan rasuah semasa pentadbiran Najib.

Mudah saja kita membuat kesimpulan. Kalau Menteri-Menteri atau Ketua-Ketua Menteri dan Menteri Besar ini masih bertanding, boleh kita menyimpulkan Najib tidak serius dalam membanteras rasuah. Atau dengan kata lain Janji Tidak DiTepati.

Najib tahu siapa Menteri-Menteri, Ketua-Ketua Menteri dan Menteri Besar yang terpalit ini.

Sunday, March 3, 2013

HISHAMMUDDIN & ZAHID: APA SUDAH JADI PADA NEGARA?

5 Polis Terbunuh, 2 Penjenayah Ditembak Mati - KPN


Oleh P.K. KATHARASON

LAHAD DATU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan lima anggota polis terbunuh dalam kejadian tembakan di Semporna pada Sabtu malam.

Selain itu menurut Ismail dua penjenayah turut ditembak mati ketika serbuan berkenaan.

Bercakap kepada pemberita di sini pada Ahad, Ismail berkata selain memantau kumpulan penjenayah di Semporna, polis juga turut memburu satu lagi kumpulan bersenjata di Kunak, iaitu kira-kira 70km dari Semporna.

Tambah Ismail, polis turut menahan tiga penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo, semalam ketika cuba keluar daripada kepungan pihak berkuasa.

Katanya lagi, penceroboh di Semporna dan Kunak berpakaian seragam tentera.
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/3/3/mstar_berita/20130303130811&sec=mstar_berita

Jelapang: Apa sudah jadi kepada negara Hishammuddin dan Zahid?

Tidak kah kedua-dua Menteri ini merasakan bertanggungjawab dengan keadaan dalam negara sekarang ini?

Kalau di negara lain, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan sudah pun meletakkan jawatan?

Monday, February 25, 2013

PEMIMPIN TUA DALAM UMNO MAHU MENONGKAT LANGIT

Jelapang tertarik dengan satu artikel politik yang mencadangkan agar-agar pemimpin-pemimpin yang sudah berusia di Perak memberi laluan kepada muka baru dan orang muda untuk bertanding di dalam PRU-13.

Kata penulis tersebut:

"Justeru dalam memperkatakan perkara ini, sudah sampai masanya satu perubahan dari segi penampilan calon harus dilakukan dengan memastikan mana-mana pemimpin yang sudah ditolak atau akan ditolak rakyat jika mereka bertanding lagi, digugurkan.

Bagi pemimpin-pemimpin yang berada dalam kategori ini, mereka tidak usahlah bersikap hipokrit apatah lagi meletakkan kepentingan peribadi mengatasi kepentingan parti. Apa yang penting sekarang ialah mempertahankan kekuasaan BN.

Oleh itu mahu tidak mahu, langkah drastik dan satu keberanian diperlukan daripada pucuk pimpinan parti di Perak untuk menggugurkan mana-mana pemimpin yang dilihat umum, nama pun sudah kalah.

Bagaimanapun ini bukanlah bermakna kita hendak menafikan sumbangan pemimpin-pemimpin lama yang sudah berkhidmat kepada parti tetapi senario politik semasa tidak mengizinkan mereka untuk terus 'menongkat langit' bagi bertanding dalam pilihan raya."
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130224/re_10/Mempertahankan-BN-di-Perak

Jelapang berpendapat pendekatan ini tidak seharusnya diperkenalkan di Perak. Ia sepatutnya dijadikan pendekatan di peringkat pusat oleh Perdana Menteri dan mana-mana parti politik yang bertanding di dalam PRU-13.

Tetapi malangnya pemimpin golongan tua seperti Rais Yatim, Nor Mohamed Yakcop, Nazri Aziz, Mohamed Aziz, Shahril Samad, Tajuddin Rahman, Ghani Othman, Shahidan Kassim dan lain-lain masing merasakan mereka relevan dalam suasana politik negara pada hari ini.

Nazri Aziz yang di selubungi pelbagai isu masih mampu membuat kenyataan berikut: "Saya, Zahid Hamidi dan Ahmad Husni jauh lebih tinggi dari menteri besar. Jadi menteri besar turun pangkat, saya tidak pernah dengar orang idam nak turun pangkat. Kami hendak bertanding kerusi Parlimen dan kami harap perdana menteri terus melantik kami dalam jemaah menteri. Kami tidak minat jadi menteri besar.”
http://www.sinarharian.com.my/politik/nazri-aziz-saya-tak-minat-jadi-mb-1.133969

Dan ini pula kata Shahril Samad yang kini berusia 64 tahun: "Sekiranya Perdana Menteri mengarahkan saya bertanding lagi, ini merupakan PRU terakhir saya dan saya akan mendidik penganti saya."
http://www.nst.com.my/nation/general/mp-driven-by-job-not-survival-1.223358

Ini lah masalah yang dihadapi oleh Umno. Yang tua mahu menongkat langit.

Ada juga yang bersedia melepaskan jawatan untuk generasi muda tetapi dengan syarat penggantinya mestilah samada anak atau menantunya.

Sunday, February 24, 2013

GANGNAM KUNTA KINTE STYLE



Jelapang terbaca artikel berikut mengenai kehadiran Psy Gangnam Style di Pulau Pinang yang dipaparkan oleh sebuah akhbar online hari ini. Berikut ialah artikel berikut.


PSY persenda gaya hidup orang kaya

Kunta Kinte yakin ramai orang dah tonton dan dengar lagu Gangnam Style oleh penyanyi pop Korea, PSY yang nama sebenarnya Park Jae-sang.


Sejak lagu itu disiarkan dalam laman web YouTube tujuh bulan lalu, PSY dah dapat 1.33 bilion kunjungan. Ini menjadikan PSY penyanyi paling hebat dalam dunia maya.

Baru-baru ini dia datang ke Pulau Pinang untuk hibur hadirin pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina.

“Kunta Kinte tak kata PSY tidak baik. Dunia sudah akui bakat dan persembahan dia. Cuma kalau kita percaya kepada hidup sederhana dan utamakan keluaran tempatan, Kunta Kinte rasa layanan yang dibagi kepada PSY itu terlalu istimewa. Ramai lagi artis dan karyawan tempatan kita yang berusaha bertungkus-lumus, tapi nak hidup pun susah”

Ikut berita yang Kunta Kinte baca dalam surat khabar, PSY dapat bayaran AS$500,000. Kalau ditukar kepada duit Malaysia jadilah kira-kira RM1.55 juta.

Kunta Kinte tak tahulah sama ada perumpamaan kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kebuluran tepat bagi mengulas layanan yang dibagi kepada penyanyi pop Korea Selatan itu kalau dibandingkan dengan layanan yang artis tempatan terima.

Boleh jadi tak berapa tepat sebab ada juga artis tempatan yang dapat bayaran lumayan cuma tidaklah sebanyak yang dibayar kepada PSY.

Mungkin lebih tepat kalau Kunta Kinte kata, kera di hutan dibagi makan buah ceri import, anak di rumah dibagi makan pisang abu. Ceri import bukan macam ceri yang tumbuh di belakang rumah kita atau di tepi gerai makan Mamak. Ceri import bermusim dan sangat mahal harganya. Kalau di Malaysia boleh jadi sampai berpuluh ringgit sekilogram.

Bukan Kunta Kinte tidak mahu hadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina dihiburkan oleh PSY atau mana-mana artis hebat. Cuma bayaran yang sangat besar itu menarik minat Kunta Kinte. Seolah-olah semua yang diimport itu baik.

Kunta Kinte tak kata PSY tidak baik. Dunia sudah akui bakat dan persembahan dia. Cuma kalau kita percaya kepada hidup sederhana dan utamakan keluaran tempatan, Kunta Kinte rasa layanan yang dibagi kepada PSY itu terlalu istimewa.

Terkial-kial nak dapat box-office

Ramai lagi artis dan karyawan tempatan kita yang berusaha bertungkus-lumus, tapi nak hidup pun susah. Malah filem-filem keluaran tempatan yang umumnya filem Melayu nak dapat kutipan box office yang balik modal pun terkial-kial.

Dengan menyanyi tak sampai sejam, PSY dapat RM1.55 juta. Ada penyanyi tempatan yang menyanyi sampai akhir hayat, hendak kumpul harta sebanyak yang PSY dapat dalam satu jam pun susah.

Malah filem tempatan yang paling berjaya pun, kalau diukur ikut jam tayangan hanya dapat tahi hidung berbanding apa yang PSY dapat dengan satu persembahan di negara kita.

Kunta Kinte dimaklumkan filem tempatan yang paling berjaya ialah KL Gengster. Filem yang ditayangkan pada 2011 itu dilaporkan dapat kutipan pintu sebanyak RM11.74 juta. Tapi purata kutipan pintu filem-filem tempatan antara 2009 dan 2012 hanyalah RM1.99 juta setiap satu.

Tak patut menunjuk-nunjuk kaya

Kunta Kinte tahu ada orang kita yang banyak duit, sama ada kerana mereka daripada keluarga kaya raya atau dapat kontrak besar. Alhamdulillah. Tapi tak berapa eloklah kalau kita menunjuk-nunjuk sangat kekayaan dan kemewahan kita, lebih-lebih lagilah kalau tindakan kita itu seolah-olah tidak sensitif kepada rakyat jelata yang ramai lagi hidup susah.

Ini bukanlah cakap Kunta Kinte sendiri, tapi soal orang kita masih banyak yang miskin terbukti daripada ramainya yang berpusu-pusu mendaftar dan, Alhamdulillah, dapat duit Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Dalam kita bercakap hendak majukan industri tempatan, termasuklah industri hiburan, Kunta Kinte rasa kita perlulah sensitif sikit supaya tidak dituduh cakap tak serupa bikin.

Macam mana pun, Kunta Kinte sendiri seronok tengok video PSY dalam Youtube. Cucu Kunta Kinte pun suka juga. Dalam video Gangnam Style itu, PSY sebenarnya persenda gaya hidup orang kaya Korea yang tinggal di kawasan mewah Gangnam di Bandaraya Seoul.

Kunta Kinte tak tahulah kalau semua yang tonton video YouTube dan hadiri persembahan secara langsung PSY itu tahu bahawa dia sebenarnya mengejek gaya hidup orang kaya yang lupa daratan.

Tiba-tiba Kunta Kinte teringat kepada pembukaan sebuah sajak kawan baik Kunta Kinte, Datuk Johan Jaaffar berkenaan orang kaya baru Malaysia yang berbunyi: “Tu bulan tu bintang, atas pokok kayu ara. Tu dia sudah datang, orang korporat kampung kita.” Wallahualam http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PSYpersendagayahiduporangkaya/Article/

Saturday, February 23, 2013

MB NEGERI SEMBILAN TERDESAK?

Ramai tertanya-tanya bagaimana sejak akhir-akhir ini hampir setiap malam Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamed Hassan muncul dalam berita jam 8 malam sebuah stesen TV swasta memberi komen isu-isu yang terlalu kecil untuk dipaparkan oleh sesebuah stesen TV.

Bertambah ganjil apabila stesen TV kerajaan dan stesen-stesen swasta lain tidak pula menyiarkan komen yang sama.

Ada ketika hampir setiap malam wajah Mohamed Hassan muncul semasa berita TV swasta tersebut dan komen beliau berlatarkan musik, tidak seperti kandungan berita yang lain.

Ada yang mengesyaki berita tersebut adalah berita berbayar. Lebih nakal lagi, ada yang membuat spekulasi mengatakan kemunculan "berita promosi" tersebut adalah tanda-tanda Negeri Sembilan bakal mendapat Menteri Besar yang baru menyebabkan MB sekarang terdesak dan terpaksa mencipta "berita mempromosi diri" untuk memberi gambaran bahawa batang tubuhnya masih popular di Negeri di selatan Semenanjung itu.

Jelapang dapat merasakan bahawa spekulasi ini berpunca dari laporan sebuah akhbar bahawa 2 Menteri, seorang Menteri Besar dan seorang Ketua Menteri tidak melepasi saringan SPRM.
http://www.malaysiakini.com/news/219949

Berita spekulasi akhbar tersebut telah menimbulkan teka-teki. Ketua Menteri yang dimaksudkan dikatakan ialah Ketua Menteri Sabah Musa Aman yang terlibat dengan tuduhan di Hong Kong dan Menteri Besarnya ialah Mohamaed Hassan yang dikaitkan dengan pengubahan wang sebanyak RM10 juta ke London melalui seorang pengurup wang.

Penguatkuasa di Hong Kong mendapati tiada kes terhadap Musa Aman tetapi malangnya buat Mohamed Hassan, sehingga hari ini, SPRM masih menjalankan siasatan terhadap beliau.

Mungkin fakta ini yang menyebabkan MB Negeri Sembilan itu gusar sehingga "berita promosi" diri di sebuah stesen TV dilihat sebagai usaha terdesak untuk menyelamatkan diri.

Jelapang agak pelik juga diberitahu bahawa Negeri Sembilan akan jatuh ke tangan pembangkang. Apabila ditanya kenapa, jawapannya ialah: "hanya satu isu di Negeri Sembilan. MBnya!"

Kalau benarlah itu isunya, maka mudah untuk BN menyelesaikan masalah di Negeri Sembilan dan Najib Razak tahu jawapannya.

Thursday, February 21, 2013

CHUA SOI LEK LANGKAH KEPALA

Semalam Presiden MCA Chua Soi Lek mengumumkan Ahli Parlimen Pandan dan bekas Presiden MCA Ong Tee Keat digugurkan dari senarai calon bagi PRU-13.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/2/21/nation/12740123&sec=nation

Katanya bahagian Pandan sendiri yang tidak mencalonkan Tee Keat untuk mempertahankan kerusi beliau.

Menariknya Soi Lek mengumumkan Gary Lim sebagai calon untuk kerusi Parlimen Pandan.

Kalau tak silap Jelapang, Gary Lim merupakan calon pertama BN yang diumumkan secara rasmi sebagai calon PRU oleh presiden parti beliau.

Tertanya-tanya juga di mana letaknya semangat setiakawan BN di dalam MCA?

Bukan kah keputusan memilih calon adalah hak Perdana Menteri?

Teringin juga kita hendak menanyakan kepada Najib Razak apa perasaan beliau apabila Presiden MCA mendahului beliau dalam menamakan seseorang calon.

Semalam juga Jelapang mendengar keluh kesah sesetengah ahli Umno yang rimas dengan tindak tanduk MCA menamakan calon mereka di kawasan-kawasan yang sepatutnya diletakkan calon dari Umno.

Bagi Jelapang, ini lah masanya kita dapat menilai ketegasan kepimpinan Umno di dalam pemilihan calon.

Wednesday, February 20, 2013

MUKHRIZ & POLITIK KEDAH

Siapa bakal Menteri Besar Kedah yang baru sekiranya BN merampas semula Kedah dari Pakatan Rakyat?

Calon yang paling banyak diperkatakan akan menyandang jawatan tersebut ialah Mukhriz, anak Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kalau mengikut tradisi, Ketua Perhubungan Negeri Ahmad Bashah Hanipah sepatutnya dinobatkan sebagai Menteri Besar.

Ada yang mengatakan Tun Dr Mahathir mahu anak beliau dipilih sebagai Menteri Besar Kedah. Apakah Mukhriz dapat diterima oleh pemimpin-pemimpin Umno Kedah?

Sebuah portal berita hari ini menyiarkan beberapa pandangan dari pemimpin Kedah mengenai ura-ura Mukhriz sebagai Menteri Besar.

Ahmad Zaini Japar, Timbalan Ketua Bahagian Umno Kubang Pasu: "Dengan jawatan di peringkat pusat tidak bermaksud  beliau mampu mentadbir di peringat negeri. Pentadbiran di pusat tak sama dengan negeri. Caranya berlainan dan status Mukhriz sebagai anak Perdana Menteri bukan jaminan (untuk jadi MB)."

Ku Rahman Ku Ismail, Adun Guar Chempedak: "Khabar angin ini nampak pelik. Mengikut tradisi, Ketua Perhubungan sepatutnya menjadi calon MB kecualilah sekiranya Perdana Menteri ingin melakukan kejutan."

Nawawi Ahmad, Ketua Bahagian Langkawi: "Kedua-duanya layak dipilih. Tetapi yang penting sekarang ialah kesetiaan kepada pucuk pimpinan yang ada (Bashah)."
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/kedah-umno-reps-cagey-about-mukhriz-as-state-mb-hopeful/

Jelas sekali tiada laluan mudah untuk Mukhriz di Kedah dan Mukhriz juga perlu sedar tiada yang mudah dalam politik.

Ramai di dalam Umno menolak sistem dinasti di mana bapa jadi Perdana Menteri, anak juga harus dipilih ke jawatan tinggi.  

Monday, February 18, 2013

PENERANGAN NAFI KELUAR KENYATAAN PERLETAKAN JAWATAN PM

Jabatan Penerangan Nafi Keluar Kenyataan Peletakan Jawatan PM


KUALA LUMPUR: Jabatan Penerangan menafikan mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dipetik dan tersebar di beberapa laman media sosial yang disedari pagi Isnin, kata Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

Beliau berkata penafian ini dibuat susulan daripada sistem e-Akhbar dan e-Press milik jabatan itu yang disyaki telah digodam dengan penyiaran dua kenyataan - 'Memo Permohonan Rakyat Malaysia dan Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan.' "Jabatan Penerangan Malaysia telah mengambil tindakan awal dengan memadamkan kenyataan palsu itu daripada kedua-dua sistem tersebut.

"Tindakan awal ini bagi mengelakkan sebarang penyebaran oleh pihak tidak bertanggungjawab dan seterusnya menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Ibrahim berkata satu siasatan dalaman mengenai perkara itu sedang dibuat oleh pihak jabatan disusuli dengan laporan polis.-BERNAMA
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/2/18/mstar_berita/20130218124639&sec=mstar_berita